You are on page 1of 14

HAKIM ZAINAL & MAHERAM AHMAD

455



Perubahan Nilai Mata Wang dan
Kesannya Terhadap Ekonomi,
Sosial dan Politik*


HAKIM ZAINAL & MAHERAM AHMAD




Perubahan Nilai Matawang


Maksud Nilai

a. Perkataan bahasa Arab Qimah (iaitu nilai) mempunyai dua
pengertian:
i. Al-Tadil iaitu baik dan lurus, sebagaimana dalam firman Allah
swt: ( ),
1
Maksudnya: Sesungguhnya
Kami telah jadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian.
ii. Taqdir al-silah iaitu pemberian nilai kepada sesuatu barangan
dengan harga yang boleh dijadikan sebagai gantiannya. Al-
Azhari menghujahkan pengertian ini dengan katanya:
bermaksud: Saya membetulkan
sesuatu atau mendirikannya, maka ia boleh berdiri tegak,
manakala al-istiqamah bermaksud: sesuatu yang betul dan
stabil.
2
Manakala Ibn Faris pula menghujahkan dengan katanya:
(.. ) bermaksud: Saya membetulkan atau
meluruskan sesuatu, ungkapan ini asalnya bermaksud bahawa
anda meletakkan/menggantikan sesuatu pada tempat sesuatu
yang lain.
3
Ibn Manzur pula menambah: Maksud ungkapan (
) ialah apabila sesaorang memberi nilai () kepada
sesuatu barangan, manakala perkataan () bermaksud harga
atau nilai sesuatu dengan cara pemberian nilai ().
4

Sementara al-Fayyumi berpendapat bahawa kata ()



PERUBAHAN NILAI MATA WANG DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI, SOSIAL DAN POLITIK
456
bermaksud nilai atau harga yang sebanding dengan barangan
atau yang boleh menggantikan tempatnya.
5

b. Pemberian Nilai (al-Taqwim) Menurut Istilah Fuqaha: Al-Khatib al-
Sharbini mendifinasikan al-taqwim sebagai kata terbitan daripada
kata akar yang bermaksud menentukan nilai barangan.
6

Manakala Shams al-Din Muhammad al-Bala menyatakan: al-
taqwim adalah kata terbitan daripada ungkapan yang
bermaksud penentuan harga atau pemberian nilai terhadap sesuatu
barangan.
7
Pengarang Mujam Lughat al-Fuqaha mentakrifkannya
dengan penentuan nilai gantian sebanding dengan barangan.
8
Dr.
Muhammad al-Khudayr mentakrifkan al-taqwim sebagai penentuan
gantian nilai matawang terhadap sesuatu barangan atau manfaat
yang sebanding ketika berlakunya transaksi sama ada secara sebenar
atau andaian.
9
Sementara Dr. Rajai al-Faqi menyatakan bahawa al-
qimah nilai ialah sesuatu yang sama dengan nilai matawang
sesuatu barangan serta sebanding menurut penilaian para penilai.
10

c. Nilai Mata Wang dari Sudut Pandangan Ahli Ekonomi mempunyai
3 pengertian, iaitu:
i. Ia bermaksud nilai, barangan atau perkhidmatan yang terdapat
di pasaran. Ia bermaksud keupayaan pembelian pada matawang
dalam proses pertukaran komoditi dan perkhidmatan yang
pelbagai.
ii. Ia boleh juga bermaksud keupayaan pembelian pada matawang
daripada emas, iaitu kadar yang senilai dengan unit matawang
daripada emas.
iii. Kemungkinan ia bermaksud nilai luarannya, iaitu nisbah
pertukaran matawang tempatan dengan matawang asing lain.
Ini dikenali sebagai harga pertukaran matawang.
11

Ada juga yang mendifinasikan nilai matawang dengan kuantiti
komoditi dan perkhidmatan yang boleh dilibatkan dalam proses
transaksi dalam pasaran.
12


Maksud Perubahan dari Sudut Bahasa dan Istilah

a. Perubahan dari sudut bahasa: Para sarjana bidang bahasa
mendifinasikan (perubahan) sebagai perubahan sesuatu
daripada suatu keadaannya, sebagaimana terdapat makna seumpama
ini dalam satu firman Allah swt:
l T CE |A q n l nE L 8 l A > nL g |y _ > Y T L t L H q DGL t H pq D nE L 8 l n l L A Nl |o CI j p L No
13



HAKIM ZAINAL & MAHERAM AHMAD

457
Maksudnya: (Balasan) yand demikian itu, ialah kerana
sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nimat yang telah
dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka megubah
apa yang ada pada diri mereka sendiri. Thalab menjelaskan bahawa
maknanya ialah, sehingga mereka merubah apa yang Allah
perintahkan kepada mereka. Oleh itu, (perubahan) dari sudut
bahasa bermaksud (ubah) dan (ganti).
14

b. Perubahan menurut istilah Fuqaha: Al-Jurjani menyebut bahawa
(perubahan) ialah perpindahan sesuatu dari satu keadaan
kepada satu keadaan lain.
15

c. Maksud Perubahan Nilai Matawang: Berdasarkan perbincangan lalu,
perubahan nilai matawang boleh dikatakan sebagai perubahan hal
keadaan sesuatu matawang dari keadaan laku kepada tidak laku
ataupun sebaliknya.

