You are on page 1of 17

163

OUM
TOPIK 10 PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
TOPIK 10 PENILAIAN MATA PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
PENGENALAN
Topik ini akan membincangkan tentang penilaian formal dan tidak formal, dari segi jenis-
jenisnya dan cara pelaksanaannya kepada pelajar. Dalam penilaian formal, anda akan
didedahkan dengan cara untuk menggunakan Jadual Penentu Tugasan (JPT) dan Jadual
Penentu Ujian (JPU). Setelah itu, topik ini akan menjelaskan pula isu-isu yang terdapat
dalam penilaian, kelebihan dan kelemahan penilaian formal dan tidak formal, dan juga
masalah dalam penilaian formal dan tidak formal.
PETA MINDA
Penilaian Formal
Isu-isu dalam Penilaian
Penilaian Tidak Formal
Jenis-jenis Penilaian Formal
Kelemahan Penilaian
Formal dan Tidak Formal
Masalah dalam Penilaian
Formal dan Tidak Formal
Pelaksanaan Penilaian
Tidak Formal
Jenis-jenis Penilaian Tidak
Formal
Jadual Penentu Ujian (JPU)
Jadual Penentu Tugasan (JPT)
Kelebihan Penilaian Formal
dan Tidak Formal
PENILAIAN MATA
PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
164
OUM
TOPIK 10
PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menghuraikan jenis-jenis dan keberkesanan penilaian dalam mata pelajaran
Pendidikan Moral;
2. membincangkan tentang isu-isu dalam penilaian;
3. menjelaskan kelebihan dan kelemahan penilaian formal dan tidak formal; dan
4. mengenalpasti masalah dalam penilaian formal dan tidak formal.
10.1 PENILAIAN FORMAL
10.1.1 Jenis-Jenis Penilaian Formal
Pentaksiran Iltizam
Pentaksiran iltizam adalah untuk mentaksir pengalaman, penghayatan dan keterlibatan
yang bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam aktiviti berikut:
1. Tugasan Harian
2. Kerja Amal
Hasil kerja atau laporan aktiviti dikumpulkan dan dijadikan satu dokumen yang dijadikan
bukti pentaksiran dalam bentuk folio.
1. Tugasan Harian
Pelajar dikehendaki membuat tugasan seperti menulis karangan, menulis laporan hasil
kerja amal, mendapatkan maklumat daripada pusat sumber, membuat rencana
tentang sosial masyarakat dan lain-lain berhubung dengan pembelajaran Pendidikan
Moral. Semasa melakukan tugasan harian, beberapa aspek perlu diambil kira, seperti:
Penulisan untuk tugasan harian ini boleh dijalankan bila-bila masa.
Tugas yang diberikan adalah sebagai bukti dan hendaklah berasaskan nilai yang
hendak dikesan dan dikaitkan dengan isu-isu semasa.
Tugasan hendaklah mengutamakan pendhayatan, kesedaran dan kefahaman
tentang nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbangan moral.
Guru hendaklah merancangkan 8 hingga 10 tugasan yang berkaitan dengan
pembelajaran Pendidikan Moral.
Minimum 8 hasil tugasan harian yang terbaik dari pelajar hendaklah
didokumentasikan dan dijadikan folio pelajar.
Setiap tugasan mestilah dibuat pada kertas A4 dan mempunyai lebih kurang 250
patah perkataan.
2. Kerja Amal
Pelajar dikehendaki melibatkan diri di dalam 4 aktiviti Kerja Amal yang berkaitan
dengan tiga bidang pembelajaran Pendidikan Moral, iaitu:
165
OUM
TOPIK 10 PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
(a) Perkembangan diri : 1 aktiviti
(b) Kekeluargaan : 1 aktiviti
(c) Alam sekitar : 2 aktiviti
Pelajar dikehendaki melampirkan bahan bukti seperti sijil penghargaan, surat
perakuan yang sah, gambar atau apa-apa bahan yang boleh dijadikan bukti di dalam
penglibatan kerja amal yang telah dilakukan. Antara kerja amal yang boleh dijalankan
ialah:
(a) Gotong-royong membersihkan kawasan.
