You are on page 1of 18

BAB 6: PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

BAB 6 : PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HE DI MALAYSIA



DEFINISI PERLEMBAGAAN
Satu set peraturan atau undang-undang tertinggi sesebuah negara
Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual
Menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif, aspek bahasa,
agama, kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya
KEPENTINGAN
Menjamin kestabilan politik serta sistem pemerintahan negara yang cekap dan adil
Mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosial yang dapat
memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara
Melindungi kepentingan semua kumpulan etnik
PEMUAFAKATAN (Konsep Pakatan Murni /Quid Pro Quo/ Kontrak Sosial)
Maksud : Persetujuan atau pemuafakatan politik dan tolak ansur antara pemimpin
kaum di Tanah Melayu dalam mewujudkan kandungan perlembagaan
"Pakatan Murni"/Qiud Pro Quo (equal exchange) / Kontrak Sosialdibentuk dalam
aspek menghormati hak dan kepentingan kaum dalam Perlembagaan Persekutuan.
Hasil Pemuafakatan (konsep 4+1): asas kandungan perlembagaan. 4 unsur tradisi
+1 hak-hak bukan bumiputra
Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan
Kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera
+
Masyarakat bukan Melayu mendapat keistimewaan sebagai warganegara. Layanan
yang sama dengan masyarakat tempatan.
SEJARAH PENGGUBALAN

Perlembagaan Malayan Union (MU) 1946
Ditentang orang Melayu kerana mencabar kuasa Sultan dan hak Melayu serta
menjadi T. Melayu tanah jajahan mahkota
MU terbatal
Orang Melayu menubuhkan UMNO. Kemudian PTM 1948 ditubuhkan dengan
kerjasama British
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948
British mengisytiharkan PTM pada 1 Feb 1948
Kerjasama antara orang Melayu dan bukan Melayu semakin kuat.
Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum/ JHAK, terdiri daripada pelbagai
etnik: Menyelesaikan masalah perlembagaan, politik dan ekonomi yang wujud akibat
permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik. Berjaya memupuk
persefahaman
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Digubal oleh Suruhanjaya Reid.
Lord Reid (Britain)
Sir Ivor Jennings (Britain)
Sir William McKell (Australia)
B. Malik (India)
Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
Suruhanjaya Reid membuat tinjauan cadangan daripada parti-parti politik, orang
ramai, kesatuan sekerja, individu-individu dan Raja-Raja Melayu.
Menerima 131 memorandum bertulis
Memorandum Parti Perikatan - "Pakatan Murni" hasil rundingan dan tolak ansur
UMNO, MCA dan MIC. Meliputi 2 perkara penting iaitu:
Mengekalkan 4 unsur tradisi dalam perlembagaan (Bahasa Melayu, Agama Islam,
Institusi Beraja dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera)
Hak untuk menjadi warganegara bagi kaum bukan Melayu berasaskan prinsip jus
soli
Pakatan Murni juga dikenali "Kontrak Sosial": Kaum Melayu menerima kerakyatan
bukan Melayu dan bukan Melayu bersetuju dengan hak istimewa Melayu dan
Bumiputera
Mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial
Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963
PPTM 1957 telah diperbaharui apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung
dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia pada 16 September 1963.
PPTM 1957 dijadikan asas kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan
Malaysia.
Persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak.
Perkara Dua Puluh. 20 tuntutan Sabah dan Sarawak yang bersetuju untuk menyertai
Malaysia( imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa Bumiputera Sabah
Sarawak)
UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN
Merupakan "kontrak sosial" yang telah dipersetujui bersama semasa penggubalan
perlembagaan.
Meliputi bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera
Sabah dan Sarawak serta pemerintahan beraja
Dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang
dilarang dalam perbincangan awam.
Perkara 152 : BAHASA KEBANGSAAN
Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain
menggunakan bahasa mereka.
Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan, mengajar
atau belajar apa-apa bahasa lain.
Perkara 3 : AGAMA RASMI
Agama Islam agama rasmi persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan
Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan
setiap agama mempunyai hak untuk:
Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.
Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat.
Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya
mengikut undang-undang.
Perkara 153 : KEDUDUKAN ISTIMEWA
Kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak
Tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain.
Meliputi perkara-perkara seperti:
Jawatan dalam perkhidmatan awam (PERKHIDMATAN AWAM)
Pemberian biasiswa dan bantuan (PENDIDIKAN)
Kemudahan pendidikan (PENDIDIKAN)
Lesen untuk perniagaan dan perdagangan (EKONOMI)
TAKRIF MELAYU dalam Perkara 160:
Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu.
Menganut agama Islam.
Mengamalkan adat istiadat Melayu.
Pemerintahan Beraja
Telah lama diamalkan dalam masyarakat Melayu sejak zaman Melayu Melaka.
Zaman British, Adat dan Agama Islam dikhususkan di bawah penjagaan Raja.
Malayan Union mendapat tentangan Melayu kerana Raja kehilangan kuasa, dan
diselamatkan oleh PTM 1948.
Selepas mencapai kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan di bawah konsep
Raja Berperlembagaan.
Konsep Raja Berperlembagaan: raja-raja bertindak mengikut lunas-lunas
perlembagaan yang telah ditetapkan
KERASIONALAN

