You are on page 1of 9

AW101 OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

PENGENALAN
Pengenalpastian Hazard, Penafsiran Risiko dan Kawalan risiko atau lebih
dikenali sebagai HIRARC merupakan kaedah bagi membolehkan sesuatu
organisasi menguruskan hazard yang wujud ditempat kerja mereka dengan
lebih berkesan. Selain itu juga ianya merupakan salah satu dari tanggungjawab
undang-undang yang termaktub dalam akta keselamatan & kesihatan
pekerjaan 1994 dan Akta Kilang & Jentera 1967.Tujuan utama HIRARC
dilakukan bagi memastikan bahawa kawalan yang sedia ada memadai atau
tidak. Dengan HIRARC kita dapat mengenalpasti semua faktor yang boleh
mendatangkan bahaya kepada pekerja dan orang lain (hazard) dan
menimbangkan peluang untuk berlakunya sesuatu kejadian dalam sesuatu
keadaan dan kesan akibatnya (risiko). Dengan ini, membolehkan pihak
majikan merancang, memperkenalkan dan memantau langkah-langkah
pencegahan untuk memastikan risiko dapat dikawal pada setiap masa.

Hazard punca atau keadaan yang boleh mendatangkan kemudaratan dalam
bentuk:
Kecederaan
Penyakit
Kerosakan harta benda
Kemusnahan alam sekitar

Risiko- kombinasi kemungkinan berlakunya kejadian berbahaya/kemalangan
dan kesan akibatnya.

Penilaian risiko-kesuluruhan proses menganggarkan tahap rsiko dan
memutuskan samada ianya boleh diterima atau tidak.

Mengawal risiko- langakah yang diambil untuk mengahapus atau
mengurangkan risiko.

TUJUAN HIRARC
Untuk mengenalpasti semua faktor yang boleh mendatangkan bahaya kepada
pekerja dan orang lain.
Untuk menimbangkan peluang untuk berlakunya sesuatu kejadian dalam
sesuatu keadaan dan kesan akibatnya.
Untuk membolehkan majikan merancang, memperkenalkan dan memantau
langkah-langkah pencegahan untuk memastikan risiko dapat dikawal pada
setiap masa.

1) Tanggungjawab undang-undang

Akta keselematan dan kesihatan pekerjaan 1994 (sek.15(1),(2)
Akta kilang dan jentera 1967

2) Untuk memboehkan organisasi menguruskan hazard dengan lebih berkesan

3) Keperluan piawaian siste pengurusan KKP(MS1722:2003, OHSAS 18001, ISO
14001,dll.)

4) Untuk kenalpasti samada kawalan sedia ada memadai atau tidak.

PERSONAL ATAU PASUKAN HIRARC
Seseorang yang terlatih dalam mengenal pasti hazard dan penaksiran
rsisiko

Sesetengah kes memerlukan orang yang kompeten menigkut undangundang
(contoh : pengapit Chemical Health Risk
Assesor, Orang Kompeten Major Hazard)

Jawatan kuasa keselamatan dan kesihatan

Pegawai keselamatan dan kesihatan

Untuk situasi:
Di mana wujudnya hazard yang boleh membahayakan
Keadaan tidak asti smada kawalan sedia ada memadai atau tidak
Sebelum melaksanakn langkah pembetulan atau pencegahan

Oleh organisasi yang melakukan penambahan pengurusan keselamatan secara
berterusan.

PERANCANGAN HIRARC

a. Aktiviti rutin dan tidak rutin
b. Aktiviti setiap personal termasuk bukan kakitangan (kontraktor,pelawat)
c. Kemudahan setiap tempat kerja (makmal, workshop, dewan kuliah, dll.)

Hasil analisa risiko perlu didokumenkan dan digunakan untuk:

kawalan risiko dalam pengurusan KKP
ditempat kerja serta rujukan dan semakan masa hadapan.

You might also like