(b) Mengindah atau mencantikkan kawasan.
(c) Membimbing pelajar lain terutama yang lemah dalam pelajaran atau permainan.
(d) Menyediakan kemudahan sekolah seperti papan tanda dan peti surat.
(e) Membaikpulih perabot sekolah.
(f) Membersihkan taman rekreasi.
(g) Mengumpul bahan-bahan bacaan untuk perpustakaan.
(h) Membuat kerja amal di rumah orang tua atau anak yatim.
(i) Lain-lain kerja amal yang memberi kebaikan kepada masyarakat.
Dalam membuat kerja amal, beberapa aspek perlu diambil kira, seperti:
Jangka masa untuk sesuatu kerja amal hendaklah sesuai dengan aktiviti yang
dijalankan.
Kerja amal yang akan dibuat seharusnya tidak membebankan pelajar dari segi
kewangan dan masa.
Jenis kerja amal yang dipilih seharusnya sesuai dengan kemampuan dan
keupayaan pelajar.
Pelajar digalakkan untuk menyertai kerja amal melebihi daripada syarat yang
ditetapkan.
Penilaian kerja amal seharusnya tertumpu kepada aspek penghayatan dan amalan
nilai murni serta kekerapan melakukan kerja tersebut.
Folio
Satu folio adalah kompilasi dokumen-dokumen berikut:
(a) Penulisan (Tugasan Harian);
(b) Laporan Aktiviti yang telah disertai; dan
(c) Maklumat dan dokumen sebagai bukti aktiviti-aktiviti yang telah disertai seperti
gambar, sijil, surat akuan, penghargaan dan lain-lain bahan yang boleh dijadikan
bahan bukti.
166
OUM
TOPIK 10
PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
Cara-cara untuk menyediakan pentaksiran folio:
Pentaksiran dibuat oleh guru daripada hasil pendokumentasian pelbagai aktiviti yang
dijalankan oleh pelajar.
Dua aktiviti utama yang mesti ditaksir ialah Tugasan Harian dan Kerja Amal. Sebagai
tambahan, guru boleh menggunakan aktiviti lain untuk mengukuhkan pentaksiran.
Folio ditaksir berdasarkan bukti dan laporan terbaik daripada aktiviti-aktiviti yang telah
dijalankan.
Hasil aktiviti pelajar harus mencapai cakupan kriteria dari setiap aspek yang telah
ditetapkan dan kemudian diberi gred numerik 1, 2, 3 dan 4 (rujuk Lampiran 1).
Numerik 1, 2, 3 dan 4 dijadikan Gred (n) untuk setiap aspek yang direkodkan di dalam
Borang Pencapaian Individu (rujuk Lampiran 3).
Gred (n) didarabkan dengan wajaran (w) dan dijadikan [ (n) x (w) ].
Jumlah [ (n) x (w) ] bagi keseluruhan aspek dibahagikan kepada wajaran (w) untuk
mendapatkan purata.
Perolehan Purata dilaporkan sebagai Gred abjad berpandukan kepada jadual julat
pemarkahan (rujuk Lampiran 2).
