You are on page 1of 4

KULIAH 1: HUBUNGAN ETNIK

Latar belakang
- Pengenalan
- Pengajaran daripada peristiwa 13 Mei 1969
Kepentingan Hubungan etnik


Latar belakang
Pengenalan

1. Malaysia terdiri daripada sebuah masyarakat majmuk dan komuniti etnik yang
terbesar ialah Melayu, Cina dan India.

2. Pada tahun 2005, Malaysia mempunyai penduduk melebihi 24 juta orang dan kini
anggaran dinyatakan ialah 27 juta orang.

3. Rakyat Negara ini dikatakan mempunyai 200 suku kaum atau etnik yang
menganut pelbagai agama, budaya dan bahasa atau dailek.

4. Teori J.S Furnival (1948) dan M.G Smith (1965), mengatakan bahawa konsep
masyarakat majmuk adalah untuk mengenalpasti masyarakat yang terdapat di Asia
Tenggara di mana wujud rantaian manusia orang Eropah, Cina, India di Asia
Tenggara dan berbagai-bagai kumpulan anak tempatan. Mereka bergaul tetapi tidak
bergabung. Setiap kumpulan berpegang kepada agama masing-masing,
kebudayaan dan bahasanya sendiri, idea dan cara hidupnya sendiri.

5. Oleh itu untuk mengatasi masalah perpecahan ini maka Malaysia telah
mengadakan pelbagai agenda untuk menyatupadukan agar rantaian manusia
Malaysia ini tidak berpecah. Di sinilah masyarakat Malaysia diperkenalkan dengan
konsep perpaduan dan integrasi.

Perpaduan ialah proses penyatuan daripada semua aspek seperti fizikal, sosial,
ekonomi dan politik, tetapi tidak termasuk biological.
Integrasi pula ialah melibatkan semua penyatuan di atas termasuk aspek biological.
- Menurut Tun Abdul Razak,
Perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga Negara dapat disalurkan untuk
memajukan Negara daripada digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud
daripada kepelbagaian tersebut
Oleh itu agensi yang bertanggungjawab untuk merealisasikan harapan ini ialah
Jabatan Perpaduan Negara yang telah ditubuhkan pada 1969.

6. Latar belakang sebelum Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku:

a. Kesan penjajahan British yang mewujudkan masyarakat berbilang kaum, terutama
selepas kedatangan kaum imigran seperti kaum Cina dan India

b. Masyarkat Cina dan India datang ke Tanah Melayu untuk bekerja di sector
ekonomi yang telah dikuasai oleh British iaitu perlombongan dan ladang getah.

c. British memperkenalkan dasar pecah dan perintah dimana di bawah sistem ini
kumpulan etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India tleah dipisahkan mengikut
tempat tinggal dan pekerjaan masing-masing

d. Kesan pengasingan pekerjaan, tempat tinggal inilah yang dikatakan oleh J.S
Furnival
Mereka bergaul tetapi tidak bergabung. Setiap kumpulan berpegang kepada agama
masing-masing, kebudayaan dan bahasanya sendiri, idea dan cara hidupnya sendiri.

e. Akibatnya muncul perasaan curiga antara satu sama lain. Telah berlaku banyak
kali rusuhan yang kecil seperti pada tahun 1957 di Pulau Pinang, 1960 di Pulau
Pangkor, 1964 di Bukti Mertajam, 1965 di Kuala Lumpur dan 1967 di Pulau Pinang.

f. Akibat daripada rusuhan kerajaan telah bertindak, antaranya:
Menangkap tokoh-tokoh Parti Gerakan seperti V David selama dua bulan dan Lim
Kit Siang selama setahun setengah daripada DAP.
Mengenakan darurat
Mengawal berita-berita radio dan televisyen
Menapis penerbitan akhbar
Mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti politik

7. Tindakah selepas 13 Mei 1969

i. Pengisytiharan daruratv. PM Tunku Abdul Rahman dan Jemaah Menteri telah
menasihatan YDPA untuk mengisytiharkan darurat berdasarkan kepada Perkara 150
Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

ii. Pembentukan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada 17 Mei 1969 bertujuan
untuk mengambilalih tugas Parlimen untuk sementara. Selain itu Tun Abdul Razak
telah memilih ahli politik seperti Tun Dr Ismail (Menteri Hal ehwal Dalam Negeri),
Datuk Hamzah (Menteri Penerangan dan Penyiaran), Tun Tan Siew Sin dan Tun V
Sambatahn.

iii. Fungsi MAGERAN ialah untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang
Negara, penentu pentadbiran yang licin dan sempurna dan pengembali keharmonian
dan kepercayaan kaum.

iv. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara (JPN) dan Majlis Muhibah Negara
(MMN). JPN adalah untuk mengadakan keselarasan dengan ideology Negara serta
menuju kearah perpaduan negara dan akhirnya lahirlah Rukunegara. JPN dan MMN
digabungkan menjadi Kementerian Perpaduan Negara dan kini Kementerian
Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

v. Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang berfungsi untuk mengadakan garis
panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi sosial rakayt serta memupuk
identiti kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia.

8. Faktor berlakunya 13 Mei 1969
a) Pemisahan tempat tinggal atau petempatan
b) Perbezaan tumpuan sector ekonomi
c) Pengasingan sistem pendidikan
d) Fahaman politik yang berbeza
e) Masalah ekonomi
f) Perbezaan kepercayaan dan agama
g) Penggunaan akhbar yang berbeza
h) Kesan pemerintahan Jepun

Pengajaran peristiwa tersebut

1. Pergaduhan tidak menguntungkan sesiapa
2. Semua terpaksa menanggung kerugian kerana kehilangan harta dan nyawa
3. Keharmonian kaum perlu diberi penekanan serius
4. Perpaduan nasional perlu dipertingkatkan
5. Rakyat Malaysia perlu menghormati kaum-kaum lain
6. Sikap toleran dan menghormati adat resam kaum lain sangat penting dijadikan
amalan rakyat Malaysia

Rumusannya kepentingan Hubungan Etnik ialah
1. Hubungan etnik akan menjadi cirri penting dalam mencorakkan sistem sosial
Malaysia.
2. Menjadi warna kehidupan rakyat Malaysia yang Berjaya dihayati bersama
3. Menyokong dasar dan program pihak kerajaan untuk memupuk perpaduan seperti
Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan (Sekolah Wawasan, Sekolah
Bestari, Kluster dll) Dasar Kebudayaan Kebangsaan, penggabungan parti-parit
politik seperti Barisan Nasional, Integrasi Wilayah (merapatkan jurang kemiskinan
antara luar Bandar dan Bandar) dan merapatkan antara Semenanjung, Sabah dan
Sarawak

http://hubunganetnik-ipgkpi.blogspot.com/2012/07/latar-belakang-hubungan-
etnik.html

You might also like