You are on page 1of 72

TAJUK 3:

KESELAMATAN BENGKEL
1. Peraturan dan Etika
2. Punca Kemalangan
3. Punca Kebakaran
4. Pertolongan Cemas
PGSR(BM) IPGM KKB
NOTA PENSYARAH INI
DIMUAT NAIK OLEH
CIKGU RUSLEE
WEB MASTER KELAS
DEFINISI KESELAMATAN
Suatu keadaan terpelihara atau
terhindar daripada bahaya, bencana
atau gangguan yang boleh
menyebabkan berlakunya kemalangan
Ilmu dan penerapan teknologi untuk
meningkatkan keselamatan yang
berkaitan dengan alat kerja, proses
kerja, tempat kerja dan kawasan
lingkungannya
DEFINISI KESELAMATAN
KERJA
Pekerja yang bebas daripada bahaya
atau risiko kecederaan, kawalan
kerugian akibat kemalangan serta
melindungi kerugian terhadap manusia,
harta dan pendapatan
DEFINISI KESELAMATAN
INDUSTRI
PERATURAN DAN ETIKA
1. Umum
2. Keselamatan
PERATURAN UMUM BENGKEL
a) Pakaian:
perlu kemas
tanggalkan tali leher/dimasukkan ke
dalam baju
lipat lengan baju jika memakai baju
berlengan panjang.
Memakai apron/baju kerja
b) Pelindung mata:
Gunakan cermin keselamatan /
pelindung mata apabila melakukan
kerja-kerja membahayakan mata
Pastikan pencahayaan yang cukup
untuk mengelakkan dari sakit mata
PERATURAN UMUM BENGKEL
c) Tangan:
Bersihkan tangan dari kotoran, gris atau
minyak sebelum/selepas melakukan sesuatu
kerja
Alatan yang digunakan akan sentiasa berada
dalam keadaan bersih
d) Menghormati orang lain
Sentiasa membantu orang lain bila diperlukan
Pastikan kerja yang dilakukan tidak
mengganggu dan membahayakan orang lain
PERATURAN UMUM BENGKEL
e) Pemilihan Alatan
Pilih saiz dan jenis alatan yang sesuai
dengan kerja yang hendak dilakukan
Baiki atau ganti bahagian yang
rosak/patah/longgar sebelum
menggunakan sesuatu alatan
PERATURAN UMUM BENGKEL
f) Pengendalian Alatan
Halakan mata pemotong ke bawah
jika membawa alatan tajam
Bawakan beberapa alatan sahaja pada
suatu masa kecuali jika alatan
ditempatkan di dalam bekas khas
Jangan memasukkan alatan yang
tajam ke dalam poket
PERATURAN UMUM BENGKEL
g) Alatan pengapit
Gunakan apit yang sesuai untuk
memegang benda kerja terutamanya
apabila menggunakan pahat dan
mesin elektrik mudah alih
Elakkan dari menggunakan tangan
anda untuk memegang objek yang
anda kerjakan
PERATURAN UMUM BENGKEL
h) Kelajuan kerja
Jangan gopoh semasa membuat kerja
Kerja yang terancang pada kelajuan
yang sesuai bukan sahaja selamat
tetapi akan menghasilkan kerja yang
memuaskan dan bermutu
PERATURAN UMUM BENGKEL
i) Pengurusan meja kerja
Letakkan bahan kerja secara tersusun di
atas meja dengan alatan berada di
bahagian tengah meja kerja
Rapatkan ragum meja jika tidak digunakan
dengan pemusingnya menghala ke bawah
Pastikan laci dan pintu kabine sentiasa
tertutup
PERATURAN UMUM BENGKEL
j) Keselamatan lantai
Kawasan tempat bekerja perlulah
bersih dari reja bahan dan tumpahan
minyak
PERATURAN UMUM BENGKEL
PERATURAN KESELAMATAN
BENGKEL
a) Jangan masuk ke dalam bengkel
sebelum diarah oleh guru
b) Pakai kasut bertapak getah apabila
bekerja di bengkel
c) Jangan bermain-main di dalam
bengkel
d) Gunakan pakaian spt apron atau baju
kerja

