You are on page 1of 3

SEBELUM

PRAKTIKUM
Pada semester keenam ini, saya akan berpraktikum di sekolah selama dua bulan
untuk subjek major dan minor saya iaitu Matematik dan Pendidikan Jasmani. Praktikum
Fasa kedua ini merupakan sesuatu wajib bagi kami yang berada dalam semester 6 di
dalam kursus PISMP. Setelah lama menunggu, akhirnya saya mendapat tahu bahawa
saya akan ke Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2 yang terletak di Permatang Damar
Laut, Bayan Lepas. Selain itu, saya juga mendapat tahu bahawa pensyarah
pembimbing yang saya dapat ialah Pn.Laavanesvari dan En.Tan Beng Siang. Saya
juga akan ke SK Bayan Lepas 2 bersama dengan pasangan praktikum saya serta
rakan-rakan dari pengkhususan TESL.
Saya telah membuat sedikit penyelidikan tentang sekolah ini dari segi lokasi,
pihak pentadbiran serta pencapaian sekolah. Malah, dengan mengenal pasti lokasi
sekolah, saya telah mempunyai sedikit sebanyak idea mengenai latar belakang murid di
sekolah itu. Saya mendapati sekolah saya mempunyai bilangan murid yang kurang iaitu
sebanyak 500 orang murid termasuk Pra Sekolah.
Pada praktikum kedua ini, saya buat kali kedua akan mengajar matematik dan
pendidikan jasmani di alam persekolah sebagai seorang guru. Jika sebelum ini saya
hanya belajar teori semata-mata, tetapi pada kali ini saya akam mengaplikasikan segala
yang saya belajar di sekolah nanti. Sejujurnya, saya amat gementar dan teruja pada
waktu yang sama. Hal ini kerana, subjek ini merupakan subjek yang bisanya kurang
digemari oleh murid-murid dan sukar difahami oleh mereka. Saya berharap, praktikum
fasa kedua ini dapat mengukuhkan kemahiran mengajar dan meningkatkan
kemampuan saya untuk mengawal kelas. Tambahan lagi, saya juga berharap saya
akan berfikiran lebih kreatif semasa merancang aktiviti untuk murid-murid saya
berdasarkan tahap penguasaan mereka.

Sebelum mula berpraktikum, saya telah berjumpa dengan pensyarah bimbingan
saya untuk mendapatkan bimbingan serta nasihat Pn. Laavanesvari telah meluangkan
waktu beliau untuk membimbing saya dan rakan saya mengenai prosedur
menguruskan buku rekod, portfolio serta laporan praktikum. Beliau mengingati kami
agar menggunakan segala pengalaman dan ilmu kami sepanjang di IPG Kampus Pulau
Pinang dan sentiasa mencerminkan peribadi guru yang baik. Segala nasihat beliau
telah saya ingati dan akan cuba sedaya upaya untuk turutinya.
Pada praktikum yang pertama ini di SK Seri Relau, saya mengharapkan yang
terbaik dari pihak sekolah serta para muridnya. Saya berharap sekolah ini akan
mempunyai pihak pentadbiran yang peramah dan tolong-menolong antara satu sama
lain. Selain itu, saya juga berharap akan mendapat seorang guru pembimbing yang
berpengalaman dan dapat membimbing saya untuk menjadi guru yang baik kelak.
Tentang murid pula, saya berharap saya akan mampu mengawal mereka dan saya
mampu menjalankan sesi pengajaran dan pengajaran yang menarik dan dapat
menyampaikan isi pengajaran saya dengan efektif. Saya juga mengingati diri saya agar
lebih merendah diri semasa berhadapan dengan warga sekolah. Hal ini kerana, saya
hanya merupakan seorang pelajar guru jika dibandingkan dengan mereka yang lebih
berpengalaman dalam bidang perguruan dan lebih arif dengan selok-belok sekolah ini.
Akhir kata, saya amat teruja dan gementar untuk berpraktikum di SK Bayan
Lepas dan saya berharap saya akan menjalankan praktikum saya dengan sebaik yang
mungkin. Malah, secara peribadi saya merasakan senyuman merupakan senjata yang
paling berkesan untuk digunakan di tempat yang asing buat diri kita. Jika kita murah
dengan senyuman, maka orang lain akan berasa senang dan mudah ramah dengan
kita. Jadi saya akan berusaha untuk senyuman sentiasa.

You might also like