You are on page 1of 32

JUDUL

IJAZAH
SAYA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
HUBUNGAN INDONESIA-MALAYSIA SELEPAS ERA SUHARTO (1998-2008):
SATU ANAUSIS
SARJANA SASTERA
AU MAKSUM SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Mengaku membenarkan tesis *(I:PSM/Sarjana/Dektol Falsar3N) ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Malaysia Sabah dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sabah.
2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesls ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. Sila tandakan (/)
SUfi
TERHAD
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di AKTA RAHSIA
RASMI1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah dltentukan oleh
organisasijbadan di mana penyelidikan dijalankan)
7 TIDAK TERHAD
.
Disahkan oleh:
JAMJUN MICHEAL
PUSTAKAWAN
____
N PUSTAKAWAN TJ MALAYSIA SABAH
Alamat tetap: RT/RW III SIDOREJO,
SUKOREJO, PONOROGO, JAWA TIMUR
INDONESIA 63453
PROF. MADYA. DR. MOHD NOOR YAZID
PENYEUA
Tarikh: 11).../ l
Tarikh:
Catatan: *Potong yang tidak berkenaan.
*Jika tesls ini SUfi atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada plhak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis
ini perlu dijelaskan sebagai SUfi dan TERHAD.
*Tesis dlmaksudkan sebagai tesis bagl ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana Secara
Penyelidlkan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan Laporan Projek
Sarjana Muda (LPSM)
HUBUNGAN INDONESIA - MALAYSIA
SELEPAS ERA SUHARTO (1998-2008):
SATU ANALISIS
ALI MAKSUM
TESIS INI DIKEMUKAKAN UNTUK
MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI
IJAZAH SARlANA SASTERA
SEKOLAH SAINS SO SIAL
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
2010
PENGAKUAN
Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, ringkasan dan rujukan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Disember 2010
PA207-S373
ii
NAMA
NO. MATRIKS
TAJUK
IJAZAH
TARIKH VIVA
1. PENYELIA
PENGESAHAN
ALI MAKSUM
PA 2007-8373
HUBUNGAN INDONESIA- MALAYSIA SELEPAS ERA
SUHARTO (1998-2008): SATU ANALISIS
SARlANA SASTERA
14 MEl 2010
DISAHKAN OLEH
/)
Prof. Madya. Dr. Mohd Noor Vazid
iii
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah subha nahu wa taa/a kerana dengan izinNya jua tesis dan
pengajian ini dapat terselesaikan. Penulis akan merakamkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang telah banyak membantu menyelesaikan pengajian ini.
Pertama, Radjudin dan Munasri kedua orang tua penulis, dan juga kepada dua
abang penulis iaitu Mujaroini dan Ahmad Khozin dengan segala pengorbanan dan
sentiasa mendoakan bagi kesejahteraan serta kejayaan penulis. Kedua, YBhg. Prof.
Madya. Dr. Mohd Noor Yazid, penyelia yang sabar dan ikhlas membimbing dan
mendoakan serta mendorong kejayaan penulis. Ketiga, YBhg. Dr. Lai Yew Meng,
pemeriksa dalam yang mana atas bantuan, kesabaran, keikhlasan dan dorongan
beliau tesis ini dapat selesai dengan baik. Keempat, Naib Canselor UMS YBhg. Brig.
Jen. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon, Dekan Sekolah Sains
Sosial (SSS) UMS Prof. Madya. Dr. Asmady Idris dan juga Dekan SSS-UMS yang
baru Prof. Madya. Hj. Inon Shaharuddin Abdul Rahman serta Dekan Pascasiswazah
UMS Prof. Madya. Datin. Dr. Mariam Abd. Latip.
Dalam kesempatan ini, penulis juga berterima kasih kepada beberapa
individu yang amat berjasa kepada penulis selama menempuh pengajian di UMS,
antaranya YBhg. Prof. Datin. Dr. Maryati Mohamed dan YBhg. Prof. Datuk. Dr.
Mohd Noh Dalimin, Dr. Zaleha Aziz, Kamisah Husin, Nurhayati Abdullah (SKTM),
para persyarah SSS-UMS En. Rizal, En. Zaini, En. Wan, Dr. Tahir, Dr. Ali, En.
Nordin, Dr. Ramzah, Dr. Paul, Dr. Bilcher dan lain-lain. Seterusnya para pegawai
Pascasiswazah UMS dan SSS-UMS dan juga kawan-kawan pelajar pasca Adi Jafar,
Rosaini, Uji, Afiq, Tati, Jennifer, Leonie, Suzineh, Fadilah dan lain-lain. Terima
kasih juga kepada Prof. Subagus, Hamka Abd Rahman, Supriyanto dan Ikhwah
Tarbiyah UMS antaranya Akh. Syafiq, Akh. Hafizul, Akh. Faza, Akh. Hanif, Akh.
Kamarul, Akh. Usop dan lain-lain di atas bantuannya sepanjang di Malaysia dan di
Indonesia. Sdra. Mohd Farid, Sdra. Hisyamudin dan Sdra. Eko di atas bantuan
pengejaan bahasa Melayu. Kawan-kawan pelajar Indonesia, Mas Satria dan Pak
Rafdinal. Last but not least Prof. Dr. Ir. Daniel M. Rosyid, Sdra. Abd Hamid, HMI
Kom. Perkapalan ITS dan UKMKI UHT di atas bantuan dan doanya. Tidak lupa
kepada Dr. Khin Maung Htwe dan Dr. Sophie Van Aerde, dua orang doktor Pusat
Rawatan Warga UMS. Semoga menjadi amal shaleh sehingga Allah meridhoi kita
semua. Amin.
I
alu, Disember 2010
3
iv
ABSTRAK
HUBUNGAN INDONESIA-MALAYSIA SELEPAS ERA SUHARTO
(1998-2008): SATU ANALISIS
Penyelidikan ini membahas hubungan Indonesia-Malaysia selepas era Suharto
(1998-2008). Isu-isu utama yang akan dibincang ialah isu campur tangan
pemimpin Indonesia terhadap hal ehwal dalam negeri Malaysia, isu keganasan, isu
persempadanan, isu pendatang Indonesia dan isu sengketa budaya. Dengan
menggunakan pendekatan defensive rea/ism didapati bahawa suasana baru
struktur politik antarabangsa selepas berakhirnya Perang Dingin mempengaruhi
perubahan hubungan Indonesia-Malaysia. Bagaimanapun, faktor lain seperti
kepemimpinan, politik dalaman dan rasa serum pun juga mempengaruhi bentuk
hubungan dua hala.
Kata kunci: hubungan dua hala, Perang Dingin, politik antarabangsa, struktur
antarabangsa.
v
ABSTRACT
This research discusses Indonesia-Malaysia relations during the post-Suharto era
(1998-2008). The issues discussed are Indonesian leaders involvement in the
Malaysian domestic affairs, terrorism issue, border issue, Indonesian immigrant
issue and culture disputes. By applying defensive realism this research found that
the new international political structure after the end of the Cold War influence to
the changes Indonesia-Malaysia relations. Nevertheless, other factors such as
leadership (idiosyncratic), domestic politics, and kinship [serumpun} also give
significant impact to the relationship.