Faktor Perubahan Nilai Matawang Antara Fiqh Islam
dan Ekonomi Konvensional

Faktor Perubahan Nilai Matawang Menurut Fiqh Islam

J ika diteliti riwayat para sahabat dan kata-kata para fuqaha Islam, boleh
diperhatikan beberapa faktor utama perubahan nilai matawang
sebagaimana berikut:
a. Kuantiti Matawang yang Digunapakai oleh orang ramai: Ia jelas
kelihatan melalui urusan orang ramai dalam masalah diyat
[pampasan yang diberikan kepada wali orang yang kena bunuh oleh
sipembunuh] yang tidak stabil kerana ia berdasarkan kepada harga
atau nilai unta. Ini kerana nilai unta sering berubah-ubah dari segi
naik turunnya bergantung kepada kuantiti nilai matawang yang
digunakan ketika itu.
16

Perkara ini dapat dijelaskan lebih lanjut oleh satu Hadith
riwayat Amr ibn Shuayb katanya: Nilai diyat pada zaman
Rasulullah saw ialah 800 dinar dan 8 ribu dirham sehingga era
khalifah Umar. Beliau (Umar) satu masa menyebut dalam
khutbahnya: Ketahuilah bahawa nilai unta sudah meningkat.
Lantaran itu, beliau telah mewajibkan (menetapkan diyat) ahli emas
sebanyak satu ribu dinar, manakala untuk ahli perak pula sebanyak
12 ribu (dirham).
17

Imam al-Khattabi ketika memberi komentar terhadap riwayat
ini mengatakan bahawa Rasulullah saw telah menetapkan nilai



PERUBAHAN NILAI MATA WANG DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI, SOSIAL DAN POLITIK
458
diyat terhadap penduduk perkampungan kerana melihat betapa
bernilainya unta kepada mereka. Pada zaman baginda, harga unta
berbanding emas mencecah 800 dinar, manakala dengan harga perak
pula 8 ribu dirham. Keadaan itu berterusan hingga era Khalifah
Umar yang menyaksikan kenaikan harga unta sehingga harganya
berbanding emas mencecah seribu dinar dan berbanding perak
sebanyak 12 ribu dirham.
18

Juga apa yang diriwayatkan oleh Muslim dan yang lainnya,
daripada Abi Shihab, Makhul, dan `Ata. Katanya: Kami
difahamkan bahawa diyat seorang muslim yang merdeka pada
zaman Rasulullah (s.a.w.) ialah 100 ekor unta, tetapi Umar (r.a.)
menaikkan nilai diyat kepada penduduk kampung kepada 1000 dinar
atau 12 ribu dirham.
19

Berdasarkan maklumat tadi jelaslah bahawa Sayyidina Umar
ibn al-Khattab berpendapat apabila orang ramai memiliki duit yang
banyak ia menjadi faktor kenaikan harga unta.
b. Kuantiti Pengeluaran: Apabila pengeluaran berkurangan permintaan
terhadap komoditi akan bertambah. Kesannya harga komoditi
tersebut meningkat. Ini dikenali sebagai fenomena inflasi (kenaikan
harga yang berterusan akibat permintaan keseluruhan yang
bertambah terhadap komoditi berbanding penawarannya secara
keseluruhan). Di samping kenaikan harga akibat permintaan yang
bertambah, iaitu pertambahan kuantiti matawang jika dinisbahkan
dengan kuantiti komoditi dan perkhidmatan, sebenarnya
mengakibatkan penurunan nilai matawang itu sendiri.
20
Pengeluaran
yang berkurangan mungkin disebabkan oleh situasi alam semulajadi
seperti kekurangan kadar air hujan, penularan wabak penyakit dan
sebagainya. Al-Maqrizi dalam karyanya Kashf al-Ghummah
menjelaskan bahawa pada tahun 352H dalam era Kerajaan al-
Ikhshidi telah berlaku kenaikan harga komoditi akibat air sungai Nil
berkurangan. Barang yang dulunya berharga satu dinar meningkat
harganya menjadi 3 dinar....
21
Al-Maqrizi menambah lagi
penjelasan di segmen lain dalam bukunya bahawa fenomena
kenaikan harga barangan yang berlaku sejak sekian lama...
kebiasaannya adalah diakibatkan oleh fenomena dari langit, seperti
kekurangan air sungai Nil di Mesir, ketiadaan turun hujan di
kawasan Sham, Iraq, Hijaz dan tempat-tempat lain atau bencana
yang menimpa hasil tanaman seperti dilanda angin atau hawa panas
yang membakar dan merosakkannya atau diserang oleh serangga
seperti belalang dan sebagainya....
22
Kekurangan hasil pengeluaran


