You are on page 1of 4

Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti,

memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai
situasi pengucapan serta dapat memberikan respons.
Perkembangan kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula mendengar,
selepas itu
mengajuk dan seterusnya bercakap.
. Proses penguasaan bahasa ini perlu diutamakan dalam pengajaran bahasa.
Kanak-kanak menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan dialaminya, dan
dia cuba meniru
dan menuturnya berulangkali apa yang didengar daripada orang yang berada di
sekelilingnya.



Mereka ( ibu bapa , ahli keluarga dan guru-guru serta) adalah model pembelajaran
bagi kanak-kanak. Jika model ini menggunakan bahasa yang sama atau hampir-
hampir sama dengan bahasa matlamat ( Bahasa yang digunakan di sekolah) maka
keadaan ini menguntungkan kanak-kanak itu. Jika sebaliknya akan menyulitkan
mereka dalam pembelajaran seterusnya.

Menguntungkan guru-guru SK

Menyulitkan guru-guru SJK (menggunakan Bahasa ibunda untuk mengajar


Bahasa Melayu)

Kita belajar bercakap melalui pendengaran. Dalam komunikasi lisan, kedua-dua


kemahiran mendengar dan bertutur adalah terlibat. Walaupun kemahiran ini
berhubung rapat namun, ia merupakan kemahiran yang berbeza.

Kemahiran mendengar hendaklah dijalankan bersama-sama kemahiran lain. Murid-


murid tidaklah diminta untuk mendengar sahaja sepanjang masa tanpa bertindak
balas daripada apa yang didengar. (Kamarudin Hj. Husin. 1999)


Proses Mendengar


Peringkat-Peringkat Kemahiran Mendengar

Peringkat Awal

1. mengecam, mengajuk dan memilih bunyi

2.mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat

3.melakukan sesuatu yang disuruh

4.menjalankan perintah dan permintaan

5.bertindak terhadap soalan-soalan mudah

6.mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat.

Peringkat Pertengahan

1. mengecam dan mengingat fakta

2.mengenal maklumat khusus

3.mengesan urutan maklumat

4.mengenal sebab dan akibat

5.mengenal perhubungan orang yang berinteraksi

6.mengenal sikap dan perasan orang yang bercakap

Peringkat Maju
1.mengenal isi-isi penting
2.mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap
3.mentafsir maksud orang yang bercakap
4.memberitahu fungsi tekanan dan intonasi
5.mencari jalan mengatasi masalah yang didengar
6.mengikut aliran dalam dialog atau perbualan
7.mentafsir tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai struktur nahu

Prinsip-Prinsip Mengajar Kemahiran Bahasa

Prinsip Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas dalam kemahiran berbahasa.
Bertutur dengan bahasa yang mudah, tepat dan jelas.Bahan rangsangan penting
untuk meningkatkan minat dalam menguasai kemahiran mendengar dan bertutur.
Memberi peluang murid terlibat secara aktif dapat mempercepat penguasaan
kemahiran. Memberi tumpuan kepada aspek sebutan, intonasi, jeda dan tatabahasa;
Laras bahasa yang digunakan mesti bersesuaian dengan konsep.

Kemahiran mendengar hendaklah dijalankan bersama-sama kemahiran lain.Latihan


yang dijalankan hendaklah berteraskan sesuatu sesuatu tugasan yang boleh
membawa kepada sesuatu aktiviti.

Setiap aktiviti dan kemahiran , membolehkan murid menunjukkan kefahaman


mereka melalui bahasa, aksi atau cara-cara lain yang berkesan. Guru harus
memberi peluang kepada murid berlatih mendengar sebanyak yang mungkin dan
berserta dengan motivasi.

You might also like