You are on page 1of 28

i LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

ISI KANDUNGAN
halaman
MUKA DEPAN ...................................................................................................................... i
ISI KANDUNGAN ..............................................................................................................ii-iii
PENGHARGAAN ................................................................................................................ iv

ABSTRAK .................................................................................................................................. 1

1.0 PENGENALAN ...............................................................................................................2-3

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU ...........................................4-5

3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN ......................................................................... 6

4.0 OBJEKTIF KAJIAN ........................................................................................................ 7
4.1 Objektif Am
4.2 Objektif Khusus

5.0 KUMPULAN SASARAN .................................................................................................. 7

6.0 PERLAKSANAAN KAJIAN / METODOLOGI KAJIAN
6.1 TINJAUAN MASALAH .............................................................................................. 8
6.1.1 Kaedah Pemerhatian
6.1.2 Kaedah Ujian Diagnostik
6.1.3 Kaedah Temu Bual
6.2 ANALISIS DAPATAN KAJIAN ............................................................................. 9-11
6.2.1 Analisis Kajian Kaedah Pemerhatian
6.2.2 Analisis Kajian Kaedah Ujian Diagnostik
6.2.3 Analisis Kajian Kaedah Temubual
6.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN ............................................................................ 12
6.4 PELAKSANAAN TINDAKAN .............................................................................. 13-17
6.4.1 Pelaksanaan Latihan 1
6.4.2 Pelaksanaan Latihan 2
6.4.3 Pelaksanaan Latihan 3

ii LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
6.4.4 Pelaksanaan Latihan 4
6.5 REFLEKSI KAJIAN .......................................................................................... 18-19


7.0 RUMUSAN ..................................................................................................................... 20

8.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA .............................................................. 21

9.0 LAMPIRAN ................................................................................................................ 22-24

10.0 RUJUKAN ................................................................................................................. 25-26
























iii LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan atas sokongan dan kerjasama
yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini
kepada:

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Muri dan Malaysia

kerana telah membiayai Kajian Tindakan yang telah saya jalankan pada tahun 2013

Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan CIna Ladang Sungai Salak,Seremban
En. Tiew Tai Tien

Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Jenis Kebangsaan CIna Ladang Sungai
Salak,Seremban
Pn. Koh Siew Lan

Penolong Kurikulum Sekolah Jenis Kebangsaan CIna Ladang Sungai Salak,Seremban
Pn. Teh Yee Chung

Semua guru Sekolah Jenis Kebangsaan CIna Ladang Sungai Salak,Seremban

Ahli keluarga dan anak-anak saya

Kawan-kawan

kerana telah memberi bantuan dan sokongan kepada saya sepanjang kajian ini dijalankan .

1 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MAJMUK YANG GRAMATIS
DENGAN TEKNIK SOALAN-RESPONS 5W1H


ABSTRAK
Penulisan dalam Bahasa Malaysia adalah salah satu kelemahan yang paling ketara
dalam kalangan murid-murid sekolah. Kajian ini merupakan satu kajian tindakan untuk
meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk dengan Teknik Soalan-Respons 5W1H.
Kajian tindakan ini melibatkan 30 orang pelajar Tahun 5K di SJK(C) Ladang Sungai
Salak,Seremban. Data diperoleh menerusi pemerhatian ,analisis ujian diagnostik dan temu bual
dengan murid. Dapatan daripada tinjauan masalah menunjukkan guru sekolah memerlukan
latihan khusus dalam melaksanakan pengajaran membaca dan menulis bagi murid yang
bermasalah dalam pembinaan ayat majmuk yang gramatis dalam Bahasa Malaysia. Pelbagai
bentuk latihan membina ayat majmuk dalam penulisan telah diberi, antaranya termasuk
membina ayat berdasarkan gambar bersiri, membina ayat berdasarkan gambar komposisi,
membina ayat berdasarkan situasi atau topik, di mana kata hubung untuk membina ayat
majmuk diberi dan tidak diberi. Pemerhatian dan refleksi setiap pelaksanaan tindakan dicatat.
Analisis data secara kualitatif dan kuantitatif diadakan. Kemajuan dapat dilihat dalam kalangan
murid-murid berkenaan dan strategi yang dijalankan terbukti berkesan. Murid-murid tersebut
juga menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hasil
kajian ini juga diharapkan dapat memberi input kepada pihak berkuasa bagi merancang strategi
peningkatan profesionalisme guru sekolah.












2 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
1.0 PENGENALAN
Pengajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah memberikan tumpuan pada murid untuk
menguasai hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca,
dan juga kemahiran menulis. Di antaranya , kemahiran menulis merupakan kemahiran yang
paling sukar untuk dikuasai.
Pada Tahap Satu, kemahiran membina ayat seperti menyusun semula perkataan untuk
menjadi ayat betul, melengkapkan ayat, menyusun urutan ayat dan membina ayat berdasarkan
gambar atau berdasarkan perkataan diberikan sebagai latihan bagi meningkatkan kemahiran
murid dalam penulisan.
Semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) kemahiran menulis, didapati pelajar
menghadapi masalah dalam pembinaan ayat jika bantuan seperti gambar, kosa kata atau
rangkai kata tidak disertakan. Amalan memberikan pelajar gambar dan perbendaharaan kata
semasa membina ayat dapat memudahkan proses P&P di dalam bilik darjah. Malangnya,
amalan sedemikian bukan sahaja mematikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)
bahkan juga tidak dapat meningkatkan kemahiran membina ayat dalam penulisan.
Oleh itu satu teknik untuk membina ayat dalam penulisan telah dicuba. Teknik Soalan-
Respons 5W1H merupakan penerapan dari Teori Behaviorisme yang dipelopori Skinner dalam
pembelajaran tingkah laku bahasa, dan metodologi analisis Dulay, Burt, dan Krashen dalam
strategi pemerolehan bahasa kedua .
Mengikut Skinner, tingkah laku bahasa dapat dilakukan dengan penguatan. Penguatan
terjadi melalui proses stimuli-respons. Stimuli-respons yang berulang-ulang akan menjadi
kebiasaan. Kebiasaan yang terbentuk akan menjadi sesuatu yang automatik.
1

