You are on page 1of 2

MASJID AL-KAUTHAR.

PAYA, PERLIS
Km 8, Jalan Kaki Bukit,
024000 Beseri, Perlis

MAKP/290/Jld. 1/2014 (1)
Tarikh : 12 SYAABAN 1435H
10 JUN 2014
Tn Hj Aziz bin Saad
Tn Hj Ahmad bin Ariffin
Pn Hjh Hasniah bt Ahmad

Tuan/Puan,

PELANTIKAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA MASJID AL-KAUTHAR 2014/15

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat AJK Masjid Al-Kauthar kali pertama 2014
telah bersetuju melantik tuan/puan sebagai ahli jawatankuasa masjid ini bagi tahun 2014/2015.

3. Semoga dengan pelantikan ini, tuan/puan akan dapat memberikan sumbangan idea dan
tenaga bagi melancarkan pengurusan masjid ini.

Sekian dimaklumkan dan tahniah atas pelantikan ini.
Terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA


Saya yang menurut perintah,




(HJ JUZAILI BIN IBRAHIM)
Pengerusi
Masjid Al-Kauthar, Paya, Perlis

MASJID AL-KAUTHAR. PAYA, PERLIS
Km 8, Jalan Kaki Bukit,
024000 Beseri, Perlis

MAKP/290/Jld. 1/2014 (2)
Tarikh : 12 SYAABAN 1435H
10 JUN 2014
Ahli Jawatankuasa,
Masjid Al-Kauthar, Paya, Perlis


Tuan/Puan,

MESYUARAT KHAS AJK SEMPENA RAMADAN 1435H/2014

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 13 JUN 2014 (JUMAAT)
Waktu : 9.15 malam
Tempat : Ruang Solat Masjid Al-Kauthar

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir bagi menjayakan mesyuarat tersebut.

Sekian dimaklumkan.
Terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA

Saya yang menurut perintah,



(HJ JUZAILI BIN IBRAHIM)
Pengerusi
Masjid Al-Kauthar, Paya, Perlis

You might also like