You are on page 1of 6

Tulis sebuah karangan bertajuk

Peristiwa yang Menakutkan


Dalam Hidup Saya



Malam itu,seperti biasa aku membaca
buku di bilikku.Cuaca pada malam itu agak
panas kerana sudah tiga minggu hujan tidak
turun.Tiba-tiba aku teringat peristiwa yang
berlaku dua tahun yang lalu.
Petang itu,aku bersama bapaku bersiap-
siap untuk pergi memancing di kuala Sungai
Kurau.Cuaca pada petang itu amat
baik.Setelah semua peralatan yang diperlukan
telah siap kami berangkat pergi.

Kami bernasib baik kerana Pak Long Mat
sudi untuk meminjamkan botnya.Setelah
setengah jam perjalanan,ayah pun
melabuhkan sauh.Saya pun tanpa berlengah-
lengah lagi menurunkan mata kail ke dasar
sungai.
Nasib kami pada malam itu amat
baik,kerana dalam masa 30 minit kami telah
mendapat beberapa ikan sembilang dan ibu
gelama.
Namun tiba-tiba langit menjadi
gelap.Angin bertukar menjadi kencang.Ombak
besar memukul bot kami.Aku menjerit
ketakutan.Dalam keadaan yang mencemaskan
itu,bot kami telah terbalik akibat dipukul
ombak yang ganas.

Aku menjerit memanggil ayahku.Tiba-tiba
tanganku ditarik oleh ayah.Kami berpaut pada
tong ikan yang timbul.Aku berdoa semoga ada
orang yang akan menyelamatkan kami.

Tidak lama kemudian,sebuah bot nelayan
yang lalu di situ telah menyelamatkan
kami.Kami di bawa ke daratan .Aku amat
bersyukur kepada Tuhan kerana telah
menyelamatkan kami.

Walaupun peristiwa itu telah berlaku dua
tahun yang lalu ,namun peristiwa itu masih
segar dalam ingatanku hingga ke hari ini.

You might also like