You are on page 1of 19

KAEDAH KESAN PENYAKIT SECARA UMUM Page 1

Analisis penyakit melalui tapak tangan



ini lah bentuk tapak tangan kita.....
apakah yang kita nampak didalam tapak tangan....
masing-masing tentu mengatakan yang nampak hanyalah jaluran yang
membentuk huruf M...
maka mentelah lah masing-masing bahawa huruf M itu....ada yg mengatakan
miskin ler ..garisan urat keluar melalui jari telunjuk ..wang senang keluar
ler..semua ada....
itu hanya telahan masing-masing.....

Kita menadah tangan ketika BERDOA...dan kita juga menadah tangan apabila
meminta sedekah...
Ketahuilah wahai saudara ku..bahawa jaluran yang terbentuk adalah jaluran
asma ul husna..99 nama allah..dimana di telapak tangan kiri ..adalah ^1..iaitu
81 berdasarkan kepada huruf JAWI dan telapak tangan kanan
adalah 1V adalah 18...
Jadi apabila kedua2 nya dicampur 18 + 81 menjadikan 99 iaitu 99 nama allah
ASMA UL HUSNA
....
Melalui tapak tangan kita dapat mengdiagnosis penyakit yang telah berada di
dalam tubuh kita....
Allah taala memberi ilmu melalui tubuh badan kita....
melalui tapak tangan kita dapat mengesannya penyakit yang baru 10% berada
di dalam tubuh ....manakala diagnosis melalui MATA ...penyakit baru berada
2% dapat di kesan..
masyaallah..begitu besarnya ilmu allah taala..sedangkan bila penyakit kita
sudah peringkat 80% barulah dapat dikesan oleh doktor aloipati....
disini serba ringkas berkenaan cara-cara melihat penyakit melalui tapak
tangan.....



1. urat biru di jejari atas kebawah adalah tanda seseorang itu
STRESS berpunca dari:-
a. banyak berfikir perkara yg tidak selesai .
b. kurangnya oksigen dikepala.
c. kurangnya air didalam badan.
d. cepat marah.
bagi orang yang selalu STRESS akan menyebabkan hilangnya vit 'c'
didalam tubuh .....
dan akan mengaktifkan sel kanser .....jadi sesiapa yang berpenyakit STRESS
haruslah berjaga-jaga dengan simptom ini.....utk mengetahui tanda sel kanser
KAEDAH KESAN PENYAKIT SECARA UMUM Page 2

telah berada didalam tubuh - lihat lah jikalau telah tumbuhnya bisul di tubuh
bermakna itulah permulaan kanser didalam tubuh kita ..jadi haruslah cepat-
cepat mengambil HERBA...hentikan daripada mengambil ubatan aloipati
dimana ubatan ini akan menambah penderitaan anda..

2. Orang yang bermasalah HATI - dapat dikesan melalui tapak tangan yang
berwarna kuning , keras dan
pejal...jika ada bintik hitam ..bermakna darah keracunan....
simptom yang dapat dilihat adalah :-
a. sembelit..
b. terganggunya perasaan.
c. resah gelisah.
d. tidak ceria.
e. cepat marah / stress.
f. bila sakit lambat sembuh.
g. kemurungan.
h. mata menjadi kuning.
i. perut menjadi kembung.
j. makan cepat kenyang.
k. dada selalu berdebar2..

3. Masalah angin didalam badan dapat dikesan melalui tapak tangan
yangBERBINTIK putih...
- terdapat 3 jenis angin :-
i) angin segah - nafas pendek,perut kembung,cepat penat,menyucuk ulu
hati,bila makan cepat
kenyang dan selalu sendawa..
ii) angin darah - cepat marah,angin pasang,angin meroyan yang mana
semua ini menyebabkan
mempengaruhi emosi pesakit.
iii) angin sendi - sakit disendi2,kebas2 dan sakit pinggang...
punca-puncanya adalah daripada - makan diselang dgn air,banyak
bercakap,minum guna straw dan kesan
pembedahan perut.......