HAKIM ZAINAL & MAHERAM AHMAD

459
mungkin didorong oleh faktor kemanusiaan seperti sikap terlalu
berserah atau kecuaian dalam melakukan proses kerja. Ini boleh
mengakibatkan kejatuhan ekonomi di kawasan yang mereka diami,
kerana apabila tiada pengeluaran, ekonomi tidak meningkat.
Penggunaan wang akan bertambah tanpa ada pulangan dari segi
perkhidmatan. Akibatnya, harga barangan meningkat dan keupayaan
matawang untuk dibelanjakan juga turut berkurangan.
23

c. Melawan Prinsip Islam: Perlakuan melawan prinsip Islam berlaku
dari sudut pentadbiran yang lemah hasil daripada sesuatu polisi
ekonomi, aktiviti rasuah yang berleluasa, kezaliman, pentadbiran
yang korup dan komplot sorok barangan.
24

Fenomena ini digambarkan oleh al-Maqrizi dalam karyanya
Kashf al-Ghummah dengan katanya: ...sebab pertama asal punca
kemusnahan ialah pelantikan jawatan penguasa dan jawatan
keagamaan melalui unsur rasuah seperti jawatan menteri, hakim,
wakil penguasa di wilayah, penguatkuasa dan jawatan-jawatan
lain....
25

Di segmen lain dalam karyanya beliau berkata: ...Keadaan
yang menyebabkan kegawatan ialah hanya disebabkan oleh cara
pentadbiran yang teruk....
26

Al-Maqrizi mengatakan bahawa pada era Kerjaan Fatimi telah
berlaku kenaikan harga komoditi. Ia adalah disebabkan oleh
kegiatan komplot sorok barangan. Ketika itu, apa yang dilakukan
oleh pihak pemerintah ialah dengan menjatuhkan hukuman ke atas
pesalah dan memaksa mereka mengeluarkan barangan yang disorok.
Natijahnya, harga komoditi barangan tersebut telah turun semula.
27


Faktor Perubahan Nilai Matawang
Menurut Ekonomi Konvensional

Ahli ekonomi menyebut 3 faktor perubahan nilai matawang sebagaimana
berikut:
a. Kuantiti Matawang Yang digunapakai.
b. Kadar Kuasa Pengeluaran atau Kuantiti Pengeluaran Komoditi dan
perkhidmatan.
c. Sejauhmana Cepatnya Penggunaan Matawang.





PERUBAHAN NILAI MATA WANG DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI, SOSIAL DAN POLITIK
460
a. Kuantiti Matawang Yang digunapakai: Suatu fakta yang boleh
diterimapakai ialah pertambahan kuantiti matawang seiringan
dengan barangan dan perkhidmatan yang berkekalan (tidak laku atau
digunakan) mengakibatkan nilai matawang itu menyusut. Ini kerana,
ia mengakibatkan kenaikan harga barangan dan penyusutan nilai
belian terhadap matawang tersebut. Ia adalah berlawanan dengan
keadaan jika kuantiti matawang itu sendiri menyusut. J ika kuantiti
matawang yang mwnyusut, ia mengakibatkan kenaikan nilainya dan
penyusutan harga barangan di samping pertambahan nilai belian
terhadap matawang itu. Ini adalah berdasarkan kepada kaedah
penawaran dan permintaan.
28
Manakala teori kuantiti pula adalah
antara teori yang tersohor digunapakai untuk menafsirkan turun-naik
harga di peringkat umum. Apa yang boleh dikatakan secara umum
ialah bahawa kepincangan yang terdapat pada tahap kesinambungan
antara kuantiti matawang dan kecepatan penggunaannya dengan
kadar komoditi dan perkhidmatan adalah antara faktor terpenting ke
arah perubahan nilai matawang.
29

b. Kadar Kuasa Pengeluaran atau Kuantiti Pengeluaran Komoditi dan
perkhidmatan: Kuantiti barangan dan kadar perkhidmatan yang
ditawarkan mempunyai peranan utama dalam perubahan kadar
matawang. Setiap kali bertambah barangan dan perkhidmatan yang
ditawarkan akan menyebabkan kenaikan nilai matawang, sebaliknya
setiapkali barangan dan perkhidmatan menyusut, akan menatijahkan
penurunan nilai matawang.
30
Kuantiti pengeluaran barangan dan
perkhidmatan bergantung kepada beberapa faktor berkaitan alam
semulajadi, politik, pentadbiran dan ekonomi.
31
Mengenai faktor
alam semulajadi, pengeluaran akan berkurangan dan harga akan
meningkat di samping menyusutnya nilai belian terhadap matawang
pada musim-musim kering dan kemarau. Manakala faktor politik
pula, ketika berlaku peperangan, harga meningkat naik akibat
daripada pengurangan pengeluaran barangan dan kerajaan lebih
menumpukan perbelanjaan pada persenjataan dan urusan berkaitan
peperangan. Kepincangan yang berlaku kepada jentera pentadbiran
kerajaan akan mengakibatkan kadar produktiviti pekerja
berkurangan berbanding nisbah purata biasa yang juga mengundang
penurunan kadar pengeluaran. Apa yang berlaku dalam ekonomi
negara seperti gejala rasuah yang berleluasa menyebabkan wujudnya
satu kelompok dalam masyarakat yang bergantung hidup dengan
kadar faedah (riba). Kelompok ini sebenarnya tidak produktif.
32