10.1.2 Jadual Penentu Tugasan (JPT)
Jadual Penentu Tugasan (JPT) boleh disediakan seperti di bawah iaitu berdasarkan
kepada kriteria:
KRITERIA PENTAKSIRAN FOLIO
1. Aktiviti Kerja Amal
(a) Perkembangan diri : 1 aktiviti
(b) Kekeluargaan : 1 aktiviti
(c) Alam Sekitar : 2 aktiviti
GRED KRITERIA
4 4 dan lebih aktiviti daripada bidang yang berbeza
3 3 aktiviti daripada 3 bidang yang berbeza
atau
3 aktiviti daripada 2 bidang yang berbeza
2 2 aktiviti dengan sepenuhnya
1 1 aktiviti dengan sepenuhnya
*pelajar yang tidak melibatkan diri akan dilaporkan sebagai tiada penglibatan
2. Penyediaan Folio
(a) Nama
(b) No. Kad pengenalan
167
OUM
TOPIK 10 PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
(c) Angka giliran
(d) Tajuk aktiviti
(e) Tajuk tugasan atau no. soalan
(f) Pengumpulan tugasan yang bersistem
(g) Lampiran bukti
(h) Kekemasan
(i) Mematuhi ketepatan masa
GRED KRITERIA
4 Mencakupi 8 9 kriteria di atas
3 Mencakupi 6 7 kriteria di atas
2 Mencakupi 4 5 kriteria di atas
1 Mencakupi 1 3 kriteria di atas
3. Penglibatan dan Peranan (daripada pemerhatian dan laporan aktiviti)
(a) Menyumbang tenaga
(b) Menyumbang idea
(c) Meluangkan masa
(d) Bertanggungjawab
(e) Rajin
(f) Kerjasama
(g) Kepimpinan
(h) Toleransi
(i) Prihatin
(j) Mengawal keadaan
GRED KRITERIA
4 Mencakupi 10 dan lebih daripada kriteria di atas
3 Mencakupi 7 9 kriteria di atas
2 Mencakupi 4 6 kriteria di atas
1 Mencakupi 1 3 kriteria di atas
4. Kesan (pemerhatian dan laporan aktiviti)
(a) Insaf
(b) Kesedaran
(c) Iktibar
168
OUM
TOPIK 10
PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
(d) Perubahan sikap
GRED KRITERIA
4 Mencakupi 4 dan lebih daripada kriteria di atas
3 Mencakupi 3 kriteria di atas
2 Mencakupi 2 kriteria di atas
1 Mencakupi 1 kriteria di atas
5. Penyediaan Bahan Bukti
GRED KRITERIA
4 Mencakupi 3 4 keping gambar bagi setiap aktiviti berlainan
bidang
dan
1 sijil penghargaan atau surat pengakuan bagi setiap aktiviti
berlainan bidang
3 Mencakupi 1 2 keping gambar bagi setiap aktiviti berlainan
bidang
dan
1 sijil penghargaan atau surat pengakuan bagi setiap aktiviti
berlainan bidang
2 1 sijil penghargaan atau surat pengakuan bagi setiap aktiviti
berlainan bidang
1 Mencakupi gambar-gambar bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan
JULAT PEMARKAHAN
GRED ABJAD PURATA
A 3 4
B 2 2.9
C 1 1.9
D Tiada
10.1.3 Jadual Penentu Ujian (JPU)
Jadual Penentu Ujian (JPU) digunakan semasa guru ingin membuat ujian sumatif iaitu
ujian yang dijalankan pada setiap semester atau pertengahan tahun dan akhir tahun.
Tujuan ujian ini dijalankan untuk mengesan penguasaan pelajar dalam keseluruhan nilai-
nilai murni yang diajarkan. Markah-markah ujian sumatif ini lebih berguna untuk tujuan
melaporkan kemajuan pelajar, memperbaiki pengajaran guru dan meningkatkan kualiti
169
OUM
TOPIK 10 PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
pembelajaran murid-murid. Pada kebiasaannya JPU dibuat berdasarkan taksonomi
Benjamin Bloom (1956) iaitu berdasarkan kepada domain kognitif yang disusun mengikut
hierarki bermula dengan pengetahauan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian. Sungguhpun demikian, bagi mata pelajaran pendidikan moral JPU dibuat
berdasarkan kepada pendekatan-pendekatan pendidikan moral iaitu pemupukan nilai,
bertimbang rasa, rasional, tindakan sosial, perkembangan moral kognitif, penjelasan nilai
dan analisis nilai.
Proses menghasilkan JPU Pendidikan Moral
Rajah 10.1: Proses menghasilkan JPU
1. Peringkat ujian
2. Tahun atau
tingkatan
3. Nilai yang dipilih
Pertengahan tahun/ akhir tahun/ semester
Contoh: Pertengahan tahun
Tahun 1 ...../ Tingkatan ...........