Rasional Perkara 153
Semasa penggubalan Perlembagaan, telah wujud semangat persefahaman,
akomodatif, berkongsi kuasa dan sedia berkorban di kalangan orang Melayu dan
bukan Melayu.
Dikenali sebagai "Kontrak Sosial".
Kaum Melayu melonggarkan syarat kerakyatan bagi bukan Melayu manakala kaum
bukan Melayu menerima hakikat kedudukan istimewa hak orang Melayu.
Rasional Perkara 152
Bahasa kebangsaan penting sebagai wadah komunikasi atau bahasa pertuturan
umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum.
Hasil pemuafakatan perlembagaan, bahasa Melayu diterima sebagai bahasa
kebangsaan.
Namun, penggunaan bahasa ibunda kaum lain tidak terjejas.
Rasional pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah kerana
bahasa Melayu menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad-abad lamanya.
Zaman penjajah telah dijadikan bahasa rasmi. Pegawai Eropah perlu belajar dan
lulus bahasa Melayu
Rasional Perkara 3
Islam dipilih sebagai agama rasmi kerana telah bertapak lebih 600 tahun lampau
Banyak mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang Melayu sehingga
sekarang berbanding dengan agama lain.
Semasa penjajahan British, kedudukan agama Islam tidak diganggu dan
diserahkan urusannya kepada Raja-Raja Melayu.
Perlembagaan Malayan Union dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
turut mengecualikan perkara ini
Islam sesuai dengan takrif Melayu seperti yang terdapat dalam Perkara 160.









PENGENALAN PERLEMBAGAAN :

Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan
serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada
kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara
Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga
tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh
perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom.
Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan
pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur,
ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi
kepada Negara.



SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan Malayan Union (1946)

Setelah tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1945 , Parti Komunis
Malaya(PKM) telah mengisi kekosongan politik di Tanah Melayu selama 14 hari.
Kemudian, tentera British telah menamatkan keganasan tersebut dan mewujudkan
Pentadbiran Tentera British (PTB) pada September 1945. Selepas itu, kerajaan
Malayan Union telah diperkenalkan pada 1 April 1946. Malayan Union telah
mendapat tentangan hebat daripada orang-orang Melayu kerana tujuan, cara
penubuhan dan ciri-cirinya. Antara tujuan penubuhan Malayan Union adalah untuk
mengurangkan dan mengawal kuasa politik orang Melayu kerana bekerjasama
dengan pemerintahan Jepun. Cara penubuhannya pula secara autokratik tanpa
memberi peluang kepada raja-raja Melayu untuk membincangkannya.
Perlembagaan Malayan Union telah diselenggarakan oleh pihak British Colonial
Office. Malayan Union diselenggarakan di England yang diusulkan oleh kerajaan
'Labour' yang memerintah pada masa itu.

Menurut Shamsul (2008), Perlembagaan Malayan Union 1946 mempunyai
beberapa ciri. Pertama, kesemua 9 buah negeri Melayu serta Melaka dan Pulau
Pinang disatukan sebagai sebuah tanah jajahan Inggeris yang diketuai oleh seorang
Gabenor British dengan bantuan Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis
Perundangan. Kedua, Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan di bawah kuasa
seorang Gabenor British. Ketiga, Semua bidang kuasa raja-raja Melayu dalam
kerajaan Malayan Union termasuk hak menentukan dasar luar negeri diambil alih
oleh Gabenor . Keempat, Raja-raja Melayu walaupun diberi hak terhadap agama
dan adat resam Melayu tetapi tidak mempunyai kuasa ke atasnya kerana baginda
hanya bertaraf ahli biasa dalam Majlis Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Gabenor
Malayan Union. Kelima, Perlembagaan Malayan Union juga mengiktiraf taraf
kerakyatan pendatang asing melalui lunas Jus Soli mengikut kelahiran dan juga
kelonggaran diberi kepada kaum pendatang yang memohon menjadi rakyat Malayan
Union.




Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu(1948)