e) Kemaskan pakaian sebelum memulakan
kerja, lengan baju yang panjang perlu
dilipat hingga ke atas siku
f) Gunakan alat yang betul untuk sesuatu
tugas
g) Jangan gunakan alatan yang tumpul, hulu
pecah atau longgar
h) Pastikan pelajar mendapat kebenaran dari
guru semasa menggunakan alatan berkuasa
elektrik
PERATURAN KESELAMATAN
BENGKEL
i) Tanggalkan tali leher, rambut yang
panjang perlu diikat atau disepit
j) Dilarang memakai barang-barang
kemas
k) Pakai pelindung mata semasa
menggerudi atau mencanai
l) Laporkan sebarang kerosakan atau
keadaan bahaya serta merta kepada
guru
PERATURAN KESELAMATAN
BENGKEL
KEMALANGAN
Definisi Kemalangan:

Peristiwa atau keadaan yang tidak
dirancang atau dijangkakan berlaku
PUNCA KEMALANGAN
Punca kemalangan akibat daripada:-
1. Kecuaian pekerja
2. Keadaan Peralatan/Perkakasan
3. Keadaan Benda Kerja dan Kawasan
Kerja
1. Kecuaian Pekerja
a) Tidak menggunakan peralatan
perlindungan dengan cara yang betul
b) Tidak mematuhi arahan yang
ditetapkan
c) Menggunakan peralatan/mesin
dengan cara yang salah atau
menyalahgunakannya untuk tujuan
lain seperti bergurau

d) Tergesa-gesa melakukan kerja tanpa
membaca arahan kerja dan notis
amaran
e) Keadaan rupa diri yang tidak kemas
seperti berambut panjang, pakaian
yang longgar, memakai barang
perhiasan dan sebagainya
1. Kecuaian Pekerja
2. Keadaan Peralatan/
Perkakasan
a) Tidak membuat pemeriksaan terhadap
peralatan yang hendak digunakan
b) Tidak melaporkan sebarang kerosakan
kepada penyelia jika ada
c) Sebelum menggunakan mesin
pengendali mestilah seorang yang
tahun mengguna dan memberhenti
mesin dengn cara yang betul
a) Tidak memastikan kemudahan
keselamatan yang terdapat di sekeliling
b) Tidak mematuhi tanda-tanda amaran
seperti tanda larangan merokok di
tempat yang mudah terbakar
c) Tidak menghindarkan diri daripada
menggunakan perkakasan elektrik di
tempat yang terdapat bahan-bahan
mudah terbakar
2. Keadaan Benda Kerja dan
Kawasan Kerja
LANGKAH PENCEGAHAN
KEMALANGAN
1. Menghapuskan gangguan
2. Menggunakan alat-alat yang selamat
3. Papan kenyataan yang mempunyai
maklumat amaran keselamatan
4. Melatih pekerja
5. Memakai peralatan perlindungan-
pakaian, kasut, topi keselamatan
Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 514 :
mewajibkan majikan memberitahu dan
melaporkan kepada pejabat Keselamatan dan
Pekerjaan yang terdekat mengenai
kemalangan, kejadian berbahaya dan
penyakit pekerjaan yang mungkin terjadi di
tempat kerja
REKOD KEMALANGAN
REKOD KEMALANGAN
Tujuan menyimpan rekod:-
1. Membantu untuk membuat laporan yang
tepat dan lengkap
2. Panduan keberkesanan langkah pencegahan
3. Asas penilaian keberkesanan program
keselamatan
4. Menunjukkan kemungkinan bentuk
kemalangan yang serupa
Tujuan menyimpan rekod:-
4. Menjelaskan keadaan berbahaya dan
amalan tidak selamat
5. Menjadi sumber fakta bagi analisis
yang dijalankan
REKOD KEMALANGAN
PUNCA KEBAKARAN
Punca kebakaran di tempat kerja terjadi
disebabkan oleh:
1. Percikan api kimpalan, bunga api dan
sebagainya
2. Api ubat nyamuk. Mancis, puntung rokok
3. Kebocoran atau mampatan gas
4. Haba mekanikal yang terjadi disebabkan
oleh geseran
Punca kebakaran disebabkan oleh elektrik
adalah seperti berikut:-
1. Litar pintas akibat dari retakan
penebat kabel
2. Lebihan beban aliran kuasa
3. Pemanasan setempat pada terminal
disebabkan sambungan yang longgar

