You are on page 1of 4

Buletin Bulanan Tranformasi Kementerian Pendidikan Malaysia Februari 2014

Dari Meja Pengarang


Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) adalah sebuah unit yang
bertanggungjawab kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memantau
pelaksanaan PPPM 2013-2025. Dalam usaha menyebar luas maklumat berkaitan
PPPM, PADU telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan buletin bulanan dengan
nama ANJAKAN. Ia memuatkan petikan amanat penting daripada pengurusan tertinggi,
aktiviti PADU dalam pelaksanaan PPPM serta memaparkan pandangan para pendidik
berkaitan PPPM. Semoga buletin ini dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.

Ketua Editor


Sarana Ibu Bapa
Cerita Kejayaan
Sarana Ibu Bapa
ISU BULAN INI:
9
BERKERJASAMA
DENGAN IBU BAPA,
KOMUNITI DAN
SEKTOR SWASTA
SECARA MELUAS
Melengkapi ibu bapa bagi
membantu pembelajaran
anak mereka melalui
sarana penglibatan ibu
bapa dan akses atas talian
kepada kemajuan anak di
sekolah.

Mendapatkan maklum
balas daripada setiap
PIBG mengenai
pelaksanaan kurikulum
setempat dan kualiti guru
mulai 2016.


Menambah bilangan
Sekolah Amanah kepada
500 buah sekolah
menjelang 2025 dengan
melibatkan kumpulan
alumni dan NGO yang
berpotensi sebagai
penganjur.
Anjakan 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025 menyentuh tentang sokongan penting bagi pendidikan murid iaitu kerjasama ibu
bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.




ANJAKAN
Anjakan ke-11 Februari 2014
Dalam dunia globalisasi masa kini, ibu bapa tidak boleh melepaskan
tanggungjawab kerana setiap sumbangan akan memberi nilai tambah
kepada kecemerlangan sekolah dan pelajarnya
Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan
Ibu bapa tidak seharusnya melepaskan tanggungjawab mendidik kepada
Kementerian semata-mata tetapi melaksanakan peranan mereka
membantu kejayaan dasar Kementerian
YB Datuk Mary Yap Kain Ching
Timbalan Menteri Pendidikan
Persepsi bahawa tugas mendidik anak-anak ini hanya terletak di bahu
guru harus dikikis kerana hakikatnya masa murid hanya terbatas di
sekolah dan sebahagian besar masa mereka dihabiskan di luar sekolah
atau di rumah. PIBG merupakan mekanisma paling utama untuk
menggerakkan usaha melahirkan murid yang berkualiti serta memiliki
sahsiah tinggi seterusnya mewujudkan pendidikan berkualiti di sekolah
Dato Haji Sufaat Bin Tumin
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Teach for Malaysia dan Sekolah
Amanah
Dua program melibatkan pihak swasta
dalam pendidikan ialah Teach For
Malaysia dan Sekolah Amanah. Kedua-
dua program ini memberi impak yang
besar kepada peningkatan kualiti
pengajaran dan pembelajaran.

Teach for Malaysia
Mula diperkenalkan pada 24 Disember
2010 dengan melibatkan kerjasama
KPM dan Yayasan Teach for Malaysia
(YTFM). Teach for Malaysia
bermatlamat untuk mengatasi
ketidaksamaan ekuiti dalam pendidikan.
Peserta Program TFM (Fellows TFM)
terdiri daripada golongan muda
berwibawa dalam kalangan graduan
baru dan professional muda dari
pelbagai latar belakang. Fellow TFM
akan berkhidmat selama dua tahun
sebagai guru. Dalam tempoh berkenaan
fello memperoleh pengalaman untuk
membangunkan kompetensi dari diri
sebagai pemimpin di bilik darjah dan
pemimpin dalam komuniti. Selepas
berkhidmat selama dua tahun sebagai
guru, rangkaian fellow TFM akan terus
menyumbang kepada penambahbaikan
pendidikan negara.
KPM dan Yayasan AMIR
telah berkerjasama dalam pelaksanaan
Sekolah Amanah yang yelah dimulakan
di Johor dan Sarawak. Sebanyak 10
buah sekolah telah dirintis dengan
penekanan diberikan kepada
pembelajaran berasaskan murid.
Melalui pendekatan ini, penglibatan
murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran semakin aktif serta dapat
memupuk keyakinan diri. Dalam kajian
persepsi yang dijalankan, 85% murid
didapati gembira datang ke sekolah,
manakala 95% murid menyatakan
setuju pembelajaran mencabar mereka
mengaplikasi pengetahuan dan
kemahiran berfikir aras tinggi.



























Jika ada sebarang cadangan dan maklumat berkaitan PPPM, hantarkan
kepada kami.

Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan Malaysia (PADU)
Aras 3, Block E9,Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604
Putrajaya
rosli@padu.edu.my
intan@padu.edu.my
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak sangatlah penting. Terdapat
banyak bukti yang menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa dan komuniti
dalam pendidikan anak membawa perubahan yang ketara kepada
kejayaannya. Berbanding 52% masa yang dihabiskan di rumah dan di dalam
komuniti hanya 15% masa seseorang anak dihabiskan di sekolah. Istilah ibu
bapa yang digunakan dalam konteks ini merujuk kepada sesiapa sahaja yang
bertanggungjawab terhadap kebajikan anak dan terlibat secara aktif dengan
pendidikannya.