HAKIM ZAINAL & MAHERAM AHMAD

461
c. Sejauhmana Ligatnya Penggunaan Matawang: Pusingan penggunaan
matawang yang ligat dan pesat akan menambahkan lagi nilainya.
Sebagai contoh, apabila terdapat matawang satu dinar yang
berpindah daripada satu individu kepada individu yang lain
sebanyak 3 kali pusingan dalam masa sebulan, sebenarnya ia
memainkan peranan 3 dinar. Sebab itulah Fisher, seorang ahli
ekonomi Amerika menyebutkan teori:

Kuantiti Matawang +Ligat pusingannya =besar kadar urusan +kadar harga.
33


Kesimpulan

Dari perbincangan lalu, kita dapati bahawa faktor-faktor perubahan nilai
matawang dalam Fiqh Islam dan Ekonomi Konvensional hampir sekata
di samping masing-masing mempunyai sudut pandangan yang berbeza.

Kesan Perubahan Nilai Matawang Terhadap Ekonomi,
Sosial dan Politik

Kesan Terhadap Ekonomi

Perubahan nilai matawang memberi kesan dari sudut ekonomi, antara
yang terpenting ialah:
a. Matawang Tidak berupaya untuk berfungsi dengan sempurna:
Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa matawang
berperanan sebagai perantaraan untuk proses transaksi/pertukaran,
kadar untuk harga dan bayaran barangan yang tertangguh di
samping menjadi gedung harta. Jika sekiranya nilai matawang
mengalami perubahan, ia akan memberi kesan terhadap matawang
itu sendiri untuk menjalankan peranan utamanya itu.
Berkenaan dengan peranan pertama matawang sebagai
perantara urusan transaksi/pertukaran, ia bergantung kepada
penerimaan umum terhadap penggunaannya dalam melunaskan nilai
barangan dan perkhidmatan. J ika nilai matawang itu menyusut
dengan sebab kenaikan harga barangan secara drastik dalam tempoh
yang berturut-turut dan rapat jarak masanya, ia sebenarnya boleh
mengakibatkan kepercayaan orangramai/pengguna terhadap
matawang itu menjadi goyah seterusnya membawa kepada
orangramai tidak akan menerimanya sebagai perantara transaksi.



PERUBAHAN NILAI MATA WANG DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI, SOSIAL DAN POLITIK
462
Sebaliknya, jika nilai matawang pula yang meningkat dalam
masa berlakunya penurunan harga barangan, matawang ini akan
mampu memainkan peranannya dengan lebih baik lagi.
34

Para sarjana Islam menjelaskan betapa pentingnya nilai
matawang itu stabil dan tidak terdedah kepada kenaikan mahupun
penurunan nilai. Dalam hal ini al-Suyuti menyatakan: Nilai
matawang yang tidak stabil akan memusnahkannya.
35

Mengenai fungsi kedua matawang, iaitu ia sebagai batu ukur
atau kadar kepada nilai dan harga barangan tertangguh,
ketidakstabilan yang berlaku kepada nilai unit matawang itu sama
ada meningkat atau menurun - akan mengakibatkan matawang itu
kurang berupaya berperanan sebagai kayu ukur nilai sedia ada
terhadap barangan dan perkhidmatan. Bahkan, kemungkinan ia tidak
boleh digunapakai dalam transaksi nilai harga barangan bertangguh,
kerana matawang itu sudah tidak menjadi satu kayu ukur yang
sesuai disebabkan ia kehilangan ciri asas sebagai kayu ukur iaitu
kestabilan.
36

Keadaan ini dijelaskan oleh beberapa orang ulama Islam.
Sebagai contoh, Ibn al-Qayyim, seorang ulama fekah menjelaskan
bahawa dirham dan dinar merupakan harga barangan yang dijual dan
kayu ukur yag menilai harta/barangan. Oleh sebab itu, matawang
perlu stabil, tidak naik dan tidak turun. J ika sebaliknya yang berlaku,
maka kita sudah tidak mempunyai harga yang boleh mengukur nilai
barangan yang dijual.
37

Imam al-Hattab menyatakan: setiap sesuatu yang nilainya
berbeza sama ada dengan cara meningkat atau menurun tidak
boleh dijadikan sebagai modal dalam mudarabah. Ia adalah kerana
ketika berada di penghujung mudarabah nanti, apabila modal
hendak dikembalikan - sedangkan nilainya telah meningkat - modal
akan merangkumi atau meliputi keuntungan atau sebahagian
daripadanya. Namun jika ia menurun, sebahagian daripada modal itu
pula menjadi keuntungan.
38

Mengenai peranan ketiga matawang pula; iaitu sebagai gedung
kekayaan, sesungguhnya ketidakstabilan nilai matawang
menjadikannya tidak layak menjadi gedung kekayaan, kerana setiap
individu akan bergegas untuk menghabiskan wang mereka agar
tidak terdedah kepada kerugian yang boleh menjejaskan mereka jika
wang itu dibiarkan berada dalam simpanan. Lantaran itu, tuan punya
wang akan membina kekayaan mereka daripada unsur-unsur yang
tetap dan stabil seperti tanah, bangunan dan sebagainya.
39