4. Lihat lah jari anda - adakah jari kelingking anda membengkok ..jari tangan
kanan membengkok ke kanan dan jari ditangan kiri membengkok ke kiri...
- jika terdapat pembengkokan yang sedemikina bermakna anda telah
mengalami masalah TULANG BELAKANG....anda mengalami masalah di
bahagian kepala , pinggang dan seluruh badan bermasalah tulang belakang...
itu pun mengikut ruas-ruas tertentu ...
- jika dibahagian kepala ..anda akan mengalami penyakit mudah menjadi
LUPA....
masalah dibahagian pinggang akan menyebabkan anda mengalami
masalah TENAGA ...
KAEDAH KESAN PENYAKIT SECARA UMUM Page 3

-jika anda bmerasa kebas dihujung jari kaki dan tangan disertai sakit kepala
- ini bermakna anda mengalami masalah di tulang belakang....
- mengikut perawatan JAWI HPA....adalah lebih baik anda melakukan
chiropathic iaitu rawatan membetulkan TULANG BELAKANG....

5. Jika anda yang selalu mengalami Sakit Tumit - bagi LELAKI anda
mengalami masalah TENAGA ..manakala WANITA ..anda mengalami masalah
RAHIM....

















KAEDAH KESAN PENYAKIT SECARA UMUM Page 4


PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!!!!!!!

Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.
KAEDAH KESAN PENYAKIT SECARA UMUM Page 5


selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke???
jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya..

seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita.cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

.tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Cuba anda lihat pada ruas jari-jari anda...Kalau ruas jari kehitaman tu
maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.
Cuba periksa tapak tangan masing-masing...kalau tapak tangan
berbintikmaknanya ada masalah angin. Yang suka marah2 tu mungkin banyak
angin dalam badan. Sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.
Masalah tapak tangan berpeluh atau lembab??? itu tandanya badan kita
mudah diserang sel-sel kanser.
Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu
mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu
jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.
Urat biru/hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang
jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam
kehidupan sehariannya..
KAEDAH KESAN PENYAKIT SECARA UMUM Page 6

Bagi seorang wanita, cara untuk mengetahui sistem dalaman perempuan
anda ialah dengan melihat pada jari kelingking anda. Kalau jari kelingking anda
meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan
berkemungkinan rahim anda jatuh.
Cuba pulak tengok pada kuku setiap jari anda..Jika terdapat bulan sabit
berwarna putih di setiap jari anda bermaknaanda mengalami hormon yang tidak
seimbang.
Sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu
hanya pada kuku ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya
allah...




KESAN SAKIT MELALUI SARAF TAPAK TANGAN
Kaedah mengesan sakit melalui saraf tapak tangan dapat memberikan
gambaran kesihatan dalam tubuh kita. Berikut adalah beberapa kaedah
pengesanan awal :-


1. SUHU TAPAK TANGAN
Apabila tapak tangan panas dan bahagian kaki terasa sejuk, ini menandakan
masalah pada bahagian perut dan ke bawah.Tapak tangan panas dan
bahagian kaki terasa panas, ini menandakan masalah pada bahagian kepala.

2.KELEMBAPAN
Tapak tangan berpeluh, dikaitkan dengan 3 organ iaitu otak, jantung dan
organ reproduktif. Tapak tangan kering dan cengkung menandakan imuniti
yang rendah dan mudah diserang penyakit.

3. JARI GEMUK ATAU RUNCING
Jari gemuk di pngkal menandakan kandungan asid urik dalam darah. Jari
runcing di hujung menandakan kencing manis.

4.JARI YG BENGKOK
Bengkok di jari kelingking menandakan masalah pada bahagian tulang
belakang. Bengkok di bhgian jari lain dikaitkan dgn masalah saraf.

5.KUKU BERGELOMBANG
KAEDAH KESAN PENYAKIT SECARA UMUM Page 7

Menandakan logam berat dalam badan

6. URAT-URAT BIRU YG TIMBUL
Menandakan tekanan (stres)

7.TOMPOK PUTIH DI TAPAK TANGAN
Dikaitkan dgn angin dalam badan.





Tapak tangan yg kehijauan seperti bulatan dalam gambar..menandakan
paru2 atau pernafasan yg lemah..



