You are on page 1of 31

NAMA SEKOLAH

LENCANA
SEKOLAH

BUKU PERATURAN SEKOLAH

PROFIL MURID

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

NAMA

: _________________________________________________________

NO KP / SIJIL LAHIR:
__________________________________________________
NO PENDAFTARAN SEKOLAH :
________________________________________
NAMA IBU BAPA/ PENJAGA :
__________________________________________
ALAMAT : ___________________________________________________________
_____________________________________________________________________
NO TELEFON :

(R)

: __________________________

(HP) : __________________________
TAHUN

TINGKATAN

NAMA GURU TINGKATAN

Catatan : Buku peraturan ini hendaklah dibawa pada setiap hari persekolahan.
Meninggalkannya/ menghilangkannya / merosakkanya dan menconteng buku
peraturan ini adalah menjadi satu kesalahan.

PUNCA KUASA
BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9 / 1975
CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

Disiplin di Sekolah
Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-Murid
Para 4.

Peraturan-peraturan Sekolah, ( School Rules) yang Bertulis untuk Murid-Murid :


Tindakan oleh tiap-tiap Sekolah Lampiran C
Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masingmasing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang
jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahuinya. Satu salinan peraturan sekolah
hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan
sekolah. Guru-guru Besar dan Pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid
kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas
Sekolah/ketua-ketua murid ( School Prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas
dan tanggungjawab mereka. Tindakan Pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari
guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga hendaklah memahami bahawa perlantikan
mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara
tatatertib.
4.1 : ........Guru-guru Besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula
dan membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu
satu senarai satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan
sekolah adalah disertakan dalam lampiran C. Guru Besar boleh juga menimbangkan
perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masingmasing
Para 6.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan
perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas
mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah
laku yang baik dan yang buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap
murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan
yang baik.

KATA ALU-ALUAN
(Sekolah masing-masing)

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

LATAR BELAKANG SEKOLAH


(Sekolah masing-masing)

PROFIL SEKOLAH
(Sekolah masing-masing)

PELAN SEKOLAH
(Sekolah masing-masing)

LENCANA SEKOLAH

COGANKATA SEKOLAH

BENDERA SEKOLAH

ISI KANDUNGAN
Kata-kata Aluan
Latar Belakang Sekolah
Profil Sekolah
Pelan Sekolah
Lencana Sekolah
Cogankata Sekolah
Bendera Sekolah
Rukunegara
CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Misi Sekolah
Visi Sekolah
Lagu Negaraku
Lagu Bangsa Johor
Ikrar Pelajar
Lagu Sekolah
Disiplin
A Definisi Disiplin
B Matlamat Disiplin
C Prinsip-prinsip Asas Disiplin
Etika Pelajar
ATanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri
B Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga
C Tanggungjawab pelajar terhadap rakan
D Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah
E Tanggungjawab pelajar terhadap masyarakat
F Tanggungjawab pelajar terhadap agama
G Tanggungjawab pelajar terhadap negara
Penguatkuasa Peraturan
Kuasa Menghukum
PANDUAN PERATURAN SEKOLAH
1. Pakaian
2. Rambut
3. Perhimpunan
4. Kebersihan
5. Kawasan sekolah
6. Sakit
7. Kawasan yang dilarang
8. Kebersihan
Sampah
Kantin
Bilik Darjah
Tandas
9. Keselamatan
Beratur
Waktu Balik
Makmal
Bilik-bilik Khas
10. Pelawat
11. Tidak hadir ke sekolah dan Kelas
12. Ketua Murid dan Pengawas
13. Waktu Sembahyang
14. Waktu Rehat
15. Latihan Kebakaran dan Kecemasan
16. Bayaran Yuran Tambahan
17. Kerosakan Harta Benda Sekolah
CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

18.

Kegiatan Luar Bilik Darjah (Aktiviti kokurikulum)

RUKUNEGARA
Maka kami, rakyat Malaysia
Berikrar akan menumpukan
Seluruh tenaga dan usaha kami
Untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan di atas prinsipprinsip berikut :
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluruhan Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu dan mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
MISI SEKOLAH

VISI SEKOLAH

LAGU NEGARAKU
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahgia tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta
CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

LAGU BANGSA JOHOR


Allah peliharakan Sultan
Anugerahkannya segala kehormatan
Sihat dan ria kekal dan makmur
Luaskan kuasa menaungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan bersatu hati Allah berkati Johor
Allah selamatkan sultan
IKRAR PELAJAR
BAHAWA KAMI, pelajar-pelajar SMK berikrar
akan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada di
sekolah ini yang berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara
dan prinsip-prinsip Rukunegara sepanjang masa.
Kami juga berikrar akan menghormati ibu bapa, guru-guru dan
orang yang lebih tua daripada kami.
Kami juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum demi kesejahteraan diri, keluarga, bangsa, agama dan
Negara.
LAGU SEKOLAH