Contoh: Tahun 2
Contoh: Tahun 2
- Kepercayaan kepada Tuhan
- Kebersihan Fizikal dan mental
- Harga diri
- Kerajinan
- Hemah tinggi
- Kasih sayang
- Kesederhanan
- kejujuran
4. Pendekatan yang
dipilih
Pilih beberapa pendekatan yang sesuai atau
yang digunakan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas.
Contoh: Tahun 2
Pendekatan yang dipilih
- pemupukan nilai
- penjelasan nilai
- analisis nilai
- bertimbang rasa
- rasional
170
OUM
TOPIK 10
PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
Jadual 10.1: Contoh JPU (Tahun 2)
No soalan/Nilai Pemupukan
nilai
Penjelasan
nilai
Analisis
nilai
Bertimbang
rasa
Rasional
1. Kepercayaan kepada
Tuhan

2. Kebersihan Fizikal
dan mental

3. Harga diri
4. Kerajinan
5. Hemah tinggi
6. Kasih sayang
7. Kesederhanan
8. Kejujuran
Jumlah
Proses menghasilkan JPU
Peringkat 1 : Guru perlu menentukan peringkat ujian yang hendak dijalankan iaitu
sama ada pertengahan tahun, akhir tahun atau ujian semester.
Peringkat 2 : Tentukan tahun atau tingkatan pelajar yang akan diuji.
Peringkat 3 : Tentukan nilai yang akan dipilih iaitu jumlah nilai yang akan diuji dalam
peperiksaan tersebut. Pemilihan ini biasanya merujuk kepada tahap
pengetahuan pelajar dan darjah atau tingkatan yang dipilih. Selain itu,
guru juga perlu menentukan bentuk ujian yang akan dijalankan sama
ada soalan struktur, esei, objektif, memadankan dan sebagainya.
Selepas itu, tentukan jumlah soalan yang akan diberi. JPU Pendidikan
Moral bagi soalan objetif dan subjektif perlu diasingkan supaya mudah
melihat taburan JPU. Ini disebabkan soalan berbentuk objektif biasanya
bagi setiap soalan memerlukan satu nilai dan satu pendekatan sebagai
jawapan, manakala soalan subjektif memerlukan gabungan beberapa
nilai dan pendekatan untuk menghasilkan satu jawapan. Oleh itu, bagi
soalan subjektif, setiap soalan boleh digabung dengan beberapa nilai
dan beberapa pendekatan untuk menghasilkan sesuatu jawapan.
Peringkat 4 : Tentukan pendekatan yang akan dipilih dalam ujian tersebut. Pemilihan
ini biasanya berdasarkan kepada darjah atau tingkatan pelajar. Pelajar
sekolah rendah biasanya akan diuji berdasarkan kepada pemupukan
nilai, penjelasan nilai, analisis nilai rasional dan bertimbang rasa.
Pendekatan-pendekatan yang lain boleh digunakan bagi pelajar yang
lebih tinggi. Walau bagaimanapun pemilihan pendekatan bergantung
kepada kebolehan pelajar dan keperluan semasa.
Peringkat 5 : Pastikan bahawa pelajar pembahagian pendekatan yang dipilih tersebut
membolehkan pelajar lulus merujuk kepada peratusannya.
171
OUM
TOPIK 10 PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
10.2 PENILAIAN TIDAK FORMAL
10.2.1 Jenis-Jenis Penilaian Tidak Formal
Laporan Sahsiah
Penilaian dalam bentuk laporan sahsiah dijalankan secara tidak formal untuk melaporkan
tentang sahsiah pelajar terhadap pemupukan dan penghayatan amalan nilai murni yang
berterusan dan keharmonian hidup mengikut norma masyarakat Malaysia. Ini adalah
seiring dengan hasrat Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral iaitu untuk meningkatkan
persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup
dalam negara Malaysia yang demokratik.
