You are on page 1of 4

http://fastnote.wordpress.

com/kepentinga-muzik-
dalam-tamadun-awal/
Kepentinga Muzik Dalam Tamadun Awal






2 Votes

Bincangkan kepentingan muzik dalam kehidupan masyarakat dalam tamadun
Awal
Pendahuluan :
Definasi Muzik

o Menurut Ensiklopedia Britanica muzik ialah satu cabang seni dan juga sains
yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal yang diterima oleh individu dan
berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa
seseorang.Menurut Kamus Dewan, muzik adalah gubahan bunyi yang
menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan.
o Ciri ciri muzik seperti nama-nama lagu dan peralatan alat muzik.
o Latar belakang tamadun awal Mesopotamia, Mesir, China, India, dan Yunani.

Isi-Isi :

Kepentingan Agama dan Kepercayaan :

o Muzik merupakan alat penting kepada kehidupan masyarakat tamadun awal
dalam mempengaruhi nilai agama danmemantapkan jiwa mereka
menghadapi kehidupan harian. Sebagai contoh dalam masyarakat tamadun
Mesopotamia mereka memuja dewa-dewi melalui nyanyian. Upacara
nyanyian akan dikendalikan oleh penyanyi yang digelar Gala yang tinggal di
rumah berhala. Di samping itu peralatan muzik turut dimainkan semasa
nyanyian seperti gendang, sistrum dan trompet untuk melahirkan rasa
keasyiknya kepada tuhan. Manakala dalam zaman Vedik , lagu suci kitab
Veda dinyanyikan dalam upacara pengorbanan yanag dikenali sebagai varga.
Perkembangan Ilmu Dalam Bidang Muzik :

o Muzik turut memperkayakan ilmu masyarakat pada ketika itu. Ini dapat dilihat
dalam masyarakat Mesopotamia, zaman Chaldea, teori muzik yang
mempunyai pertalian rapat dengan astrologi dan matematik telah dihasilkan.
Seterusnya lahir bidang muzik seperti polifonik iaitu muzik berbagai-bagai
bunyi yang harmoni. Manakla dalam tamadun India karya-karya teori muzik
dihasilkan seperti Brihad Deshi. Begitu juga perkembangan seni muzik di
India dipengaruhi oleh epik agung seperti Ramayana dan Mahabbhrata. Pada
zaman Ming, Putera Tsai-yu menghasilkan Handbook of Music yang terdiri
daripada 19 jilid.

Sebagai Saluran Ekspresi Musikal dan Emosi :
o Dalam masyarakat awal Eropah, mereka telah mencipta lagu berunsurkan
riang, lagu rakyat dan muzik kudus bertujuan melahirkan perasaan terhadap
sesuatu suasana.

Terapi Perubatan :
o Manakala dalam masyarakat Mesir alunan bunyi muzik mengembirakan
manusia dan juga memberikan ketenangan kepada wanita ketika melahirkan
anak.
Penghormatan dan Penghargaan :
o Dalam masyarakat Mesir persembahan muzik dikendalikan oleh golongan
profesional. Mereka dipandang tinggi dan mulia dalam masyarakat. Kaum
wanita juga diberi peluang sebagai penari untuk menghiburkan penonton.
Kepentingan Sosial :

o Dalam masyarakat India terdapat muzik sekular yang dikenali
sebagai desi bertujuan untuk hiburan semata-mata.
Muzik Dalam Peperangan.
Muzik Dalam Hafalan Ilmu.
Muzik Sebagai Pelengkap Kepada Disiplin Seni yang Lain.

Kesimpulan :

Muzik memainkan peranan pentig dalam kehidupan manusia seperti bidang
kegamaan dan keseniaan. Ia berkembang dan menwujudkan satu lambang budaya
bagi mewakili identiti sesuatu etnik atau tamadun. Alat muzik telah ditemui daripada
pengkajian arkeologi yang dijalankan dalam peninggalan Dinasti Shang.Dua jenis
alat muzik yang telah ditemui ialah Ching (sonorous store) dan Hsuan ( globular
Flute )

umpulan4a.blogspot.com
MUZIK TRADISIONAL
Lagu rakyat ialaha lagu yang berada di dalam masyarakat sejaka awal lagi. Kadang
kala lagu ini tidak diketahui sumber-sumbernya dan siapa penciptanya. Contoh lagu
rakyat ialah, Anak Itik Tok Wee dan Anak Ayam.
Lagu tradisional dicipta untuk menggambarkan kebudayaan dan nilai-nilai bangsa
dan negara. Lagu tradisional dapat memupuk semangat cintakan Negara dan
membantu kanak-kanak mengetahui dan mengenali identiti. Lagu tradisional
tersebut adalah berunsur jenaka dan mempunyai nilai-nilai nasihat.
Muzik rakyat yang juga dikenali sebagai muzik tradisional merupakan muzik yang
dimainkan oleh rakyat untuk rakyat. Muzik rakyat atau tradisional ini berkonsepkan
persekitaran dengan memasukkan elemen-elemen persekitaran secara spontan dan
seiring dengan kehidupan rakyat yang menghasilkan muzik tersebut. Contoh muzik
rakyat/tradisional ialah boria dan dikir barat. Muzik-muzik seperti ini boleh digunakan
untuk mendodoikan anak.

Kepentingan muzik rakyat/tradisional
Lagu berasaskan muzik rakyat/tradisional banyak berdasarkan tema persekitaran.
Lagu-lagu seperti menggunakan bunyi binatang akan member kanak-kanak ruang
untuk mengenal binatang-binatang yang ada pada persekitaran mereka. Muzik
rakyat/tradisional dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak kerana
kanak-kanak gemarkan irama.
Muzik rakyat/tradisional juga membolehkan kanak-kanak melahirkan perasaan dan
idea mengenai diri dan persekitaran mereka. Menerusi muzik rakyat/tradisional dan
nyanyian, kanak-kanak dapat memperkukuhkan konsep-konsep kendiri yang positif.
Muzik rakyat/tradisional merupakan antara perkara pertama yang ditangkapi oleh
deria kanak-kanak. Kanak-kanak cepat memberi respon kepada tepukan tangan,
bunyi-bunyia dan suara di sekitar mereka. Muzik rakyat/tradisional membolehkan
kanak-kanak mengingati, menyerap dan bertindak balas mengikut cara dan gaya
kreatif yang tersendiri.
Selain itu, ianya boleh dikaitkan dengan pembinaan dan pertumbuhan fizikal kanak-
kanak. Kanak-kanak boleh menggunakan keseluruhan anggota badan mereka
dalam bentuk pengajaran bertema sambil menari dalam bulatan atau dalam barisan
panjang. Di samping itu muzik rakyat/tradisional juga boleh digunakan untuk
mendodoikan anak dan mempunyai nilai-nilai nasihat.
POSTED BY PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KUMPULAN A AT8:57 AM
0 COMMENTS:

You might also like