DISIPLIN
A. DEFINISI DISIPLIN
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai :
..kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi
undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau
dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupam
sesorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib,
kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan
mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu
kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati di
CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong


menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada
menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada
masyarakat.
B. MATLAMAT DISIPLIN
Disiplin akan menjadikan seorang pelajar itu sebahai manusia yang
dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya di masa hadapan.
Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha
mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila,
bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif. Disiplin diri juga
akan melahirkan individu-individu yang kreatif serta mempunyai
kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah
kemajuan.
C. PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN
Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau
dasar berikut :

keadilan dan layanan sama rata


pertimbangan minat dan keperluan pelajar
kebebasan tertakluk kepada undang-undang
amalan menghormati seseorang individu
perhubungan sihat sesame manusia untuk kehidupan
berharmonis
perpaduan masyarakat dan Negara
ETIKA PELAJAR
A. Tanggungjawab
B. Tanggungjawab
C. Tanggungjawab
D. Tanggungjawab
E. Tanggungjawab
F. Tanggungjawab
G. Tanggungjawab

pelajar
pelajar
pelajar
pelajar
pelajar
pelajar
pelajar

terhadap
terhadap
terhadap
terhadap
terhadap
terhadap
terhadap

diri sendiri
keluarga
rakan
sekolah
masyarakat
agama
negara

A.Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri


1. Menjaga kebersihan diri termasuklah kebersihan fizikal dan
mental.
2. Bersopan santun, jujur dan amanah.
3. Menghargai masa dan menepati masa
4. Berjimat cermat
5. Bersifat sederhana dan tidak sombong
6. Sabar dan bertolak ansur
CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

7. Menghormati hak asasi orang lain


8. Berani dan cekal hati
9. Bersikap dedikasi
10.
Bersifat berdikari
11.
Bersifat rajin dan berusaha
B. Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga
1. Menghormati orang-orang tua dan ibu bapa
2. Memupuk hubungan yang baik di antara keluarga
3. Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk
menjadikannya seorang yang bermoral
4. Menjaga nama baik sekolah
C. Tanggungjawab pelajar terhadap rakan
1. Menghormati rakan
2. Tolong menolong antara rakan
D.Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan sekolah


Menghormati guru-guru
Belajar dengan bersungguh-sungguh
Menaikkan imej sekolah
Memupuk nilai-nilai moran yang tinggi
Bekerjasama di antara satu sama lain
Menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan di
sekolah
E. Tanggungjawab pelajar terhadap Masyarakat
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Tolong menolong dan bekerjasama


Menghormati orang-orang yang ebih tua
Boleh bertolak ansur
Menghormati agama, pantang larang dan adat resam
suku bangsa lain
Bersifat sederhana dan tidak sombong
Rasa kesefahaman dan sabar
Melibatkan diri terhadap kerja-kerja kebajikan
Bersifat kasihan terhadap sesame manusia dan bukan
manusia

F. Tanggungjawab pelajar terhadap agama

1. Taat kepada perintah Allah (Tuhan)


2. Mempertahankan kesucian agama
3. Mengamalkan ajaran dalam kehidupan sehari-hari

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

G.Tanggungjawab pelajar terhadap Negara

1.
2.
3.
4.
5.

Bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan Negara


Mematuhi undang-undang
Mengamalkan konsep Rukunegara
Menjaga kemudahan-kemudahan awam
Menjaga dan menaikkan imej negara

PENGUATKUASA PERATURAN
Guru-guru dan pengawas diberi kuasa untuk menguatkuasakan
peraturan-peraturan sekolah.

KUASA MENGHUKUM
Pengetua, Guru Penolong Kanan, Penyelia Petang, Guru Disiplin dan
guru-guru yang diberi kuasa oleh pengetua.

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH


GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
UNTUK MURID-MURID
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975
1. PAKAIAN
Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang pelajarpelajar berada di
sekolah.
Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas.
1.1 PAKAIAN SERAGAM BAGI PELAJAR LELAKI
1.1.1Baju
(a) Baju lengan pendek berwarna putih sahaja.
(b) Ukuran baju tidak terlalu besar dan tidak terlalu sempit.
Ukuran baju
hendaklah sesuai dengan bentuk badan.
(c) Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa sama ada di
dalam atau di luar
CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

sekolah.
(d) Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan.
1.1.2. Seluar
(a) Semua pelajar lelaki berseluar panjang berwarna hijau tua
(dark olive).
(b) Pergelangan kaki seluar panjang mestilah antara 20cm-23cm
ukuran lintang.
(c) Seluar kembang serta labuh atau seluar yang kecil kaki serta
singkat atau
sebarang potongan yang tidak sesuai tidak dibenarkan.
(d) Poket seluar jenis tampal atau ala jeans seperti berbutang besi
tidak
dibenarkan.
1.1.3 Kasut dan stoking
(a) Semua pelajar berkasut kanvas putih / kasut yang bertali
hendaklah sentiasa
diikat.
(b) Kasut berkenaan tidak boleh berjalur atau sengaja
diwarnakan.
(c) Kasut plastik atau kasut kulit berwarna putih tidak
dibenarkan.
(d) Stoking putih tanpa jalur sahaja dibenarkan.
1.1.4 Lencana dan Tanda Nama
(a) Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolah dan
tanda nama
sepanjang masa.
(b)
Lencana hendaklah dipakai dan dijahit di bahagian luar
poket atau di dada
sebelah kiri baju.
(c) Lencana yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti
dengan segera.
1.1.5 Tali Pinggang
(a) Tali pinggang yang dibenarkanialah yang berukuran 3cm
berwarna gelap
atau hijau yang dperbuat daripada kain kanvas.
(b) Kepala tali pinggang hendaklah kosong dan tidak besar,
berhias dan
beraneka corak.
(c) Tali pinggang yang bercirikan budaya Rap tidak dibenarkan
sama sekali.
1.1.6 Tali leher
(a) Tali leher dipakai oleh pelajar biasa pada setiap hari
persekolahan kecuali hari Jumaat
dan hari-hari lain yang diarahkan.
CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