HAKIM ZAINAL & MAHERAM AHMAD

463
b. Produktiviti Lemah: Ketidakstabilan nilai matawang boleh
mengakibatkan produktiviti lemah. Ini kerana peningkatan nilai
mata wang membawa kepada penggunaan satu kadar yang kurang
sedikit daripada matawang itu digantikan pula dengan satu kadar
pengeluaran yang lebih besar. Ini menyebabkan keuntungan para
pengeluar menjadi berkurangan. Namun, sekiranya nilai matawang
turun, ia akan mengakibatkan kurang minat orang ramai untuk
berbelanja, agar mereka dapat mengimbangi situasi semasa dengan
pendapatan mereka.
Sebagai contoh, jika kita mengandaikan bahawa satu Pound
Mesir boleh digunakan untuk membeli 10 kepingan roti, kemudian,
nilai yang sama digunakan pula untuk membeli 15 keping roti. Ini
menunjukkan bahawa nisbah keuntungan pengeluar telah
berkurangan, kerana dia terpaksa menanggung kenaikan upah
pekerja dan pembayaran bahan mentah. Seterusnya, ini
mengakibatkan dia selaku pengeluar akan meminimakan
pengeluaran produknya sedaya mungkin. Tetapi jika nilai wang itu
menurun, ia hanya akan laku untuk membeli sesuatu dalam kuantiti
yang lebih sedikit. Ini bermakna, bahawa individu yang mempunyai
sarahidup yang terbatas akan memilih untuk mengurangkan kadar
penggunaannya sesuai dengan pendapatannya. Perkara ini akhirnya
akan menyebabkan pengurangan dalam produktiviti.
40

c. Agihan Kekayaan Yang Berulang: Kesan daripada perubahan harga
boleh menyebabkan pengagihan kekayaan secara berulang di antara
pemiutang dan penghutang. Semasa tempoh kenaikan harga, para
penghutang mendapat keuntungan daripada pemiutang, kerana
apabila si penghutang melunaskan pinjamannya, keupayaan
pembelian pada matawang telah menurun seiring dengan kenaikan
harga. Ini dibandingkan dengan keupayaan pembelian terhadap
matawang dengan kadar barang yang dibeli oleh satu unit matawang
atau pembayaran terhadap satu-satu perkhidmatan dalam satu
tempoh masa. Atas dasar ini, peningkatan harga boleh menyebabkan
turunnya keupayaan pembelian terhadap matawang, yang boleh
memudaratkan pemiutang yang menerima habuan mereka
bersumberkan hutang daripada sebelah pihak penghutang dengan
keupayaan membeli yang banyak.
Sebaliknya pula yang berlaku apabila senarai harga merudum,
dan para pemiutang mendapat faedah daripada penghutang, kerana
penghutang akan melangsaikan hutang-hutangnya dengan
keupayaan membeli lebih besar daripada kadar kekuatan membeli



PERUBAHAN NILAI MATA WANG DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI, SOSIAL DAN POLITIK
464
semasa dia meminjam. Oleh itu, keupayaan atau kuasa membeli
berpindah daripada pihak penghutang kepada pihak pemiutang.
Imam al-Suyuti berkata ketika menjelaskan mengenai athar
daripada Sahabat Nabi saw bahawa proses mencetak wang perak
tiruan boleh menyebabkan ia menjadi rosak dan perbuatan itu juga
memudaratkan mereka yang mempunyai hak serta menyebabkan
kenaikan harga.
d. Agihan Pendapatan Yang Berulang: Upah atau gaji pendapatan
boleh terdedah kepada perubahan di samping perubahan harga.
Penggajian boleh dibahagikan kepada 3 bahagian:
i. Pendapatan Tetap: Orang kaya, dermawan masyarakat,
pemegang faedah bon, akaun simpanan, sijil simpanan
pelaburan dan hutang perumahan. Oleh kerana pendapatan ini
adalah tetap untuk jangkamasa yang agak panjang, kesan
daripada penurunan keupayaan membeli terhadap matawang
menyebabkan runtuhnya pusat ekonomi bagi golongan yang
mempunyai pendapatan seumpama ini. Ini adalah kerana
keupayaan pendapatan mereka untuk membeli barangan atau
pun perkhidmatan semakin berkurangan. Begitulah juga
sebaliknya, iaitu mereka yang berpendapatan seumpama itu
mendapat faedah natijah daripada kenaikan keupayaan membeli
pada matawang itu.
41

ii. Upah dan gaji: Pendapatan golongan ini secara umumnya agak
lebih lambat perubahannya, meskipun upah dan gaji itu cepat
berubah ke arah mendaki, khusunya di negara-negara yang
mempunyai kesatuan-kesatuan sekerja yang mantap, yang
menuntut kenaikan gaji seiring dengan kenaikan harga barangan,
sama ada dalam bentuk penambahan secara terus pada gaji atau
dalam bentuk pemberian elaun. Pada kebiasaannya gaji-gaji itu
tidak akan dinaikkan seiringan dengan kenaikan harga barangan
itu sendiri atau berdasarkan kenaikannya sendiri.
42

iii. Kumpulan Pengurusan: Pendapatan kumpulan ini menjadi satu
gambaran kepada sesuatu yang boleh memberikan keuntungan.
Iaitu yang terhasil daripada perbezaan yang wujud antara
kemasukan dan perbelanjaan. Kemasukan itu bergantung
kepada kuantiti jualan dan harga jualan, manakala perbelanjaan
pula bergantung kepada kos barang keperluan dan sewaan harta.
Kumpulan ini dianggap sebagai satu kumpulan yang paling
banyak mendapat keuntungan daripada situasi kenaikan harga