Kenapa ibu bapa patut terlibat dalam pembelajaran anak?
Faedah Kepada Anak Faedah Kepada Ibu Bapa
Mendapat markah dan gred
ujian yang lebih baik

Mempunyai nilai kendiri dan
motivasi yang lebih tinggi

Kehadiran ke sekolah lebih
bagus

Kadar pelanggaran disiplin
sekolah berkurangan

Keciciran persekolahan
dapat dielakan
Boleh belajar bagaimana
untuk membantu anak
menyelesaikan kerja rumah

Ibu bapa dapat mengetahui
prosedur dan kaedah
membantu anak di sekolah

Dapat berkongsi ilmu
keibubapaan bersama ahli
PIBG yang lain

Lebih mudah untuk
menyediakan suasana
rumah yang sihat








14%
33%
53%
Penggunaan Masa Murid
Sekolah Tidur Rumah dan Komuniti
Anjakan ke-11 Februari 2014
Penglibatan Sektor Swasta
Sekolah Amanah

Teach

For Malaysia

Kegunaan masa murid
berumur 7-16 tahun,
berdasarkan 42 minggu
di sekolah dan purata
5.5 jam di sekolah setiap
hari (sekolah rendah
dan menegah), 2 jam
masa kokurikulum wajib
seminggu dan masa
tidur 8 jam sehari.
Sumber: KPM, sampel jadual waktu
murid 2013















































Meraikan kejayaan sekolah
bersama Guru Besar & YDP PIBG SK
Lelaki Jalan Batu setelah mendapat
Anugerah Lonjakan Saujana UPSR
2013 Ketegori Sekolah Kebangsaan,
PPW Sentul Kuala Lumpur
Ahli Jawatankuasa PIBG SK Lelaki
Jalan Batu Sesi 2013-2014
Kejayaan Sarana Ibu Bapa di SK Lelaki Jalan Batu
Kuala Lumpur

En. Rashdan Bin Abd Rashid, YDP PIBG
SK (L) Jalan Batu
Kerjasama dari pihak luar membantu kejayaan
sekolah
Pihak sekolah dan PIBG turut meminta kerjasama dari pihak luar yang
bekepentingan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Penerangan
WPKL, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Starbucks Malaysia Sdn Bhd, The
Big Education Group Sdn Bhd, VADS Sdn Bhd, Astro dan Shangri-La Hotel
untuk memberi sumbangan bagi penganjuran program khas sekolah seperti
Larian Amal Antarabangsa Ice Run, Kempen Hijau CCAM, English Summer
Camp serta Majlis Kurban.
SK Lelaki Jalan Batu telah berjaya
meningkatkan prestasi pelajar melalui
pelaksanaan Sarana Ibu Bapa.
Selepas pelancaran Sarana Ibu Bapa dan
Sekolah di Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur pada 24 Februari 2013. Pihak
PIBG dan Pengurusan SK Lelaki Jalan Batu
saling berkerjasama mengatur strategi
bagi menjayakan inisiatif tersebut.
Hasil kerjasama yang erat dan komitmen
yang tinggi antara ibu bapa dan sekolah,
SK Lelaki Jalan Batu telah dianugerahkan
Anjakan Saujana pada tahun 2013 di
peringkat Pejabat Pelanjaran Wilayah
Sentul dan Gred Purata Sekolah
meningkat sebanyak 12 peratus.
Menurut En. Rashdan Bin Abd Rashid, YDP
PIBG Sekolah, faktor utama yang
menyumbang kepada kejayaan Sarana Ibu
Bapa ialah melalui strategi komunikasi
yang berkesan. Ini terbukti apabila beliau
menggunakan media sosial dan khidmat
pesanan ringkas (SMS) dalam usaha
menarik ibu bapa untuk hadir bersama-
sama untuk turut serta bagi menjayakan
lagi temasya sukan, aktiviti yang
dianjurkan sekolah.

Sumber : Utusan Malaysia
Para peserta English Summer Camp
Majlis Korban Sambutan Hari Raya Aidil-Adha
Anjakan ke-11 Februari 2014

Anjakan ke-11 Februari 2014
Contoh SMS yang dihantar kepada ibu bapa



























Apa Kata
Mereka?
Majlis Perjumpaan Menteri Pendidikan Bersama Warga Pendidikan dan
Komuniti Parlimen Pagoh, Johor
Pada 8 Februari 2014, satu majlis perjumpaan antara Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan
Malaysia, Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin bersama warga pendidik dan komuniti parlimen Pagoh
2014 telah diadakan di Dewan Seri Pekembar, Pagoh, Johor. PADU telah melakukan temubual serta kajian
maklumbalas bersama lebih 200 orang yang terdiri dari warga pendidik serta peduduk Pagoh. Hasilnya didapati
96% telah memberikan komen dan ulasan yang positif terhadap pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025.
En Kow Yee Long
SJKC Pei Chan, Gambang, Pagoh
2 tahun pengalaman mengajar

Pn Rosniza Abdullah (Sains &
Matematik)
&
Pn Nora Separi (Perdagangan)
SMK Sultan Alauddin Riayat Shah
Pagoh, 17 tahun pengalaman mengajar




0 20 40 60
1
2
3
4
5
6
Pada pendapat anda, apakah
amalan semasa yang menjejaskan
perlaksanaan PPPM?

TEMURAMAH BERSAMA GURU-GURU

Anjakan ke-11 Februari 2014

Anjakan ke-11 Februari 2014
1. Penyampaian Dasar
2. Perjawatan
3. Keupayaan Sumber Manusia
4. Prosedur dan Pengurusan
Kewangan
5. Kerjasama Antara Bahagian dan
Jabatan
6. Perubahan Dasar
Peratus

Implikasi Kajian:

Keupayaan sumber manusia perlu
dipertingkatkan bagi melaksanakan tugas
dengan cekap dan berkesan.

You might also like