1.1.7 Barang Kemas / Perhiasan


a) Pelajar-pelajar DILARANG memakai apa jua barang perhiasan
sepanjang
berada di sekolah.
1.1.8 Pakaian kebangsaan
a) Pelajar-pelajar lelaki dikehendaki memakai pakaian
kebangsaan pada hari
jumaat.
b) Baju melayu mestilah berwarna putih dan seluar puth
dengan samping
berwarna biru muda.
c) Baju hendaklah sentiasa berbutang penuh.
d) Songkok berwarna hitam tanpa hiasan hendaklah dipakai
bersama-sama
pakaian kebangsaan.
1.2 PAKAIAN SERAGAM PELAJAR PEREMPUAN BERAGAMA
ISLAM
1.2.1. Baju kurung
a) Semua pelajar perempuan beragama Islam berbaju kurung
putih teluk
belanga yang labuh di paras lutut dan kain sarung bersusun
berwarna biru
muda.
b) Baju mestilah tidak jarang sehingga boleh menampakkan
bentuk badan.
Pelajar perempuan juga diwajibkan memakai anak baju.
c) Kain mestilah tidak terlalu singkat dan buku lali hendaklah
terlindung
tetapi tidak mencecah lantai danwajib memakai kain dalam.
1.2.2 Mini telekung
a) Setiap pelajar Islam diwajibkan memakai mini telekung
berwarna putih
tanpa berenda, bersulam atau berfesyen.
b) Bentuk yang dibenarkan ialah segi tiga atau rata di bahagian
bawah tudung.
c) Labuhnya hendaklah melebihi paras dada. Kain janganlah
terlalu nipis.
(d) Anak tudung yang berwarna putih sahaja mestilah dipakai
bersama mini
telekung.
1.2.3 Kasut dan stoking
a) Sama seperti 1.1.3
CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

1.2.4 Lencana dan tanda nama


a) Sama seperti 1.1.4
1.1.5Barang kemas / perhiasan
a) Pelajar-pelajar perempuan DILARANG memakai barangbarang kemas,
alat-alat solek dan lain-lain perhiasan.
1.3 PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN BUKAN BERAGAMA ISLAM
1.3.1 Baju lengan pendek dan pinafore biru muda yang labuhnya
di bawah
lutut.
1.3.2 Lain-lain pemakaian sama seperti pada 1.2.3 dan1.2.4 dan
1.2.5
1.4 PAKAIAN PENGAWAS
1.4.1 Baju lengan panjang berwarna biru muda dan seluar
berwarna biru
tua bagi lelaki.
1.4.2
Baju kurung berwarna biru muda dan kain sarung
bersusun berwarna
biru tua dan mini telekung berwarna biru tua bagi
pengawas perempuan beragama Islam.
1.4.3
Baju lengan panjang berwarna biru muda dan skirt
labuh bawah paras
lutut bagi pengawas perempuan bukan
beragama islam.
1.4.4
Baju melayu putih dan samping sekolah bagi
pengawas lelaki pada
hari jumaat.
1.4.5
Kasut kulit atau kanvas berwarna hitam dan
berstokin hitam.
1.4.6
Lencana pengawas dan tali leher serta tanda nama
hendaklah sentiasa
dipakai setiap waktu di sekolah atau pada bila-bila masa
pengawas itu berada di sekolah.
1.4.7 Segala perubahan pakaian pengawas adalah tertakluk
kepada
persetujuan pihak pentadbiran sekolah dan ianya
difikirkan sesuai.
1.5. BERPAKAIAN PADA WAKTU BIASA
Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian sekolah lengkap
atau berbaju T sekolah berseluar sekolah dan berkasut
sewaktu hadir ke sekolah untuk mengikuti sebarang aktiviti di
luar waktu belajar.
1.5.1 Kelas / Aktiviti Tambahan
CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

a) Pakaian sekolah atau baju t sekolah dan seluar slack atau trek.
1.5.2 Pendidikan Jasmani
a) Lelaki
Baju T putih berlambang sekolah dan seluar
trek biru tua.
b) Perempuan
Baju T lengan panjang berlambang sekolah
dan seluar trek
biru tua serta mini telekung putih.
1.5.3 Latihan Sukan / Permainan
a) Lelaki
Baju T mengikut warna rumah dan seluar
trek biru.
b) Perempuan
Baju T lengan panjang mengikut warna
rumah dan seluar
trek biru tua serta mini telekung putih
1.5.4 Badan beruniform / persatuan / kelab
Pelajar-pelajar hendaklah memakai pakaian sebagaimana yang
ditetapkan oleh guru penasihat masing-masing.

