• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 1
    CommentGo Back
Download
 
1
 
RUHUL
 
ZIKRI
-
2
 
Oleh
 
Syeikh
 
Mahmud
 
Al
Majzub
 
©Madrasah
 
Nurul
 
Iman
 
 
2
 
Petikan dari Buku ruhul Zikri Jilid ke-2 ini mengandungi sebahagian dari kata-kata sufiSyeikh Mahmud Al-Majzub, pengasas Madrasah Nurul Iman yang dipetik daripada syarahanmahupun nasihat beliau kepada murid-muridnya. Kata-kata sufi yang diungkap oleh SyeikhMahmud mempunyai mutiara kata makna yang mendalam, dimana ada sebahagiandaripada kata-kata beliau tidak boleh difahami atau dibuat bandingan secara langsungmengikut fahaman orang awam.
 
Mutiara kata yang indah dan bermakna ini juga diharap -dengan rahmat dan kasih sayangAllah – dapat menangkis tuduhan-tuduhan liar selama ini terhadap ilmu Tasawuf. Semogapetikan dari buku ini menjadi santapan rohani yang dapat membersihkan jiwa danmendorong hati untuk menjadi hamba Allah yang sehamba-hambaNya di dunia-Nya ini,Insya Allah.
 
1.
 
Jangan tinggal dengan nafsu. Jangan duduk dengan nafsu. Taslim (berserah)kepada Allah s.w.t.. Jangan redho dengan maksiat. Redholah dengan Qadho & Qadar Allah s.w.t.
 
2.
 
Tutuplah pintu pancaindera yang di bangsakan (ikut) nafsu. Tutuplah pintu hatiyang di bangsakan mazmumah (sifat-sifat kebinatangan). Terbukalah pinturahmat. Terbukalah anugerah Allah s.w.t. melalui taslim (penyerahan).
 
3.
 
Tolak hajat (kemahuan) sehingga Allah s.w.t. beri faham.
 
4.
 
Perkara yang kita kurang puas hati jangan kritik Allah s.w.t.
 
5.
 
Kedatangan sombong jadi nafsu. Perasaan sudah lama mengikuti (perjalanan) jadi nafsu.
 
6.
 
Buatlah istighfar, selawat, dan zikir. Lambat atau cepat (diri terbentuk) mengikuttekanan masing-masing.
 
7.
 
Terasa penat! Susah! Itu disebabkan nafsu tidak berupaya. Ibarat (seolah-olah)mendahului Allah s.w.t. apabila di datangi tekanan.Sebab itu kalau hendakberjalan (ikut perjalanan sufi), jangan ikut nafsu! Ikutlah Al-Quran & As- Sunnah.
 
8.
 
Ikhlas adalah rahsia. Selagi ada rungutan. Selagi terasa sudah lama dan sebagainya.Tanda belum dapat lagi (Tawakkul Mutlaq & Tauhid Mujarrad). Itu tandanya kurangikhlas.
 
9.
 
Rahsia anak kunci kejayaan guru adalah ikhlas dengan Allah s.w.t.
 
10.
 
Cara pembersihan (jiwa) dengan cara bersedikit-sedikit (ikut kemampuan) iaitudengan selawat, istighfar dan zikir. Membaca surah Alam Nasyroh jikalau datangperasaan jemu dan membaca surah Qulhuallah hu Ahad jikalau berasa celaru danserabut.
 
11.
 
Orang buta kena gila penuh (yakin sepenuhnya) dengan orang celik. Barulah bolehberjalan. Jangan soal mati atau hidup.
 
 
3
 
12.
 
Wali Allah bukan maksum, jadi jangan tertipu kerana melihat syariatnya.
 
13.
 
Melihat kesalahan dan kelemahan guru adalah hijab bagi murid.
 
14.
 
Pelajaran ilmu tauhid (mengenai sifat dua puluh - usuluddin) hanya untukmengawal akal. Bagi menumpukan kepada kalimah “La ila haillallah”.
 
15.
 
Macam mana Allah hendak beri rahmat kepada kamu? Kerana kamu “BIADAPDENGAN ALLAH!” 
 
16.
 
Kerohanian, tidak dicari dengan akal tetapi dengan bertaqwa. Bila datang alamatkerohanian kena tolak dulu, sehingga ia datang bertubi-tubi, buatlah sembahyang istikhorahsupaya pasti.
 
17.
 
Apa yang kita dakwa dari kerohanian kita, mesti ada bukti selepas itu. Tujuan(latihan) kerohanian ialah (untuk mendapat) sembahyang khusyuk. Sebagai anugerah dariAllah.
 
18.
 
Rahmat Allah datang dengan menendang atau meninggalkan nafsu.
 
19.
 
Bila timbul krisis (persilihan pendapat), perkara ini kena rujuk kepada Allah. Kalauada rahmat melalui saya. Saya akan selesaikan dengan Rahmat Allah.
 
20.
 
Krisis mesti berlaku dikalangan Sahabat Radiallahu anhum kerana tidak sama darjahpermikiran.
 
21.
 
Roh adalah urusan tuhan (maksud Alquran –Al-Isra’ ayat 85) ikut suka Tuhanlahhendak buat macam mana. Perkara inilah yang tidak difahami oleh ulamak zahiriah. Kenapahendak campur urusan Tuhan?
 
22.
 
Kamu pun boleh dapat! (kekuatan iman dan taqwa yang tinggi)! Dengan syaratmembuang kezaliman yang ada pada diri kamu sendiri.
 
23.
 
Taksub pada diri sendiri adalah hijab yang paling besar sekali.
 
24.
 
Kalau ada taksub atau mengambil kesempatan. Maka terhijablah kepada abid danzuhud.
 
25.
 
Kadang-kadang manusia itu, kena dibiarkan dahulu sampai mereka terhantuk.
 
26.
 
Jatuh bangun dalam perjalanan (sufiyah-ahlullah) adalah perkara biasa.
 
27.
 
Berlaku pergeseran sesama jemaah adalah perkara biasa. Tetapi janganlah jadibodoh.
 
28.
 
Rahsia perjalanan ialah tawaduk. Merendah diri dengan kebenaran.
 
29.
 
Orang yang kaya ilmu hendaklah tawaduk dengan kekayaan ilmunya atauketeguhannya.
 
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

alhamdulillah.. doakan aku akan jadi lagenda..

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...