"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Falsafah Pendidikan Guru "Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin." Matlamat FPG -Membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan. -Mengembangkan maktab perguruan sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan -Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru terlatih secara berkesan.- Mengeluarkan guru permulaan yang mencukupi untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN tercetus pada 1979 menerusi Laporan Jawatankuasa Kabinet mengandungi prinsip, nilai, hala tuju pendidikan pentingnya kita mempunyai suatu falsafah pendidikan yang menekankan pembangunan kemanusiaan jawatankuasa Kabinet mengesyorkan unsur-unsur yang harus diberi penekanan dalam aspek pembangunan Terdapat 3 dasar yg mengstrukturkan FPK -Rukunegara -Dasar Ekonomi Baru -Dasar Pendidikan Kebangsaan FPK Ditubuhkan pada 1988 FPN FPK
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Matlamat Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut : Percaya dan patuh kepada Tuhan Berilmu pengetahuan Berakhlak mulia Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum
Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu : Melahirkan rakyat yang bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan
Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.
IMPLIKASI TERHADAP KURIKULUM
KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan yang jelas ialah : Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan kesinambungan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan (penyatuan kemahiran-kemahiran) dan penyerapan (penyatuan isi) sentiasa dititikberatkan Penekanan baru diberi kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam setiap matapelajaran yang di ajar di sekolah.
Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Program pendidikan yang menitikberatkan pendidikan umum diperkenalkan Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.
Implikasi terhadap pendidik Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi : Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia.
Implikasi terhadap institusi pendidikan Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita FPK. Ini meliputi : Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar.
Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca di kalangan mereka. http://azizijaafarjip.blogspot.com/2009/04/falsafah-pendidikan-kebangsaan.html