2.0 RAMBUT
2.1 RAMBUT PELAJAR LELAKI
2.1.1 Rambut pelajar lelaki mestilah sentiasa pendek iaitu
bahagian belakang
dinipiskan,tidak mencecah dahi, telinga dan tengkuk
Rambut mestilah sentiasa disikat kemas dan tidak dibenarkan
berbelah tengah. (Rujuk gambar rajah)
2.1. 3 Dilarang menyimpan janggut, jambang dan misai
2.2 RAMBUT PELAJAR PEREMPUAN
2.2.1 Rambut pelajar perempuan dibenarkan hingga ke paras
bahu.
2.2.2 Rambut yang melepasi paras bahu hendaklah diikat supaya
sentiasa kemas
2.2.3 Hanya reben berwarna putih dan hitam sahaja dibenarkan.
2.2.4 Pelajar tidak dibenarkan mewarna rambut, mengerintingkan
rambut,
menyapu gel,menggunting atau menyikat rambut secara
berfesyen
mengikut tafsiran sekolah.
3.0 PERHIMPUNAN
CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

Perhimpunan rasmi siding pagi akan diadakan pada hari Isnin setiap
minggu mulai jam 7.30 pagi.
Perhimpunan harian pula diadakan pada hari Selasa, Rabu, Khamis
dan Jumaat mulai 7.15 pagi.
Semua murid diwajibkan menghadiri perhimpunan.
Para pelajar dilarang berbual semasa perhimpunan.
Semua murid dikehendaki menyanyi lagu patriotic dengan penuh
semangat

4.0 KEBERSIHAN DIRI


4.1 Semua pelajar hendaklah menjaga kebersihan diri.
4.2 Kuku mestilah pendek, bersih dan tidak boleh diwarnakan.
4.3 Pelajar tidak dibenarkan bersolek.
5.0 KAWASAN SEKOLAH
5.1 MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH
5.1.1
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada
sebaran waktu kecuali waktu kecemasan dan mendapat
kebenaran guru. Pelajar yang dibenarkan mesti memakai PAS
KELUAR.
5.1.2 Sewaktu pembelajaran sedang berjalan pelajar-pelajar tidak
dibenarkan
meninggalkan kelas walaupun ke tandas melainkan dalam
keadaan terdesak
dan mendapat kebenaran guru.
5.1.3 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu
belajar dengan
tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar,
pelajar-pelajar
tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan
kegiatan persatuan,
membawa surat-surat pengumuman atau tugas-tugas lain
yang tidak penting.
5.1.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa
pertukaran waktu
umpamanya ke tandas atau lainnya. Ketua-ketua tingkatan
bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk
mengajar.
CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

5.1.5 Pelajar-pelajar yang hendak meninggalkan kelas dengan


sebab-sebab tertentu
hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari guru tingkatan.
5.1.6 Sekiranya pelajar sakit dan hendak berehat di bilik rawatan,
pelajar berkenaan hendaklah mendapatkan surat kebenaran
dari guru tingkatan dengan mengisi borang khas. Surat
kebenaran tersebut hendaklah diserahkan kepada guru atau
pelajar yang bertugas.
5.1.7 Sekiranya pelajar hendak meninggalkan sekolah atas sebabsebab tertentu, pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran
bertulis dari pengetua, penolong kanan atau penyelia petang
dengan mengisi borang khas. Satu salinan hendaklah kepada
guru tingkatan dan satu salinan hendaklah disimpan oleh
pelajar.

6.0 SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT


6.1 Pelajar-pelajar yang sakit/cedera hendaklah segera
memberitahu Guru Bertugas, Pengawas atau Ketua Tingkatan.
6.2 Pelajar-pelajar yang mengidap penyakit berjangkit mesti
berada di rumah
sehingga sembuh.
6.3 Pelajar yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di
bilik rawatan atau
mendapat
rawatan di hospital setelah mendapat kebenaran daripada
pihak sekolah
6.4 Untuk tinggal di bilik rawatan pelajar-pelajar mestilah
mendapat
kebenaran dari pihak sekolah.
6.5 Guru bertugas akan menguruskan penghantaran pelajar ke
hospital
kerajaan jika sakit kuat.
7.0 KAWASAN YANG DILARANG
Tempat letak kenderaan guru
Kawasan tangki septik
Bilik Guru
Bilik Peperiksaan
Kawasan Tangki Air
8.0 KEBERSIHAN

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

Rujukan SPI Bil. 4/1981, SPI Bil. 2/1983, SPI Bil. 1/1996
dan SPI Bil. 6/1997
8.1

Tong Sampah
8.1.1 Semua pelajar adalah bertanggungjawab menjaga
kebersihan di sekolah.
8.1.2 Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk
kegunaan membuang sampah sahaja.
8.1.3 Bagi sampah yang boleh dikitar semula, sila
pastikan bahawa sampah dimasukkan di tong-tong
kitar semula yang betul.

8.2

Kantin Sekolah
8.2.1 Semua pelajar tidak dibenarkan makan atau minum
di luar dari kawasan kantin sekolah.
8.2.2 Sinki-sinki
yang
disediakan
adalah
untuk
kemudahan membasuh tangan sahaja.
8.2.3 Pelajar dilarang membuang sampah atau lebihan
makanan ke dalam sinki atau parit di sekeliling
kantin.
8.2.4 Bekas-bekas makanan dan minuman hendaklah
dimasukkan
ke
dalam
tempat-tempat
yang
disediakan setelah selesai digunakan.