Keywords: Bilateral relations, Cold War, international politics, international
structure.
vi
SENARAlKANDUNGAN
TAlUK
PENGAKUAN
PENGESAHAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
SENARAlKANDUNGAN
SENARAI RAJAH
SENARAIFOTO
SENARAISINGKATAN
SENARAI LAMPlRAN
BAB 1: PENDAHULUAN
Pengenalan
Sorotan Literatur
Objektif Kajian
1.1
1.2
1.3
1.4 Permasalahan Kajian dan Hipotesis
1.4.1 Permasalahan Kajian
1.5
1.6
1.7
1.8
1.9
1.10
1.4.2 Hipotesis Kajian
Kerangka Teori
Metodologi Kajian
1.6.1 Jenis Penyelidikan
1.6.2 Kaedah Pengumpulan Data
Skop Kajian
Kepentingan Kajian
Limitasi Kajian
Pembahagian Bab
vii
Halaman
ii
iii
iv
v
vi
vii
x
xi
xii
xv
1
1
8
17
17
17
17
18
19
19
20
21
22
22
23
BAB 2: HUBUNGAN INDONESIA-MALAYSIA: SATU
2.1
2.2
2.3
PERBINCANGAN TEOREnKAL
Pengenalan
Hubungan Indonesia-Malaysia: Antara Sejarah dan
Hubungan Antarabangsa
Pendekatan Utama Hubungan Antarabangsa
2.4 Defensive Rea/ism Sebagai Kerangka Teori
2.5 Kesimpulan
BAB 3: HUBUNGAN INDONESIA-MALAYSIA (1957-2008):
3.1
3.2
3.3
3.4
SATU PENGENALAN
Pengenalan
Hubungan Indonesia-Malaysia (1957-1998): Konfrontasi,
Kerjasama dan Persaingan
Hubungan Indonesia-Malaysia (1998-2008): Campur
Tangan, Kerjasama dan Ketegangan
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Hubungan Indonesia-
Malaysia
3.4.1 Faktor LuaranjSistemik
3.4.2 Faktor Dalaman/Domestik
3.5 Kesimpulan
BAB 4: DEFENSIVE REAUSM DAN HUBUNGAN
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
INDONESIA-MALAYSIA (1998-2008)
Pengenalan
Campur Tangan BJ Habibie dan Abdurrahman Wahid ke
atas Kes Anwar Ibrahim
Isu Keganasan
Isu Persempadanan
Isu Pendatang Indonesia
Isu Sengketa Budaya
Kesimpulan
viii
25
25
26
27
38
51
53
53
54
63
68
69
74
76
79
79
80
85
90
100
109
113
BAB 5: KESIMPULAN 115
5.1 Pengenalan 115
5.2 Dapatan Kajian 116
5.3 Dapatan Teori 123
5.4 Limitasi dan Cadangan 130
RUJUKAN
LAMPIRAN
ix
Rajah 2.1
Rajah 2.2
Rajah 3.1
Rajah 4.1
Rajah 4.2
Rajah 4.3
Rajah 4.4
SENARAI RAJAH
Kerangka Defensive Rea/ism dalam Proses
Pembuatan Dasar Luar Indonesia dan Malaysia
Bentuk Tingkah Laku/Dasar Luar Dalam Teori
Defensive Rea/ism
Perkembangan Kerjasama Ekonomi Indonesia dan
Malaysia
Perbandingan Jumlah Media Elektronik di
Indonesia 1998 dan 2003
Perbandingan Jumlah Media Cetak di Indonesia
1997/1998 dan 2003
Senarai Permasalahan TKI di Malaysia
Berdasarkan Rekod Kedutaan Besar Republik
Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur
Beberapa Kes Persengketaan Budaya Antara
Indonesia dan Malaysia
x
Halaman
44
46
72
98
99
106
110
Foto 4.1
Foto 4.2
SENARAIFOTO
Warga Indonesia dan Malaysia yang terlibat
keganasan
Peta Wilayah Kepulauan Ambalat Termasuk Pulau
Sipadan dan Pulau Ligitan
xi
Halaman
88
94
ABIM
ASEAN
BN
CIA
CIDES
DAP
DI/TII
DPR
EPG
EU
FEER
FISIP
HAM
HRWG
ICMI
IKD
IMF
JI
KBRI
KD
KJRI
KMM
KOGAM
KRI
SENARAISINGKATAN
Angkatan Belia Islam Malaysia
Association of Southeast Asian Nations
Barisan Nasional
Central Intelligence Agency
Center for Information and Development Studies
Democratic Action Party
Darul Islam/Tentara Islam Indonesia
Dewan Perwakilan Rakyat
Eminent Persons Group
European Union
Far Eastern Economic Review
Fakulti I1mu Sosial dan I1mu Politik
Hak-Hak Asasi Manusia
Human Rights Watch Group
Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia
Institut Kajian Dasar
International Monetary Fund
Jemaah Islamiyah
Kedutaan Besar Republik Indonesia
Kapal Diraja
Konsulat Jenderal Republik Indonesia
Kumpulan Mujahidin Malaysia
Komando Ganyang Malaysia
Kapal Republik Indonesia
xii
MAGERAN
MALINDa CORPAT
MMI
NAM
NATO
NIEs
NTB
PAS
PAT!
PBB
PDRM
PERMESTA
PKI
PKM
PRRI
PRU
RTM-l
SBY
SIS
TKI
TKW
TNI
TN I-AD
TNI-AL
TVRI
Majlis Gerakan Negara
Malaysia-Indonesia Coordinated Patrol
Majelis Mujahidin Indonesia
Non-Aligned Movement
North Athlantic Treaty Organisation
New Industrial Economies
Nusa Tenggara Barat
Parti Islam Se-Malaysia
Pendatang Tanpa Izin
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Polis Diraja Malaysia
Piagam Perjuangan Semesta
Parti Komunis Indonesia
Parti Komunis Malaya
Pemerintah Revolusioner Republik Indonesia
Pilihan Raya Umum
Radio Televisyen Malaysia-l
Susilo Bambang Yudhoyono
Secret Intelligence Service
Tenaga Kerja Indonesia
Tenaga Kerja Wanita
Tentera Nasional Indonesia
Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat
Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut
Televisi Republik Indonesia
xiii
UGM
UKM
UMNO
UN DIP
WTC
ZOPFAN
Universiti Gadjah Mada
Universiti Kebangsaan Malaysia
United Malays National Organisation
Universiti Diponegoro
World Trade Centre
Zone of Peace, Freedom and Neutrality
xiv
Lampiran 1
Lampiran 2
Lampiran 3
Lampiran 4
Lampiran 5
Lampiran 6
SENARAI LAMPIRAN
Joint Statement Between the Republic of Indonesia and
Malaysia at the Annual Consultations Between President
Susilo Bambang Yudhoyono and Prime Minister Dato Seri
Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi,
Bukittinggi, West Sumatra, Indonesia, 12-13 January 2006.
Joint Statement Between the Republic of Indonesia and
Malaysia at the Annual Consultations Between President Dr.
