You are on page 1of 1

PENGHUNI RUMAH DIANCAM NYAMUK

ekan, Ahad lebih 500


penghuni rumah awam kos
rendah (PAKR) peringkat
dua, perkampongan nelayan
Kuala Pahang mendakwa
mereka diancam nyamuk
terutama menjelang, malam sejak 10
tahun lalu.Menurut mereka, sepanjang
tempoh itu, RM 396,000 dibelanjakan
untuk membeli ubat nyamuk bagi
mencegah kegiatan serangga itu

Kehadiran nyamuk yang terlalu
banyak, berikutan semua longkang
disekitar kawasan perumahan terbiar serta
dipenuhi sampah sarap dan air bertakung

Kawasan itu bukan sahaja dipenuhi
sampah - sarap malah longkang busuk
kerana sikap penghuni membuang
bungkusan plastik, tin minumuan dan
kertas sesuka hati, manakala kerja
memungut dan membersihkan sampah
dilakukan oleh Majlis Oerah Pekan

Jika longkang berkenaan
dibersihkan penduduk terbabit yakin
pmbiakan nyamuk dapat dicegah.
Seorang penduduk berkata air longkang
bertakung, kerana ada pihak tidak
bertanggungjawab membuang sampah
kedalam longkang terbabit.

Beliau berkata penghuni berkenaan
membelanjakan kira-kira RM 30 sebulan
bagi membeli sekurang-kurangnya lima tin
racun serangga seberat 403 gram untuk
menghalau nyamuk atau mencegah
gigitan serangga itu.

Menurut seorang lagi penghuni
disitu, mereka sering menganjurkan
gotong-royong bagi membersihkan
longkang terbabit, tetapi kurang mendapat
sambutan dakalangan penghuni itu sendiri

Seorang suri rumah berusia 30
tahun dan enggan namanya disiarkan,
berkata setiap malam dia terpaksa
menggunakan kelambu untuk
menghindarkan bayinya berusia enam
bulan digigit nyamuk.
Katanya, nyamuk semakin banyak
berikutan tiada usaha membersihkan
longkang oleh pihak yang
bertanggungjawab itu sejak lebih 10 tahun
lalu.
P

You might also like