8.3

Bilik Darjah
8.3.1 Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam
keadaan bersih, kemas dan teratur.
8.3.2 Papan hitam, meja, kerusi dan lain-lain harta benda
hendaklah dijaga, tidak dicakar atau dikotorkan.
8.3.3 Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual
bertugas bertujuan memastikan kebersihan dan
keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan koridor.
8.3.4 Segala harta benda yang berada di dalam bilik
darjah yang dirosakkan seperti kerusi, meja, tingkap
dan lain-lain perlu dibayar gantirugi.

8.4

Tandas
8.4.1 Semua pelajar perlu membersihkan tandas selepas
digunakan.
8.4.2 Pelajar tidak dibenarkan menconteng dinding
tandas.
8.4.3 Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam
mangkuk tandas sebaliknya dibuangkan ke dalam
tong-tong yang disediakan.

9.0 KESELAMATAN
CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

Rujukan SPI Bil. 8/1988, SPI Bil. 8/1999 dan SPI Bil.
4/2002
9.1. Beratur
9.1.1 Semua pelajar mesti beratur di tapak perhimpunan
sebelum permulaan kelas.
9.1.2 Pelajar dikehendaki beratur apabila pergi ke
makmal, bengkel, pusat sumber atau pun manamana bilik khas yang lain.
9.1.3 Pelajar perlu berjalan dengan tertib dan teratur
apabila bergerak ke mana-mana tempat.
9.2. Waktu balik
9.2.1 Lima minit sebelum loceng terakhir, pelajar
mestilah mengemaskan kerusi meja, membersihkan
kelas dan menutup suis lampu serta kipas jika
digunakan.
9.2.2 Apabila loceng dibunyikan, pelajar boleh keluar
kelas dengan teratur. Pelajar hendaklah beratur di
tempat yang ditetapkan dan berjalan apabila
diarahkan.
9.2.3 Semua
pelajar
hendaklah
mengikut
arahan
pengawas yang mengawal laluan.
9.2.4 Pelajar yang balik menaiki bas atau kenderaan lain
hendaklah menunggu di tempat menunggu bas
sebelum menaiki kenderaan.
9.2.5 Pelajar dikehendaki beratur dengan tertib ketika
menaiki kenderaan.
9.2.6 Pelajar yang berjalan kaki perlu berjalan dengan
teratur di atas bahu jalan dan tidak secara
beriringan.
9.3. Makmal
9.3.1 Pelajar
dilarang
masuk
ke
makmal
tanpa
kebenaran / kehadiran guru berkenaan.
9.3.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang
telah dikhaskan.
9.3.3 Dilarang menyentuh atau mengambil bahan-bahan
kimia dan alat-alat yang terdapat di bilik makmal
tanpa kebenaran atau arahan guru berkenaan.
9.3.4 Pelajar dilarang membawa keluar sebarang
peralatan dari makmal.
9.3.5 Pelajar dilarang menjalankan sebarang ujikaji tanpa
arahan guru berkenaan.
9.3.6 Pelajar dilarang menyalakan penunu Bunsen
dengan sebarang kertas.
CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

9.3.7 Barang-barang seperti mancis, kertas turas atau


bahan-bahan pepejal yang telah digunakan jangan
dibuang di merata-rata tempat.
9.4. Bilik-bilik khas
9.4.1 Pelajar dilarang masuk ke mana-mana bilik khas
seperti bengkel KH, pusat sumber, bilik tayang dan
makmal komputer tanpa kebenaran / kehadiran
guru berkenaan.
9.4.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang
telah dikhaskan.
9.4.3 Pelajar dilarang menyentuh atau mengambil apaapa bahan dan alatan yang terdapat di bilik
berkenaan tanpa kebenaran atau arahan guru.
9.4.4 Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, pelajar
hendaklah mengikut arahan guru berkenaan.

10.0 PELAWAT
10.1 Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak
mereka pada
waktu rehat.
Pada waktu belajar tiada pelawat dibenarkan berjumpa
dengan
pelajar.
10.2 Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat
untuk berjumpa
dengan pelajar tanpa memberi sebarang penjelasan.
10.3 Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak
dibenarkan
berjumpa dengan anak mereka kecuali jika keadaan
mendesak setelah
mendapat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu.
10.4 Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang
disediakan.
11.0 TIDAK HADIR KE SEKOLAH DAN KELAS
11.1

Pelajar yang tidak hadir mestilah memberi surat doktor


atau surat ibu

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

bapa/penjaga dengan tanda tangan yang sah untuk


tempoh masa pelajar itu tidak hadir.
11.2

Surat amaran pertama dihantar kepada ibu bapa


sekiranya pelajar tidak hadir pada hari ketiga untuk
pelajar yang tidak hadir ke sekolah secara berturut-turut
atau hari kesepuluh sekiranya ketidakhadiran adalah
secara berturut-turut.

11.2

Surat amaran kedua hendaklah dihantar kepada ibubapa


penjaga
sekiranya pelajar tidak hadir TUJUH hari berturut-turut
atau sebanyak 20 hari secara tidak berturut-turut.

