You are on page 1of 27

Muhammad Khairul Basyar

Bin Ab.Basir
Simon Jack Ak Aaron
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN (FPK)
,
FALSAFAH PENDIDIKAN
GURU (FPG)
&
IMPLIKASI FPG
KEPADA PENDIDIKAN
NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu
usaha yang berterusan ke arah
memperkembang potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu
mewujudkan insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia,
bertang gungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran rakyat
dan negara.


Peranan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
Sebagai suluh yang memberi panduan dan
arah tuju kepada segala usaha
mengembangkan dan memajukan pendidikan.
Menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk
menentukan Matlamat Pendidikan Negara.
Sebagai rujukan untuk membantu para
pendidik memahami sistem pendidikan
negara.
Sebagai bimbingan untuk para pendidik
semasa mereka melaksanakan tugas-tugas
pendidikan.

Sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk
menentukan kurikulum, bahan-bahan pelajaran dan
strategi pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai pengawal ke atas aktiviti penyelewengan
daripada dasar pendidikan; dan
Menghilangkan salah faham, keraguan atau
pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan
tugas ataupun aktiviti pendidikan.

Unsur-unsur Falsafah dan Matlamat
Pendidikan Negara.
Memperkembangkan potensi individu.
Menyeluruh dan bersepadu.
Insan yang seimbang
Unsur intelek.
Unsur rohani dan emosi.
Unsur jasmani.
Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.
Rakyat Malaysia yang berketerampilan.
Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.
Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.
Rakyat Malaysia yang
berkeupayaan menikmati
kesejahteraan.
Rakyat Malaysia yang dapat
memberi sumbangan.
Keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.

IMPLIKASI TERHADAP KURIKULUM
IMPLIKASI TERHADAP PENDIDIK
IMPLIKASI TERHADAP INSTITUT PENDIDIKAN
IMPLIKASI TERHADAP
KURIKULUM
Perubahan kurikulum selaras dengan cita dan
tujuan FPK. Ini meliputi:

Perubahan sukatan pelajaran yang
berorientasikan kepada program bersepadu.

Perubahan bahan-bahan pelajaran yang
mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan
dalam semua mata pelajaran.

Perubahan sistem pendidikan yang
berorientasikan ke arah pendidikan umum.

Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk
melatih kemahiran pelajar dalam bidang
vokasional dan teknologi.
Perubahan program pendidikan yang
berorientasikan untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis.
IMPLIKASI TERHADAP
PENDIDIK
perubahan sikap pendidik dan profesionnya untuk
menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar
FPK. Ini meliputi:

Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan
pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya
untuk merealisasikan tujuan dan cita FPK.

Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan
teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan
insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan serta
berakhlak mulia.
IMPLIKASI TERHADAP INSTITUSI
PENDIDIKAN
Perubahan organisasi sekolah ke arah
mewujudkan situasi sesuai untuk melahirkan
pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi:

Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-
pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi
mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan
jasmani, secara menyeluruh dan seimbang.
Perubahan aktiviti budaya sekolah yang
kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni
dalam jiwa pelajar.

Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk
melahirkan pelajar yang mencintakan ilmu dan
seterusnya membentuk budaya membaca
dikalangan mereka.
Guru yang berpekerti
mulia, berpandangan
progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung
aspirasi negara serta
menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin
pembangunan individu dan
memelihara suatu masyarakat
yang bersatu padu,
demokratik,progresif dan
berdisiplin.
Modal insan yang berwibawa
Warna-warni dan corak dunia
pendidikan
Sanjungan warisan kebudayaan negara
Citra mahmudah


PERANAN GURU SEBAGAI
PENDIDIK

Guru hendaklah melengkapkan diri
dengan pengetahuan am dan
pengetahuan dalam mata pelajaran,
khasnya mata pelajaran KBSR, serta
pengetahuan ikhtisas keguruan.

Mengamalkan pengajaran dan
pembelajaran selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Guru, khasnya
mengembangkan individu dan
memelihara sesuatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif
dan berdisiplin.
Menyemai dan memupuk amalan
nilai-nilai murni dan etika keguruan
kepada diri dan pelajar selaras dengan
falsafah Pendidikan Guru.
Menyempurnakan tanggungjawab dan
akauntabiliti sebagai insan guru yang
sentiasa mencari ilmu serta
mengamalkannya bagi memenuhi
tuntutan keperluan pendidikan dan
masa depan.

Menggunakan ilmu dan
kemahiran mendidik serta nilai
keguruan untuk merangsang
perkembangan pelajar.

You might also like