PUNCA KEBAKARAN
4. Pemasangan yan salah iaitu dari segi
penggunaan saiz wayar atau fius
5. Kebocoran arus elektrik disebabkan
oleh kerosakan kabel atau penebat
PUNCA KEBAKARAN
PERALATAN PENCEGAHAN
KEBAKARAN
Peralatan pencegahan kebakaran yang
siap dipasang pada bangunan
dikategorikan kepada dua jenis:
1. Perlindungan Aktif
2. Perlindungan Pasif
1. Perlindungan Aktif
Sistem perlindungan kebakaran yang
dipasang tetap di bangunan untuk
mencegah, mengawal dan memadam
kebakaran secara manual atau
automatik
Terdapat 9 jenis perlindungan aktif :
i. Alat pecah kaca
ii. Alat pengesan haba
iii. Alat pengesan asap
iv. Sistem pemasangan pancur (riser)
v. Sistem pili bomba
vi. Sistem salur bantu semula(hosereel)
vii. Sistem gas karbon dioksida
viii. Sistem pemasangan tetap buih
1. Perlindungan Aktif
2. Perlindungan Pasif
Sistem perlindungan kebakaran yang
terdapat pada struktur bangunan
Ia berfungsi untuk :
a) menyekat api dan asap dari merebak
agar penghuni dapat berlindung
b) menggunakannya sebagai laluan keluar
c) tempat yang selamat untuk
menempatkan peralatan dan anggota
bomba ketika melawan kebakaran
Jenis perlindungan pasif:
a) Tangga terlindung
b) Koridor terlindung
c) Pintu rintangan api
d) Ruang akses menentang kebakaran
e) Lif bomba
2. Perlindungan Pasif
LANGKAH PENCEGAHAN
KEBAKARAN
1. Pendidikan dan Latihan
2. Penguatkuasaan
3. Kejuruteraan
4. Kawalan Keselamatan
5. Penyelenggaraaan peralatan
6. Good house keeping
1. Pendidikan dan Latihan
a) Mengadakan ceramah tentang
bahaya-bahaya kebakaran kepada
kumpulan sasaran
b) Mengadakan ceramah berkenaan
dengan sifat-sifat api, kejadian api,
punca, tindakan yang perlu serta cara
menggunakan peralatan dengan betul
berdasarkan sistem kebombaan
c) Menubuhkan pasukan bomba industri atau
sukarela
d) Menerapkan konsep pencegahan kebakaran
dari kurikulum sama ada di sekolah atau
institusi pengajian tinggi
e) Mengadakan latihan bersama Mork Drill
bertujuan untuk memberi pendedahan
kepada penghuni bertindak semasa
kecemasan dan mengenal pasti masalah-
masalah yang wujud dalam latihan tersebut
1. Pendidikan dan Latihan
2. Penguatkuasaan
Seorang pegawai bomba diberi kuasa
untuk membuat pemeriksaan seperti
yang termaktub dalam Akta Bomba
341/1988
Pegawai ini juga bertanggungjawab
membuat pemantauan untuk
memastikan sistem pencegahan
kebakaran yang sedia ada dalam
keadaan baik dan boleh digunakan
dalam bila-bila masa
3. Kejuruteraan
Badan yang mengkaji dan meneliti
pelan-pelan bangunan dan bahan-
bahan keperluan di dalam bangunan
seperti sistem kebombaan

4. Kawalan Keselamatan
Untuk memastikan peralatan
pencegahan kebakaran berada dalam
keadaan baik
5. Penyelenggaraan Peralatan
Peralatan akan diselenggara dari masa
ke semasa supaya berada dalam
keadaan baik dan selamat digunakan
6. Good House Keeping
Penyusunan mengikut penyesuaian
barang atau tempat yang dikhaskan
Tidak melindungi sistem atau jalan
keluar keselamatan
PERTOLONGAN CEMAS
1. Peti Pertolongan Cemas
2. Tanggungjawab Ketika Kecemasan
3. Jenis-jenis Rawatan dan Bantuan
Kecemasan
Definisi Pertolongan Cemas:

