You are on page 1of 6

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN DATUK

KUMBAR, ALOR SETAR, KEDAH DARULAMAN.


NAMA PROJEK : PROGRAM BISKUT RAYA DI PPKI
TEMPOH PELAKSANAAN : 21 JULAI 2014 HINGG 23 JULAI 2014

OBJEKTIF :
1. Memenuhi keperluan individu yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan ke
arah kehidupan yang lebih bermakna selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Khas.
2. Memberi peluang kepada murid-murid istimewa berkomunikasi dengan
masyarakat sekeliling dan persekitaran.
3. Melahirkan perasaan yakin dan mewujudkan perasaan gembira pada murid-
murid istimewa.
4. Murid-murid dapat didedahkan dengan persekitaran dunia luar supaya
mereka dapat menyesuaikan dalam apa jua keadaan.
5. Program ini bertujuan agar murid dapat memenuhi keperluan individu dari
segi jasmani, sosial, emosi dan rohani.










LAPORAN
a) SEBELUM
Seminggu sebelum 21 Julai 2014, saya bersama rakan-rakan praktikum yang lain
telah bercadang untuk mengadakan Program Biskut Raya. Saya juga telah merujuk
dan berbincang dengan guru-guru Pendidikan Khas di sekolah ini dan meminta
persetujuan serta kata sepakat bagi menjayakan program ini.
Setelah mendapat persetujuan dan kebenaran daripada pihak guru besar,
saya dan rakan-rakan telah berbincang mengenai aktiviti-aktiviti yang akan diadakan
pada hari yang telah ditetapkan. Segala persiapan telah dibincangkan seperti
peralatan dan bahan untuk membuat kuih raya, bilangan murid yang terlibat, kuih
yang akan dibuat serta persiapan tempat. Sehari sebelum berlangsungnya aktiviti ini
saya bersama rakan-rakan yang lain telah memaklumkan kepada murid serta waris
tentang program ini.
b) SEMASA
Program ini telah berlangsung selama tiga hari iaitu pada hari isnin hingga rabu
bersamaan 21 Julai hingga 23 Julai 2014. Pada hari isnin kuih yang dibuat adalah
popia nestum manakala hari selasa adalah kuih siput. Pada hari rabu pula adalah
acara pembungkusan kuih raya serta mengagihkan kepada semua murid PPKI.
Pembinaan jadual kelas telah disediakan bagi memastikan murid-murid yang
terlibat dapat mempelajari cara-cara membuat kuih dan dapat merasai sendiri
kemeriahan menjelang hari raya nanti. Bagi murid yang mengalami masalah motor
halus, mereka akan diberikan pengajaran khas bagi membantu mereka membuat
kuih. Semua guru juga terlibat di dalam membantu murid-murid membuat kuih raya
dan sama-sama menjayakan program ini.
c) SELEPAS
Setiap kali Program Biskut Raya ini berakhir, saya dan rakan-rakan akan
mengemas bilik masakan dan menyimpan semula peralatan dan bahan yang telah
digunakan di tempat yang selamat. Setelah semua kuih raya dibungkus, saya dan
rakan-rakan telah mengedarkan kuih raya ini kepada semua murid sebelum waktu
pulang dan bersalam-salaman dengan mereka.





SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN DATUK KUMBAR
JALAN DATUK KUMBAR, ALOR SETAR, KEDAH

LAPORAN DOKUMENTASI
BISKUT RAYA PENDIDIKAN KHAS
SK JALAN DATUK KUMBAR
2014



TEMPAT:
SK JALAN DATUK KUMBAR

TARIKH :
21 JULAI HINGGA 23 JULAI 2014

MASA :
08.00 PAGI 11.00 PAGI

Anjuran:
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SK JALAN DATUK KUMBAR
REFLEKSI PROJEK
a) KEKUATAN PROJEK
Kekuatan yang diperolehi semasa menjalankan projek ini adalah dapat membantu
melatih kekuatan motor kasar dan motor halus terhadap murid-murid pendidikan
khas di samping memberikan keseronokan dan kemahiran membuat biskut yang
mudah.Ini membantu murid-murid dalam meningkatkan pelbagai kemahiran
keusahawanan mereka.
Selain itu juga, projek yang dilaksanakan ini juga dapat membantu
meningkatkan kemahiran sosial murid. Semasa melaksanakan projek ini, murid
boleh berinteraksi dengan guru dan rakan secara aktif. Oleh itu, hubungan yang baik
di antara murid dengan murid serta guru dengan murid dapat dieratkan lagi.
Kekuatan yang diperoleh semasa menjalankan projek ini juga ialah dapat
mewujudkan perasaan gembira, pengalaman baru dan suasana menjelang hari
raya. Ini bukan sahaja memberikan mereka kefahaman tentang pelbagai situasi
dalam kehidupan mereka, malah memberikan pengalaman secara praktikal yang
dapat digunakan pada masa akan datang.
Tambahan pula, semasa menjalankan projek ini, kami dapat mengenal pasti
murid yang mempunyai minat dalam bidang masakan dan berbakat serta berpotensi
untuk menceburi bidang ini. Ini secara tidak langsung memberikan mereka
pendedahan awal dalam bidang keusahawanan ini. Ini juga sangat penting dalam
membawa mereka ke arah hala tuju hidup mereka. Terdapat beberapa kemahiran
yang diajar iaitu seperti menggulung, mengadun, menggoreng, memotong dan
membungkus makanan.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai kekuatan yang diperoleh sepanjang kami
melaksanakan projek ini. Projek ini bukan sahaja memberikan pengalaman kepada
murid-murid, malahan projek ini merupakan pengalaman yang berguna dan
bermakna kepada kami sebagai guru pelatih. Projek sebegini kelihatan mudah tetapi
mempunyai pelbagai kemahiran yang berguna terhadap murid-murid pendidikan
khas.

b) KELEMAHAN PROJEK

Terdapat beberapa kelemahan yang wujud semasa menjalankan projek biskut raya
bersama murid-murid pendidikan khas di PPKI SK Jalan Datuk Kumbar. Antaranya
ialah selama tiga hari kami melaksanakan projek ini, ramai murid yang tidak hadir ke
sekolah. Ini menyebabkan murid-murid tersebut tidak dapat menyertai aktiviti
membuat biskut raya bersama-sama.
Selain itu juga, kelemahan yang terdapat semasa menjalankan projek ini ialah
keadaan fizikal murid yang tidak bersih seperti kebersihan kuku, tangan dan rambut
yang tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti membuat biskut raya. Oleh itu, kami
terpaksa meminta murid mengemaskan diri dan memotong kuku sebelum
memulakan aktiviti. Ini bagi memastikan mereka mengetahui kepentingan aspek
kebersihan sebelum memulakan aktiviti memasak.
Kelemahan yang wujud sepanjang aktiviti membuat kuih raya ini adalah
peralatan membuat kuih siput adalah terhad. Oleh itu, murid-murid terpaksa bergilir-
gilir untuk membuat kuih siput tersebut. Justeru itu, terdapat murid yang tidak
berkesempatan mencuba membuat kuih raya tersebut kerana waktu bagi kelas
mereka telah tamat.
Selain itu juga, kekurangan peralatan membuat kuih siput menyebabkan
masa untuk menghabiskan adunan tepung agak lama. Hal ini kerana, bentuk kuih
siput yang kecil memerlukan masa yang lama untuk disiapkan jika tidak dibuat
secara beramai-ramai.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai kelemahan yang perlu diberikan
penambahbaikan untuk menjalankan aktiviti membuat biskut raya pada masa akan
datang. Kerjasama daripada guru, murid dan pembantu pengurusan murid akan
melancarkan lagi setiap aktiviti yang dijalankan.








C) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROJEK

Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi melancarkan lagi aktiviti
membuat biskut raya bersama murid-murid pendidikan khas pada masa akan datang
ialah memberikan makluman lebih awal mengenai aktiviti yang akan dijalankan
kepada murid secara terperinci agar dapat menarik minat murid untuk hadir ke
sekolah dan mengikuti aktiviti yang dijalankan.
Selain itu, guru perlu mengingatkan murid-murid supaya menjaga kebersihan
kuku dan badan pada setiap masa supaya kebersihan dan kesihatan murid lebih
terjamin, malah menjadikan kebersihan sebagai amalan dalam kehidupan mereka.
Guru juga perlu menerangkan kepada murid tentang kepentingan menjaga
kebersihan.
Penambahbaikan yang boleh dibuat untuk aktiviti seperti ini pada masa akan
datang ialah guru peru memastikan peralatan untuk membuat aktiviti mencukupi dan
semua murid berpeluang untuk mencuba. Selain itu juga, guru-guru boleh membawa
peralatan membuat kuih dari rumah untuk digunakan bersama-sama. Oleh itu,
aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan mudah.

You might also like