H. Susilo Bambang Yudhoyono and Prime Minister Abdullah
Ahmad Badawi,
Putrajaya, 11 January 2008.
Naskah Pembentangan "Menimbang Hubungan RI-
Malaysia", Direkturat Asia limur & Pasifik, Departemen Luar
Negeri, Republik Indonesia.
Panduan Temu Bual
Laporan Kemajuan Tesis
Senarai Surat-Surat Selama Menjalankan Penyelidikan
xv
1.1 Pengenalan
BAB 1
PENDAHULUAN
''Katakanlah (Muhammad)'; Wahai Tuhan pemilik
kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada siapapun
yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan
dari siapapun yang Engkau kehendaki. Engkau
muliakan siapapun yang Engkau kehendaki dan
Engkau hinakan siapapun yang kau kehendaki. Di
tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya
Engkau Maha Kuasa atas sega/a sesuatu
H
(Qur'an
Surah Ali Imran 3:26).
Struktur politik antarabangsa acapkali berubah apabila berlakunya sebuah peristiwa
bersejarah yang menggegar kestabilan politik dunia. Perang Dunia Kedua yang
berakhir pad a tahun 1945, disusuli pula dengan bermulanya era Perang Dingin
menyaksikan dunia terbahagi kepada dua blok. Runtuhnya Tembok Berlin pada
tahun 1989, memberi isyarat kepada masyarakat antarabangsa bahawa Perang
Dingin akan berakhir dan disusuli pula dengan era baru iaitu era Pasca Perang
Dingin. Demikian pula dengan runtuhnya menara kembar World Trade Centre
(WTC) di New York pada 11 September 2001, ramai pemerhati politik antarabangsa
yang berpandangan bahawa ianya sebagai isyarat berakhirnya era Pasca-Perang
Dingin
1
Sememangnya tragedi 11 September membawa impak fundamental
1 Hal ini merujuk pada asas perubahan struktur politik antarabangsa. Struktur sistem berubah apabila
berlaku perubahan pengagihan keupayaan (distribution of capability). Perubahan ini amat
mempengaruhi perubahan sikap dan Impak yang dihasilkan daripada hasil Interaksi antara unit.
Sila lihat Waltz, Kenneth N. (1979), Theory of Intemational Politics, Reading MA: Addison-Wesley.
Khasnya halaman 97. Serangan 11 September 2001 memberikan impak luar biasa, yang
menggugat politik dalaman, perubahan dasar luar dan percaturan kuasa antarabangsa. Walau
bagaimanapun, pelbagal pandangan saling berselisih disebabkan Amerika Syarikat dan
sekutunya berdepan dengan AI Qaeda yang bukanlah sesebuah negara. Berhubung kelompok
yang didakwa pelaku keganasan , sehlngga kini belum ada satu bukti yang mempertegas bahawa
mereka adalah pelaku sebenar. Selain itu, Amerika Syarikat juga tldak mampu memberikan
alasan yang kukuh berhubung tindakannya menyerang Iraq dan Afghanistan. Sila lihat Coward,
Martin (2006), International Relations in the Post-Globalisation Era, Politics, Vol. 26, No.1, hal.
terhadap situasi dan percaturan politik antarabangsa. Malah, bagi pihak Amerika
Syarikat sendiri, peristiwa tersebut merupakan tamparan hebat terhadap
kekuasaannya sebagai negara adi daya. Amerika Syarikat yang kemudiannya
menuntut perhatian dunia dalam bentuk "perang melawan keganasan", seolah-olah
hanya sebagai dalih2 untuk mengekal kuasa hegemonnya. Walau bagaimanapun,
tragedi WTC dan kempen "perang melawan keganasan" amat menjejaskan senario
politik antarabangsa. Justeru, tragedi WTC dan kempen tersebut memberi kesan
kepada meningkatnya ancaman bukan-tradisional (khasnya aktiviti keganasan)
yang mengukuhkan Amerika Syarikat sebagai kuasa tunggal terpenting selepas era
pasca-Perang Dingin.
3
Pelbagai pandangan yang saling bersaing muncul untuk memberi hujah
mengenai gambaran dunia pasca-Perang Dingin, misalnya pendemokrasian dan
kekuatan pasaran; konflik antara tamadun; dikotomi Barat-Timur dan Utara-
Selatan
4
; kebangkitan Asia; merebaknya zon konflik dan kerjasama, hegemoni
54-61. Sila lihat juga Haubrich, Dirk, (2006), The Foreign v. The Domestic After September 11th
: The Methodology of Political Analysis Revisited, Politics, Vol. 26, No.2, hal. 84-92.
2 Serangan 11 September amat rapat kaitannya dengan percaturan kuasa di Timur Tengah yang juga
memberi kesan kepada negara-negara Islam. Malah, seperti penjelasan John J. Mearsheimer dan
Stephen M. Walt, dalam ''The War over Israel's Influence", Serangan 11 September hanyalah
sebagai laluan Amerika Syarikat untuk menyerang Iraq hingga boleh mengawal politik Timur
Tengah. Hal ini disebabkan 'Yobby" Israel kepada Amerika Syarikat yang khuatir terhadap
ancaman Iraq dan Iran. Lobi yang dilakukan Israel sememangnya memperolehi hasil yang cukup
memberangsangkan. Malahan, kejayaan melobi Amerika Syarikat, berjaya "menaklukkan" para
pembuat dasar luar Amerika Syarikat sehingga muncul satu istilah yang cukup popular iaitu"baik
untuk Amerika Syarikat baik pula untuk Israel, kepentingan Amerika Syarikat kepentingan Israel
pula". Walau bagaimanapun, terlepas daripada apa juga senario yang berlaku serangan 11
September tetap menjadi faktor yang amat penting dalam menyokong perubahan dasar luar
Amerika Syarikat. Untuk perbahasan lebih lengkap sila IIhat Mearheimer, John J. and Walt,
Stephen M. (2007), The Israel Lobby and U.S Foreign Policy, New York: Farrar, Straus and
Giroux. Fenomena lobi Israel yang tersebut di atas juga berlaku pada kes penyerangan Amerika
Syarikat ke atas Iraq pada Perang Teluk. Sila Llihat Mearsheimer, John J. and Walt, Stephen M.
(2006), ''The War over Israel's Influence," Foreign Policy, No. 155, ha1.57-58, 64-66.
3 Sukma, Rizal (2003), Keamanan Internasional Pasca 11 September: Terorisme, Hegemoni AS dan
Implikasi Regional, Kertas Kerja, pada Seminar Pembangunan Hukum Nasional, Badan Pembinaan
Hukum Nasional Departemen Kehakiman dan HAM Republik Indonesia, 14-18 Julai, Bali,
Indonesia.
4 Hubungan Utara-Selatan dikenali daiam teori mercantilism moden yang amat erat dengan teori
dependency. Hubungan Utara-Selatan berlaku disebabkan perbezaan yang ketara dari segi
pencapaian pembangunan antara negara yang berada di sisi Utara dengan negara yang di sisi
2
Amerika Syarikat dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tidak satupun daripada
pendapat-pendapat tersebut dapat diterima begitu sahaja secara luas oleh
masyarakat antarabangsa. Malahan, pendapat-pendapat tersebut lebih banyak
mendapatkan bantahan berbanding mendapatkan pembelaan.