1. Pentaksiran secara Pemerhatian
Pemerhatian merupakan satu proses penilaian pelbagai aspek pembelajaran dan
tingkahlaku pelajar. Pemerhatian sahsiah pelajar lebih menumpukan kepada bidang:
Perkembangan diri pelajar mestilah mengamalkan kemahiran berkomunikasi
dalam konteks penghayatan Pendidikan Moral, di samping mengamalkan sikap
kerjasama di dalam kerja kumpulan dan pergaulan.
Demokrasi pelajar mestilah sentiasa mengamalkan dan menghayati nilai moral
dalam membuat keputusan. Pelajar juga hendaklah sentiasa mengamalkan
pemuafakatan di dalam menentukan sesuatu keputusan.
Keamanan dan keharmonian pelajar mestilah menunjukkan kemahiran
menyelesaikan masalah berasaskan penghayatan nilai moral. Pelajar juga
hendaklah mengutamakan aspek keamanan dan keharmonian di dalam membuat
penyelesaian tentang sesuatu isu.
Pertimbangan yang perlu diambil kira semasa pentaksiran secara pemerhatian:
Pemerhatian dijalankan secara tidak formal.
Pemerhatian tidak perlu dilakukan secara serentak untuk semua pelajar.
Guru tidak perlu memerhatikan kesemua perlakuan setiap kali pemerhatian
dilakukan.
Kekerapan pemerhatian adalah bergantung kepada keperluan pelajar. Tumpuan
yang lebih diberikan kepada pelajar yang masih belum dapat dikesan pemahaman,
penghayatan dan amalannya terhadap sesuatu nilai.
Latihan 10.1
Nyatakan cara pelaksanaan beberapa jenis penilaian formal.
172
OUM
TOPIK 10
PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
10.2.2 Pelaksanaan Penilaian Tidak Formal
Laporan Sahsiah
(a) Penilaian dilakukan oleh guru Pendidikan Moral dan sekiranya perlu, boleh dibantu
oleh guru kelas dan guru disiplin untuk melakukan pemerhatian.
(b) Guru dikehendaki mengisi Borang Pencapaian Individu (sila rujuk Lampiran 3) yang
menyatakan pencapaian pelajar sebagai pelaporan akhir.
(c) Elemen sahsiah yang terdapat dalam Borang Laporan Sahsiah (rujuk Lampiran 4)
adalah sebagai panduan untuk guru menjalankan pemerhatian.
(d) Gred (n) bagi setiap aspek yang dinilai adalah berpandukan kepada bilangan Ya bagi
setiap kriteria dan hendaklah ditanda (/) ke dalam Borang Laporan Sahsiah.
(e) Gred (n) adalah berpandukan kepada julat kriteria dalam Lampiran 5.
(f) Penilaian dilakukan ke atas semua pelajar.
(g) Pemerhatian dan pentaksiran dijalankan secara berterusan tetapi hasil daripada
pemerhatian hendaklah direkodkan empat kali setahun iaitu pada bulan Februari, April,
Jun dan Ogos.
(h) Laporan Sahsiah adalah sebagai bukti terhadap sahsiah tingkahlaku pelajar bagi
mencapai hasrat untuk meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi
mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang
demokratik.
(i) Pemerhatian dijalankan ke atas manifestasi perlakuan pelajar sama ada di dalam atau
di luar bilik darjah termasuk aktiviti kerja amal.
(j) Laporan akhir pada bulan Ogos akan dijadikan pelaporan bagi penskoran sahsiah.