Semasa mempelajari tingkah laku kanak-kanak belajar bahasa kedua, Heidi Dulay,
Marina Burt, dan Stephen Krashen mengemukakan Strategi Belajar yang mencakupi
penyederhanaan kaedah-kaedah untuk memudahkan pembelajaran, dan pengajaran secara
latih-tubi dan menghafal supaya satu pendekatan memproses informasi ke arah pembelajaran
terbentuk pada diri kanak-kanak.
Setelah lebih kurang 10 tahun mengajar Bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan,
Teknik Soalan-Respons 5W1H diaplikasikan untuk membimbing pelajar membina ayat majmuk
dalam penulisan . Teknik ini memerlukan pelajar menggunakan urutan soalan sebagai
rangsangan untuk mendapat idea, kemudian memberi jawapan dalam bentuk penulisan.





3 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
Pelajar digalakkan untuk menggunakan urutan soalan berbentuk wh (wh-questions) sebagai
rangsangan ( lihat Carta 1 ).











Carta 1: Teknik Soalan-Respons 5W1H untuk meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk
dalam penulisan .



















wh-questions
- who ( siapa )
- when ( bila)
- what ( apa )
- where ( di mana)
- why ( kenapa )
- how ( bagaimana)

Memproses isi-isi dan
membina ayat
dengan
kata hubung

Ayat majmuk
yang gramatis

Soalan-soalan Situasi Penulisan
Rangsangan
Jawapan

4 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Menulis merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua murid. Kemahiran
membina ayat adalah salah satu aspek penting dalam bahasa Malaysia. Banyak kajian yang
telah dijalankan dan didapati kebanyakan murid-murid menghadapi masalah dalam penulisan
terutamanya dari aspek membina ayat dengan betul dan lengkap.
Kebanyakan murid-murid menghadapi masalah menyusun idea dalam penulisan dan
tidak dapat mengekspresi dengan baik untuk memastikan penulisan mereka disiapkan mengikut
tujuan yang telah ditetapkan. Hari ini, menulis terus menjadi kelemahan paling ketara murid-
murid sekolah. Walaupun skor pencapaian standard telah meningkat dalam beberapa aspek,
penulisan yang lemah terus menjadi masalah yang menonjol.
2
Hal ini kerana semasa
berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran (P&P) kemahiran menulis, didapati murid
menghadapi masalah dalam pembinaan ayat jika bantuan seperti gambar, kosa kata atau
rangkai kata tidak disertakan.
Dari segi penulisan, saya mendapati sebahagian murid lemah dalam pembinaan ayat
majmuk, mereka hanya dapat membina ayat tunggal sahaja. Tatabahasa yang digunakan
dalam ayat-ayat mereka tidak betul dan kosa kata Bahasa Malaysia yang digunakan juga agak
terhad. Ayat yang dibina tergantung (tiada subjek mahupun predikat). Murid tidak mahir dalam
mengembangkan ayat peluasan bahagian subjek/predikat dan peluasan ayat dasar kepada
ayat terbitan. Terdapat juga kesilapan dari segi tatabahasa seperti penggunaan imbuhan
awalan,apitan, akhiran dan sisipan. Kadang-kadang, pemilihan perkataan mereka tidak sesuai
dan tidak tepat. Perkataan yang dipilih tidak menepati maksud sebenarnya atau perkataan yang
dipilih bersalahan dengan konteks. Murid-murid juga tidak menguasai ragam ayat seperti ayat
aktif dan ayat pasif dan mereka tidak mempelbagaikan jenis-jenis ayat seperti ayat penyata,
perintah, tanya, seruan dan lain-lain.
Murid tidak yakin dalam pembinaan ayat-ayat yang baik. Hal ini sering menjadi halangan
untuk mereka menulis karangan yang baik. Mereka juga kurang berjaya membina pelbagai jenis
ayat dalam karangan mereka. Ini menjadikan pengajaran Bahasa Malaysia satu cabaran yang
besar. Selain itu, saya juga menghadapi kesulitan menyemak karangan murid. Saya mendapati
bahawa murid lemah dalam pembinaan ayat melalui markah bahasa yang diperoleh. Karangan
murid tidak menepati serta tidak kreatif.




5 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


Guru yang mengajar Bahasa Melayu untuk murid-murid Tahun 5 pada tahun 2012 iaitu
sebanyak 4 kelas. Memandangkan pada tahun hadapan iaitu 2013, murid-murid ini akan
menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, pencapaian bagi subjek ini haruslah
ditingkatkan.Faktor yang dikenal pasti mempengaruhi keputusan subjek ini ialah penguasaan
kemahiran menulis ayat yang gramatis . Sebuah kelas tahun lima telah dipilih dalam kajian
ini yang melibatkan seramai 115 orang murid. Berdasarkan keputusan peperiksaan Penulisan
Bahasa Melayu pertengahan tahun 2012 yang lalu, kami dapati masih ramai murid kelas ini
mendapat pengskoran pada tahap baik dan memuaskan seperti yang digambarkan pada Jadual 1.

