You are on page 1of 2

LANGKAH KESELAMATAN

(A) DISIPLIN
1. Mendengar dan mematuhi arahan pihak pengelola
2. Mempunyai perilaku positif
3. Fleksibel, menuruti prosedur latihan kecergasan sepenuhnya
4. Kuku yang tidak panjang
5. Tidak memakai sebarang perhiasan
6. Lelaki haruslah mempunyai rambut yang pendek
7. Perempuan yang tidak memakai tudung haruslah mengikat rambut

(B) ETIKA PAKAIAN
1. Etika kekemasan diri, pakaian yang bersih dan kemas
2. Lelaki diharuskan memakai pakaian sukan iaitu kemeja T putih atau apa-apa
warna tanpa corak, dan seluar track bottom warna gelap ( biru tua atau hitam )
3. Perempuan memakai kemeja T putih atau apa-apa warna dan tanpa
corak,beserta seluar track bottom warna gelap ( biru tua atau hitam )
4. Perempuan yang bertudung pula memakai kemeja T apa-apa warna atau kemeja
T putih tanpa corak lengan panjang, seluar track bottom warna gelap ( biru tua
atau hitam ), tudung hitam, anak tudung.
5. Setiap pelatih diharuskan memakai stoking dan kasut sukan.

(C) ETIKA LATIHAN KECERGASAN
1. Mematuhi arahan pihak pengelola dan jurulatih
2. Mempunyai disiplin diri yang tinggi
3. Mengikut jadual latihan atau pembahagian kumpulan yang ditetapkan
4. Sentiasa mengamalkan permainan bersih
5. Mempunyai rekod yang baik sepanjang penglibatan dalam latihan kecergasan
6. Mempunyai semangat kesukanan yang tinggi
7. Menunjukkan komitmen yang tinggi kepada pasukan
8. Bijak mengawal emosi semasa di gelanggang
9. Haruslah memahami undang-undang, strategik, taktik dan kemahiran
dalam latihan kecergasan.
10. Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi dalam melaksanakan latihan
kecergasan yang diberi.

You might also like