You are on page 1of 2

KUIZ 1

Latar Belakang subjek Sejarah di Malaysia


Di Malaysia, mata pelajaran sejarah diajar nrengikut keperluan masyarakat dan negara
dalam membina masyarakat yang bersatu padu dan harmoni. Hal ini disebabkan
setelah negara kita mencapai kemerdekaan beniuk masyarakat telah berubah kepada
masyarakat berbilang kaum. Oleh itu subjek Sejarah menjadi mekanisme untuk
menyelesaikan pelbagai konflik yang timbul kesan daripada masyarakat berbilang
kaum. Terdapat dua tahap masa bagi melihat latar belakang pengajaran subjek Sejarah
di sekolah rendah.

















SUBJEK SEJARAH
SELEPAS MERDEKA
Berpaksikan kepada Malaysia Centric
Menekankan kepada nilai-nilai murni
Konsep dalam pemikiran Sejarah.
SEBELUM MERDEKA
Menekankan kisah penjajahan
Barat
Menyanjung peranan orang Barat
Dikenali sebagai Tawarikh

Tahap Pertama: Tanah Melayu sebelum Merdeka
Ketika Tanah Melayu di bawah penjajahan British subjek Sejarah diajar secara serius.
Pihak penjajah British tranya menekankan kepada pengajaran yang berbentuk sejarah
dunia bagi dihafal olah murid murid agar mereka mengakui kepentingan penjajah Barat.
Kisah-kisah sejarah berkisar kepada kejayaan bangsa Eropah dalam mewarnakan
sejarah dunia. Tidak banyak kisah masyarakat tempatan diceritakan kepada murid-
murid. Dengan lain perkataan sejarah pada zaman British bersifat Euro-Centric.

Tahap Kedua: Tanah Melayu merdeka
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan Tanah
Melayu telah membolehkan sistem pendidikan yang menjurus kepada kepentingan
masyarakat di Tanah Melayu. Subjek Tawarikh yang hanya menjurus kepada catatan
ataupun peristiwa sejarah semata-mata, mula menekankan kepada sejarah yang
menjurus kepada nilai, iktibar dan kepentingan mempelajari Sejarah.

You might also like