Dibawah merupakan antara ayat-ayat yang dibina oleh dua puluh orang murid-murid itu .
Kebanyakan jawapan mereka merupakan ayat tunggal dan ada pula terdapat kesalahan struktur
ayat . Bukti ditunjukkan dibawah :-
PENGSKORAN BIL PERATUS
GRED A
80-100 markah

35

30.43
GRED B
60-79 markah

34

29.56
GRED C
40-59 markah

16

13.91
GRED D
20-39 markah

14

12.17
GRED E
0-19 markah
16 13.91

Jadual 1: Analisis Pengskoran Penulisan Bahasa Melayu pertengahan tahun 2012.

Berdasarkan Jadual 1, didapati 60% iaitu 69 daripada 115 orang murid kelas ini mendapat pengskoran
pada gred A dan B. Analisis ini menunjukkan bahawa terdapat sebilangan besar murid kelas ini yang
masih lagi lemah pencapaian mereka dalam Penulisan Bahasa Melayu. Kami telah memulakan tinjauan

6 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
awal kajian ini pada awal bulan Oktober 2012 yang lalu. Melalui maklumat awal ini, kami telah meneliti
dan mengenal pasti kelemahan murid-murid ini melalui latihan harian mereka. Rajah 1 merupakan salah
satu latihan penulisan seorang daripada murid berkenaan.

Tajuk latihan : Bina Ayat Majmuk dengan penjodoh bilangan yang diberi.
1. bilah
Jawapan murid: Saya ada sebilah pisau. (ayat tunggal)
Jawapan murid:Ibu membeli sebilah pisau memotong sayur. (kesalahan struktur ayat)
2. kotak
Jawapan murid: Abang minum sekotak susu. (ayat tunggal)
Jawapan murid : Bapa kepada saya dua kotak biskut. (kesalahan struktur ayat)
3. helai
Jawapan murid: Saya ada sehelai baju . (ayat tunggal)
Jawapan murid: Ibu jahit sehelai baju dengan cantik. (kesalahan struktur ayat)

3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

Keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea ditentukan
dengan merujuk Standard Kandungan Kemahiran Menulis melalui menggunakan pelbagai jenis
penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan
menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas
dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan
penulisan bahan ilmu dan imaginasi untuk menghasilkan penulisan. Dalam strategi pengajaran
dan pembelajaran kemahiran menulis, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh
murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Menulis.
3

Berdasarkan pengalaman sebagai guru yang mengajar Bahasa Melayu ini , pengkaji telah
mendapati ramai murid tidak dapat menguasai kemahiran membina ayat majmuk yang lengkap
dan gramatis. Pengkaji telah mengalami masalah yang sama dalam makropengajaran yang
telah dijalankan.
Masalah pelajar membina ayat majmuk yang gramatis semakin menonjol dalam kelas
karangan. Melalui pemeriksaan buku latihan dan lampiran kerja pelajar, didapati pelajar kerap




7 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
ketandusan idea dan tidak boleh membina ayat-ayat majmuk yang berkaitan dan bersesuaian
tentang topik yang diberi. Isu ini perlu ditangani supaya tindakan yang sewajarnya boleh diambil
untuk membantu pelajar menjadi lebih arif dan bijak dalam penulisan. Jika tidak diselesaikan
masalah ini, murid akan menghadapi masalah yang lebih besar pada pembelajaran akan
datang.
Murid-murid cenderung dipengaruhi oleh Bahasa Ibunda dan mereka juga kurang
menguasai perbendaharaan kata Bahasa Melayu yang secukupnya . Selain itu faktor tidak tahu
atau memahami makna atau erti sesuatu perkataan dan ayat juga merupakan antara masalah
utama.Selain itu murid juga didapati lemah dalam sistem ejaan dan pengetahuan bahasa dari
segi struktur binaan ayat . Oleh itu pengkaji ingin mengesan kaedah pembelajaran yang sesuai
untuk menangani permasalahan ini.
Saya memfokuskan kepada teknik soalan-respons 5W1H yang dapat membantu pelajar
untuk membina ayat majmuk yang gramatis. Beberapa tindakan telah dibuat oleh guru dan
pelajar dan saya yakin mereka akan dapat menulis ayat majmuk yang gramatis jika mereka
dapat menguasai kemahiran dan teknik soalan-respons 5W1H .
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.1 Objektif Am
Meningkatkan kemahiran membina dan menulis ayat majmuk yang gramatis.

4.2 Objektif Khusus
4.2.1 Membimbing pelajar belajar menggunakan teknik soalan- respons (S-R)
5W1H semasa membina ayat .
4.2.2 Mengenalpasti punca kesukaran murid untuk membina ayat yang
gramatis berpandukan gambar dalam Bahasa Melayu.
4.2.3 Untuk menarik minat dan mengubah sikap pelajar terhadap membina
ayat majmuk Bahasa Malaysia yang dirasakan amat sukar.
4.2.4 Melatih pelajar peka menggunakan kemahiran belajar cara belajar.
4.2.5 Meningkatkan kemahiran pembelajaran konstruktivisme.