HAKIM ZAINAL & MAHERAM AHMAD

465
barangan dan mereka jugalah yang paling terjejas dalam situasi
penurunan harga barangan.
43

e. Perbendaharaan Kerajaan dan Individu Berkurangan: Penurunan
nilai matawang boleh menyebabkan perbendaharaan kerajaan dan
individu terhakis sedikit demi sedikit. Sebagai contoh,
perbendaharaan negara-negara pengeluar minyak pada tahun 1975M
adalah sebanyak 50 bilion dalam institusi perbankan asing. Nilai ini
stelah dicampur dengan keuntungan riba pada tahun 1978M telah
mencecah bilangan 65 bilion. Namun, disebabkan oleh kenaikan
harga barangan yang agak menjejaskan industri itu dalam tempoh
tiga tahun tersebut mengakibatkan nilai perbendaharaan itu
menyusut sehingga tahap nilai sebenarnya iaitu sebanyak 32.5 bilion
sahaja. Ini menunjukkan bahawa penurunan kuasa pembelian
terhadap matawang itu mengurangkan keupayaan masyarakat untuk
membuat modal.
44


Kesan Terhadap Sosial

Melalui perbincangan lalu jelas menunjukkan bahawa penurunan nilai
matawang memberi kesan kepada pengagihan perbendaharaan dan
pendapatan perkapita kumpulan-kumpulan masyarakat itu. Ia jelas
mengurangkan nilai pendapatan tetap mereka dan menambahkan lagi
kekayaan dan perbendaharaan golongan kaya dan peniaga.
Situasi ini akan menimbulkan suasan tidak keruan dalam masyarakat.
Ini kerana golongan kaya akan bertambah kaya, manakala golongan yang
miskin pula akan bertambah papa kedana. Situasi ini akan menyebabkan
golongan pertengahan akan pupus dalam masyarakat dan timbul pula
masalah pertambahan golongan miskin yang mewarnai golongan
masyarakat itu. Ini akan disusuli pula dengan wujudnya masalah sosial,
jenayah, rompakan dan sebagainya yang akan merebak secara meluas
dalam masyarakat.
45


Kesan Terhadap Politik

Penurunan nilai matawang yang melibatkan kenaikan harga barangan
boleh mengakibatkan kegawatan suasana politik setempat. Ini adalah
kesan daripada peningkatan kadar kemiskinan dan bertambahnya
keperluan orangramai.
Tindakan penting yang perlu dilakukan ialah dengan menggubal
polisi matawang secara bijak, iaitu polisi yang melihat prospek masa



PERUBAHAN NILAI MATA WANG DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI, SOSIAL DAN POLITIK
466
depan. Al-Maqrizi pernah menyebutkan bahawa peningkatan nilai taraf
hidup yang pernah berlaku di Mesir pada era Kerajaan al-Ikhshidi adalah
salah satu sebab bagaimana kerajaan tersebut boleh runtuh dan musnah.
46


