Poster, Model 3D, Transparensi
221.1.1
Elemen VisualBerdasarkan pengalaman Kon Dale, simbol visual boleh dibahagikan kepada tigakategori: realistik, analogi dan organisasi (Houghton & Willows, 1987).Pemvisualan relistik merujuk kepada kajian mengenai objek sebenar. Denganmenggunakan warna yang lebih realistik, ia mampu meningkatkan darjah realismeyang merupakan titik utama di dalam kajian berkaitan warna.Pemvisualan analogi menunjukkan konsep atau topik sesuatu objek denganmenunjukkan hubungan antara setiap objek.Pemvisualan organisasi termasuk carta alir, graf, peta, skema dan carta klasifikasi.Penyusunan grafik ini menunjukkan perhubungan antara kandungan dan konsepdi dalam elemen teks.1.1.2
Elemen LisanKebanyakan persembahan visual memasukkan beberapa maklumat lisan (oral)sebagai item tambahan di dalam pemvisualan objek. Ia boleh dinilai berdasarkan jenis tulisan (font), kuantiti, huruf besar, warna, saiz dan jarak tulisan.Sejarah bagi sebahagian daripada Seni dan Komunikasi dikenali sebagai tatahuruf (
typography).
Ia mempersembahkan rekabentuk tulisan, pemprosesan dan aplikasi jenis tulisan di dalam komunikasi. Jenis tulisan perlu konsisten dan harmonidengan visual yang lain. Untuk maklumat yang ringkas atau untuk tujuanpengajaran, adalah dicadangkan menggunakan jenis tulisan yang asas dan ringkas.Anda boleh memilih tulisan berjenis San Serif contohnya
Helvetica
untuk tayangan visual atau
Palatino
untuk teks yang dicetak.i.
Kuantiti aksaraTayangan visual seperti slaid adalah dicadangkan menggunakan tidak lebih daripada dua jenis tulisan dan kedua-dua jenis tulisan itu perluharmoni antara satu sama lain. Untuk teks komputer, adalah dicadangkanuntuk menggunakan empat variasi seperti tulisan tebal (bold), condong(italic), bergaris (underline) dan saiz yang berbeza.ii.
Tulisan besarAnda dicadangkan untuk menggunakan tulisan kecil untuk menjadikan iamudah dibaca. Gunakan huruf besar untuk perkataan tertentu sahaja. Andaboleh menggunakan tulisan besar apabila menulis tajuk yang pendek,tetapi untuk frasa yang panjang, penggunaan tulisan kecil adalah lebihbaik.