5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN / METODOLOGI KAJIAN
Beberapa langkah telah dirancang dan diambil untuk memastikan proses kajian ini
berjalan dengan sempurna.

5.1 TINJAUAN MASALAH

8 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
Semasa menjalankan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan kaedah
pemerhatian di dalam kelas, Kaedah Ujian Diagnostik dan temubual yang telah
dijalankan.
5.1.1 Kaedah Pemerhatian
Selepas menjalankan makropengajaran , saya dapati 10 orang murid tidak dapat
membina ayat majmuk yang betul dan gramatis. Pemerhatian semasa proses
makropengajaran juga telah dibuat dan saya dapati hanya segelintir pelajar
sahaja yang menunjukkan kesan progresif pada konteks pembelajaran manakala
segelintir yang lain kelihatan melayang dan tidak fokus kepada latihan yang
dilaksanakan. Saya telah memberi beberapa latihan namun hasil yang saya
perolehi agak mengecewakan.

5.1.2 Kaedah Ujian Diagnostik
Setelah saya dapati terdapat beberapa kecelaruan dalam membina ayat majmuk
yang telah dilakukan oleh murid saya menggunakan pula kaedah ujian
Diagnostik untuk mengesan kelemahan yang dilakukan oleh murid-murid dalam
membina ayat majmuk.

6.1.3 Kaedah Temu Bual
Saya bertemu bual dengan beberapa orang pelajar kelas ini secara tidak formal
tentang masalah yang mereka hadapi di dalam kelas dan di luar atau di rumah.
Masalah yang dihadapi tidak dapat dinafikan menyumbang kepada faktor
mengapa mereka tidak dapat mengikuti pelajaran dengan lebih baik dan hasilnya
mereka tidak faham dan tidak dapat mengingati apa yang dipelajari. Apa tah lagi
wujud segelintir guru yang suka mementingkan diri , tidak peka dengan
keupayaan pelajar-pelajar dan hanya mahu menghabiskan syllabus mengikut
jangkamasa tertentu.


6.2 ANALISIS DAPATAN KAJIAN
6.2.1 Analisis Kajian Kaedah Pemerhatian
Langkah pertama yang saya lakukan dalam kaedah ini ialah meminta murid
membina ayat majmuk melalui aktiviti kumpulan dan juga lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada mereka menjadi sandaran dalam membina ayat majmuk

9 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
40% 40%
60%
80%
20%
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
Masalah murid-murid gagal dalam
penguasaan kemahiran pembinaan ayat
majmuk dalam Bahasa Malaysia
Sikap malas
Tidak memahami arahan
Kurang keyakinan diri
Tidak membaca bahan bacaan
dalam Bahasa Malaysia
Tiada bimbingan di rumah
Pengetahuan sedia ada mereka berdasarkan kemahiran yang di ajar pada awal
tahun ini . Saya dapati banyak kesalahan yang dilakukan oleh mereka . Hanya
terdapat 15 orang daripada 25 orang di kelas tahun 4M dapat membina ayat
majmuk dengan baik. Selain itu, saya membuat kesimpulan mereka harus
diberikan penekanan yang lebih untuk mereka lebih mahir dalam membina ayat
majmuk yang gramatis.

















6.2.2 Analisis Kajian Kaedah Ujian Diagnostik
Saya telah menjalankan Ujian Diagnostik. Saya juga telah melakukan
temu bual tidak berstruktur dengan guru lain yang mengajar Bahasa
Malaysia. Disamping itu, saya telah menganalisis keputusan Ujian
Bulanan seperti di bawah :


BIL

NAMA

UJIAN
DIAGNOSTIK

UJIAN
BULANAN
1. AIDA AISYAH 10/10 10/10
2. CHEA CHEE KEN 3/10 5/10

10 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
3. CHEOK LIYAN 2/10 3/10
4. CHEW ZHI YANG 1/10 2/10
5. CHONG JUN WEI 2/10 2/10
6. CHONG JUN XIAN 5/10 6/10
7. CHONG YING YING 7/10 7/10
8. CHOONG XIAO WEI 6/10 6/10
9. CHU CHIN WEI 3/10 3/10
10. CHUA CHEE HUI 3/10 3/10
11. ESHENDRA PILLAI 7/10 7/10
12. HEE YING YING 5/10 5/10
13. HEW CHI FENG 5/10 5/10
14. HEW KOK XIONG 3/10 3/10
15. IRENE CHAM AI LING 2/10 2/10
16. KELVIN LOKE WENG KIT 0/10 0/10
17. KAMARUL AMRI BIN YUSRI 1/10 1/10
18. KEYRTHI LOSHNI 4/10 4/10
19. KHASVINI 3/10 3/10
20. KWAY WEI JIE 2/10 1/10
21. LEE YENER 5/10 5/10
22. LEW CHOK YEW 3/10 5/10
23. LIM YONG TAT 1/10 1/10
24. LU HUI XUAN 3/10 3/10
25. NAVEN 4/10 4/10
26. PENNY LIM JING WEN 4/10 5/10
27. PIERCE LEE YUEN LUNG 4/10 4/10
28. RISAN A/L KOLA DHORA 3/10 3/10
29. TEO WEN HUI 5/10 5/10
30. TREVOR ADRIEL GOMES 2/10 2/10
31. WONG JIA JUN 1/10 1/10
32. WONG YIK WAI 2/10 2/10
33. WONG YING HUI 3/10 3/10
34. WOO KE SHENG 4/10 5/10
35. YAP KIAN FUI 2/10 1/10

