You are on page 1of 8

REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 4

DISEDIAKAN OLEH : POO SUE CHING


KUMPULAN : T2MT3
Kembara sosial dan khidmat masyarakat merupakan merupakan tema bagi
Program Bina Insan Guru Semester Empat. Pada BIG kali keempat semester 4 ini
adalah satu program anak angkat. Dalam program ini, kami semua dikehendaki
untuk berinteraksi dengan keluarga angkat yang telah dibahagikan. Sepanjang
program ini dijalankan, setiap keluarga akan mempunyai 2 hingga 4 orang anak
angkat, iaitu kami. Dalam BIG kali ini, kami telah memilih sebuah kampung yang
bernama Kampung Hilir, Merbok di negeri Kedah untuk menjalankan program ini.
Program ini akan dijalankan selama 3 hari 2 malam, iaitu dari 7 september hingga ke
9 september 2012. Pada 7 September 2012, kami bertolak dari institut ke Kampung
Hilir pada tepat pukul 10 pagi dengan menaiki sebuah bas, sebuah coster dan juga
sebuah van. Kami sebanyak 67 orang mahasiswa guru yang terdiri daripada 3 kelas
Matematik.






Semasa sampai di sana, kami berkumpul terlebih dahulu dan bertemu
dengan pensyarah kami. Kemudian, kami masing-masing mengambil barang sendiri
dan masuk ke kampung tersebut dengan berjalan kaki kerana bas tidak dapat
memasuki kampung tersebut. Sesampai di kampung tersebut, saya berasa terkejut
kerana disambut dengan meriah dan mesra oleh penduduk kampung. Mereka
menyambut kami dengan menggunakan kompang. Selepas itu, kami sampai di
dewan kampung tersebut dan menjamu selera yang telah disediakan oleh penduduk
kampung tersebut. Walaupun kami baru saja sampai, tetapi saya berasa amat
gembira kerana semua penduduk kampung amat mesra dan melayan kami dengan
baik. Selepas siap menjamu selera kami berada di dalam dewan untuk mendengar
taklimat daripada beberapa pihak yang terlibat seperti pensyarah yang bertugas iaitu
En.Mat Salleh, ketua kampung dan sebagainya. Kemudian, sesi perkenalan dengan
ibu bapa angkat dimulakan. Nama-nama ibu bapa angkat dan anak angkat disebut
dan kemudian kami keluar untuk bersalam dengan ibu bapa angkat baru kami.
Apabila semua anak angkat telah mendapat keluarga angkat masing-masing, kami
pun berangkat ke tapak perkhemahan yang telah disediakan untuk mendirikan
khemah. Dalam program ini, kami dikehendaki untuk tinggal dalam khemah dan
bukan tinggal bersama keluarga angkat. Selepas siap mendirikan khemah, kami
diberikan kebenaran untuk mengikut keluarga angkat melakukan aktiviti masing-
masing.
Saya dan 2 orang lagi rakan saya iaitu, Wai Shee Yen dan Owi wei Ping pun
mengikut keluarga angkat kami untuk berjalan-jalan di sekeliling kampung dan kami
dibawa untuk makan di sebuah kedai yang berdekatan dengan laut. Pengangkutan
yang membawa kami ialah teksi ayah angkat saya. Pada mulanya, semasa bertemu
dan mengenali ibu bapa angkat saya, saya mendapati kami mempunyai sedikit
halangan semasa berkomunikasi mereka. Ini disebabkan saya dan rakan-rakan saya
adalah bangsa cina dan kami tidak fasir dalam bahasa kedah yang dituturkan. Tetapi
selepas beberapa kali berkomunikasi dengan mereka akhirnya kami dapat
berkomunikasi dengan baik selepas sudah biasa dengan bahasa yang digunakan.
Dalam perjalanan berjalan-jalan, ibu bapa angkat saya memperkenalkan diri mereka
dan melalui perbualan kami, saya dapat rasakan ibu bapa angkat saya adalah orang
yang peramah dan mesra. Selain dari ibu bapa angkat, saya juga mempunyai adik
angkat yang baru iaitu cucu ibu bapa angkat saya.





