Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dan bahasa kedua bertambah penting bukan sahaja dalam kalangan masyarakat tetapi juga memainkan peranan yang penting dalam kalangan pelajar. Ianya turut memainkan peranan penting untuk melahirkan keterampilan dan kewibawan pelajar sekolah dalam dunia pendidikan pada alaf ini. Sehubungan dengan itu Panitia Bahasa Inggeris mengadakan aktiviti seperti ini bagi tahun 2014.
JENIS AKTIVITI : Word Search
MATLAMAT: Menyebar dan memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris kearah meningkatkan kecemerlangan pendidikan sekolah dalam kalangan pelajar Tahun 3 SK Bukit Chempaka.
OBJEKTIF :
1. Mempromosi dan menyebarkan maklumat tentang bahasa bahasa inggeris kepada warga SK Bukit Chempaka. 2. Menambah minat pelajar terhadap mata pelajaran bahasa inggeris. 3. Melahirkan pelajar berkebolehan dalam aktiviti bahasa inggeris. 4. Mencungkil dan menyuburkan minat, bakat serta potensi yang ada di kalangan pelajar kearah perkembangan yang lebih positif dan membina. 5. Meningkatkan komunikasi dan hubungan sosial yang menjurus ke arah perpaduan.
TEMA: "MEMARTABATKAN BAHASA INGGERIS "
KUMPULAN SASARAN : 1. Semua murid Tahun 3 SK Bukit Chempaka 2. Guru-guru Bahasa Inggeris SK Bukit Chempaka
2
TUJUAN PROGRAM : 1. Memartabatkan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua rakyat Malaysia. 2. Memantapkan dan mempamerkan jati diri bangsa Malaysia. 3. Menyemarakkan peranan Bahasa Inggeris untuk mencapai hasrat 1 Malaysia dan Wawasan 2020.
TUJUAN KERTAS KERJA :
Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan pihak sekolah untuk membantu dari segi sokongan dan bantuan dalam menjayakan program bagi kemajuan akademik para murid dari segi bahasa.
SYARAT-SYARAT :
1. Melibatkan murid pelbagai kaum. 2. Terbuka kepada semua murid tahun 3 sahaja. 3. Dijalankan pada masa mata pelajaran Bahasa Inggeris. 4. Bahan disediakan oleh guru Bahasa Inggeris.
JAWATAN KUASA KERJA :
Penasihat : Tn. Hj Saikh Kamaruden Saikh Ismail Pengerusi : En. Abdul Aziz Deraman Penyelaras : Pn. Rusimah Ibrahim Setiausaha : Pn. Rohayu Abdul Hamid
TEMPOH AKTIVITI : Januari hingga Oktober 2014
PENUTUP : Adalah diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan penuh jaya dan mendapat sokongan daripada pihak pentadbir, para guru, staff sokongan dan para murid sendiri. Semoga dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan, para murid akan sedar kepentingan ilmu pendidikan yang dapat menjana pemikiran mereka.
Disediakan oleh,
Tarikh : ...................... SYED SHUHAIMI BIN SYED MUSTAFFA Guru Bahasa Inggeris Tahun 3 3
School
Find and circle all of the School words that are hidden in the grid. The words may be hidden in any direction.