11 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
36. WOO YAO LAN 4/10 4/10
37. YAP ROU XIN 4/10 5/10

Melalui Ujian Diagnostik ini, hasil yang diperolehi adalah seperti berikut:-
i. Murid tidak menulis mengikut struktur ayat yang betul yang terdiri
daripada subjek dan predikat.
Ditulis : Pada waktu pagi ramai orang berjoging di taman .
Sepatutnya: Ramai orang berjoging di taman pada waktu pagi.
ii. Murid tidak menggunakan kata hubung untuk menghubungkan dua
ayat tunggal .
Ditulis: Saya suka makan roti . Saya juga suka makan nasi lemak.
Sepatutnya: Saya suka makan roti dan juga nasi lemak.
iii. Murid tidak dapat mengembangkan ayat tunggal menjadi ayat majmuk.
Ditulis: Saya suka berjoging.
Sepatutnya: Saya suka berjoging di taman yang bersih dan indah itu.

Selain itu, didapati juga murid agak sukar membina dan membezakan
ayat tunggal dan ayat majmuk. Pembinaan ayat majmuk terhad kepada kata
hubung yang mudah difahami oleh murid, contohnya dan.Murid juga tidak tahu
membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.
Kesimpulannya, kesalahan dan kelemahan dalam membina ayat
majmuk ini membuktikan bahawa masalah yang dihadapi oleh kesepuluh-
sepuluh orang murid ini perlu ditangani segera agar mereka dapat mengikuti
kelas seperti murid-murid yang lain.

6.2.3 Analisis Kajian Kaedah Temubual
Hasil temubual awal bersama sepuluh orang pelajar 4M secara tidak formal ,
beberapa jawapan telah saya perolehi dan kebanyakannya adalah sama untuk
kesemua pelajar. Di sini, saya mengemukakan hasil dialog yang dibuat antara 3
orang murid itu ,seperti yang berikut:-

Dialog:

Guru : Adakah kamu berminat untuk belajar Bahasa Malaysia?
Murid 1 : Kurang berminat.
Murid 2 : Ya. Saya berminat.
Murid 3 : Tidak suka.


12 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
















6.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Setelah membuat analisis dapatan kajian , 10 orang murid tersebut dari kelas 4M telah
dipilih untuk menjalankan kajian tindakan ini. Pelbagai aktiviti dengan tahap kesukaran
yang berlainan akan disediakan untuk pelajar. Refleksi sebelum, semasa, dan selepas
setiap aktiviti akan diadakan untuk memperbaiki kemahiran membina ayat majmuk
pelajar (rujuk Carta 2).




Guru : Adakah kamu tahu sebab kenapa kamu tidak pandai membina ayat?
Murid 1 : Saya lemah dalam pembelajaran.
Murid 2 : Saya tidak dapat mengingati pelajaran yang diajar oleh guru.
Murid 3 : Saya tidak berkeyakinan semasa membina ayat.

Guru : Semasa membina ayat majmuk, apa yang kamu fikirkan paling sukar?
Murid 1 : Struktur ayat saya selalu salah.
Murid 2 : Saya hanya tahu menggunakan kata hubung "dan" sahaja.
Murid 3 : Susah untuk membina ayat majmuk.

Guru : Adakah kamu selalu bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan rakan,
jiran dan ahli keluarga?
Murid 1 : Tidak pernah.
Murid 2 : Tidak. Saya takut salah cakap.
Murid 3 : Tidak. Saya berasa malu .

Latihan 1 -
Membina ayat majmuk
berdasarkan gambar bersiri


Kumpulan Sasaran
Pemerhatian semasa makropengajaran .
Menjalankan pemilihan kumpulan sasaran.
Pelaksanaan tindakan Latihan 1.

13 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN















6.4 PELAKSANAAN TINDAKAN

6.4.1 Pelaksanaan Latihan 1
Latihan ini memerlukan pelajar membina ayat majmuk berdasarkan gambar bersiri
yang diberi. Berlainan dengan apa yang pelajar biasa menghadapi, para pelajar
tidak diberi perbendaharaan yang berkaitan tetapi pelajar perlu menggunakan
teknik S-R untuk membantu mereka mencari idea atau mengembangkan isi yang
terkandung dalam gambar, kemudian membina ayat majmuk yang bersesuaian.

i. Pemerhatian
Makropengajaran Kelas 4M
Pemerhatian dan refleksi.
Pelaksanaan tindakan Latihan 2.
Pemerhatian dan refleksi.
Pelaksanaan tindakan Latihan 3.
Pemerhatian dan refleksi.
Pelaksanaan tindakan Latihan 4.
Pemerhatian dan refleksi.
Membuat analisa data.
Carta 2: Aktiviti yang telah dijalankan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam
membina ayat majmuk yang gramatis.

Latihan 2
Membina ayat majmuk
berdasarkan gambar tunggal





mberdmamuk de
Latihan 3
Membina ayat majmuk
tentang sesuatu tajuk dengan
kata hubung diberi.





mberdmamuk de
Latihan 4
Membina ayat majmuk
tentang sesuatu tajuk dengan
kata hubung tidak diberi.





mberdmamuk de
Hasil Kajian




mberdmamuk de

14 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
Matlamat gambar bersiri diberi ialah untuk memudahkan pelajar pada peringkat
ini. Gambar bersiri membolehkan pelajar mendapat lebih informasi dan urutan
cerita dapat dikawal. Gambar bersiri memperluaskan skop pemikiran pelajar.
Dari hasil penulisan, boleh dikatakan pelajar dapat menghuraikan isi dengan
lancar (Jadual 1).