173
OUM
TOPIK 10 PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
Lampiran 1: Borang Pencapaian Individu
Nama Pelajar:__________________________________ Kelas:____________
Elemen 1 Sahsiah (perlakuan)
Bil. Aspek Gred (n) Wajaran (w) (n) x (w)
1. Berkomunikasi 2
2. Membuat Keputusan 1
3. Menyelesaikan Masalah 1
Jumlah:
Jumlah (n) x (w) = Purata ______ Gred
Jumlah (w)
Elemen 2 Iltizam (pengamalan dan penghayatan)
Bil. Aspek Gred (n) Wajaran (w) (n) x (w)
1. Aktiviti 2
2. Penyediaan Tugasan 1
3. Penglibatan dan Peranan 2
4. Kesan 1
5. Penyediaan Bahan Bukti 1
Jumlah
Jumlah (n) x (w) = Purata ______ Gred
Jumlah (w)
Pengesahan
Dengan ini disahkan bahawa Gred ini berdasarkan kerja pelajar yang sebenar.
Tandatangan Pengetua: ............................................ Tarikh: .....................
Cop Sekolah
174
OUM
TOPIK 10
PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
Lampiran 2: Laporan Sahsiah
Nama pelajar : ___________________________________
Kelas : ___________________________________
Aspek Kemahiran Nilai Kriteria Ya Tidak
Keyakinan diri Harga diri
Menjaga maruah diri
Bercakap sopan Hemah tinggi
Berbudi pekerti
mulia
Tolak ansur
Sabar
Toleransi
Kawal diri
Dalam pertuturan Kesederhanaan
Dalam perlakuan
Kebebasan berucap Kebebasan
bersuara
Kebebasan
mengeluarkan
fikiran
Memberi dan
menerima
pandangan
Sikap
keterbukaan
Memberi dan
menerima kritikan
Hidup bersama
secara aman
Hidup berbaik-baik
Saling bantu-
membantu dan
bekerjasama
Usaha bersama
Perkembangan
diri
Kemahiran
Komunikasi
JUMLAH SKOR
Memikul tugas Bertanggung-
jawab
Melaksana tugas
Tolak ansur
Sabar
Demokrasi Kemahiran
Membuat
Keputusan
Toleransi
Kawal diri
175
OUM
TOPIK 10 PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
Menerima peraturan Mematuhi
peraturan dan
undang-undang Mematuhi peraturan
Memberi
pandangan/
pembaharuan/
kritikan
Sikap
keterbukaan
Menerima
pandangan/
pembaharuan/
kritikan
Hidup bersama
secara aman
Hidup berbaik-baik
JUMLAH SKOR
Tolak ansur
Sabar
Toleransi
Kawal diri
Kebebasan
bersuara
Keluarkan fikiran
Memberi
pandangan/
pembaharuan/
kritikan
Sikap
keterbukaan
Menerima
pandangan/
pembaharuan/
kritikan
Hidup bersama
secara aman
Hidup berbaik-baik
Saling
membantu dan
bekerjasama
Usaha bersama
Keamanan dan
Keharmonian
Kemahiran
Menyelesai-
kan masalah
JUMLAH SKOR

176
OUM
TOPIK 10
PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
Lampiran 3
JULAT KRITERIA SAHSIAH
Kemahiran berkomunikasi
GRED KRITERIA
4 Mencapai 10 15 kriteria
3 Mencapai 6 9 kriteria
2 Mencapai 3 5 kriteria
1 Mencapai 1 4 kriteria
Kemahiran membuat keputusan
GRED KRITERIA
4 Mencapai 8 10 kriteria
3 Mencapai 6 7 kriteria
2 Mencapai 3 5 kriteria
1 Mencapai 1 2 kriteria
Kemahiran menyelesaikan masalah
GRED KRITERIA
4 Mencapai 7 8 kriteria
3 Mencapai 5 6 kriteria
2 Mencapai 3 4 kriteria
1 Mencapai 1 2 kriteria
Latihan 10.2
Nyatakan cara pelaksanaan penilaian tidak formal.