5
Sementara itu, rantau Asia-Pasifik khasnya Asia Tenggara berdepan dengan
tiga isu keselamatan yang amat penting. Pertama, masalah keganasan dan
keselamatan serantau; kedua, ketidakselesaian masalah keselamatan tradisional,
terutama sengketa dan ketegangan antara negara; dan ketiga, masalah ancaman
trans-nasional. Ketiga-tiga masalah ini muncul sebagai cabaran keselamatan yang
mesti segera ditangani oleh Association of Southeast Asian Nations (ASEAN).6
Berakhirnya Perang Dingin menimbulkan beberapa perkara penting selain
kembali bersatunya Jerman, iaitu kenaikan ekonomi Jepun dan kemelesetan
ekonomi Amerika Syarikat serta kemunculan New Industrial Economies (NIEs)
dalam kalangan negara-negara ASEAN. Perubahan-perubahan yang berlaku di
rantau Asia Pasifik pasca-Perang Dingin amatlah menentukan kestabilan di rantau
ini. Malah, sejurus selepas Perang Dingin, ada yang meramalkan bahawa Jepun
sebagai pelabur terbesar di Asia Tenggara, berkemungkinan besar bakal menjadi
pencabar utama Amerika Syarikat di bidang ekonomi.
7
Tambahan lagi, krisis
ekonomi yang berpunca daripada krisis kewangan pada akhir 1990-an
membuktikan kekhuatiran yang timbul di Asia Tenggara adalah suatu yang
Selatan bumi. Realiti menggambarkan bahawa negara-negara Selatan yang merupakan bekas
jajahan termasuklah Afrika, Amerika Selatan serta Asia Selatan dan sebahagian besar Asia
Tenggara kurang sejahtera. Singapura dinilai sudah naik tarat menjadl bahagian dari "naga-naga
kecil (Taiwan, Korea Selatan, dan Hongkong)". Lihat Jackson, Robert and Sorensen, Georg
(2007), Introduction to International Relations (3rd edition), New York: Oxford University Press,
hal. 202-210.
5 Bandoro, Bantarto (2003), Masalah-masalah Keamanan Internasional Abad 21, Kertas Kerja, pad a
Seminar Pembangunan Hukum Nasional, Badan Pembinaan Hukum Nasional Departemen
Kehakiman dan HAM Republik Indonesia, 14-18 Julai, Bali, Indonesia.
6 Sukma, Rizal (2003), ibid, haLlOo
7 Chen, Qimao (1992), The International Pattern in the Asia Pacific Region: Brewing Change and Its
Impact on China and Indonesia, dalam Ji, Guoxing and Soesastro, Hadi (eds), Sino-Indonesia
Relations in the Post-Cold War Era, Jakarta: Centre For Strategic and International Studies.
3
bertepatan. Malah, krisis tersebut pula pada akhirnya menggoncang kestabilan
politik dalaman sebahagian besar negara-negara Asia Tenggara.
Krisis kewangan yang menjejaskan kehidupan rakyat Indonesia semakin
teruk apabila berlaku perubahan besar dalam struktur politik dalaman bagi
menuntut peranan kerajaan yang lebih serius dalam mengatasi krisis ekonomi.
Berlakunya apa yang disebut oleh Samuel P. Huntington sebagai The Third Wave:
Democratization in the Twentieth Century,8 memberikan kesan kepada tergugatnya
Presiden Suharto daripada tampuk kepemimpinan Indonesia. Suharto yang
terdesak oleh keadaan ini terpaksa meletakkan jawatannya yang dipegang lebih
kurang 32 tahun, akibat gerakan reformasi dan tunjuk perasaan yang hebat di
Jakarta. Malaysia yang berdepan dengan keadaan yang hampir sama, mampu
untuk mengawal kegawatan ekonomi dan politik, walaupun terpengaruh dengan
reformasi di Indonesia. Malah, penggantian kepemimpinan di Malaysia hanya
berlaku pada tahun 2003, selepas Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan
Perdana Menteri pada Oktober 2003 kepada Abdullah Ahmad Badawi. Dr. Mahathir
sendiri masih sempat menyertai Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 1999 yang
dimenangi parti kerajaan iaitu Barisan Nasional (BN). Walau bagaimanapun,
peranan besar Dr. Mahathir dalam menangani krisis ekonomi amat besar
terutamanya dalam menyelamatkan ekonomi Malaysia. Selain itu, Dr. Mahathir
turut berjaya mengatasi kemelut politik, yang seterusnya memberi kesan positif
pula kepada pencapaian ekonomi Malaysia yang semakin memberangsangkan.
Krisis ekonomi 1997 pula semakin memburukkan ekonomi Indonesia dengan
jatuhnya nilai mata wang Rupiah di pasaran antarabangsa. Sebaliknya, Malaysia
berjaya mengatasi krisis akibat tindakan tegas Dr. Mahathir dalam mengawal dasar
kewangan. Sebagai contoh, Dr. Mahathir telah menolak bantuan International
Monetary Fund (IMF) dan Bank Dunia serta menetapkan nilai pertukaran Ringgit
(RM3.8 bersamaan USD1). Akibat daripada dasar kerajaan tersebut, Malaysia dapat
mengawal keadaan ekonomi dalam negara serta kepercayaan para pelabur. Walau
bagaimanapun, tindakan Malaysia tersebut amat bertentangan dengan sebahagian
8 cabarelio-Anthony, Mely (2005), Political Transitions in Southeast Asia, Southeast Asian Affairs, hal.
24-43.
4
besar negara-negara di rantau Asia. Malah, ianya turut menimbulkan banyak
kritikan yang datang daripada pihak antarabangsa.
9
Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Dr. Mahathir, dapat bertahan
daripada badai krisis ekonomi tanpa adanya pergolakan politik dalaman yang cukup
besar. Sebaliknya, pergolakan politik dalaman yang hebat telah berlaku di
Indonesia sehingga memaksa Presiden Suharto meletak jawatan dan digantikan
oleh BJ. Habibie (21 Mei 1998-20 Oktober 1999). Habibie kemudiannya digantikan
oleh Abdurrahman Wahid (20 Oktober 1999-23 Julai 2001), dan diikuti dengan
Megawati Sukarnoputri (23 Julai 2001-20 Oktober 2004) dan kemudiannya, Susilo
Bambang Yudhoyono (20 Oktober 2004-sekarang).
Pada era pentadbiran Presiden Megawati yang mengambil alih tampuk
pemerintahan pada Ogos 2001 sehingga 2004, hubungan Indonesia dan Malaysia
memasuki era baru. Sepanjang tempoh tiga tahun itu, hubungan kedua-dua negara
banyak diwarnai oleh peristiwa-peristiwa penting yang amat menjejaskan
hubungan kedua-dua negara yang sebelumnya cukup harmoni.