Jadual 1: Bilangan dan bentuk ayat (ayat tunggal dan ayat majmuk)
yang terdapat dalam kertas jawapan Latihan 1( LAMPIRAN 1).
Nama Pelajar
Bil. Ayat
Tunggal
Bil. Ayat
Majmuk
Peratusan Jumlah
ayat majmuk
AIDA AISYAH 0 7 100%
CHEA CHEE KEN 1 5 80%
CHEOK LIYAN 3 4 60%
CHEW ZHI YANG 1 6 90%
CHONG JUN WEI 3 0 14%
CHONG JUN XIAN 0 7 100%
CHONG YING YING 0 7 100%
CHOONG XIAO WEI 0 7 100%
CHU CHIN WEI 5 2 25%
CHUA CHEE HUI 5 2 25%
ESHENDRA PILLAI 0 7 100%
HEE YING YING 0 7 100%
HEW CHI FENG 4 3 35%
HEW KOK XIONG 5 2 28%
IRENE CHAM AI LING 6 1 15%
KELVIN LOKE WENG KIT 1 0 3%
KAMARUL AMRI BIN
YUSRI
3 0 14%
KEYRTHI LOSHNI 2 5 80%
KHASVINI 6 1 15%
KWAY WEI JIE 7 0 10%
LEE YENER 0 7 100%

15 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN















Wala
upun
tanpa bantuan perbendaharaan kata atau rangkai kata, para pelajar boleh
membina ayat-ayat bersesuaian dalam penulisan tentang satu topik.
Dari segi kemahiran membina ayat majmuk, pelajar masih lemah. Kebanyakan
membina ayat tunggal , hanya 7 orang sahaja dalam kumpulan sasaran yang
dapat membina semua ayat (100%) dalam bentuk ayat majmuk.

ii. Refleksi
Guru berbincang dan mendapati para pelajar dapat memberi maklumat tentang
topik dengan tepat tanpa sebarang bantuan guru. Walau bagaimanapun
kelemahan yang jelas dapat dilihat dari segi tatabahasa. Pengajaran dan
latihan dalam membentuk ayat akan diberi penekanan sebelum Latihan 2 diberi.
Aktiviti Latihan 1 berjaya menunjukkan tahap kemahiran pelajar membina ayat
majmuk dalam penulisan tentang sesuatu topik dengan teknik S-R . Aktiviti
lanjutan akan digubah dengan menggantikan gambar bersiri kepada gambar
komposisi..

LEW CHOK YEW 5 2 25%
LIM YONG TAT 3 0 7%
LU HUI XUAN 4 3 30%
NAVEN 6 1 15%
PENNY LIM JING WEN 3 0 7%
PIERCE LEE YUEN LUNG 5 2 25%
RISAN A/L KOLA DHORA 6 1 15%
TEO WEN HUI 4 3 35%
TREVOR ADRIEL GOMES 3 0 14%
WONG JIA JUN 2 0 7%
WONG YIK WAI 3 0 7%
WONG YING HUI 3 3 50%
WOO KE SHENG 3 3 50%
YAP KIAN FUI 4 3 56%
WOO YAO LAN 4 3 56%
YAP ROU XIN 0 7 100%

16 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
6.4.2 Pelaksanaan Latihan 2
Aktiviti Latihan 2 (LAMPIRAN 1) memerlukan pelajar membina 5 ayat majmuk
berdasarkan gambar tunggal. Bilangan ayat dihadkan. Gambar tunggal diberi,
guru berharap ini dapat menguji kemahiran berfikir para pelajar ke tahap yang
lebih tinggi.
i. Pemerhatian
Para pelajar berjaya membina bilangan ayat majmuk yang ditetapkan. Pelajar
boleh mengguna S-R untuk mengembangkan makna terkandung dalam
gambar komposisi. Mereka berkebolehan menjelaskan idea dan isi dalam
gambar tunggal atau gambar komposisi. Peratus skor menunjukkan kemahiran
membina ayat majmuk dalam penulisn tentang satu topik meningkat (Jadual 2).
Jadual 2: Bilangan ayat majmuk yang dapat dibina dan peratus
skor oleh setiap pelajar dalam Latihan 2 (LAMPIRAN 1)
Pelajar Bil Ayat Majmuk Peratus Skor (%)
AIDA AISYAH 5 100
CHEA CHEE KEN 4 80
CHEOK LIYAN 3 60
CHEW ZHI YANG 4 80
CHONG JUN WEI 1 20
CHONG JUN XIAN 5 100
CHONG YING YING 4 80
CHOONG XIAO WEI 4 80
CHU CHIN WEI 3 60
CHUA CHEE HUI 4 80
ESHENDRA PILLAI 5 100
HEE YING YING 5 100
HEW CHI FENG 4 80
HEW KOK XIONG 2 40
IRENE CHAM AI LING 2 40
KELVIN LOKE WENG KIT 1 20
KAMARUL AMRI BIN YUSRI 1 20
KEYRTHI LOSHNI 3 60