11.3

Surat amaran terakhir secara berdaftar hendaklah


dihantar kepada
ibu bapa penjaga sekiranya tiada komunikasi selepas
tujuh hari daripada surat amaran kedua dihantar bagi
pelajar yang tidak hadir secara berturut-turut atau 20
hari bagi ketidakhadiran
secara tidak berturut-turut.

11.4

Tindakan buang sekolah boleh diambil selepas 2 minggu


surat amaran
terakhir dihantar bagi ketidakhadiran secara berturutturut atau 20
hari bagi ketidakhadiran secara tidak berturut-turut. (Pek.
K (BS)
8548/ 12 (17))

11.5

Pelajar tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan atau


keluar dari
kawasan sekolah dalam waktu belajar kecuali dengan
kebenaran khas dari Pengetua, Penolong kanan atau
Penyelia Petang. Kebenaran bertulis hendaklah
diperolehi.

12.0 KETUA MURID DAN PENGAWAS


12.1

Perlantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan


dibuat oleh
Pengetua dengan kerjasama guru-guru.
12.2
Badan Pengawas mestilah mengandungi seorang guru
Penasihat,
CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Pengawaspengawas Tingkatan Atas.


12.3 Seorang pengawas biasanya akan memegang
jawatannya berterusan
tetapi Pengetua dan guru-guru boleh menyingkirkan
seseorang itu
dari Badan Pengawas sekiranya perlu.
12.5
Pengetua ada kuasa membuat pindaan dalam
perlembagaan itu.
12.6
Sifat-sifat Kelayakan
Untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang pelajar
hendaklah mempunyai perangai dan kelakuan yang elok di
samping prestasi akademik yang baik dan mengambil bahagian
yang cergas dalam kegiatan sekolah.
Lain-lain kelayakan :
- bertanggungjawab dengan sepenuhnya
- berwibawa dan bekerjasama
- rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan
- jujur dan berakal
- menepati masa
12.7

Tugas-tugas pengawas

(a) Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa tatatertib sekolah


untuk mengekalkan suasana yang baik semasa perhimpunan
semasa belajar, semasa rehat dan setiap masa dan menentukan
peraturan-peraturan sekolah dipatuhi.
(b) Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda sekolah
terutama sekali di perpustakaan, makmal sains, bilik Pendidikan
Jasmani, bilik alat pandang dengar dan bilik Ekonomi Rumahtangga
supaya tidak dirosakkan. Mereka mesti juga menolong pihak sekolah
menjaga kebersihan kelas dan sekolah.
(c) Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka
semasa perhimpunan sekolah, masa bersurai sekolah dan upacara
sekolah. Ketua pengawas akan menyediakan giliran tugas
Pengawas. Pengawas-pengawas yang berulang kali kurang
bertanggungjawab akan diberi amaran.
(d) Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap
tegas tetapi bersopan santun dengan pelajar-pelajar. Mereka tidak
boleh berkelakuan kasar. Mereka hendaklah menjaga keharmonian
pelajar. Sekiranya ada pelajar melanggar peraturan, dia hendaklah
diberi dua amaran. Pada amaran ketiga, pelajar itu mesti dilaporkan
kepada guru Lembaga Disiplin.
CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

13.0 WAKTU SEMBAHYANG


Waktu sembahyang zohor dan asar bagi sesi petang adalah
mengikut sekolah masing-masing
14.0 WAKTU REHAT
Waktu rehat adalah mengikut kesesuaian jadual waktu sekolah
masing-masing
15.0 LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN
(a) Apabila loceng isyarat dibunyikan, pelajar-pelajar mesti berbaris
di luar kelas dan turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang
paling dekat)
(b) Pelajar-pelajar mestilah bergerak secara senyap, tidak terburuburu atau berlari dan tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama
lain
(c) Di tempat berkumpul itu, guru-guru tingkatan hendaklah berada
bersama barisan pelajar-pelajarnya. Dengan menggunakan daftar
kedatangan pastikan setiap pelajar di dalam kelasnya berada di situ.
(d) Guru tingkatan hendaklah melaporkan dengan serta-merta
kepada Pengetua jika ada sesiapa yang diketahui tidak ada di situ
dan hendaklah mencari pelajar itu dengan segera.
(e) Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula
untuk mengambil barang-barang seperti buku, baju dan lain-lain.
(f) Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa
loceng isyarat berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke tempat
berkumpul yang telah ditetapkan. Mereka dikehendaki melaporkan
diri kepada guru tingkatan dan berada bersama-sama rakan-rakan
setingkatannya.