Salah satunya adalah keputusan Mahkamah Antarabangsa di The Hague,
Belanda yang akhirnya menentukan Malaysia sebagai pemilik sah ke atas Pulau
Sipadan dan Pulau Ligitan. Keputusan itu memberikan impak yang luar biasa
terutamanya kepada Indonesia yang tidak rela atas "kekalahan" tersebut. Semua
pihak, tidak terkecuali rakyat bawahan, ahli akademik hingga wakil rakyat yang
duduk di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) telah memanifestasikan kekecewaan
mereka dengan melancarkan bantahan dan tunjuk perasaan di merata-rata
Indonesia sebagai reaksi terhadap keputusan tersebut. Permasalahan Sipadan dan
Ligitan yang memberi kesan mendalam pada rakyat Indonesia, bertambah teruk
apabila berlakunya beberapa kes penganiayaan pekerja Indonesia, seperti yang
menimpa Nirmala Bonat, Tenaga Kerja Wanita (TKW) asal Nusa Tenggara Barat
(NTB), yang diseksa majikannya di Malaysia. Lebih malang lagi apabila proses
9 Cheah, Boon Kheng (2002), Malaysia: The Making of the Nation, Singapore: ISEAS, hal. 227.
5
pembicaraan di mahkamah dipersepsikan sebagai tidak mendapatkan ketegasan
daripada kerajaan Malaysia.
lO
Berdasarkan pengamatan beberapa tahun terakhir, kedua-dua negara
sering kali terlibat dalam pelbagai isu bilateral yang serius yang boleh menuju
kepada keretakan hubungan Indonesia-Malaysia. Salah satu isu tersebut adalah
pengakuan hak milik daripada pihak Malaysia ke atas Kepulauan Ambalat yang
terletak berhampiran dengan Pulau Sulawesi.
Tidaklah menghairankan jika rakyat Indonesia marah sebagaimana
ditunjukkan masyarakat Makassar yang membantah dakwaan Malaysia tersebut.
Malah, rakyat setempat menggesa kerajaan agar mengambil tindakan tegas
terhadap sikap angkuh kerajaan Malaysia. Selain itu, pekikan "Ganyang Malaysia"
pun muncul kembali dan ini bukan sahaja berlaku di Sulawesi, tetapi juga di Jawa
Barat dan wilayah-wilayah Indonesia yang lain. Mereka pula menggesa kerajaan
untuk menggunakan pelbagai cara bagi mempertahankan hak Indonesia ke atas
pulau itu.ll
Pelbagai bentuk ungkapan rasa kekecewaan telah ditunjukkan oleh
sebahagian rakyat Indonesia sebagai bantahan atas "hilangnya" sebahagian
wilayah negara mereka. Bagaimanapun, retorik sedemikian amat menjejaskan
persepsi rakyat Indonesia sehingga memberi kesan kepada bangkitnya semangat
nasionalisme yang berbau "anti-Malaysia" di hampir seluruh wilayah Indonesia.
Perkara tersebut merupakan salah satu isu besar pada era pentadbiran
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) yang menyebabkan terjejasnya
hubungan Indonesia dan Malaysia. Bukti keseriusan pentadbiran Presiden SBY atas
kes tersebut dapat dilihat dengan dikerahkannya kapal perang dan Tentera
Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) ke wilayah sempadan dengan Malaysia
sebagai reaksi keras terhadap cabaran keselamatan daripada negara jiran tersebut.
10 Suara Merdeka, 4 September 2007, Negeri Jiran yang Suka Memupuk Sara.
11 Harian Pikiran Rakyat, 8 Mac 2005, Konflik Indonesia-Malaysia Sejarah yang Berulang.
6
Sementara itu, ahli-ahli DPR Indonesia pula turut menggesa kerajaan untuk
mengambil tindakan tegas dengan melaungkan retorika seperti yang di bawah:
"Ahli Jawatan Kuasa I DPR Djoko Susilo menggesa kerajaan
menggunakan cara-cara tegas yang menunjukkan bantahan
terhadap keinginan Malaysia."Kerajaan harus terus menggelar
kekuatan bagi menunjukkan bantahan kepada Malaysia."
l2
Berpandukan kejadian-kejadian yang telah berlaku di atas, penulis
beranggapan bahawa masalah semasa dalam hubungan Indonesia-Malaysia
merupakan satu topik penting yang perlu dikaji selidik. Pertimbangan ini pula
berdasarkan kepada berlakunya kes-kes yang telah menjejasnya hubungan kedua-
dua negara. Kes-kes tersebut telah menonjolkan beberapa perubahan dalam
hubungan dua hala yang sebelumnya tidak berdepan masalah, terutamanya ketika
Suharto memegang kuasa. Hubungan dua-hala yang mesra semasa era Suharto
jelas dinyatakan dalam kenyataan di bawah oleh Dr. Mahathir sendiri:
"Apa yang paling berharga bagi Malaysia adalah saat-saat
berakhirnya konfrontasi yang dipicu oleh Presiden Soekarno
dan diselesaikan dengan damai oleh Pak Harto. Ada banyak
keinginan baik, hasrat yang mulia untuk menghentikan
konfrontasi. Pak Harto menghargai hubungan baik dengan
Malaysia," papar Mahathir, Senin (28/1/2008).
Mahathir menyatakan senang dapat bekerja sama dan punya
hubungan baik dengan Pak Harto ketika menjadi presiden dan
dia menjadi PM Malaysia. Sebab, mereka dapat berbicara
dengan persahabatan satu sama lain. "Ada beberapa sengketa
antara kedua negara, tapi sengketa itu tidak pernah
menimbulkan konfrontasi antara negara. Kita (kedua negara)
punya sengketa perbatasan, tapi kita dapat menyelesaikan
semua masalah," ujarnya, yang menjabat PM Malaysia selama
22 tahun.
13
12 Tempointeraktif, 6 Mac 2005, Anggota DPR: Kalau Perlu, Pemerintah Tembak Kapal Malaysia.
13http://neW5.okezone.com/index. php/ReadStory /2008/0 1/28/1/78984/mahathir-malaysia-berhutang-
budi -ke-soeharto- muat turun 4 Februari 2008.
7
Hal ini juga dipertegaskan oleh kenyataan Menteri Luar Malaysia Syed
Hamid Albar pada kesempatan yang lain.
"Sejak Soeharto menjadi presiden Indonesia, hubungan
Indonesia-Malaysia mesra," katanya
14
Kes-kes di atas merupakan sebahagian daripada isu-isu dua hala yang
menjadi dasar hujah tentang betapa pentingnya kajian ini. Oleh itu, dalam
penyelidikan ini, penulis akan berusaha meleraikan faktor-faktor di sebalik
perubahan dalam hubungan diplomatik Indonesia-Malaysia, khususnya pada era
pasea-pentadbiran Suharto.