177
OUM
TOPIK 10 PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
10.3 ISU-ISU DALAM PENILAIAN
10.3.1 Kelebihan Penilaian Formal dan Tidak Formal
Penilaian formal merupakan tugasan harian, laporan kerja amal, menghasilkan folio dan
ujian bulanan, pertengahan tahun, akhir tahun atau peperiksaan semester. Tujuan ujian ini
dijalankan untuk mendapat markat atau skor yang mana ia boleh dicatat dalam laporan
kemajuan pelajar. Oleh itu, setiap pelajar boleh diukur pencapaiannya melalui markat dan
gred yang diterima. Pelajar yang memperoleh markat dan gred yang tinggi bermakna dari
segi kognitif pelajar ini berjaya dengan subjek Pendidikan Moral. Walau bagaimanapun,
penilain formal ini amat berguna untuk menentukan kelompok atau kelas pengajaran
Pendidikan Moral. Pendidikan tidak formal ialah laporan sahsiah yang dicatat berdasarkan
kepada pemerhatian yang dijalankan bagi sesuatu aktiviti yang yang dijalankan
umpamannya aktiviti gotong royong di sekolah, melawat rumah anak yatim dan
sebagainya. Selain iitu, pemerhatian juga boleh dijalankan di dalam kelas semasa guru
menjalankan sesuatu aktiviti dalam bilik darjah seperti sesi lakonan, main peranan,
bercerita dan sebagainya atau apa-apa reaksi pelajar tentang sesuatu isu atau situasi
yang secara kebetulan berlaku dalam bilik darjah yang mana semua aktiviti ini tidak
dirancangkan terlebih dahulu. Menggunakan penilaian tidak formal memberi peluang
menilai tingkahlaku moral pelajar yang mana amalan-amalan murid yang realiti dapat
dinilai dan dilaporkan.
10.3.2 Kelemahan Penilaian Formal dan Tidak Formal
Penilaian formal memberi markat dan gred kepada pelajar yang mana markat atau gred
yang baik yang diperolehi oleh pelajar tidak semesti mengamalkan tingkahlaku yang
bermoral. Ini disebabkan, ujian formal merupakan ujian tentang kognitif setiap pelajar yang
mana sahsiah sebenarnya tidak dapat diukur. Bagi ujian tidak formal pula, walaupun
pelaporan sahsiah yang diperolehi menunjukkan sahsiah seseorang pelajar itu adalah baik
tetapi tanpa markah atau gred ia tidak mempunyai sebarang nilai dari segi pencapaian
seseorang dikaitkan dengan sesuatu peperiksaan. Kesahan dan kebolehpercayaan
sesuatu ujian selalunya dikaitkan dengan markat atau gred yang diperolehi. Ini disebabkan
ujian tidak formal berbentuk terlalu subjektif dan sukar untuk menggunakan piawai tertentu
untuk mengukur tingkahlaku manusia. Kenyataan-kenyataan dalam bentuk pelaporan
tidak dapat digunapakai dalam mengukur tahap pencapaian seseorang pelajar.
10.3.3 Masalah dalam Penilaian Formal dan Tidak Formal
Penilaian formal merupakan tugasan harian, laporan kerja amal, menghasilkan folio dan
ujian bulanan, pertengahan tahun, akhir tahun atau peperiksaan semester. Berikut adalah
masalah-masalah dalam penilaian formal:
1. Bentuk bertulis
Pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran membaca dan menulis yang rendah tidak
dapat menjawab soalan dengan baik atau gagal dalam peperiksaan tersebut. Oleh itu,
markat atau gred yang diperolehi adalah rendah tetapi dari segi kognitifnya masih baik,
sedangkan kegagalan dalam ujian disebabkan kemahiran membaca dan menulis yang
rendah. Disebabkan Pendidikan Moral merupakan menghasilkan insan yang berakhlak
mulia melalui pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral, ukuran tepat insan
178
OUM
TOPIK 10
PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
menyeluruh ini tidak dicapai. Selain itu, pelajar yang memperoleh gred yang baik tidak
semestinya menggambarkan dirinya insan yang berakhlak mulia secara menyeluruh
kerana markat yang dipeerolehi hanya mengukur kognitif sahaja.