Bantuan segera yang diberikan kepada
orang yang cedera sebelum golongan
profesional seperti doktor atau
jururawat mengambil alih
PERTOLONGAN CEMAS
1. PETI PERTOLONGAN
CEMAS
Setiap bengkel perlu memiliki peti
pertolongan cemas yang lengkap
Diletakkan di tempat yang strategik
supaya senang diambil oleh sesiapa
yang memerlukannya
Seseorang perlu ditugaskan untuk
menjaga dan menambah barang yang
telah habis digunakan
2. TANGGUNGJAWAB KETIKA
KECEMASAN
1. Menilai Situasi Kecemasan
2. Pastikan Kawasan Kecemasan Selamat
3. Memberi Bantuan Kecemasan
1. Menilai Situasi Kecemasan
Nilaikan dengan pantas dan tenang
peristiwa yang berlaku
Lihat dan awasi bahaya lain terhadap diri
anda dan mangsa kecederaan
Tanya diri anda soalan-soalan berikut:-
i. Adakah terdapat sebarang bahaya yang
berterusan?
ii. Adakah nyawa seseorang di dalam
bahaya?
iii. Adakah orang ramai boleh memberi
bantuan?
iv. Adakah saya memerlukan bantuan
pakar?
1. Menilai Situasi Kecemasan
2. Pastikan Kawasan
Kecemasan Selamat
Pastikan diri sendiri selamat dari bahaya
sebelum membantu orang lain
Lazimnya langkah yang mudah dalam
menghadapi kecemasan ialah menutup suis
elektrik bagi memastikan kawasan itu selamat
Pindahkan mangsa kecederaan ke tempat
yang selamat dari bahaya
Mendapatkan peralatan dan bantuan pakar
dengan segera
3. Memberi Bantuan
Kecemasan
Bantuan kecemasan akan diberi kepada
mangsa dengan segera
Setiap keputusan dan tindakan yang cepat
dan tepat perlu diambil agar dapat membantu
mangsa
Sekiranyanya anda bersedirian, anda perlu:
Menentukan bila bantuan diperlukan dan
ke tahap mana bantuan diperlukan

Memikirkan juga siapa yang boleh
memberi bantuan
Di mana bantuan boleh didapati
Bagaimana mendapat bantuan tersebut
3. Memberi Bantuan
Kecemasan
3. JENIS-JENIS RAWATAN
DAN BANTUAN KECEMASAN
i. Kesukaran Bernafas
ii. Luka dan Lebam
iii. Terbakar dan Melecur
iv. Kecederaan Elektrik
1. Kesukaran Bernafas
Gangguan kepada proses pernafasan
normal mungkin mendatangkan bahaya
dan boleh mengakibatkan lemas
Lemas terjadi apabila udara tidak dapat
memasuki paru-paru akibat terdapatnya
benda asing di tekak atau hidung atau
disebabkan udara dipenuhi oleh gas
atau asap
Di dalam makmal, punca kesukaran
bernafas paling utama ialah akibat
sedutan sama ada daripada asap gas
atu wap toksik
Asap atau gas-gas dalam ruang yang
tertutup boleh melemaskan penyelamat
Oleh itu, sentiasa menggunakan
peralatan perlindungan sebelum
menyelamatkan mangsa yang lemas
akibat asap atau wap
1. Kesukaran Bernafas
2. Luka dan Lebam
Terdapat dua jenis luka:
1. Luka terbuka
2. Luka tertutup (pendarahan dalaman)
1. Luka Terbuka
Satu keadaan apabila kulit terbuka
atau terkoyak dan berlaku kehilangan
darah dan bendalir lain melaluinya
Luka ini terdedah kepada kemasukan
kuman ke dalam badan
Rawatan bagi luka-luka yang kecil:
a. Cuci tangan dengan menggunakan sabun
dan air panas
b. Jika luka tersebut kotor, bersih dengan
menggunakan air yang mengalir
c. Keringkan perlahan-lahan dengan
menggunakan tisu atau tuala yang steril
d. Tutup sementara luka dengan
menggunakan pembalut kasa yang steril
e. Bersihkan kulit di sekeliling luka dengn
sabun dan air atau pencuci yang dapat
menanggalkan gris. Buang pad kapas
daripada luka dan gunakan pad kapas yang
baru setiap kali mengesat luka
f. Lap luka sehingga kering dan kemudian
balut dengan pembalut berperekat atau
plaster