17 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
KHASVINI 2 40
KWAY WEI JIE 2 40
LEE YENER 5 100
LEW CHOK YEW 5 100
LIM YONG TAT 1 20
LU HUI XUAN 3 60
NAVEN 3 60
PENNY LIM JING WEN 2 40
PIERCE LEE YUEN LUNG 2 40
RISAN A/L KOLA DHORA 3 60
TEO WEN HUI 3 60
TREVOR ADRIEL GOMES 2 40
WONG JIA JUN 1 20
WONG YIK WAI 2 40
WONG YING HUI 3 60
WOO KE SHENG 3 60
YAP KIAN FUI 2 40
WOO YAO LAN 30 60
YAP ROU XIN 3 60

ii. Refleksi.
Kelemahan yang perlu diatasi ialah penggunaan kata hubung dalam kemahiran
membina ayat majmuk. Dari segi penggunaan kata hubung, pelajar banyak
menggunakan kata hubung dan dan kata sendi untuk atau "kepada" sahaja.
Kemahiran membina ayat majmuk meningkat, tetapi kesalahan ejaan dan
perbendaharaan kata bertambah.. Kelemahan ini akan diatasi dan diberi
penekanan dalam pengajaran sebelum Latihan 3 diberi.
Aktiviti lanjutan akan digubah dengan memberi satu situasi tanpa gambar
diberi. Perbendaharaan kata yang berkaitan tidak akan diberi tetapi pelbagai
kata hubung akan diberi untuk menggalak pelajar menggunakannya.


6.4.3 Pelaksanaan Latihan 3

18 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
Latihan 3 memerlukan pelajar membina 5 ayat majmuk berdasarkan satu situasi
atau keadaan yang diberi. Guru menyenaraikan beberapa kata hubung, pelajar
digalak menggunakan kata hubung yang berlainan dalam kelima-lima ayat itu.
Latihan ini bertujuan membimbing pelajar membina ayat majmuk dalam penulisan
tentang satu topik, dan diharap pelajar dapat menggunakan pelbagai kata hubung
yang bersesuaian .

i. Pemerhatian
Senarai kata hubung yang diberi oleh guru tidak dapat membantu murid dalam
kemahiran membina ayat majmuk tentang satu situasi (Jadual 3). Ini
merupakan satu outcome di luar jangkaan. Ramai yang belum menguasai
penggunaan kata hubung yang diberi oleh guru, contohnya kata hubung
manakala dan sambil. Akibatnya, senarai kata hubung yang diberi telah
menjadi pengganggu kepada pelajar.

Jadual 3 : Bilangan ayat majmuk yang dapat dibina dan peratus
skor oleh setiap pelajar dalam aktiviti Latihan 3.

Pelajar Bil Ayat Majmuk Peratus Skor (%)
AIDA AISYAH 5 100
CHEA CHEE KEN 4 80
CHEOK LIYAN 3 60
CHEW ZHI YANG 4 80
CHONG JUN WEI 1 20
CHONG JUN XIAN 5 100
CHONG YING YING 4 80
CHOONG XIAO WEI 4 80
CHU CHIN WEI 3 60
CHUA CHEE HUI 4 80
ESHENDRA PILLAI 5 100
HEE YING YING 5 100
HEW CHI FENG 4 80
HEW KOK XIONG 2 40

19 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
IRENE CHAM AI LING 3 60
KELVIN LOKE WENG KIT 1 20
KAMARUL AMRI BIN YUSRI 1 20
KEYRTHI LOSHNI 4 80
KHASVINI 2 40
KWAY WEI JIE 2 40
LEE YENER 5 100
LEW CHOK YEW 5 100
LIM YONG TAT 1 20
LU HUI XUAN 4 80
NAVEN 4 80
PENNY LIM JING WEN 2 40
PIERCE LEE YUEN LUNG 2 40
RISAN A/L KOLA DHORA 3 60
TEO WEN HUI 3 60
TREVOR ADRIEL GOMES 2 40
WONG JIA JUN 1 20
WONG YIK WAI 2 40
WONG YING HUI 4 80
WOO KE SHENG 3 60
YAP KIAN FUI 2 40
WOO YAO LAN 30 60
YAP ROU XIN 3 60



ii. Refleksi
Guru berbincang dan menyediakan satu latihan tambahan untuk pelajar. Satu
situasi yang bersesuaian dengan pengalaman pelajar diberi, tetapi senarai
kata hubung tidak diberi kepada pelajar. Guru berharap pelajar dapat
membina ayat-ayat majmuk dengan pelbagai kata hubung .



20 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


6.5 REFLEKSI KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan secara berperingkat, iaitu dari peringkat yang mudah ke
peringkat yang sederhana, kemudian ke peringkat yang susah . Pemerhatian terhadap
hasil tindakan setiap peringkat dicatat. Seramai 37 orang pelajar dari kelas 5K telah
mengambil bahagian dalam kajian ini.kajian ini dimulakan pada akhir tahun
2012.Seramai 37 orang murid dari kelas 5K menduduki peperiksaan akhir tahun Bahasa
Malaysia.Peratus kelulusan adalah 55.26%.Setelah kajian tindakan diadakan selama
beberapa bulan,kelulusan peratus untuk peperiksaan awal tahun 2013 bagi mata
pelajaran Bahasa Malaysia ialah 62.16%.Kelulusan target telah menaik
10 %.berbanding analisis peperikaaan akhir 2012.