16.0 BAYARAN TAMBAHAN


Bayaran tambahan adalah berdasarkan oleh pakej yang dipilih oleh
sekolah.
17.0 KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH
CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

Pelajar-pelajar mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua


harta benda sekolah semasa berada di sekolah seperti :
(a)Kerusi meja pelajar jangan diukir/diconteng
(b) Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng
(c) Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga
dengan baik
(d) Tandas hendaklah diguna dengan betul
(e) Cermin tingkap jangan dipecahkan
(f) Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan
tidak membazir
(g) Alatan pendidikan jasmani, alatan bilik sumber, ERT dan Sains
hendaklah digunakan dengan baik.
18.0 KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM)
18.1 Setiap pelajar diwajibkan menyertai :
a) satu pasukan berunifom
b) satu persatuan/kelab atau lebih
c) satu kegiatan sukan /permainan atau lebih.
Seseorang pelajar dibenarkan memegang sebanyak-banyaknya 2
jawatan tertinggi sahaja untuk kesemua persatuan/kelab sekolah
yang dianggotai.
Pelajar pelajar tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatankegiatan luar sekolah yang bukan dianjurkan oleh sekolah.
Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada
pengetua sekiranya seseorang pelajar ingin atau dikehendaki
mengambil bahagian di dalam kegiatan-kegiatan luar atau
pertubuhan luar, persatuan, permainan dan lain-lain yang dianjurkan
sekolah atau jabatan pendidikan.
Pelajar-pelajar adalah DILARANG KERAS
pertubuhan haram atau kongsi gelap.

memasuki

sebarang

19.0 KATEGORI KESALAHAN


KESALAHAN RINGAN
1.
Menyimpan misai, janggut dan jambang.
2.
Berambut panjang atau menyimpan rambut yang
menyerupai kumpulan tertentu.
3.
Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang
dilarang.
CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.

Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan


bilik darjah dari sekolah tanpa kebenaran.
Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Pengetua, atau
Guru-guru Penolong Kanan atau guru yang bertugas di
dalam bilik darjah pada ketika itu.
Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran
(P & P) tanpa kebenaran.
Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan
kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa
kebenaran Pengetua atau wakilnya.
Memasuki makmal/bilik khas/bengkel tanpa kebenaran atau
tidak mematuhi peraturan makmal/bilik khas/bengkel.
Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali
jam.
Makan dan minum di dalam bilik darjah.
Melakukan pembaziran air atau elektrik.
Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau
memakai pakaian sekolah dengan kemas.
Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran
(tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak
memberi perhatian dan lain-lain)
Lewat ke sekolah.
Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.
Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain.
Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan
sekolah.
Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah.
Tidak membuat tugasan yang diarahkan.
Mengganggu kawan.
Mengganggu guru.
Lewat masuk kelas.
Mengotorkan kelas.
Tidak duduk setempat.
Berada dalam kawasan larangan.
Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran
(P & P) tanpa kebenaran.
Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin..
Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu.
Membuang sampah merata-rata.
Meludah atau membuang barang-barang dari atas
bangunan.
Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain
tanpa kebenaran.
Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen
perniagaan tanpa kebenaran pihak sekolah.
Memakai cermin mata berfesyen.

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

35.
36.
37.

Tidak mendaftarkan kenderaan (motor/kereta)yang dibawa


ke sekolah .
Kesalahan lain yang ditentukan oleh Pengetua.
Membawa telefon bimbit dan MP3.

KESALAHAN SEDERHANA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali.


Menyalahgunaan / menggunakan peralatann/sumber
bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran.
Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
Tiga amanan, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian /
peperiksaan.
Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah,
negeri dan kebangsaan.
Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head
atau bewarna.
Menconteng pada harga benda sekolah.
Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik
telinga dan memakai subang lebih daripada satu pada satu
cuping telinga.
Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini
oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

KESALAHAN BERAT
1.
2.

Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga


Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit
dalam kegiatan dadah.
3.
Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman
keras atau sebarang benda yang memabukkan /
menghayalkan.
4.
Membawa, menyimpan, menghisap aau mengedar bahan
tembakau.
5.
Menyebabkan / melakukan pergadakan atau kekerasan.
6.
Melayan, mengancam, memukul atau mengugut /
mencederakan guru / pengawas / murid.
7.
Biadap terhadap guru / pengawas / murid.
8.
Memeras ugut guru / pengawas / murid.
9.
Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.
10. Melakukan buli (pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap
murid lain.
11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh
kawasan larangan.
12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan
rencana,
CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

majalah atau pita dan multimedia yang terlarang.


14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
15. Mencabul kehormatan guru / murid.
16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
17.
Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.
18. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak
bermoral.
19. Mengintai murid lelaki / perempuan.
20.
Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang
mencemarkan.
21.
Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid.
22.
Membawa atau menggukanan bahan letupan.
23.
Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau
melakukan perbuatan
lucah.
24.
Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan
haram atau
merusuh.
25.
Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahanbahan
multimedia.
26.
Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan
kecederaan atau
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian.
27.
Menganjur atau membebitkan diri dalam acara kebudayaan
yang
bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia.
28.
Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara
kebudayaan tanpa
kebenaran pihak sekolah, PPD, JPNJ dan Kementerian
Pelajaran.
29.
Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut)
selama 30 hari atau
berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun
sessi
persekolahan.
30.
Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua
atau guru yang
menjalankan tugas.
31.
Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa
kebenaran
Pengetua atau wakilnya.
32.
Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan
bahan lucah.
33.
Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
34.
Melakukan hubungan yang dicurigai.
35.
Kesalahan-kesalakan lain yang difikirkan trmasuk dalam
kategori ini oleh
CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

Jawatankuasa Disiplin Sekolah .

