You are on page 1of 9

Kandungan Rokok

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan


mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang
membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini
setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di
antara kandungan asap rokok termasuklah bahan
radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang
digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai
(ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga
(DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun
(hydrogen cyanide) yang digunakan di kamar gas
maut bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan
banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting
adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
Bagaimana Asap Rokok Boleh Membawa Maut
Apa bahayanya asap rokok? Asap rokok yang dihidu
oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya,
akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui
kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan
menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan
di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di
mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan
melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan


merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis,
penyakit di bahagian paru paru.
Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-
paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.
Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran
penghadaman dan pencernaan, yang boleh
menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus,
perut dan pankreas. Racun dalam asap rokok yang
larut air akan memasuki sistem saluran darah dan
dibawa ke seluruh badan.Tentu anda pernah dengar
ayat ini penghidu asap rokok lebih berisiko
berpenyakit daripada si perokok .. kan..
Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki
sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan.
Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan,
malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi
sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan
memudaratkan organ









Kepentingan Makanan Berkhasiat

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga
namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga
ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang
tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan
yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang
baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat
seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana
memakan makanan yang berkhasiat serta kurang
bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur
sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada
mengatakan, Diri Anda


berat badan (obesiti).

Sumber dari berita harian


Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang
cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia
memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran
dan menjaga kesihatan. Media massa turut
mempopularkan pemakanan seimbang menerusi
pelbagai program dan penulisan artikel mengenai
pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai
kebaikan daripada makanan seimbang ini.

1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada
aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang
diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat
daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal
yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu
boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan
sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan
fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain
yang kurang menjaga aspek pemakanannya.




.
JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis
seperti berikut:-
(a)Opiat -Heroin,morfin,candu dan
kodein
(b)Kanabis -Ganja,hashish
(c)Depresan -Sadatif-hipnotik jenis
barbiturat dan bukan barbiturat serta
tranqualizer.
(d)Stimulan -Jenis amfetamin dan
kokain
(e)Halusinogen -Lyseregic acid
diethylamide(LSD) meskalin,psilosibin
(f) Designer Drugs -Satu kumpulan analog
kepada bahan kimia yang telah terbukti
mempunyai kesan
farmakologi
Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut(gam
dan petrol), alkohol dan tembakau walaupun bahan-
bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah
dari segi kesannya.
APAKAH PERGANTUNGAN KEPADA DADAH?


1. Terdapat dua jenis pergantungan kepada dadah
apabila ianya digunakan secara
kerap dan berterusan iaitu:-
(a)Pergantungan secara Psiki/Psikologi
Pergantungan secara psikik/psikologi merupakan
satu keadaan di mana penagih
mengalami gian atau mengidam untuk
menggunakan dadah supaya dapat berfungsi
secara normal serta mencapai ketenangan jiwa
(b)Pergantungan secara Fizikal
Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di
mana badan pengih memerlukan
dadah untuk proses fsiologi yang biasa dan jika
penggunaan dadah dihentikan akan
menimbulkan gejala-gejala tarikan.Gejala-gejala
tarikan ialah tanda-tanda tertentu
dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang
penagih dadah yang ditunjukkan
semasa tidak menggunakan dadah dalam masa
yang tertentu.Antara tanda-tanda
pergantungan ialah sakit perut,muntah-
muntah,menggeletar dan sebagainya.

2. Daya tahan atau tolerance kepada dadah dikatakan
meningkat apabila dos dadah
yang biasa diambil tidak dapat memberi kepuasan
atau memberi kelegaan dalam
mengatasi gejala tarikan .Dos dadah terpaksa
ditambah untuk mencapai tahap
kepuasan /kelegaan yang sama.Peningkatan daya
tahan tidak semestinya berlaku
kepada seseoran yang bergantung kepada dadah.



1. Rokok
Rokok adalah bahan yang sangat merbahaya dan
boleh memberi kesan buruk kepada kandungan.
Antara kesannya adalah seperti bayi mati dalam
kandungan, mengurangkan bekalan oksigen
kepada bayi dan juga boleh menyebabkan
kecacatan kepada bayi.

2. Alkohol
Alkohol juga boleh memberi kesan buruk
kepada bayi yang sedang dikandungkan. Ini
kerana kandungan alkohol dapat menyebabkan
kerosakan kepada otak bayi. Selain daripada itu
bayi juga terdedah kepada SIndrom Alkohol
Fetal.

3. Ubat/ Dadah
Penggunaan ubat atau dadah yang terlarang
juga mampu membahayakan bayi yang
dikandung. Bayi boleh mendapat kecacatan
selain daripada memberi kekacauan fizikal dan
pembelajaran kanak-kanak itu nanti. Penjagaan
Pranatal


Apakah itu penjagaan pranatal?
1. Ia adalah pemeriksaan kesihatan yang berkala
apabila anda disahkan mengandung.
2. Salah satu tujuan adalah untuk memastikan
hubungan baik antara anda dan kakitangan kesihatan.
3. Kedua-dua keperluan perubatan dan psikologi anda
akan
4. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh petugas yang
terlatih di semua klinik-klinik kesihatan kerajaan.
Apa itu lawatan tempah?
1. Lawatan tempah adalah lawatan pertama anda ke
klinik penjagaan pranatal.
2. Ini adalah lawatan mustahak untuk mengenal pasti
dan menguruskan sebarang komplikasi kesihatan (jika
ada) dan melakukan saringan faktor-faktor risiko yang
mungkin dialami semasa tumbesaran janin dan
akibatnya.
3. Ia perlu dilakukan sebaik sahaja anda disahkan
mengandung.
4. Masa yang disyorkan bila anda mengandung kurang
dari 12 minggu.
5. Lawatan pertama mungkin terlewat bagi kandungan
anda tetapi masih dianggap lawatan tempah.
Semasa lawatan tempah, jururawat akan bertanyakan
beberapa soalan berkaitan dengan :
1. Perihal pusingan haid anda
2. Sejarah peribadi
3. Sejarah keluarga


4. Sejarah perubatan dan pembedahan
5. Sejarah kandungan lampau (jika ada)
6. Latar belakang ekonomi dan sosial
Apakah yang dilakukan semasa lawatan susulan
pranatal?
Semasa lawatan ini tahap kesihatan dan keadaan
kandungan anda akan dinilai dan dipantau.
Penglibatan keluarga dan waris adalah digalakan :
1. Untuk sokongan emosi bila diperlukan.
2. Menggalakan mengikut nasihat dan program
penjagaan pranatal.
3. Membantu mengenalpasti keperluan dan kehendak
ibu.
4. Berbincang bagi merancang kelahiran.
Berikut adalah ativiti-aktiviti yang dilakukan semasa
lawatan susulan :
1. Sejarah ringkas dari lawatan akhir pranatal yang telah
direkodkan.
2. Pengambilan berat badan dan tekanan darah.
3. Ujian air kencing untuk protein dan gula.
4. Ketinggian rahim direkodkan di carta yang ditetapkan

You might also like