You are on page 1of 2

TEKS PENGACARA MAJLIS PERLANTIKAN PRS

CUE TEKS

Alu-aluan Pengacara
Majlis

Assalamualaikum wth dan Salam Sejahtera,

Yang Berusaha Pn. Hjh Faridah Hj Ahmad Zuki, Guru Besar SK AU Keramat.
Yang Dihormati Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru Rakan Pendidik dan
seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita
bersama-sama berhimpun di dewan ini bagi menjayakan Majlis Penyerahan
Watikah Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2014.

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) diadakan untuk melatih murid agar mereka
dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental,
sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.

Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang
paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh seseorang.


Ucapan Perasmian
Guru Besar


Bagi menyempurnakan majlis dengan segala hormatnya dipersilakan Yang
Berusaha Pn. Hjh Faridah Hj Ahmad Zuki, Guru Besar SK AU Keramat untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penyerahan Watikah
Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2014bagi tahun 2014. Dengan
segala hormatnya dipersilakan..

--------UCAPAN GB -----


Majlis Perlantikan
Pengawas PPDa

Majlis diteruskan dengan Penyerahan Watikah Perlantikan Pembimbing Rakan
Sebaya (PRS) bagi tahun 2014.

Dengan ini dipersilakan ,
1. dari Kelas .. wakil PRS Tahun 6
untuk menerima watikah perlantikan.
2. Diikuti .. dari kelas..wakil PRS Tahun 5
3. Dan dari kelas..wakil PRS Tahun 4

---------PENYERAHAN WATIKAH -----

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn. Hjh.
Faridah Hj. Ahmad Zuki di atas penyempurnaan penyampaian watikah itu tadi.


Bacaan Ikrar

Seterusnya tanpa melengahkan masa dipersilakan Adik .
Bagi mengetuai bacaan ikrar.

--------IKRAR----

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan ikrar itu tadi.


Penutup

Dengan ini maka berakhirlah Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan
Pembimbing Rakan Sebaya 2014.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

You might also like