2. Menentukan amalan dan nilai murni
Jawapan yang diterima daripada pelajar mempunyai pemikiran dan cara menyelesai
masalah yang berlainan. Ada kalangan pelajar yang menjawab dimensi lain yang
mana tidak menjadi skema jawapan bagi peperiksaan tersebut. Sebagai contoh: Isu
gotong royong, jika melibatkan diri dengan gotong-royong, bermakna nilai yang
diamalkan adalah saling membantu dan bekerjasama, tetapi ada pelajar yang tidak
mahu melibatkan diri dengan gotong-royong kerana bagi mereka membuang masa.
Alasan yang diberi mereka tidak ada kemahiran untuk melaksana kerja gotong-royong
di sekolah, oleh itu mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan sesuatu tugas
tersebut, manakala kualiti atau hasil kerja adalah rendah. Mereka berpendapat,
dengan memberi alternatif yang lain iaitu memberi bantuan dalam bentuk menderma
wang ringgit lebih praktikal dalam situasi ini yang mana nilai yang diamalkan masih
sama. Implikasinya, pelbagai jawapan yang diperolehi daripada pelajar dan ini
menyulitkan guru membina skema jawapan yang sewajarnya diberi markah yang lebih
tinggi, walaupun tahap perkembangan pemikiran seperti Lowrence Kohlberg atau
mana-mana teori perkembangan yang lain boleh dijadikan ukuran atau standard
jawapan tetapi menjadikannya lebih tepat berlaku perbezaan pendapat di kalangan
guru.
Masalah penilaian tidak formal
Penilaian tidak formal merupakan pelaporan sahsiah pelajar berdasarkan pemerhatian
guru di dalam bilik darjah dan luar bilik darjah.
1. Keperluan kepada masa
Penilaian dilakukan oleh guru darjah dan guru pendidikan moral yang mana akhirnya
guru darjah bertanggungjawab untuk menghasilkan laporan sahsiah ini. Dari segi
teorinya, keperluan penilaian tidak formal ini penting dan dapat melihat perkembangan
dan potensi pelajar dari aspek sahsiah tetapi guru memerlukan masa untuk mencatat
sedangkan beban tugas lain yang banyak perlu dibuat dalam sesuatu masa. Oleh itu,
penilaian ini merupakan satu masalah kepada guru kelas dan guru pendidikan moral.
2. Ketepatan pelaporan
Oleh sebab kebanyakan pemerhatian dijalankan tidak dirancang khususnya di luar
bilik darjah, laporan sahsiah ini juga ada kemungkinan berunsur bias dan tidak ada
bukti yang relevan. Pada kebiasaannya guru akan membuat pemerhatian terhadap
pelajar yang dianggap bermasalah dan selalu melanggar disiplin sahaja. Manakala
pelajar yang tidak bermasalah amat kurang mendapat perhatian disebabkan bilangan
pelajar yang terlalu ramai. Oleh itu, laporan sahsiah ini secara perbandingan antara
seorang pelajar dengan pelajar yang lain boleh dipertikai, walaupun selalunya
pemerhatian di dalam bilik darjah yang paling utama dijadikan pelaporan sahsiah.
Latihan 10.3
Terangkan bagaimana anda sebagai seorang guru Pendidikan Moral
menjalankan penilaian formal dan penilaian tidak formal di sekolah nanti?
179
OUM
TOPIK 10 PENILAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
RUMUSAN
Topik ini telah membincangkan tentang dua jenis penilaian, iaitu penilaian formal dan tidak
formal. Dengan berbekalkan perbincangan ini, diharapkan anda dapat menggunakan dan
mengaplikasikan penilaian formal dan tidak formal dengan cara yang betul supaya dapat
melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.
UJIAN 1
1. Bina satu Jadual Penentu Ujian (JPU), bagi peperiksaan pertengahan tahun pelajar
tahun 5 di sebuah sekolah rendah.
UJIAN 2
1. Anda sebagai guru Pendidikan Moral yang mengajar di salah sebuah sekolah rendah
ingin menjalankan projek gotong-royong yang melibatkan pelajar sekolah anda.
Bincangkan bagaimana anda membuat perancangan untuk mengadakan projek
gotong-royong tersebut.

You might also like