1.2 Sorotan Literatur
Semenjak kedua-dua negara mencapai kemerdekaan, beberapa sarjana telah
membuat kajian berhubung pasang-surutnya hubungan dua-hala Indonesia-
Malaysia dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang berbeza. Penulis
berpandangan bahawa hubungan Indonesia-Malaysia menjadi topik kajian menarik
apabila berlakunya isu-isu yang dapat mengganggu hubungan dua-hala. Isu-isu
seperti konfrontasi pada era Presiden Sukarno dan konflik-konflik sempadan pada
era selepas Presiden Suharto adalah topik yang amat menarik bagi para penyelidik
hubungan Indonesia-Malaysia. Beberapa rujukan yang diperolehi mendapati lima
daripada sembilan kajian lepas membineangkan hubungan Indonesia-Malaysia
semasa konfrontasi, dua rujukan membineangkan isu baru hubungan dua hala
selepas era Suharto (konflik sempadan dan isu pekerja Indonesia) dan dua rujukan
lagi membineangkan hubungan dua hala semenjak konfrontasi sehingga selepas
era Suharto (konfrontasi, konflik sempadan dan isu budaya).
George MeT. KahinlS adalah antara sarjana yang menjadi pelopor
penyelidikan hubungan Indonesia-Malaysia. Dalam kajian beliau seperti yang telah
14http://www.antara.eo.id/are/2008/ 1/28/ucapan-belasung kawa-atas-wafatnya-soeharto-mengalir-
dari-dn-dan-ln/-3- muat turun 4 Februari 2008.
15 Kahin, George MeT. (1964), Malaysia and Indonesia, Pacific Affairs, Vol. 37, No. 3, hal. 253-270.
8
RUJUKAN
Abubakar Eby Hara (2008), Hubungan Indonesia dan Malaysia: dari Saudara
Serumpun ke 'Smart Partnership?, Seminar Proceeding, Seminar
Internasional Indonesia-Malaysia Up Date 2008, 27-29 Mei, UGM
Indonesia.
Acharya, Amitav (1998), Democratising Southeast Asia: Economic Crisis and
Political Change, Working Paper, Asia Research Centre, Murdoch University,
No. 87.
Alwi, Des (2009), Kenangan 51 Tahun Silam, dalam Mohamad Redzuan Othman,
etal. (eds), Setengah Abad Hubungan Malaysia-Indonesia, Shah Alam:
Arah Publications.
Anwar, Dewi Fortuna (1994), Indonesia in ASEAN: Foreign Policy and Regionalism/
Singapore: ISEAS.
Basri@Basri Bin Baddiri (2001), Hubungan Malaysia-Indonesia Selama Krisis
Ekonomi Asia 1997-2000, Tesis B.A., Sekolah Sains Sosial, Universiti
Malaysia Sabah.
Bandoro, Bantarto (2003), Masalah-Masalah Keamanan Internasional Abad 21,
Kertas Ketja, pada Seminar Pembangunan Hukum Nasional, Badan
Pembinaan Hukum Nasional Departemen Kehakiman dan HAM Republik
Indonesia, 14-18 Julai, Bali, Indonesia.
Brooks, Stephen G. (1997), Dueling Realisms, International Organization, Vol. 51,
No.3, hal. 445-477.
Cabarello-Anthony, Mely (2005), Political Transitions in Southeast Asia, Southeast
Asian Affairs, haI.24-43.
Cheah, Boon Kheng (2002), Malaysia: The Making of the Nation, Singapore: ISEAS.
Chen, Qimao (1992), The International Pattern in the Asia Pacific Region: Brewing
Change and Its Impact on China and Indonesia, dalam Ji, Guoxing and
Soesastro, Hadi (eds), Sino-Indonesia Relations in the Post-Cold War Era/
Jakarta: Centre For Strategic and International Studies.
Copeland, Dale C. (2000), The Constructivist Challenge to Structural Realism,
International Security, Vol. 25, No.2, hal. 187-212.
Coward, Martin (2006), International Relations in the Post-Globalisation Era,
Politics/ Vol. 26, No.1, hal. 54-61.
Daery, Viddy A.D., (2008), Perlunya Kesadaran Bangsa Serum pun, Jawa Pos, 25
Julai 2008.
133
Darul Amin Bin Abdul Manaf (2009), Perlindungan Pembantu Rumah Indonesia di
Malaysia: Antara Impian dan Realiti, dalam Mohamad Redzuan Othman,
et.al. (eds), Setengah Abad Hubungan Malaysia-Indonesia, Shah Alam:
Arah Publications.
Dunne, T., Kurki, M. and Smith, S. (2007), International Relations Theories:
Discipline and Diversity, Oxford: Oxford University Press.
F., Efantino dan SN., Arifin (2009), Ganyang Malaysia: Hubungan Indonesia-
Malaysia Sejak Konfrontasi Sampai Konflik Ambalat, Yogyakarta: Bio
Pustaka.
Felker, Greg (1999), Malaysia in 1998: A Cornered Tiger Bares Its Claws, Asian
Survey, Vol. 39, No.1, hal. 43-54.
Fierke, K. M. (2007), Constructivism, dalam Dunne, T., Kurki, M. and Smith, S.,
International Relations Theories: Discipline and Diversity, Oxford: Oxford
University Press.
Finnemore, Martha and Sikkink, Kathryn (2001), Taking Stock: The Constructivist
Research Program in International Relations and Comparative Politics,
Annual Review of Political Science, VolA, hal. 391-416.
Ganesan, N. (2003), Malaysia in 2002: Political Consolidation Amid Change?, Asian
Survey, Vol. 43, No.1, hal. 147-155.
Glaser, Charles L. (2003), Structural Realism in a More Complex World, Review of
International Studies, No. 29, hal. 403-414.
Hanani, Silfia (2009), Sosio-Kultural Tenaga Kerja Indonesia di Malaysia, Seminar
Proceeding, Persidangan Hubungan Malaysia-Indonesia 2009 "Serumpun
Merentas Globalisasi", 6-8 Ogos, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Hanizah Idris (2009), Hubungan Kerjasama Malaysia-Indonesia Dalam Aspek
Keselamatan Maritim di Selat Melaka, dalam Mohamad Redzuan Othman,
et.a!. (eds), Setengah Abad Hubungan Malaysia-Indonesia, Shah Alam:
Arah Publications.
Harsutejo (2003), G30S: Sejarah yang Digelapkan, Tangan Berdarah CIA dan Rejim
Suharto, Jakarta: Hasta Mitra.
Haubrich, Dirk (2006), The Foreign v. The Domestic After September 11th: The
Methodology of Political Analysis Revisited, Politics, Vol. 26, No.2, hal. 84-
92.
Jackson, Robert and Sorensen, Georg (2007), Introduction to International
Relations r?edition), New York: Oxford University Press.
Jervis, Robert (1998), Realism in the Study of World Polities, International
Organization, Vol. 52, No.4, hal. 971-991.
134
Ji, Guoxing and Soesastro, Hadi (eds) (1992), Sino-Indonesia Relations in the Post-
Cold War Era, Jakarta: Centre For Strategic and International Studies.
Kahin, George McT. (1964), Malaysia and Indonesia, Pacific Affairs, Vol. 37, No.3,
hal. 253-270.
Katzenstein, Peter J., Keohane, Robert 0., and Krasner, Stephen D. (1998),
International Organization and the Study of World Politics, International
Organization, V<:>1.52, No.4, hal. 645-685.