Melihatkan kesungguhan orang Melayu dalam menentang habis-habisan Kerajaan British,
akhirnya pada Julai 1946, British mula bertolak ansur melalui penubuhan satu jawatankuasa kerja
yang terdiri dari wakil-wakil UMNO, wakil raja-raja negeri Melayu dan wakil kerajaan British.
Tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut adalah untuk menggubal satu perlembagaan yang
baharu dan ianya telah dipersetujui melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perjanjian ini
telah dimeterai di King House pada 21 Januari 1948.
Mengikut perjanjian ini, negeri-negeri Melayu Pulau Pinang dan Melaka menjadi Tanah
Perlindungan British manakala Singapura tetap menjadi tanah jajahan mereka. Kedaulatan raja-raja
Melayu juga dipulihkan. Manakala Kuasa Tertinggi British adalah di bawah Pesuruhjaya Tinggi yang
dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Dewan Perundangan.
Melalui perjanjian ini syarat-syarat kewarganegaraan diperketatkan dan hak istimewa orang
Melayu dipelihara. Akibatnya wujud ketidakpuashatian di antara kaum yang menyebabkan satu
perjumpaan bagi membincangkan masalah tersebut telah diadakan di rumah Dato Onn dengan
dihadiri Tan Cheng Lock, Thivai Singam (mewakili MIC), Malcolm McDonald, Ronald Braddel dan
pemimpin-pemimpin lain. Perjumpaan ini bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali
sebagai Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum pada Januari 1948. Kebanyakan cadangan
mereka dimasukkan ke dalam usul-usul perundangan yang diluluskan oleh Majlis Perundangan
Persekutuan.
Melihatkan hubungan baik ini, British telah memperkenalkan Sistem Ahli iaitu dasar kepada
berkerajaan sendiri. Melalui sistem ini, British melantik beberapa orang wakil warganegara
Persekutuan Tanah Melayu Menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan yang diberi taraf
menteri. Hal ini untuk memberi latihan kepada pemimpin tempatan bagi mendapatkan pengalaman
memerintah secara demokrasi.

Perlembagaan Malaysia(1963)

Dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan, satu suruhanjaya telah
ditubuhkan dengan tujuan untuk menggubal satu perlembagaan bagi Tanah Melayu.
Suruhanjaya ini dinamakan sebagai Suruhanjaya Reid sempena nama pengerusinya
iaitu Lord William Reid. Suruhanjaya ini dianggotai oleh pakar-pakar perlembagaan
dari negara-negara Komanwel. Hasilnya, beberapa pendapat, pandangan dan
memorandum telah diterima daripada semua lapisan rakyat sehingga terbentuknya
sebuah perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka.
Syor-syor dalam suruhanjaya ini menyentuh lima perkara iaitu kedudukan
Sultan, parlimen, bahasa, agama dan hak orang Melayu. Kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu yang merdeka akan diketuai oleh seorang Sultan. Di samping itu,
sistem kerajaan bersekutu yang sedia ada akan diteruskan dengan adanya kerajaan
pusat dan kerajaan negeri. Raja-Raja Melayu pula akan terus kekal sebagai ketua
bagi negeri masing-masing manakala Melaka dan Pulau Pinang akan terus
bergabung di dalam Persekutuan dan diketuai oleh seorang Yang Di Pertua
(Gabenor). Sistem pentadbiran kerajaan adalah bercorak demokrasi dan Ahli
Parlimen akan dipilih melalui pilihanraya umum untuk mewakili rakyat serta
mengawal pentadbiran kerajaan.
Selain daripada itu, Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya bahasa Cina
dan bahasa Tamil digunakan dalam Parlimen dan Dewan Negeri. Cadangan ini telah
ditolak, tetapi membenarkan orang Cina dan orang India menggunakan bahasa
masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah manakala
agama Islam tetap diterima sebagai agama rasmi Persekutuan.
Terdapat juga beberapa cadangan yang dipinda antaranya mengenai hak
istimewa orang Melayu di mana hak keistimewaan ini mesti dipertimbangkan semula
dari semasa ke semasa atas arahan Yang Di Pertuan Agong. Persetujuan menerima
pindaan tersebut membuktikan bahawa masyarakat di Tanah Melayu mempunyai
semangat bertolak ansur yang kuat dan utuh di kalangan rakyat pelbagai kaum.

Rentetan daripada itu, pada Januari 1956 Tunku Abdul Rahman telah
mengetuai satu rombongan ke London untuk berunding dengan Kerajaan British
bagi Penggubalan Perlembagaan Tanah Melayu Merdeka. Rundingan ini
dipengerusikan oleh Lord Lennox Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British dan satu
persetujuan telah dicapai mengenai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu. Namun
orang Melayu terpaksa berkorban memberi taraf kewarganegaraan secara longgar
kepada bukan Melayu. Hasil daripada perundingan tersebut, pada 5 Ogos 1957
wakil kerajaan British dan Sultan-sultan menandatangani Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu yang mengisytiharkan Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos
1957. Di mana Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yang berdaulat,
mengamalkan konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang
diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri yang pertama.
Upacara sambutannya telah diadakan di Stadium Merdeka dengan laungan
merdeka sebanyak tujuh kali.
Selepas beberapa tahun mencapai kemerdekaan, pada 27 Mei 1961 Tunku
Abdul Rahman telah menggagaskan penubuhan negara Malaysia yang terdiri
daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Ia
bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah penduduk,
meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepat proses kemerdekaan terhadap
Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Singapura menyambut baik idea tersebut
manakala Brunei enggan menyertainya. Manakala Sarawak dan Sabah yang
mulanya menolak cadangan tersebut akhirnya telah bersetuju apabila diberi jaminan
mengenai pemerintahan sendiri.
Kesannya, pada 17 Januari 1962 satu suruhanjaya dikenali sebagai
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-
negeri tersebut. Suruhanjaya itu dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai
oleh dua wakil Kerajaan British, Sir Anthonv Abell dan Sir David Watherston,
sementara wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula terdiri dari Datuk Wong
Pow Nee dan Encik Mohamed Ghazali Shafie manakala Mr. H. Harris bertindak
selaku Setiausaha.


Pada tahun 1962, pilihanraya telah diadakan buat pertama kalinya di Brunei
dan Sabah. Walaubagaimanapun, tentangan yang berterusan daripada Filipina dan
Indonesia telah menyebabkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menghantar satu
misi ke Borneo pada tahun 1963 yang turut melaporkan bahawa pandangan awam
di mana rata-rata menyokong penubuhan Malaysia. Selepas melalui segala cabaran
akhirnya Malaysia secara rasmi telah dibentuk pada 16 September 1963 di mana
terdiri daripada Persekutuan Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura, manakala
Brunei pula telah menolak. Pengisytiharan tersebut dibuat di Stadium Merdeka,
Kuala Lumpur. Upacara membaca deklarasi penubuhan Malaysia itu telah dilakukan
di hadapan Yang Di Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau
Pinang, Melaka, Singapura, dan Sabah. Turut serta dalam upacara itu ialah tiga
orang pemimpin dari tiga buah negeri yang baru di dalam Persekutuan Malaysia iaitu
En. Lee Kuan Yew, En. Donald Stephens dan En. Stephen Kalong Ningkan. Namun
pada tahun 1965, Singapura telah dikeluarkan dari Malaysia dan membentuk
sebuah kerajaan sendiri yang merdeka.
Perlembagaan Persekutuan mempunyai 183 Perkara yang dibahagikan
kepada 15 Bahagian. Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan-
peruntukan mengenai perkara seperti kebebasan asasi rakyat, kewarganegaraan,
badan perundangan, badan pemerintah, badan kehakiman, kewangan,
pembahagian kuasa antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan-kerajaan negeri,
kedudukan istimewa orang Melayu, tanah, pembangunan negara, perkhidmatan
awam dan pilihan raya.
UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
Unsur-unsur tradisi amat penting bagi mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke
arah perpaduan. Dalam perlembagaan Malaysia, unsur tradisional yang telah dibincangkan ialah,
bahasa kebangsaan, agama persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah
dan Sarawak serta pemerintahan beraja. Berikut ialah antara unsur yang telah dibincangkan di dalam
Perlembagaan Malaysia 1963 dalam memupuk hubungan etnik yang lebih kukuh di Malaysia kea rah
pencapaian konsep 1 Malayasia:
1. BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN (PERKARA 152)
Fasal (1) Perkara 152 dalam Perlembagaan telah memaktubkan bahasa kebangsaan negara
Malaysia ialah bahasa Melayu. Berpadanan dengan fungsinya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa
Melayu diharapkan dapat menjadi penyatu kepada kepelbagaian bangsa yang ada di Malaysia.
Hasrat ini merupakan hasrat murni tanpa menidakkan hak bangsa lain, seperti Cina dan India dalam
mengekalkan hak mereka untuk berbahasa dalam bahasa ibunda masing-masing.
Kedudukan yang sedemikian memang wajar kerana bahasa Melayu telah meresap ke dalam
badan Perlembagaan sejak dahulu lagi sepertimana yang terkandung dalam Perkara 160(2) di mana
orang Melayu dilambangkan dengan bahasa Melayu. Kenyataan ini juga dapat dilihat dalam
peruntukan di bawah Perkara 10(4) yang turut meletakkan Bahasa Melayu sebagai antara perkara
yang kedudukannya tidak boleh dipersoalkan atas nama kebebasan bersuara.
Meskipun begitu, Perlembagaan menyedari bahawa kedudukan sedemikan tidak harus
digunakan secara zalim dan digunakan sesuka hati. Justeru itu, sedikit kelonggaran dapat
diperhatikan pada fasal tertentu di bawah Perkara 152 iaitu fasal (1)(a) dan 1(b) iaitu membenarkan
pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa lain asalkan ia tidak dalam konteks kegunaan rasmi.
Hal ini berlaku sebelum merdeka lagi bahkan selepas merdeka. Cuma, terdapat beberapa perkara
ataupun dasar dan undang-undang yang berlawanan dengan peruntukan dan amalanPerlembagaan
telah dimulakan. Hal seperti inlah yang tidak boleh dipandang enteng oleh semua pihak.
Contohnya seperti yang termaktub dalam Seksyen 17(1) iaitu Menteri mempunyai kuasa
mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di mana-mana institusi
pendidikan lain. Peruntukan tersebut jelas menunjukkan bahawa kedudukan dan martabat bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar telah mengalami perubahan. Hal ini terjadi ekoran daripada
pengiktirafan yang telah dibuat terhadap Institusi Pendidikan Swasta (IPS) sebagai sebahagian
daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan melalui Seksyen 16 Akta 1996. Lantaran itu, IPS
mempunyai pilihan dalam hal penggunaan bahasa pengantar sama ada untuk mengikut amalan
sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan atau memohon pengecualian mengikut seksyen
17 akta berkenaan. Dalam konteks lain, IPS mempunyai kebebasan seluas-luasnya dalam
menentukan penggunaan bahasa pengantar. Kelonggaran inilah yang merendahkan martabat
bahasa Melayu sekali gus melemahkan pencapaian falsafah dan matlamat dasar pendidikan
kebangsaan.
Hakikat yang sebenarnya pula, Seksyen 75 sebenarnya tidak memberikan apa-apa kuasa
kepada Menteri dalam menghendaki pengajaran mata pelajaran tertentu yang relevan dalam konteks
pendidikan bersepadu dan kenegaraan di peringkat menengah atas kerana Menteri hanya boleh
meminta institusi pendidikan swasta untuk mengajarkan mata pelajaran bahasa kebangsaan apabila
bahasa lain digunakan sebagai bahasa pengantar. Hal ini bermakna bahawa Menteri tidak diberi
kuasa yang jelas untuk membolehkan pengajaran mata pelajaran bahasa Melayu diwajibkan. Selain
itu, bahasa Melayu hanya diajarkan sebagai mata pelajaran tambahan di samping mata pelajaran lain
yang diajarkan di institusi pendidikan tinggi swasta. Kesan lain yang ketara ialah bahasa Melayu
mungkin tidak mempunyai tempat dalam kurikulum pendidikan swasta kerana bukan sahaja boleh
tidak menjadi bahasa pengantar tetapi boleh juga tidak menjadi bahasa wajib. Malahan,
kedudukannya sebagai bahasa pilihan sebagai bahasa asing tidak disebut sama sekali. Oleh itu, di
manakah letaknya kedudukan bahasa Melayu itu di negara kita sekarang ini?.



2. KEKUATAN BAHASA MELAYU
Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua
franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada
abad ke-15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan
dan hubungan diplomatik. Dalam Kitab Sejarah Melayu ada menyebutkan
bagaimana para pedagang bertungkus lumus mempelajari Bahasa Melayu dan
menguasainya bagi memudahkan mereka berurusan dengan pemimpin dan
masyarakat setempat yang telah lama menggunakan bahasa itu.
Dalam konteks hubungan antarabangsa, surat-surat rasmi dan dokumen
perjanjian turut menggunakan Bahasa Melayu yang menggunakan tulisan jawi. Ini
membuktikan bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk pihak
British. Kalau mereka tidak mengerti pun ada munsyi atau guru Bahasa Melayu yang
akan mengajar mereka. Begitu juga dokumen-dokumen lain seperti undang-undang
tubuh negeri-negeri Melayu telah menggunakan Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi
sebagai medium. Semua ini membuktikan kepada kita betapa Bahasa Melayu
pernah mencapai tahap yang tertinggi dan diguna sehingga ke peringkat
antarabangsa.
Memandangkan Bahasa Melayu telah diguna sekian lama sebagai bahasa
rasmi dan basahan, sebagai bahasa komunikasi dan persuratan maka Bahasa
Melayu telah dipersetujui dan disepakati bersama oleh pemimpin pelbagai kaum di
negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagi persekutuan Malaysia yang
merdeka pada tahun 1957.Malahan permuafakatan pelbagai kaum itu dirakamkan
dalam bentuk dokumen tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara sepertimana
yang termuat dalam Perkara 152, para 1 sebagai bahasa bagi persekutuan Tanah
Melayu atau Malaysia yang merdeka. Maka sejak itu Bahasa Melayu berkembang
luas penggunaannya termasuk menjadi bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan
menjadi bahasa rasmi di semua agensi kerajaan termasuk di mahkamah.Jelas sekali
Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama dan dapat
digunakan bersama untuk mencapai matlamat perpaduan.


3. PERKAITAN BAHASA MELAYU DENGAN KONSEP 1 MALAYSIA
Bahasa Melayu memiliki banyak peranan. Salah satunya ialah bahasa
perpaduan. Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan merupakan perkara
paling utama dalam merealisasikan konsep 1 Malaysia. Perpaduan dapat
diterjemahkan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh
masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.
Tuntasnya, bahasa Melayu merupakan bahasa yang menjadi lambang penyatuan
suara yang digunakan sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan satu kelompok
manusia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama di negara ini.
Matlamat 1 Malaysia adalah ingin membentuk satu identiti masyarakat
Malaysia melalui budaya dan aspek terpenting bagi melahirkan satu budaya melalui
satu bahasa dan satu suara. Sejarah membuktikan bahawa perpaduan amatlah
sukar dicapai oleh masyarakat pelbagai ras dan etnik tetapi perkara tersebut bukan
mustahil. Salah satu contoh dapat diperhatikan melalui sistem pendidikan negara
kita.
Seperti yang kita semua sedia maklum, sistem pendidikan kebangsaan
dipecahkan kepada dua model, iaitu sekolah yang berteraskan bahasa kebangsaan
dan sekolah yang berteraskan bahasa lain, selain daripada bahasa kebangsaan.
Sekolah yang berteraskan bahasa kebangsaan bermaksud sekolah yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, manakala sekolah yang
berteraskan bahasa lain merujuk kepada kategori sekolah jenis kebangsaan, seperti
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang menggunakan bahasa Mandarin dan
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang menggunakan bahasa Tamil sebagai
bahasa pengantar, selain bahasa Melayu sebagai salah satu mata pelajaran wajib
diajarkan dan dipelajari.




Pembentukan sistem pendidikan yang sedemikian rupa adalah untuk
menggantikan sistem pendidikan semasa zaman kolonial yang mempunyai empat
sistem pendidikan yang terpisah, iaitu pendidikan Melayu, Cina, India dan Inggeris.
Sekolah Melayu, Cina dan India ini dikenali sebagai sekolah vernakular. Sekolah-
sekolah ini berbeza antara satu sama lainnya dari aspek bahasa pengantar,
kurikulum, kandungan kurikulum yang digunakan, dan penawaran peringkat
pendidikan yang ditawarkan. Bagi sekolah Melayu dan Tamil, pendidikan ditawarkan
sehingga tahun enam sekolah rendah, manakala sekolah Cina sehingga menengah
rendah, dan sekolah Inggeris pula sehingga peringkat tinggi.
Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang
Dunia Kedua ialah mencari formula ataupun strategi bagi melahirkan satu
masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang
mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan
rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai
rakyat Malaysia. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam
sesebuah negara ialah menerusi pendidikan.
Selain daripada itu, bagi menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di
Malaysia ini ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu
bahasa perhubungan dan persefahaman di antara semua kaum dapat diwujudkan
tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan
rasa hormoni antara kaum di negara ini. Tambahan pula, Ordianan Pelajaran 1957
memperakui dan mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran
yang sama manakala Bahasa Melayu pula digunakan sebagai bahasa pengantar di
semua sekolah, khusus untuk membantu perpaduan kaum dan menjadi wahana
berkesan untuk komunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek
atau bahasa di negara.




Mengambil iktibar terhadap keadaan yang berlaku semasa zaman kolonial itu,
maka sekolah vernakular tidak diteruskan lagi. Hal ini adalah kerana, bagi sebuah
negara yang merdeka dan ingin terus merdeka, kedamaian dan kemajuan negara
bangsa menjadi agenda utama, dan penyatuan antara bangsa yang pelbagai ini
telah diusahakan dengan pelbagai cara. Antara langkah yang telah dilaksanakan
termasuklah mewajibkan mata pelajaran Bahasa Melayu pada semua peringkat
sekolah, baik rendah mahupun menengah, dan diajarkan di sekolah kebangsaan
dan jenis kebangsaan. Lanjutan daripada usaha tersebut, perkembangan pendidikan
terkini ialah pihak pemerintah akan mewujudkan sekolah wawasan untuk penyatuan
bangsa dan sebagai ruang untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai alat
perpaduan bangsa.
Perancangan dan pelaksanaan sekolah wawasan yang menyatukan dua atau
tiga buah sekolah rendah yang berlainan aliran di dalam kawasan yang sama,
merupakan usaha terkini pihak pemerintah dalam merealisasikan hasrat negara
bangsa. Dalam penubuhan sekolah wawasan ini, sekolah yang berlainan aliran akan
berkongsi kemudahan asas, seperti padang, kantin, dan lapangan perhimpunan
tanpa menidakkan peranan sedia ada sekolah jenis kebangsaan yang terpilih dalam
kelompok pembentukan sekolah wawasan tersebut.
Secara eksplisitnya, pembentukan sekolah wawasan ini adalah untuk
menyatukan dua atau tiga buah sekolah yang dahulunya berasingan menjadi satu.
Secara implisitnya pula adalah untuk membentuk satu kesatuan pendidikan dalam
jumlah yang lebih besar. Walaupun masih mengekalkan Kurikulum Kebangsaan,
iaitu bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan,
manakala sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, masing-masingnya
mengekalkan bahasa Mandarin dan Tamil, situasi ini tidak menghalang usaha
penyatuan ketiga-tiga bangsa tersebut.




Dengan penubuhan sekolah wawasan, usaha mewajibkan mata pelajaran
bahasa Melayu tidak lagi dianggap sebagai usaha utama kerana usaha ini
sememangnya telah dilaksanakan sejak sekian lama. Sebaliknya, usaha penyatuan
dilaksanakan melalui kaedah yang baharu, iaitu melalui Perhimpunan Bulanan yang
melibatkan kedua-dua atau ketiga-tiga buah sekolah. Dalam perhimpunan ini,
bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasminya, dan penggelompokan dua atau
tiga buah sekolah berlainan aliran ini memudahkan usaha negara untuk menyatukan
murid-murid ini dalam sebuah kesatuan.
Selain itu, 1 Malaysia sudah pastinya dapat diwujudkan melalui pembentukan
jati diri bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang mudah
difahami. Penyatuan rakyat melalui bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan
boleh diwujudkan melalui penerapan nilai-nilai murni seperti yang tercatat dalam
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu ke arah pembentukan
masyarakat yang bersatu padu.
Selaras dengan konsep 1 Malaysia, bahasa Melayu bukan sahaja mampu
menyampaikan pelbagai ilmu malahan ia juga memikul tanggungjawab yang besar
sebagai bahasa persatuan dan kesatuan kaum di Malaysia. Perkara ini telah
dibuktikan sejak sekian lama kerana melalui perpaduan yang kukuh dan
persefahaman kaum yang kuat dalam kalangan masyarakat, suasana politik dan
sosial juga turut stabil sekali gus merancakkan lagi sektor ekonomi negara. Secara
tuntasnya, inilah berkat hasil bahasa Melayu yang dijadikan bahasa pengantar
utama dalam sistem pendidikan negara ini sejak awal tahun 70-an.Selain itu,
Bahasa Melayu juga telah memperkasa anak watan dalam pelbagai bidang
khususnya bidang pendidikan, sains dan teknologi, ekonomi sekali gus dapat
melahirkan golongan kelas menengah yang menjadi sinergi dan sumber manusia
yang terus menjadi pemangkin pembangunan bangsa dan negara.






Bahasa Melayu yang dahulunya hanya berperanan sebagai lingua franca dan
juga bahasa kedua akhirnya menjadi bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa
komunikasi, bahasa perundangan, bahasa pentadbiran dan bahasa yang dapat
mengungkapkan pelbagai genre dan domain ilmu. Oleh hal yang demikian,bagi
memastikan semangat dan kecintaan terhadap kepentingan dan kemampuan
bahasa Melayu memainkan peranannya sebagai bahasa ilmu dan wahana
merealisasikan Gagasan 1 Malaysia, usaha promosi harus dipergiat dari semasa ke
semasa. Contohnya sepertimana yang telah diutarakan oleh pihak Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) yang meletakkan tiga matlamat ke arah mempertingkatkan
kembali martabat dan kedudukan bahasa Melayu.
Antara matlamat yang diingini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
ialahmengembalikan maruah dan wibawa bahasa Melayu sesuai dengan statusnya
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi seperti yang termaktub dalam
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967,
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi sosial untuk kehidupan
moden dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa
pengucapan budaya tinggi.
Berdasarkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, fungsi bahasa Melayu
sebagai bahasa komunikasi tidak perlu dipersoalkan lagi apabila rata-rata anak-anak
berinteraksi dengan rakan sebaya di sekolah, majikan dan pekerja berkomunikasi di
pejabat bahkan urusan jual beli di pasar raya juga kita sering mendengar bahasa
Melayu diujarkan.
Kesimpulannya, Gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri
adalah selangkah di hadapan kita. Perbezaan bahasa bukan lagi penghalang ke
arah usaha murni kerajaan ini kerana kita adalah satu bangsa, satu bahasa dalam
Gagasan 1 Malaysia. Bersama kita menyokong usaha DBP ke arah pencapaian 1
Malaysia.





4. HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK
Kedudukan istimewa orang Melayu bukanlah sesuatu yang baru. Sebagai
bukti, perkara ini telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
tahun 1948. Peruntukan ini diwujudkan bertujuan menjaga hak orang Melayu
sebagai penduduk asal negara. Peruntukan ini juga bertujuan mempertingkatkan
kemajuan orang Melayu yang ketinggalan dalam semua bidang kehidupan, supaya
setaraf dengan kaum bukan Melayu yang lebih maju. Sebelum perjanjian ini
ditubuhkan, pihak British telah memperkenalkan Malayan Union yang sekaligus telah
melenyapkan kekuasaan Raja-Raja Melayu, agama Islam dan adat istiadat Melayu,
malah hak kerakyatan secara jus soli kepada orang bukan Melayu adalah dianggap
percubaan menghapuskan hak dan masa depan orang Melayu. Oleh hal yang
demikian, orang-orang Melayu melakukan penentangan secara meluas. Disebabkan
penentangan yang sangat hebat daripada orang Melayu, pihak British telah
membubarkan Malayan Union dan menggantikannya dengan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Menyentuh tentang hak-hak keistimewaan orang Melayu, sejarah awalnya
bermula dengan rungutan-rungutan dan desakan-desakan yang dibuat oleh raja
Melayu dalam sidang durbar yang bermula dalam tahun 1897 di Kuala Kangsar.
Sekitar tahun 1913, pelbagai enakmen untuk melindungi tanah orang Melayu mula
diluluskan. Meskipun surahanjaya Reid tidak bersetuju dengan cadangan UMNO
dan perikatan supaya kedudukan ini dikekalkan, parti yang memerintah berpendapat
bahawa pandangan surahanjaya tersebut tidak dapat diterima. Selepas 1971,
peruntukan ini dipinda dan diperluaskan untuk meliputi kedudukan rakyat asal Sabah
dan Sarawak. Oleh hal yang demikian, perlembagaan telah dirangka berdasarkan
nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956.
Perlembagaan itu kemudiannya berkuatkuasa apabila negara mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Di dalam Perlembagaan Malaysia, terdapat beberapa kriteria yang
diketegorikan sebagai orang Melayu. Antaranya ialah individu yang lazimnya
bertutur dalam Bahasa Melayu, menganut agama Islam dan juga mengamalkan adat
istiadat Melayu. Manakala, semua suku kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak
di kira sebagai bumiputera dan layak menerima hak keistimewaan seperti yang
terkandung dalam perlembagaan. Terdapat beberapa rasional tertubuhnya Perkara
153 Perlembagaan Malaysia. Hal ini adalah untuk mengabil kira semangat
persefahaman, toleransi, berkongsi kuasa dan sedia berkorban dalam kalangan
orang Melayu dan bukan Melayu ketika penggubalan perlembagaan. Hal ini juga
berkaitan dengan intipati kontrak sosial yang sebelum ini telah dilaksanakan.
Perkara 153 Perlembagaan Malaysia telah meletakkan Yang di-Pertuan
Agong sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dalam menjaga hak-hak istimewa
orang Melayu dan Bumiputera bagi negeri-negeri Borneo serta kepentingan-
kepentingan yang lain mengikut peruntukan perkara tersebut. Perkara 153
Perlembagaan telah memaktubkan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera
Sabah dan Sarawak meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa,
pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diperlukan. Namun begitu,
perkara ini dilaksanakan tanpa melakukan penindasan kepada kaum-kaum lain.
Sebagai contoh, hak istimewa seseorang yang berbangsa Melayu tersebut tidak
dapat diberikan sekiranya terdapat kaum lain yang lebih berkelayakan dan sudah
menerima biasiswa yang ditawarkan. Tiada penarikan semula biasiswa yang telah
ditawarkan kepada kaum yang berlainan walaupun terdapat orang Melayu yang
memohon mendapatkan biasiswa tersebut.
Bagi perkhidmatan awam, Yang di-Pertuan Agong menentukan rezab bagi
orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dengan memperuntukkan kadar
bilangan jawatan dalam perkhidmatan tersebut yang baginda fikirkan perlu. Namun
begitu, layanan yang sama rata tetap diberikan kepada setiap kaum dari segi
kenaikan pangkat, gaji dan kebajikan yang lain. Hal ini ialah satu tindakan yang
rasional kerana pada zaman penjajah orang Melayu dan bumiputera Sabah dan
Sarawak hanya mempunyai peluang yang sedikit untuk menganggotai perkhidmatan
awam. Dengan ini, semua kaum dapat berkerjasama di bawah satu bumbung dan
belajar untuk berkerjasama dengan semua pihak bagi memastikan kecemerlangan
bidang yang diceburi. Selain itu, dengan terbentuknya Perkara 153 ini, hak orang
Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak akan terbela dengan mengimbangi
jumlah perkerja pelbagai kaum yang menganggotai perkhidmatan awam.
Di samping itu, dengan tertubuhnya Perlembagaan Malaysia, mampu
memperbetulkan keseimbangan ekonomi antara orang Melayu dengan bukan
Melayu. Semasa zaman penjajahan British, kebanyakan sumber ekonomi
dieksplotasi oleh kaum Cina. Kaum Melayu hanya dijadikan buruh-buruh yang
bekerja sebagai petani, nelayan mahupun buruh. Perkara 153 dilihat dapat
membantu orang Melayu dan bumiputera untuk memajukan diri. Hal ini kerana,
sekiranya orang Melayu mahupun bumiputera memohon pinjaman bank,
permohonan mereka akan diproses terlebih dahulu. Walaupun begitu, permohonan
kaum lain tidak sesekali diabaikan sekiranya mereka memenuhi kriteria yang
diperlukan. Secara tidak langsung, jurang antara bangsa melayu serta bumiputera
Sabah dan Sarawak dengan kaum-kaum lain dapat dirapatkan dan melahirkan
masyarakat majmuk yang murni.
Dalam sistem pendidikan, orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
juga mendapat keistimewaan mereka yang tersendiri. Hal ini kerana, sistem
pendidikan tinggalan penjajah suatu ketika dahulu telah membiarkan golongan ini
keciciran dalam pembelajaran. Dengan tertubuhnya Perlembagaan Malaysia, secara
tidak langsung hak-hak orang Melayu serta bumiputera Sabah dan Sarawak ini
terbela. Hal ini terbukti apabila kuota kemasukan orang Melayu dan bumiputera ialah
lebih banyak daripada kaum lain untuk ke sekolah berasrama penuh. Walaupun
begitu, kedudukan kaum lain tidak terjejas. Kerajaan tidak sekali-kali menghapuskan
sekolah Cina dan Tamil untuk memberi peluang kepada mereka meneruskan
pengajian. Toleransi antara kaum juga menyebabkan pemberian pendidikan
diberikan kepada semua kaum menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) yang memberi pinjaman kepada semua untuk pembiayaan kos
pendidikan. Oleh hal yang demikian, tiada rasa tidak puas hati akan wujud dalam
kalangan rakyat yang pelbagai di Malaysia.
Kesimpulannya, pelbagai cara yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi
membentuk masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu. Oleh hal yang
demikian, sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita mempunyai kesedaran dalam
menjayakan program yang telah dirancang dan juga bertanggungjawab bagi
memastikan negara terus aman dan damai.

You might also like