Pada malam hari pertama tersebut kami perlu berkumpul di dewan kampung
tersebut untuk menjalankan aktiviti bersama pensyarah dan rakan-rakan lain. Oleh
itu, selepas berjalan-jalan dan meluangkan masa bersama keluarga angkat, pada
tepat pukul 9 malam saya dan rakan saya berjalan dari tapak perkhemahn ke dewan
tersebut. Kami telah menjalan pelbagai aktiviti yang menarik yang diketuai oleh En.
Mat Salleh. Saya sukakan semua aktiviti yang dijalankan terutamanya aktiviti yang
perlu imaginasi dan menggunakan anggota badan untuk membina sebuah
kenderaan masa hadapan. Dalam aktiviti ini, saya dapat lihat kerjasama diantara ahli
kumpulan untuk membentuk satu bahan dan juga kreativiti tersendiri. Melalui bahan
yang direka, saya juga mendapati semua ahli mempunyai kreativiti sendiri dan
semua mempersembahkan idea mereka dengan menarik dan kreatif sekali. Saya
bermain dengan gembira pada malam tersebut. Pada pukul 11 malam kami pun
pulang ke khemah masing-masing dan berehat. Hari pertama saya berlalu dengan
begitu cepat dan saya berasa ia adalah hari yang bermakna. Saya telah mempunyai
sebuah keluarga angkat yang baru dan layan saya dengan baik. Walaupun kami
mempunyai sedikit masalah dalam komunikasi tetapi saya tetap berasa gembira dan
sukakan keluarga angkat saya.







Pada hari kedua pula, kami perlu mengikut keluarga angkat kami untuk
menjalankan aktiviti seperti mengikut mereka bekerja sama ada menanam, menoreh
getah dan sebagainya. Manakala saya pula mengikut keluarga angkat saya ke kedai
untuk membeli bahan untuk kegunaan jamuan yang akan diadakan pada malam
tersebut. Kami menaiki teksi ayah angkat saya untuk ke kedia tersebut. Kami
menolong mak angkat untuk memilih ikan yang akan digunakan. Selain itu, mak
angkat juga telah membeli makanan ringan yang tidak pernah saya makan untuk
saya dan rakan saya. Selepas siap membeli barang, kami terus ke dewan untuk
meletakkan bahan-bahan yang dibeli. Disebabkan oleh hujan yang lebat dan dewan
tersebut telah dibanjiri dengan air dan kami perlu menolong ibu angkat untuk
membersihkan dewan yang akan digunakan. Saya dan rakan saya berusaha
membersihkan dewan tersebut dan bergegas ke rumah keluarga angkat untuk
aktiviti seterusnya. Disebabkan oleh hari raya belum tamat dan terdapat jamuan hari
raya, kami dibawa ke jamuan tersebut untuk menjamu selera dan merasai suasana
hari raya. Sesampai disana, kami mendapati terdapat pelbagai jenis makanan yang
sedap. Kami merasai banyak jenis makanan juga. Saya berasa gembira dapat
merasai suasana yang begitu ceria dan meriah. Semua penduduk kampung juga
kelihatan mesra. Saya berasa suka hati kerana mempunyai peluang ini. Selain itu,
ibu bapa angkat kami kelihatan gembira apabila memperkenalkan kami kepada
kawan-kawannya. Ini menyebabkan saya berasa senang hati dan terharu kerana
mereka sukakan kami. Saya tidak pernah terfikir bahawa ayah dan mak angkat saya
bergitu gembira akan kedatangan kami dalam keluarga mereka. Saya dapat merasai
yang mereka telah menganggap kami adalah anak mereka. Saya dapat merasai
kasih sayang mereka terhadap saya dan rakan saya walaupun kami hanya kenal
untuk masa yang pendek.





Selepas pulang dari jamuan tersebut, pada pukul 2 tepat, semua penduduk
kampung dan anak-anak angkat iaitu kami datang ke dewan yang telah dibersihkan
oleh saya dan rakan saya untuk membantu mereka menyediakan jamuan pada
malam tersebut. Kami bekerjasama untuk mengupas bawang, memotong sayur,
menyediakan bahan yang diperlukan dan sebagainya. Saya berasa seronok apabila
mempunyai peluang untuk bermasak dan meyediakan jamuan bersama-sama
kerana tidak pernah mengalaminya sebelum ini. Selepas hampir siap semua kerja,
kami mulakan perbincangan dalam kumpulan untuk persembahan pada malam
tersebut untuk penduduk kampung. Kumpulan saya bercadang untuk
mempersembahkan lakonan yang berkaitan kehidupan kami di kampung tersebut.
Pada malam tersebut kami makan bersama-sama dan membuat persembahan.
Semua persembahan yang disembahkan amat menarik. Selepas jamuan tamat,
kami mula mengemas dewan dan membasuh pinggan mangkuk yang digunakan.
Pada malam tersebut, mak angkat saya bersembang-sembang bersama-sama kami
sampai tengah malam kerana kami akan pulang pada keesokkan harinya. Saya
dapat merasakan ibu angkat saya tidak ingin kami pulang, begitu juga dengan saya.