KAEDAH KESAN PENYAKIT SECARA UMUM Page 8









Saraf
Tanda Tapak Tangan Berlopak
Simtom Sakit Belikat, Sakit Tulang Belakang, Kebas Dan Lenguh, Mudah ke Saraf
Lumpuh, Lemah Tenaga (Lelaki), Rahim (Wanita)
Punca Stress, Berkait Dengan Imuniti, Kemalangan
Herba Madu Asli, Teh Herba, Minyak But But, Roselle, Mengkudu


Jari Kelingking Mewakili Rahim Wanita

Tanda Jari Kelingking Meruncing, Membengkok
Simptom Haid Tak Teratur, Senggugut, Keputihan,Peranakan Jatuh
Punca Sembelit Yang Teruk, Tulang Belakang, Stress, Keputihan, Senggugut
Herba Paramaria, Senggugut, Teh Herba, Roselle, Keputihan, Omega 3, DDeu,
Herba Tuju Angin


KAEDAH KESAN PENYAKIT SECARA UMUM Page 9


Hormon Tidak Seimbang

Tanda Bulan Sabit Terbalik pada Kuku Jari selain daripada Ibu Jari
Simptom Mudah Marah, Mudah Sedih, Kemurungan Yang Mendalam, Perasaan
Rendah Diri
Punca Faktor Keturunan, Pendedahan Berlebihan Kepada Medan Elektromagnet,
Faktor Suhu Tubuh Yang Tidak Seimbang, Tidur Yang Tidak Berkualiti, Tekanan
Berterusan
Herba Paramaria, Radix, Senggugut, Sprirulina, Teh Herba, DKarm, DDeu, Lady
Cheer, Keputihan



Diabete Militus (DM) / Gula Dalam Darah
Tanda Di Pangkal Kuku Berwarna Gelap
Simptom Mudah Letih, Sering Dahaga & Lapar, Penglihatan Kabur, Banyak Makan
tetapi Berat Badan Menurun, Mudah Berbisul tapi Lambat Sembuh, Kerap Kencing dan
Dihurungi Semut
Punca Gula Berlebihan, Sembelit
Herba Kopi Radix, Plantisol, Herba Rebusan Kencing Manis, Teh Herba

KAEDAH KESAN PENYAKIT SECARA UMUM Page 10


Tanda-tanda ada kelemahan pada Paru-Paru, Resdung, Alergi, Asthma

Tanda Urat Biru / Hijau
Simtom Rambut Gugur, Buasir, Kulit Kepala Kering, Mata Hidung Berair, Kerap
Bersin, Gigi Berdarah, Mudah Letih, Keputihan, Cepat Penat, Hidung Kurang Deria
Ciuman, Sering Bermukosa
Punca Paru-Paru Bermasalah, Sistem Pencernaan, Masalah Darah
Herba Coscinium, DDeu, DDet, Roselle, Morin-A, Spirulina, Madu Asli, Teh Herba


Tanda-tanda Gastrik
Tanda Urat Biru / Hijau Di Tepi Perut Ibu Jari
Simptom Cepat Letih, Mudah Lapar, Sakit di Ulu Hati
Punca Makan Tidak Menentu, Makanan Pedas
Herba DKarm, Tuju Angin, Madu Asli, Kopi Radix (Herba Diambil Selepas Makan)

KAEDAH KESAN PENYAKIT SECARA UMUM Page 11


Warna Lidah dan Tanda-tanda Penyakit


Warna lidah normal adalah merah jambu @ pink. Bila lidah berubah warna seperti
dibawah ini kemungkinan anda menderita beberapa penyakit:

1. Lidah Putih
Orang yang lidahnya putih biasanya disyaki mengidap kepialu ,
penghadaman yang terjejas, simptom influenza atau kekurangan
darah. Jika warna lidah pucat dan lembap seperti ada lapisan lemak, ada tanda-
tanda gejala sejuk ini ada kaitan dengan selesema. Jika lidah putih yang
sedikit tebal, ini adalah salah satu daripada gejala-gejala penyakit kelamin.


2. Lidah Merah
Lidah berwarna normal sedikit merah, merah cerah lebih buruk, ia menunjukkan
pesakit menderita kepanasan. Bila warna merah sedikit kekuningan, menunjukkan
demam agak tinggi. Hanya bahagian sisi yang merah atau lidah ditutupi titik titik
merah, harus berjumpa doktor mungkin anda ada masalah liver@hati . Warna lidah
merah cerah, lidah seperti berlumut atau retak, adalah sindrom panas. Lidah merah
yang terasa sangat kering, ini tanda-tanda dehidrasi. Lidah ungu kemerahan
menunjukkan adanya luka dalaman atau luka pada perut.