Keohane, Robert O. and Waltz, Kenneth N. (2000), Correspondence: The Neorealist
and His Critic, International Security, Vol. 25, No.3, hal. 204-205.
Keohane, Robert O. (2002), The Globalization of Informal Violence, Theories of
World Politics, and "the Liberalism of Fear", Dialog-IO, hal. 29-43.
___ (2007), The Demand for International Regime, dalam Simmons, Beth A.,
and Steinberg, Richard H., International Law and International Relations:
An International Organization Reader, Cambridge: Cambridge University
Press.
Kunaseelan a/I Muniandy (1996), Hubungan Malaysia-Indonesia 1957-1970, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lai, Yew Meng (2008), Nationalism and Power Politics in Japan's Relations with
China: A Neoclassical Realist Interpretation, Ph.D. Thesis, Department of
Politics and International Studies, University of Warwick.
Lili Yulyadi Arnakim (2009), Hubungan Dinamik Antara Indonesia dan Malaysia
Pasca Merdeka: Peranan Faktor "Co-Religio" Dalam Hubungan Dua Hala,
dalam Mohamad Redzuan Othman, et.al. (eds), Setengah Abad Hubungan
Malaysia-Indonesia, Shah Alam: Arah Publications.
Liow, Joseph Chinyong (2003), Malaysia's Illegal Indonesian Migrant Labour
Problem: In Search of Solutions, Contemporary Southeast Asia, Vol. 25,
No.1, hal. 44-64.
____ (2004), The Mahathir Administration's War Against Islamic Militancy:
Operational and Ideological Challenges, Australian Journal of International
Affairs, Vol. 58, No.2, hal. 241-256.
____ (2005), The Politics of Indonesia-Malaysia Relations: One Kin Two
Nations, London: RoutledgeCurzon.
Lobell, Steven E., Ripsman, Norrin M., and Taliaferro, Jeffrey W., (2009),
Neoclassical Realism/ The State/ and Foreign Policy, Cambridge: Cambridge
University Press.
LuFong, Chua (2001), Konfrontasi: Rethinking Explanations for the Indonesia-
Malaysia Confrontation 1963-1966, M.Sc. TheSiS, Department of Political
Science, Massachusetts Institute of Technology.
135
Maksum, Ali dan Wahyuni, Sri (2006), Implementasi Program Pemberdayaan
Ekonomi Masyarakat Pesisir (PEMP): Studi Kasus Implementasi Program
PEMP di Kelurahan Sukolilo Kota Surabaya, Jurnal Aplikasi
Vol. 8. No.1, hal. 29-52.
Maksum, Ali (2010), Urgensi Menjaga Hubungan Serumpun, Jawa Pos, 13 Ogos
2010.
Malley, Michael S. (2003), Indonesia in 2002: The Rising Cost of Inaction, Asian
Survey, Vol. 43, No.1, hal. 135-146.
Martin, Lisa L. (2007), Neoliberalism, dalam Dunne, T., Kurki, M. and Smith,S.,
International Relations Theories: Discipline and Oxford: Oxford
University Press.
Mearsheimer, John J. (2007), Structural Realism, dalam Dunne, T., Kurki, M. and
Smith,S., International Relations Theories: Discipline and
Oxford: Oxford University Press.
Mearsheimer, John J. and Walt, Stephen M. (2006), "The War over Israel's
Influence," Foreign Policy, No. 155, hal. 57-58, 64-66.
___ (2007) The Israel Lobby and U.S Foreign Policy, New York: Farrar, Straus
and Giroux.
Mohamad Redzuan Othman, et.al. (eds) (2009), Setengah Abad Hubungan
Malaysia-Indonesia, Shah Alam: Arah Publications.
Mohd Noor Yazid (2000), Politik Antarabangsa Asia Pasifik, Kuala Lumpur: Utusan
Publications.
___ (2007), Hegemonic Powers, Radical Politics & Developmental State: The
Case of Indonesia-Malaysia Political Relations During the Cold War, Kota
Kinabalu: Penerbit UMS.
Muhammad Iqbal dan Arifin Zainal (2009), Tahap Kualiti Hidup Tenaga Kerja
Indonesia di Malaysia dan Fa ktor-Faktor Psikologikal Yang
Mempengaruhinya, Seminar Proceeding, Persidangan Hubungan Malaysia-
Indonesia 2009 "Serum pun Merentas Globalisasi", 6-8 Ogos, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
Nasir, Moh (1998), Metode Penelitian, Jakarta: Gholia Indonesia.
Nasrullah Ali Fauzi (2009a), Indonesia Dalam Pandangan Media Malaysia: Sebuah
Kajian Awal, dalam Mohamad Redzuan Othman, et.al(eds), Setengah Abad
Hubungan Malaysia-Indonesia, Shah Alam: Arah Publications.
(2009b), Akar Konflik dalam Hubungan Malaysia-Indonesia, Seminar
Proceeding, Persidangan Hubungan Malaysia-Indonesia 2009 "Serumpun
Merentas Globalisasi", 6-8 Ogos, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
136
Nik Anuar Nik Mahmud (2000), Konfrontasi Malaysia-Indonesia, Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
___ (2003), Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan: Isu Sempadan dan Kedaulatan,
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nor Azizan Idris (2005), Hubungan Malaysia-Indonesia dan Isu Pendatang Tanpa
Izin, dalam Zarina Othman dan Siti Daud (eds), Politik dan Keselamatan,
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nye, Joseph S. and Keohane, Robert O. (1971), Transnational Relations and World
Politics: An Introduction, International Organization, Vol. 25, No.3, hal.
329-349.
Panke, Diana and Risse, Thomas (2007), Liberalism, dalam Dunne, T., Kurki, M.
and Smith, S., International Relations Theories: Discipline and Diversity,
Oxford: Oxford University Press.
Putnam, Robert D. (1988), Diplomacy and Domestic Politics: The Logic of Two-
Level Games, InternationalOrganization Vol. 42, No.3, hal . 427-460.
Permal, Sumanthy (2006), US-Indonesia Military Ties: An Observation, Working
Paper, Centre for Maritime Security and Diplomacy, Maritime Institute of
Malaysia.
Ramlah Adam (1996), Burhanuddin AI-Helmy: Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ramli Dollah, Wan Shawaluddin Wan Hassan dan Baszley Bee Basrah Bee (2007),
Isu Ambalat: Reaksi Perang Indonesia ke atas Malaysia dan Implikasi
Kepada Keselamatan Serantau, Malaysia in History, No. 35, hal. 103-118.
Roosa, John (2008), Dalih Pembunuhan Massal: Gerakan 30 September dan Kudeta
Suharto, Jakarta: Institut Sejarah Sosial Indonesia dan Hasta Mitra.
Rose, Gideon (1998), Neoclassical Realism and Theories of Foreign Policy, World
Politics, Vol. 51, No.1, hal. 144-172.
Schofield, Clive and Storey, Ian (2005), Energy Security and Southeast Asia: The
Impact on Maritime Boundary and Territorial Disputes, Harvard Asia
Quarterly, Vol. 9, No.4.