Rujukan

al-Najjar, Abd. Al-Hadi. 1987. Min al-Fikr al-Islami al-Iqtisadi. ajallat al-Buhuth al-
Qanuniyyah wa al-Iqtisadiyyah. Kulliyyat al-Huquq, Jamiah al-Mansurah.
Bil2 (1408H).
al-Najjar, Abd. Al-Hadi. 2001. Taghayyur Qimat al-Nuqud fi al-Fikr al-Muasir wa fi
al-Hadarah al-Islamiyah 4, Majallat al-Buhuth al-Qanuniyyah wa al-
Iqtisadiyyah, Bil.29, April 2001M.
Awad, Fuad Hashim. 1984. Iqtisadiyyat al-Nuqud wa al-Tawazun al-Naqdi. Dar al-
Nahdah al-Arabiyah.
al-Fuli, Usamah Muhammad. 1997. Mabadi al-Nuqud wa al-Bunuk. Dar al-Jamiah
al-Jadidah.
Dawud, Hayl Abd al-Hafiz. 1999. Taghayyur al-Qimah al-Shiraiyyah li al-Nuqud al-
Waraqiyyah. Al-Mahad al-Alami li al-Fikr al-Islami. Cet.1
Qasim, Yusuf Mahmud. 1988. Taghayyur Qimat al-Umlah. Majallat Majma al-Fiqh
al-Islami.
al-Shair, Mahmud Muhammad. 1997. Athar al-Taghayyur fi Qimat al-Nuqud ala al-
Iltizamat fi al-Fiqh al-Islami. Tesis Ph.D. al-Qahirah: Kulliyyat al-Shariah wa
al-Qanun.
al-Misri, Rafiq. al-Islam wa al-Nuqud. Al-Markaz al-Alami li Abhath al-Iqtisadi al-
Islami, Jamiat al-Malik Abd al-Aziz.
al-Kafrawi. Awf Muhammad. T.th. Al-Nuqud wa al-Masarif fi al-Nizam al-Islami. Dar
al-Jamiat al-Misriyyah.
Shafii, Muhammad Zaky. Muqaddimah fi al-Nuqud wa al-Bunuk. Dar al-Nahdah al-
Arabiyyah.
al-Maqrizi, Taqi al-Din Ahmad ibn Ali. 1957. Kitab Igathat al-Ummah fi Kashf al-
Ghummah. Al-Qaherah: Maktabat Madbuli.
al-Gharib, Muhy al-Din. Iqtisadiyyat al-Nuqud wa al-Bunuk. Mesir: Dar al-Hana li al-
Tibaah.
Afar, Muhammad Abd al-Munim. 1986. Usul al-Iqtisad al-Islami. Jiddah: Dar al-
Bayan al-Arabi.
Jami, Ahmad. 1979. al-Nazariyyah al-Iqtisadiyyah. Al-Qahirah: Dar al-Nahdah al-
Arabiyyah.
al-Faqi, Rajai Sayyid Ahmad. Tabsirat al-Uyun bi Ahkam al-Thaman wa al-Mathmun.
al-Iskandariyyah: Dar al-Jamiah al-Jadidah.
Qalahji, Muhammad Rawwas. 1996. Mujam Lughat al-Fuqaha. Bayrut: Dar al-
Nafais.
Al-Jurjani, Ali ibn Muhammad. 1983. Kitab al-Tarifat. Bayrut: Dar al-Kitab al-
Ilmiyyah.
al-Khatib, Muhammad al-Sharbini. Mughni al-Muhtaj Sharh al-Minhaj. Dar al-Fikr.
Ibn Faris, Ahmad Abu al-Husayn. 1969. Mujam Maqayis al-Lughah. Misr: Matbaat
Mustafa al-Babi al-Halabi.


HAKIM ZAINAL & MAHERAM AHMAD

467
al-Khattab, Hamad ibn Muhammad. 1933. Maalim al-Sunan. Halab: Matbaah al-
Ilmiyyah.
al-Sanani, Abd al-Razzaq. 1403H. Musannaf Abd al-Razzaq. Bayrut: al-Maktab al-
Islami.
al-Bali, Shams al-Din al-Hanbali. Al-Mutli ala Abwab al-Muqni

Nota Hujung

* Kertas ini adalah terjemahan sebahagian daripada karya bertajuk Taghayyur al-
Qimah al-Shiraiyyah li al-Nuqud al-Waraqiyyah wa Atharuha ala al-Huquq wa
al-Iltizamat fi al-Fiqh al-Islami wa al-Iqtisad al-Wadi karangan Zaki Zaki
Husayn Zaydan. 2006. al-Iskandariyyah: Dar al-Fikr al-Jamii dari muka surat 59-
77.
1 Al-Quran al-Karim, Surah al-Tin 95: 4.
2 Kata dasar (), Tahdib al-Lughah 9: 356.
3 Ibn Faris, Ahmad Abu al-Husayn. 1969. Mujam Maqayis al-Lughah. Misr:
Matbaat Mustafa al-Babi al-Halabi 5: 43.
4 Lisan al-Arab 12: 500.
5 al-Misbah al-Munir 2: 714.
6 al-Khatib, Muhammad al-Sharbini. Mughni al-Muhtaj Sharh al-Minhaj. Dar al-
Fikr. 4: 419.
7 al-Bali, Shams al-Din al-Hanbali. Al-Mutli ala Abwab al-Muqni 403.
8 Qalahji, Muhammad Rawwas. 1996. Mujam Lughat al-Fuqaha. Bayrut: Dar al-
Nafais. 142.
9 Al-Taqwim fi al-Fiqh al-Islami 35.
10 al-Faqi, Rajai Sayyid Ahmad. Tabsirat al-Uyun bi Ahkam al-Thaman wa al-
Mathmun. al-Iskandariyyah: Dar al-Jamiah al-Jadidah 15.
11 al-Najjar, Abd. Al-Hadi. Taghayyur Qimat al-Nuqud fi al-Fikr al-Muasir wa fi
al-Hadarah al-Islamiyah 4, Majallat al-Buhuth al-Qanuniyyah wa al-Iqtisadiyyah,
Bil.29, April 2001M, Awad, Fuad Hashim. 1984. Iqtisadiyyat al-Nuqud wa al-
Tawazun al-Naqdi. Dar al-Nahdah al-Arabiyah. 61, al-Fuli, Usamah Muhammad.
1997. Mabadi al-Nuqud wa al-Bunuk. Dar al-Jamiah al-Jadidah. 35.
12 Dawud, Hayl Abd al-Hafiz. 1999. Taghayyur al-Qimah al-Shiraiyyah li al-
Nuqud al-Waraqiyyah. Al-Mahad al-Alami li al-Fikr al-Islami. Cet.1. 181.
13 Al-Quran al-Karim, Surah al-Anfal 8: 53.
14 Taj al-Arus min Jawahir al-Qamus. 1984. Al-Kuwayt: Matbaat Hukumat al-
Kuwayt 3: 461.
15 Al-Jurjani, Ali ibn Muhammad. 1983. Kitab al-Tarifat. Bayrut: Dar al-Kitab al-
Ilmiyyah 63.
16 Dawud, Hayl Abd al-Hafiz. Ibid. 192.
17 Al-Suyuti, Jalal al-Din. 1992. Sunan al-Nasai. Istanbul: Dar al-Dawah 8: 43, al-
Sanani, Abd al-Razzaq. 1403H. Musannaf Abd al-Razzaq. Bayrut: al-Maktab
al-Islami 9: 295.
18 al-Khattab, Hamad bin Muhammad. 1933. Maalim al-Sunan. Halab: Matbaah al-
Ilmiyyah 4: 23.
19 Riwayat Muslim jilid 5 hlm. 99, al-Shafie dalam Musnadnya jilid 2, hlm. 109, dan
al-Bayhaqi dalam Sunannya jilid 8 hlm. 76.
20 al-Najjar, Abd al-Hadi. Ibid 5.