Pada hari ketiga dan juga adalah hari terakhir kami di Kampung hilir bersama
keluarga angkat kami. Selepas siap membersihkan tapak perkhemahan dan
bersarapan, kami berkunjung ke rumah keluarga angkat saya untuk berucap dan
bersalam-salam dengan mereka serta mengambil gambar buat kenangan bersama
mereka. Saya berasa keberatan hati untuk menamatkan hubungan yang telah dibina
dalam masa 3 hari ini. Tetapi walaubagaimana pun, saya tetap perlu pulang ke
institut dan tidak dapat terus tinggal disini. Selepas mengambil gambar, saya dan
rakan saya pergi ke dewan dan bersedia di dewan untuk perasmian penutupan dan
memberikan hadiah kenangan kepada keluarga angkat kami. Kami juga menangkap
gambar bersama-sama mereka. Kami juga diberi bunga telur sebagai kenangan
yang tidak dapat dilupakan. Selepas itu, kami menjamu selera buat kali terakhir
bersama-sama penduduk kampung. Kemudian, kami mangangkat barang masing-
masing dan berjalan ke luar kampung untuk menaiki bas yang telah menunggu kami.
Sesampai di sana, kami letakkan bag-bag kami diatas bas dan kemudian berbaris
untuk bersalam-salaman dengan semua penduduk kampung. Saya juga berpeluk-
peluk mak angkat saya kerana keberatan untuk meninggalkannya. Kami saling maaf
bermaafan jika membuat apa-apa yang menyinggung perasaan. Saya memberitahu
mak angkat dan ayah angkat yang saya suka tinggal dengan mereka dan mereka
minta kami untuk pulang menziarahi mereka apabila mempunyai masa. Dengan
perasaan yang keberatan dan sedikit kesedihan kami semua berangkat pulang ke
institut. Saya mendapat hadiah daripada keluarga angkat saya dan pada hari
terakhir ini, saya berasa tidak sampai hati untuk meninggalkan kampung dan
keluarga angkat saya. Tetapi tidak kira apa jua pun akhirnya kami juga tetap perlu
meninggalkannya.



Sepanjang program ini dijalankan, saya berasa amat gembira dan sukakan
kehidupan di kampung tersebut. Semua penduduk kampung mesra dan memberi
layanan yang baik kepada kami. Saya juga sukakan ibu bapa angkat saya kerana
mereka layan saya dan rakan-rakan saya dengan baik. Ibu angkat saya adalah
seorang wanita yang amat hebat, beliau bukan sahaja pandai dalam membaca Al-
Quran manakala pernah memenangi banyak pertandingan dan juga pernah
mengeluarkan album. Manakala ayah angkat saya ialah seorang yang peramah dan
baik hati. Saya juga mempunyai seorang adik angkat yang comel dan suka bermain
dengan saya. Program kali ini memang telah memberikan saya pengalaman yang
tidak dapat dilupakan dan saya sukakannya. Selain dari ibu bapa angkat dan
penduduk yang mesra, persekitaran kampung tersebut juga adalah salah satu sebab
saya sukakannya. Pada waktu lapang, saya dan rakan-rakan juga akan berjalan-
jalan disekeliling kampung tersebut. Udara yang segar serta pemandangan yang
cantik menjadikan kampung tersebut menjadi lebih menarik. Terutamanya waktu
petang, semasa saya berjalan-jalan di sekeliling kampung, saya akan terserempak
dengan rakan-rakan yang lain dan perasaan ini amat bagus dan saya sukakannya.

Secara kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak istiadat yang berbeza
dari kaum saya dan belajar cara untuk berkomunikasi dengan keluarga baru saya.
Selain itu, saya juga mempunyai satu keluarga yang baru dan bermakna di dunia ini,
saya telah tambah orang yang sayangkan saya dan orang yang saya sayangkan.
Saya berharap yang saya akan dapat berkunjung ke kampung hilir sekali lagi dan
berjumpa dengan keluarga angkat saya.

You might also like