You are on page 1of 4

Adat Resam Masyarakat Cina

-Mempunyai adat resam atau pantang larang yang agar unik.


-Kehidupan dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling . Ini
menyebabkan kaum Cina banyak bergantung kepada nasib.
- Tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam
hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian.
- Diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam
masyarakat Cina.


Semasa Mengandung
Dikawal rapi dalam setiap tindak tanduk dan
kegiatan harian.
Tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja
seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang
lahir akan mengalami kecacatan.
Tidak dibenarkan memukul binatang kerana
ditakuti bayi akan terkena badi.
Perabot tidak boleh diubah, terutamanya
katil di bilik .
Tugas menjaga ibu mengandung menjadi
tanggungjawab ibu mertua dan bukannya
suami.
Selepas Mengandung

Pantang larang itu diamalkan selama kira
kira sebulan selepas bersalin.
Tidak dibenarkan mandi sejuk kerana takut
masuk angin.
Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji
berat badannya. Sebaliknya kata kata
pujian seperti gemuk dapat diterima.
Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan
apabila ia berumur sebulan. Sesetengah
keluarga meraikan bagi keduanya apabila
anak itu berumur satu tahun.
Adat Dan Pantang Larang Semasa Ibu Mengandung Dan Selepas Ibu
Mengandung
Tujuan: Memelihara bayi yang bakal dilahirkan supaya tidak
ditimpa kejadian yang tidak diingini seperti keguguran,
kecacatan dan kematian.

-Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam
kehidupan kaum Cina mahupun keluarganya.
-Pada umumnya, perkahwinan adalah cara yang sah untuk
mendapatkan seseorang isteri. Institusi ini memberikan
kebenaran untuk menyambung zuriat nenek moyangnya serta
memulakan zuriat sendiri.
-Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa
sesuatu perkahwinan diadakan iaitu :
a. Perkahwinan sivil dimana bakal pengantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai
suami isteri yang sah dari segi undang undang.
b. Upacara minum teh - Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana
pengantin baru memberi teh kepada ahli ahli keluarga yang lebih tua untuk
minum sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain.
c. Jamuan makan - Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan kawan
akan dijemput


- Pelawat pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna warni sewaktu
pergi ke rumah orang mati.Memakai baju berwarna muram seperti hitam atau kelabu dan
sebagainya.
- Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa sepasang lilin
putih, duit kertas dan lain lain alat sembahyang untuk diberikan kepada keluarga si
mati yang kurang berada.
- Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang merah
atau gula gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih.
- Warna merah itu warna yang membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang
cuba mengacau. Gula gula yang diberi itu boleh dimakan

You might also like