Jenis-jenis salah laku yang berlaku di sekolah adalah banyak dan


pelbagai. Menurut buku panduan Bagu Ibu Bapa Mengenai Disiplin
Murid-murid Sekolah, (DPM, 1982) salah laku ini dapat dibahagikan
kepada 5 kumplan yang besar iaitu:
1. TINGKAH LAKU JENAYAH
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)
j)

Mendera dan mencederakan.


Bertindak ganas dan mencederakan.
Memeras ugut.
Bergaduh.
Mencuri.
Menipu atau memperdayakan.
Menimbulkan kegelisahan dikalangan pelajar.
Menyalahgunakan dadah.
Khalwat.
Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang
Negara.
k) Menyertai kumpulan kongsi gelap.
2.
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)

TINGKAHLAKU LUCAH
Mencarut.
Berdua-duaan.
Becumbu-cumbuan.
Melihat / membaca bahan lucah.
Melukis / menujlis bahan lucah.
Menyimpan / meminjamkan bahan lucah.
Besubahat dalam perbuatan sumbang.
Berpakaian tidak senonoh.

3. TINGKAHLAKU ANTI-SOSIAL
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

Tidak mahu bergaul.


Merosakkan hartabenda individu / sekolah.
Membuat bising.
Menjerit-jerit tidak tentu pasal.
Mengganggu orang lain.
Menulis dan menconteng bangunan.
Membuang sampah merata-rata.

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

h) Mendendam / hasat dengki / cemburu.


i) Memaki hamun.
j) Sombong , bongkak dan biadap.

4.

TINGKAHLAKU TIDAK JUJUR.

a) Meniru dalam ujian dan peperiksaan.


b) Meniru tandatangan orang lain.
c) Bercakap bohong.
d) Mengubah markah yang dicatat oleh guru.
e) Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah.
f) Menganiaya sesame rakan.
g) Tidak amanah.
h) Mengampu.
i) Memperdayakan ibu bapa dan orang lain.
j) Mengambil barang orang lain tanpa izin.
k) Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab.
l) Berdolak-dalik.
m)Membuat kerja tanpa keikhlisan diri.
4. TINGKAHLAKU TIDAK SOPAN
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)
j)

Berbahasa kasar.
Tidak menghormati guru.
Menghisap rokok.
Berambut panjang.
Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar.
Lalai dan cuai terhadap pelajaran.
Mempermain / memperlekehkan guru.
Selalu lewat.
Suka bertengkar.
Pakaian tidak sesuai.

Rujukan Surat Pekeliling Ikhtisas


1. Pakaian Seragam :
- SPI Bil. 12/1978
- SPI Bil. 14/1976
- SPI Bil. 3/1983
- SPI Bil. 8/1985
- SPI Bil. 3/1992
- SPI Bil. 6/1993
- SPI Bil. 2/1993
- SPI Bil. 9/1975
CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

2. Kesihatan Murid :
- SPI Bil. 2/1982
- SPI Bil. 6/1998
3. Perhimpunan Sekolah :
- SPI Bil. 4/1984
4. Keselamatan :
- SPI Bil. 8/1988
- SPI Bil. 8/1999
- SPI Bil. 7/2000
5. Kesihatan :
- SPI Bil. 4/1989
- SPI Bil. 1/1996
6. Ponteng :
- SPI Bil. 6/1995
7. Sekolah Selamat :
- SPI Bil. 4/2002
8. Kuasa Merotan :
- SPI Bil. 7/2003
9. Disiplin/Peraturan Sekolah :
- SPI Bil. 9/1975
10. Garis Panduan Pakej Bayaran Tambahan :
- SPI Bil. 13/2007
11. Larangan Membawa Telefon Bimbit :
- SPI Bil. 1/2006
12. Potongan Rambut Murid :
- SPI Bil. 2/1976
13. Hukuman ke Atas Murid Menghisap Rokok :
- SPI Bil. 4/1997
14. Peraturan Tatatertib :
- SPI Bil. 8/1968
- SPI Bil. 6/1968
- SPI Bil. 11/1972
CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

- SPI Bil. 9/1975


15. Penyalahgunaan Dadah :
- SPI Bil. 7/1975
16. Kempen Anti Merokok :
- SPI Bil. 1/1983
17. Mengenakan Hukuman Biasa :
- SPI Bil. 8/1983
18. Perhimpunan Sekolah :
- SPI Bil. 4/1984
19. Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah :
- SPI Bil. 7/1986
PENGAKUAN SETIA PELAJAR
Bahawasanya saya
.........................................murid SMK
telah membaca dan memahami segala
peraturan sekolah ini. Dengan ini saya mengaku akan mematuhi
peraturan-peraturan sekolah dan bersedia menerima tindakan yang
akan dikenakan oleh pihak sekolah jika saya melanggar peraturanperaturan tersebut.
Tandatangan murid,
________________________
(
)
PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA
Bahawasanya saya ibu bapa / penjaga
murid
yang
bernama....................................................
yang
belajar
di
SMK
............................telah
membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Saya sedia
bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menentukan supaya anak
jagaan saya mematuhi peraturan-peraturan tersebut.
Tandatangan ibu bapa / penjaga
________________________
(

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

CONTOH : MESTI DISESUAIKAN MENGIKUT SEKOLAH

You might also like