You are on page 1of 4

PANDANGAN KONSTRUKTIVIS

VYGOTSKY

Latar belakang pelajar, pengalaman, interaksi dan
budaya masyarakat amat mempengaruhi
pembelajaran individu pelajar.
Pelajar bertanggungjawab ke atas pembinaan
pengetahuan dan pengalaman sendiri.
Guru berperanan sebagai pembimbing dan fasilitator
pembelajaran.
Pembelajaran berlaku dalam situasi sosial yang aktif.
Kolaborasi dan interaksi guru, bahan dan pelajar
penting dalam memastikan pembelajaran berlaku.


PIAGET
Menurut Piaget, keupayaan mengurus maklumat dan
pentahuan berlaku secara berperingkat.
Proses membina pengetahuan juga berlaku mengikut
peringkat bermula dengan pengetahuan sedia ada
dalam struktur kognitif.
Maklumat baru diserap masuk atau disesuaikan dalam
struktur kognitif melalui proses adaptasi.
Proses adaptasi merujuk kepada proses menyesuaikan
dan menerima maklumat baru dalam struktur kognitif
untuk mendapatkan keseimbangan antara skema
dengan persekitaran.
PRINSIP-PRINSIP KONSTRUKTIVIS
Menekankan pembelajaran berpusatkan pelajar
Pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan.
Pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain.
Pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing
melalui proses scaffolding
Pelajar membina pengetahuan dan yang bermakna kepada
mereka.
Pembelajaran baharu bergantung kepada pemahaman atau
pengetahuan sedia ada.
Interaksi sosial membantu dan menyokong pembelajaran.
Pembelajaran bermakna berlaku dalam konteks tugasan
berasaskan alam nyata.

You might also like