KAEDAH KESAN PENYAKIT SECARA UMUM Page 12

3. Lidah ungu
Lidah ungu menunjukkan pesakit menderita demam dan ada gangguan darah atau
peredaran darah yang tidak lancar. Jika seluruh lidah ungu, menunjukkan organ
dalam sangat panas. Lidah berbintik ungu, perlu pemeriksaan lanjut di bahagian
liver (hati) pesakit.
4. Lidah kuning
Menandakan panas pada tubuh yang agak berlebihan kerana terlalu banyak
mengambil alkohol, makanan pedas, mengalami stres emosional dalam jangka
panjang, atau akibat merokok. /Erabaru


Penyakit-penyakit pada lidah.
Lidah mempunyai berbagai peranan yang sangat penting untuk bicara, mengunyah,
menelan dan juga pembersihan rongga mulut,lidah boleh juga mengalami penyakit
yang patut kita ketahui.Ada baiknya kita mengetahui penyakit apa yang biasa
menyerang lidah kita.



Candidosis lisan. Penyebabnya adalah Cendawan yang disebut candida albicans ..
gejalanya Lidah akan tampak tertutup dengan lapisan putih yang boleh dikikis.



KAEDAH KESAN PENYAKIT SECARA UMUM Page 13


Glossitis Atropic. Penyakit ini juga sering dijumpai. Lidah akan terlihat licin dan
berkilat baik seluruh bahagian Lidah mahupun hanya sebahagian kecil. Penyebab
yang biasanya adalah kerana kekurangan Zat Besi. Biasanya banyak dihidapi oleh
pesakit anemia.



Lidah Geografic. Lidah seperti peta, berpulau-pulau. Baik banyak mahupun
sedikit. Bahagian pulau itu berwarna merah dan lebih licin dan bila parah akan
dikelilingi pita putih yang sedikit tebal.


KAEDAH KESAN PENYAKIT SECARA UMUM Page 14

Fissured lidah. Lidah akan kelihatan Pecah-Pecah. Kadangkala ada garis hanya
satu ditengah, kadangkala ada juga bercabang-cabang.
Glossopyrosis. Tentang gangguan ini ada rasa sakit pada lidah, Lidah terasa
panas dan terbakar tetapi tidak dijumpai apa-apa gejala dalam pemeriksaan.
Ini kebanyakannya disebabkan psikosomatik terutama di-
Indonesia ianya hampir berlaku setiap tiga hari kerana keabnormalan dalam saraf.


Jadi.keterangan diatas tadi menunjukkan penyakit yang biasa ditangani oleh para
doktor di hospital.Rongga mulut merupakan pintu gerbang tubuh kita terhadap
dunia luar, selain itu juga merupakan cerminan dari kesihatan Tubuh kita secara
keseluruhan. Salah satu cara untuk Pemeliharaan kesihatan Lidah supaya tidak
dihinggapi Cendawan candida itu adalah dengan melakukan pembersihan dengan
membersih Lidah secara tetap dan teratur ..Jika lidah anda ada gejala seperti diatas
cepat-cepatlah berjumpa doktor ok.



















KAEDAH KESAN PENYAKIT SECARA UMUM Page 15

Tanda-Tanda Penyakit Melalui Organ Badan


Mata

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi
badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata
menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan
toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan
proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang
berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau
bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati
atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan
mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses
menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di
bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang
banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak
air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
KAEDAH KESAN PENYAKIT SECARA UMUM Page 16


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang
sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya
diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat
besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem
pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai
masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran
koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan
darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk
pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang
lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu
hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut
dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan
ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma
pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR :
KAEDAH KESAN PENYAKIT SECARA UMUM Page 17

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur,
rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan
tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras
dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit
jantung.

Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini
menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya
disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang
akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit
kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala
mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan
banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
KAEDAH KESAN PENYAKIT SECARA UMUM Page 18

ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi
atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan
penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan
penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a. LOYA/MUNTAH .. Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari
bahagian perut.

b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian
kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;
misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING ; Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
yang
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah
pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi
kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses
pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang
luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan
kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas
memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
KAEDAH KESAN PENYAKIT SECARA UMUM Page 19

b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di
bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan
saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan
dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang
berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini
menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses
pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet
muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT :
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah
tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang
lemah.

You might also like