1. Luka Terbuka
Rawatan bagi luka yang besar (pendarahan
yang teruk):
a) Tanggalkan atau gunting pakaian untuk
mendedahkan luka. Perhatikan jika terdapat
objek-objek tajam spt kaca
b) Beri tuaman atau tekanan terus ke atas luka
dengan tapak tangan. Jika boleh lakukan
dengan pembalut yang bersih
1. Luka Terbuka
c) Angkat dan ampu anggota yang
tercedera pada aras atas jantung
mangsa itu. Pegang anggota itu
perlahan-lahan jika anggot ini
mengalami keretakan
d) Baringkan mangsa. Keadaan ini akan
mengurangkan pengaliran darah ke
bahagian yang tercedera dan
mengurangkan renjatan
Rawatan bagi luka yang besar
(pendarahan yang teruk):
e) Biarkan sebarang pad asal pada
tempatnya, kemudian gunakan satu
balutan steril. Balut luka dengan
sempurna tetapi janganlah terlalu
ketat. Jika terdapat objek lain yang
tertonjol keluar letakkan pad pada
mana-mana bahagian objek itu
sehingga kedudukannya cukup tinggi
untuk dibalut tanpa menekan objek itu
Rawatan bagi luka yang besar
(pendarahan yang teruk):
f) Sokong atau ampu dengan teguh
bahagian anggota yang tercedera
seperti yang dilakukan pada tulang
yang patah
Rawatan bagi luka yang besar
(pendarahan yang teruk):
LEBAM
Lebam terjadi apabila bahan terkena
hentakan daripada objek yang tumpul
Kapilari-kapilari darah pecah dan
memasuki tisu-tisu, memberikan kesan
biru kehitaman pada permukaan kulit
3. Terbakar dan Melecur
Luka dari terbakar (selaran) adalah akibat
daripada:
haba yang kering daripada kebakaran atau
bahan mengakis
Sejuk yang keterlaluan spt menyentuh wap-
wap beku spt nitrogen cecair dan karbon
dioksida pepeja (ais kering)
Melecur adalah disebabkan oleh haba yang
basah seperti wap atau cecair panas
Objektif utama apabila merawat kesan
selaran atau melecur ialah untuk
menghalang renjatan, mengelakkan
jangkitan dan melegakan kesakitan.
Renjatan ialah kekurangan isipadu
edaran darah yang kritikal di mana
jumlah yang tinggal tidak mencukupi
untuk memenuhi keperluan tisu badan

3. Terbakar dan Melecur
Pesakit akan kelihatan pucat dan
kulitnya sejuk dan melekit
Pesakit mungkin berasa cepat loya dan
muntah dengan denyutan nadi menjadi
cepat tetapi lemah
3. Terbakar dan Melecur
Apa yang perlu dilakukan untuk
merawat kesan terbakar dan melecur
a) Hentikan/kurangkan kesan terbakar dengan
penyejukan pantas untuk menghalang
kerosakan yang lebih teruk kepada tisu-tisu
b) Lindungi bahagian yang terbakar dengan
kain yang bersih kerana kulit yang terbakar
sangat mudah dijangkiti kuman
c) Dapatkan bantuan perubatan secepat
mungkin kecuali terbakar di permukaan
yang sangat kecil
Apa yang perlu dielakkan
i. Jangan sentuh bahagian yang cedera
ii. Jangan pecahkan apa-apa kesan
melecur yang menggelembung
iii. Jangan sapu losen atau bahan lemak
ke tempat yang cedera
4. Kecederaan Elektrik
Pengaliran arus elektrik ke dalam
anggota badan mungkin menyebabkan
mangsa pengsan serta jantung dan
nafas terhenti
Arus ulang alik juga menyebabkan
kekejangan otot yang pada lazimnya
menghalang mangsa melepaskan kabel
elektrik
Jangan dekati mangsa (sekurang-
kurangnya 18 meter) sehinggalah
bekalan kuasa telah diputuskan

4. Kecederaan Elektrik
Tindakan yang perlu diambil
i. Telefon pusat perkhidmatan
kecemasan dengan segera
ii. Mungkin mangsa tidak sedarkan diri,
periksa pernafasan dan nadi mangsa.
Lakukan pemulihan pernafasan, jika
perlu
iii. Rawat sebarang luka terbakar dan
lain-lain kecederaan yang berkaitan.
Ambil langkah-langkah untuk
mengurangkan kejutan

You might also like