You are on page 1of 2

,

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL SERDANG


UNIPUTRA POS, 43400 SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN
KOD SEKOLAH: BBD 8453 TEL/FAKS: 03-8940469

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI ( KSSR Tahun 4 ) 2014

Tarikh : 13 JANUARI 2014
Masa : 12.00 Tengah hari
Tempat : MAKMAL ICT SKFSR
Kehadiran :
1. EN.DORAISAMI - GB
2. PN.ARASAMAL - PK PENTADBIRAN
3. PN.GANESWARI - PK HEM
4. PN.KALYANI - PK KOKU
5. EN.VIJAYEN A/L PONURAJOO - Ketua Panitia

Tidak hadir : Tiada


1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi merangkap Ketua panitia memulakan mesyuarat dengan bacaan Thevaaram.
Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.
1.2 Pengerusi juga memaklumkan lantikan Vijayen A/L Ponurajoo sebagai setiausaha
Panitia TMK 2014
1.3 Tindakan personelia : Makluman

2. Penerangan Subjek TMK Tahun 4
2.1 Pengerusi menerangkan bahawa TMK ini diajar 6 bulan pertama dan diikuti oleh RBT pada
semester kedua.
2.2 Ketua panitia menerangkan DSKP TMK Tahun 4 mengenai komputer. Tahun 4 ada 7
tajuk dalam 2 modul.
Modul 1 : Modul Dunia Komputer
Modul 2 : Modul Elemen Multimedia
2.3 Tindakan personelia : Makluman

3. Penyelarasan Buku Rekod Mengajar dan Rancangan Tahunan
3.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa penulisan buku rekod mengajar ditulis dalam
Bahasa Tamil.
3.2 Perkara-perkara yang perlu ada semasa penulisan rancangan harian TMK Tahun 4 seperti
berikut:-
Tema
Tajuk
STD Kandungan
Objektif/Hasil pem
Aktiviti
EMK
Refleksi
Manakala bagi guru ICTL dan DST adalah mengikut panitia masing-masing.
3.2.1 Rancangan Pelajaran Tahunan boleh didapati melalui laman VLE Frog.
3.2.2 Tindakan Personelia : Semua Guru

4. Penyelaras Tahun dan Pengagihan Tugas 2014
4.1 Ketua Panitia menyatakan carta organisasi TMK Tahun 4 dan borang biodata guru.
Tindakan personelia : Setiausaha
,
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL SERDANG
UNIPUTRA POS, 43400 SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN
KOD SEKOLAH: BBD 8453 TEL/FAKS: 03-8940469

4.2 Ketua panitia menyatakan supaya guru-guru menyemak dan memberi latihan kepada
murid-murid.
Tindakan personelia : Semua Guru

5. Perancangan Tahun 2014
5.1 Ketua panitia menyatakan tidak ada maklumat tentang perancangan aktiviti yang
diarahkan oleh JPN namun akan mewujudkan aktiviti di peringkat sekolah.
Tindakan personelia : Semua Guru

6. Peruntukan Kewangan
6.1 Peruntukan kewangan bagi TMK KSSR belum diketahui lagi kerana belum diberitahu
oleh pihak pengurusan.
6.2 Semua guru diminta menyenaraikan alatan yang hendak dibeli dan menyerahkan kepada
ketua Panitia.
Tindakan personelia : Semua Guru

7. Hal-hal lain
7.1 Ketua Panitia memohon kerjasama semua guru agar dapat menyampaikan pengajaran
yang sebaik baiknya kerana TMK merupakan subjek baru bagi murid Tahun 4.
7.2 Setiausaha akan menyediakan carta organisasi untuk dilengkapkan di papan kenyataan
tersebut.
7.3 Ketua panitia menyatakan format peperiksaan belum ditentukan lagi. Ketua panitia akan
bertanya dengan rakan-rakannya.

Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru dan mengharapkan dapat
melaksanakan tugas dengan lebih baik lagi pada tahun 2014. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul
1.16 petang.


Disediakan oleh,


-------------------------------------
VIJAYEN A/L PONURAJOO
Setiausaha Panitia TMK

You might also like