Schweller, Randall L. and Priess, David (1997), A Tale of Two Realisms: Expanding
the Institution Debate, Mershon International Studies Review, Vol. 41, No.
1, hal. 1-32.
Schweller, Randall L. (1997), New Realist Research on Alliances: Refining, Not
Refuting, Waltz's Balancing Proposition, American Political Science Review,
Vol. 91, No.4, hal. 927-930.
137
Senn, Martin (2008), Wolves in the Woods. The Rogue State Concept from a
Constructivist Perspective, Seminar Proceeding, 2nd ECPR Graduate
Conference, 25- 27 August, Universitat Autonoma de Barcelona.
Simmons, Beth A., and Steinberg, Richard H. (2007), International Law and
International Relations: An International Organization Reader, Cambridge:
Cambridge University Press.
Smith, Anthony L. (2003), U.S.-Indonesia Relations: Searching for Cooperation in
the War Against Terrorism, Asia-Pacific Center for Security Studies, Vol. 2,
No.2, hal. 1-4.
Snyder, Glenn H. (2002), Mearsheimer's World-Offensive Realism and the Struggle
for Security: A Review Essay, International Security, Vol. 27, No.1, hal.
149-173.
Sterling-Folker, Jennifer (1997), Realist Environment, Liberal Process, and Domestic
Politics, International Studies Quarterly, Vol. 14, No.1, hal. 1-25.
Sukma, Rizal (2002), Indonesia and the September 11 Attacks: Domestic Reactions
and Implications, The Indonesian Quarterly, Vol. 30, No.3, hal. 263-278.
(2003), Keamanan Internasional Pasca 11 September: Terorisme,
Hegemoni AS dan Implikasi Regional, Seminar Proceeding, pad a Seminar
Pembangunan Hukum Nasional, Badan Pembinaan Hukum Nasional
Departemen Kehakiman dan HAM Republik Indonesia, 14-18 Julai, Bali,
Indonesia.
___ (2004), War on Terror. Islam and the Imperative of Democracy, Asia
Europe Journal, No.2, hal. 85-93.
Supriyadi, Eko (2003), Sosialisme Islam: Pemikiran Ali Syari'atl Yogyakarta:
Pustaka Pelajar.
Taliaferro, Jeffrey W. (2000), Security Seeking under Anarchy: Defensive Realism
Revisited, International Security, Vol. 25, No.3, hal. 128-161.
___ (2009), Neoclassical Realism and Extraction: State Building for Future
War, dalam Lobell, Steven E., Ripsman, Norrin M., and Taliaferro, Jeffrey
W., Neoclassical Realism, The State, and Foreign Policy, Cambridge:
Cambridge University Press.
Tang, Shiping (2007), From Offensive Realism to Defensive Realism: A Social
Evolutionary Interpretation of China's Security Strategy, State of Security
and International Studies Series, No.3, S. Rajaratnam School of
International Studies, Nanyang Technological University, Singapore.
Tham Siew Yean, Lee Poh Ping and Norani Othman (2008), Community in ASEAN:
Ideas and Practices, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Walt, Stephen M. (1998), International Relations: One World, Many Theories,
Foreign Policy, No. 110, hal. 29-46.
138
Waltz, Kenneth N. (1979), Theory of International Politics, Reading MA: Addison-
Wesley.
Zarina Othman dan Siti Daud (eds) (2005), Politik dan Keselamatan, Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
ANTARA, 6 September 2007, Rizal Sukma: Kata Serumpun Jangan Lagi untuk
Hubungan RI-Malaysia.
ANTARA, 18 Jun 2008, Pola Hubungan RI-Malaysia Setelah Reformasi Banyak
Berubah.
Buletin lOR!, edisi Januari-April 2007.
Gatra, 24 Oktober 1998, Malaysia: Kini Giliran Nurul.
Gatra, 31 Oktober 1998, Kambing Hitam Saat Krisis.
Gatra, 9 Oktober 1999,Trisula dan Kemiskinan yang Tersisa.
Gatra, 18 Disember 1999, Indonesia-Malaysia: Berselisih Karena Yahudi.
Gatra, 19 Mac 2005, Alur Minyak Membelah Tetangga.
Gatra, 19 Mac 2005, Ngeper Perang Siaga di Perundingan.
Gatra, 19 Mac 2005, Diam-Diam Perang di Perbatasan.
Gatra, 19 Mac 2005, "Cuma Memancing Masalah".
Harian Pikiran Rakyat, 8 Mac 2005, Konflik Indonesia-Malaysia Sejarah yang
Berulang.
Jawa Pos, 16 Julai 2008, Sebut Natsir Layak Jadi Panutan Presiden RI: Kalla Dalam
Peringatan 100 Tahun Mohammad Natsir.
Jawa Pos, 18 Mac 2009, Penyiksaan TKW Rendahkan Martabat Bangsa.
Kompas, 1 Oktober 2008, J Sumardianta, Balada Tenaga Kerja Indonesia di
Malaysia,
http://www2.kompas.com/kompascetak/0110/08/DIKBUD/bala36.htm
muat turun 3 april 2009.
Kompas.com, muat turun 14 September 2008.
PAB Online, Kembali, Penganiayaan TKI di Malaysia. Tersedia dalam http://pab-
indonesia.com/web muat turun 6 Februari 2008.
Suara Merdeka, 30 Ogos 2007, Atlet Malaysia Diminta Pulang.
Suara Merdeka, 4 September 2007, Negeri Jiran yang Suka Memupuk Bara.
Temu bual Najib Tun Razak , Kompas, 17 Disember 2006, Ada Persoalan antara RI-
Malaysia.
139
Temu bual, Dato' Rastam Mohammad Isa, tersedia dalam:
http://www.tempointeraktif.com/harian/wawancara/waw-DatoRastam.html
muat turun 3 Februari 2008.
Temu bual, Laksamana Pertama TNI Ishak Latuconsina, ahli parlimen yang juga
anggota delegasi Indonesia dalam perundingan di Mahkamah Keadilan
Antarabangsa. Tersedia dalam
http://www.tempointeraktif.com/harian/wawancara/waw-
ishaklatuconsina.html muat turun 3 Februari 2008.
Temu bual, Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirajuda dalam Tempo, edisi 23
Disember 2002.
Tempointeraktif, 06 Mac 2005, Anggota DPR: Kalau Perlu, Pemerintah Tembak
Kapal Malaysia.
http://news.okezone.com/index.php/ReadStory/2008/01/28/1/78984/mahathir-
malaysia-berhutang-budi-ke-soeharto muat turun 4 Februari 2008
http://www.antara.co.id/arc/2008/ 1/28/ ucapan-belasung kawa-atas-wafatnya-
soeharto-mengalir-dari-dn-dan-In/ muat turun 4 Februari 2004
http://www.tni-au.mil.id/content.asp?Catid=503&ContentType=Direktori, Peran
Pangkalan Udara Supadio Dalam Sejarah Perjuangan Bangsa Indonesia,
muat turun 17 Mac 2009.
http://www.depdaq.qo.id/index.php muat turun 14 Mac 2009.
140

You might also like