PERUBAHAN NILAI MATA WANG DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI, SOSIAL DAN POLITIK
468
21 al-Maqrizi, Taqi al-Din Ahmad ibn Ali. 1957. Kitab Igathat al-Ummah fi Kashf
al-Ghummah. Al-Qaherah: Maktabat Madbuli 4.
22 al-Maqrizi. Ibid78,79.
23 Qasim, Yusuf Mahmud. 1988. Taghayyur Qimat al-Umlah. Majallat Majma al-
Fiqh al-Islami 1708.
24 al-Shair, Mahmud Muhammad. 1997. Athar al-Taghayyur fi Qimat al-Nuqud ala
al-Iltizamat fi al-Fiqh al-Islami. Tesis Ph.D. al-Qahirah: Kulliyyat al-Shariah wa
al-Qanun. 175.
25 al-Maqrizi. Ibid 81.
26 al-Maqrizi. Ibid134.
27 al-Maqrizi. Ibid28
28 Dawud, Hayl Abd al-Hafiz. Ibid 186, al-Najjar, Abd. al-Hadi. 1987. Min al-Fikr
al-Islami al-Iqtisadi. Majallat al-Buhuth al-Qanuniyyah wa al-Iqtisadiyyah.
Kulliyyat al-Huquq, Jamiah al-Mansurah. Bil2 (1408H) 30, Afar, Muhammad
Abd al-Munim. 1986. Usul al-Iqtisad al-Islami. Jiddah: Dar al-Bayan al-Arabi.
2: 32.
29 al-Fuli, Usamah Muhammad. Ibid 44, Jami, Ahmad. 1979. Al-Nazariyyah al-
Iqtisadiyyah. Al-Qahirah: Dar al-Nahdah al-Arabiyyah 358.
30 al-Misri, Rafiq. al-Islam wa al-Nuqud. Al-Markaz al-Alami li Abhath al-Iqtisadi
al-Islami, Jamiat al-Malik Abd al-Aziz 19, Afar. Ibid 2: 32.
31 Dawud, Hayl Abd al-Hafiz. Ibid 190.
32 Dawud, Hayl Abd al-Hafiz. Ibid 191.
33 al-Fuli, Usamah Muhammad. Ibid 46.
34 al-Kafrawi. Awf Muhammad. T.th. Al-Nuqud wa al-Masarif fi al-Nizam al-
Islami. Dar al-Jamiat al-Misriyyah 20, Dr. Suhayr Hasam. Al-Nuqud wa al-
Tawazun al-Iqtisadi 60, Shafii, Muhammad Zaky. Muqaddimah fi al-Nuqud wa
al-Bunuk. Dar al-Nahdah al-Arabiyyah 120.
35 al-Hawi 1:101.
36 al-Kafrawi. Awf Muhammad. Ibid 21.
37 Ilam al-muqi`in jilid 1 hlm. 137.
38. al-Hattab, Muhammad ibn Muhammad. 1992. Mawahib al-Jalil. al-Qahirah: Dar
al-Rashad 7:444, Dawud, Hayl Abd al-Hafiz. Ibid 199.
39 al-Kafrawi. Awf Muhammad. Ibid 22, Shafii, Muhammad Zaky. Ibid 108.
40 al-Gharib, Muhy al-Din. Iqtisadiyyat al-Nuqud wa al-Bunuk. Mesir: Dar al-Hana
li al-Tibaah 153, Shafii, Muhammad Zaky. Ibid 118, Dr. Usamah al-Fuli. Ibid 90
dan Dawud, Hayl Abd al-Hafiz. Ibid 200.
41 Shafii, Muhammad Zaky. Ibid 114
42 Shafii, Muhammad Zaky. Ibid 116, al-Gharib, Muhy al-Din. Ibid 151
43 Shafii, Muhammad Zaky. Ibid 117
44 Dawud, Hayl Abd al-Hafiz. Ibid 201
45 Dawud, Hayl Abd al-Hafiz. Ibid 203, al-Najjar, Abd. al-Hadi. Taghayyur Qimat
al-Nuqud. Majallat al-Buhuth al-Qanuniyyah wa al-Iqtisadiyyah 8.
46 Al-Maqrizi. Ibid 13

You might also like