mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka,darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawatdengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut (Rajah 3).
2.4 Mangga Penawar Penyakit Hernia
Mangga yang dikenali sebagai
Mangifera indica
yang berasal dari keluarga
Anacardiaceae
, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalahpenyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia.Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawahdan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kaliselepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga.Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyaikandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakitdiabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat (Rajah 4).
2.5 Nanas Penawar Penyakit Batu Karang
Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya
Ananas cosomos
berasal dari keluarga
Bromeliaceae
dan mengandungi kandungam gula yang tinggiserta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yanglazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Iamelancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan,pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesanuntuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi(Rajah 5).
2.6 Belimbing Merawat Kencing Manis
Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segarataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam,tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah
Averhoa crambola
dan sekeluarga dengan
oxalidaceae
. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan.Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai jugadimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atauradang gusi (Rajah 6).
2.7 Lemon Berkesan Merawat Tonsilitis
Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripadaserangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumurmenggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya
Citrus limon
. Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan