You are on page 1of 1

ekan, Ahad Lebih 500 penghuni

rumah awam kos rendah (PAKR)


peringkat dua, perkampongan
nelayan Kuala Pahang mendakwa
mereka diancam nymuk terutama
menjelang malam sejak 10 tahun lalu.
Menurut mereka, sepanjang tempoh itu,
RM 396, 000 dibelanjakan untuk
membeli ubat nyamuk bagi mencegah
kegiatan serangga itu.
Kehadiran nyamuk yang terlalu
banyak, berikutan semua longkang disekitar
kawasan perumahan terbiar serta dipenuhi
sampah sarap dan air bertakung.
Kawasan itu bukan sahaja dipenuhi
sampah sarap malah longkang busuk
kerana sikap penghuni membuang
bungkusan plastik, tin minuman dan kertas
sesuka hati, manakala kerja memungut dan
membersihkan sampah dilakukan oleh
Majlis Daerah Pekan.
Jika longkang berkenaan
dibersihkan penduduk terbabit pasti
pembiakan nyamuk dapat dicegah. Seorang
penduduk berkata air longkang bertakung
kerana ada pihak tidak bertanggungjawab
membuang sampah kedalam longkang
tersebut.
Beliau berkata penghuni berkenaan
membelanjakan kira kira RM 30 sebulan
bagi membeli sekurang kurangnya lima tin
racun serangga seberat 403 gram untuk




menghalau nyamuk atau mencegah gigitan
serangga itu.
Menurut seorang lagi penghuni
disitu, mereka sering menganjurkan gotong-
royong bagi membersihkan longkang
terbabit, tetapi kurang mendapat sambutan
dikalangan penghuni itu sendiri.
Seorang suri rumah berusia 30
tahun dan enggan namanya disiarkan,
berkata setiap malam dia terpaksa
menggunakan kelambu untuk
menghindarkan bayinya berusia enam
bulan dari digigit nyamuk.
Katanya, nyamuk semakin banyak
berikutan tiada usaha membersihkan
longkang oleh pihak yang
bertanggungjawab itu sejak lebih 10 tahun
lalu.
P
PENGHUNI RUMAH DIANCAM NYAMUK

You might also like