7.0 RUMUSAN

Bahasa Malaysia penting sebagai alat perpaduan antara kaum di Malaysia. Murid-murid
haruslah menguasai Bahasa Malaysia sama ada dalam pembacaan atau penulisan. Justeru,
kajian seperti kajian tindakan ini perlu dijalankan dari semasa ke semasa untuk meninjau
masalah murid-murid dalam Bahasa Malaysia. Kajian tindakan ini merupakan salah satu cara
penting yang dapat diaplikasi untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid
dan langkah-langkah yang sewajarnya dijalankan bagi mengatasi masalah tersebut. Kaedah
yang diperkenalkan kepada murid ini dapat membantu murid untuk meningkatkan penguasaan
mereka dalam kemahiran membina ayat majmuk yang gramatis dalam Bahasa Malaysia.
Pada awal kajian ini dijalankan ,semasa menyemak kertas jawapan Latihan 1, didapati
hanya 5 orang pelajar dalam kumpulan sasaran yang dapat membina lebih daripada 3 ayat
majmuk yang betul. Keadaan ini berubah, setelah melaksanakan beberapa latihan, semua
pelajar dapat membina ayat majmuk yang gramatis. Pelajar juga dapat menguasai
penggunaan pelbagai kata hubung yang sesuai semasa membina ayat majmuk (Jadual 6).
Terbuktilah latihan dan teknik S-R 5W1H dalam kajian ini adalah berguna dalam membantu
murid yang lemah dalam membina ayat majmuk.
Hasil kajian ini juga dapat membantu guru-guru bahasa lain sebagai rujukan untuk
merancang dan mengajarkan Bahasa Malaysia dengan lebih baik dan berkesan. Hasil kajian
tindakan ini dapat dijadikan pegangan oleh guru bahasa di samping dapat merangkakan

21 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
pelbagai strategi, kaedah, pendekatan, dan teknik pengajaran tatabahasa yang lain. Diharapkan
latihan pengukuhan yang konsisten dan berterusan dijalankan oleh guru-guru untuk
memastikan murid-murid tersebut terus berusaha dalam pembinaan ayat majmuk Bahasa
Malaysia. Ini penting untuk meningkatkan prestasi dan keputusan mereka dalam penulisan
Bahasa Malaysia dan mendorong mereka untuk mendalamkan pengetahuan dalam Bahasa
Malaysia.
Kajian ini juga akan dapat dijadikan bahan rujukan kepada penyelidik-penyelidik yang
lain pada masa hadapan. kajian ini dapat membantu penyelidik-penyelidik yang berminat untuk
menjalankan kajian tentang pengajaran dan pembelajaran aspek-aspek lain dalam bidang
tatabahasa pada masa hadapan.




8.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Untuk cadangan kajian seterusnya, kajian tindakan ini seharusnya dijalankan dalam satu
tempoh masa yang lebih panjang untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang lebih
baik. Diharapkan kajian tindakan ini dapat dilaksanakan dengan lebih lama untuk memudahkan
murid-murid berkenaan menguasai kemahiran pembinaan ayat majmuk dalam Bahasa Malaysia
dengan sepenuhnya.
Seterusnya, kajian ini juga boleh dijalankan berdasarkan beberapa pendekatan yang
lain atau dengan menggabungjalinkan pelbagai kaedah dan teknik supaya dapat meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Diharapkan kajian seperti ini dijalankan secara berterusan kelak tanpa mengira sesiapa
yang mengusahakan, kerana ini penting untuk mendidik murid-murid yang merupakan tunggal
pembinaan bangsa dan negara kelak.
Saya berasa bangga dan bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalankan kajian
tindakan ini. Semoga Tuhan membalas jasa baik pihak-pihak yang terlibat dalam kajian
tindakan ini, terutamanya pensyarah yang memberi tugasan ini kepada saya. Saya menghargai
pengalaman dan pengajaran melalui kajian tindakan ini. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Saya akan terus berusaha dan menambahbaikkan kajian tindakan ini supaya lebih ramai murid
yang dididik dan mendapat manfaat dengan kemahiran dan keputusan yang baik dalam mata
pelajaran Bahasa Malaysia.

22 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
Diharap juga penggunaan Bahasa Malaysia semakin meluas, selaras dengan tarafnya
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Usaha memperkasakan Bahasa
Malaysia dilaksanakan untuk kebaikan semua pihak.




















23 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
9.0 LAMPIRAN
Ujian Diagnostik
A) Bina ayat majmuk berdasarkan perkataan yang diberi.
1. berjoging -_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
2. membeli - ______________________________________________________________
______________________________________________________________
B.) Gabungkan ayat tunggal dibawah dengan menggunakan kata hubung supaya menjadi ayat
majmuk.
1. Saya suka makan roti .
Saya juga suka makan nasi lemak.
____________________________________________________________________________
2. Abu tidak hadir ke sekolah hari ini.
Abu sakit .
____________________________________________________________________________
C.) Bina ayat majmuk berdasarkan gambar di bawah.
1. ____________________________________________
____________________________________________
____________________________________________

2. ______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________

24 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN





LATIHAN 1





LATIHAN 2









LATIHAN 3

25 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
Bina 5 ayat majmuk berdasarkan Situasi dan kata hubung yang diberi:-
Suasana di Pasar Malam







LATIHAN 4
Bina 5 ayat majmuk berdasarkan tajuk dibawah:-
"Berkelah di Tepi Pantai".









lalu, sambil, untuk, manakala, tetapi

You might also like