• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
1
KUASA TUHAN YANG
SANGAT BESAR

Nama saya Rabiyah dan saya berasal dari sebuah keluarga Islam
Ortodoks. Ayah saya seorang yang amat alim dan bertugas sebagai
Imam di masjid kota saya. Dia adalah seorang ahli sunnah berketurunan
India utara, namanya bermula sebagai \u201cPirMuhammad\u201d oleh kerana itu,
sebagai seorang yang bergelarPir dia disegani ramai umat Islam di Kota
kami. Lebih daripada itu, dia juga berketurunan keluarga\u201cShahib\u201d.

Ibu saya pula seorang Melayu yang cukup kuat ketakwaannya kepada
Allah, oleh sebab pengaruh amalantasawwuf dalam kehidupannya.
Sudah tentulah kedua\u00addua ibu bapa saya telah bermain pengaruh ajaran
dan amalan Islam yang besar di dalam kehidupan saya.

Tugas\u00adtugas ayah saya sebagai Imam melibatkan mengadakan kelas\u00ad
kelas pengajaran al\u00adQuran, bimbingan akidah dan keagamaan bagi
muda\u00admudi dan juga bagi Muslimin dan Muslimah dewasa. Sudah tentu,
dia juga akan mengimamkan para Muslim lain semasa sembahyang
solat di dalam masjid. Ayah saya juga menyandang tugas dan peranan
menyempurnakan upacara pengkebumian mereka yang telah meninggal
dunia\u037e dia juga telah sempurnakan banyak upacara\u00adupacara
perkahwinan para Muslim.

Sebagai seorang Imam Masjid, bapa saya amat berpengaruh dan
disegani para mukminin di kota saya. Ramai orang akan
mengunujungnya untuk didoakan dan juga mencari penyelesaian bagi
masalah\u00admasalah dan kemusykilan keagamaan mereka.Tidak kurang
juga yang datang meminta pertolongannya semasa masalah\u00admasalah
peribadi mereka, seperti penyakit diantara ahli keluarga mereka,
menyelesaikan pergaduhan dan pertelingkahan, perlindungan daripada
musibah\u00admusibah dan sebagainya. Misalnya, ayah akan menulis ayat\u00ad
ayat Al\u00adQuran pada kertas\u00adkertas kecil dan diberikannya kepada mereka
yang memerlukannya untuk disimpan supaya dilindungi daripada
kecelakaan yang tidak diingini seperti penyakit, kerasukan jin\u00adjin,
kehilangan sumber pergantungan, dan sebagainya! Ada juga mereka
yang mengambil air bunga yang akan didoakannya untuk digunakan
sebagai air mandi bagi mereka yang perlukannya.

Ayah saya juga amat menyayangi abang saya dan ayah telah
mengharapkan supaya abang saya akan mengambil alih tempatnya
sebagai Imam dan pemimpin umatnya di tempat kami. Akan tetapi ini
tidak berlaku oleh kerana abang saya telah meninggal dunia secara

2

mengejut apabila saya meningkat usia 18 tahun. Sejak peristiwa itu,
ayah telah mengalami kesedihan yang amat sangat sehingga kehilangan
azamnya untuk melayani mereka yang telah mengunjung ke rumah saya
bagi mendapat pertolongan daripadanya. Oleh sebab keadaan ini, saya
telah meningkatkan penglibatan saya didalam upacara\u00adupacara ayah
saya untuk melayani para Muslim yang telah mengunjungi kami mencari
pertolongan. Dalam cara ini, saya telah mendalami pengetahuan serta
pengilmuan saya dalam Islam dan pelayanannya.

Didalam ruang kebun rumah kami terdapat sepohon pokok yang
rendang. Pohon ini ada keistimewaannya bagi ayah saya. Tetapi pokok
ini bertumbuh terlalu dekat dengan pagar rumah jiran kami. Jadi,
cabang\u00adcabangnya dan juga ranting\u00adrantingnya telah mengular secara
perlahan\u00adlahan memasuki kawasan rumah jiran kami. Suatu hari, jiran
kami itu telah meminta supaya cabang\u00adcabang pokok itu ditebang, dan
ayah telah menjawabnya untuk menebang pokok itu dengan sendiri jika
dia kehendaki! Jadi pada hari keesokannya jiran itu telah datang dengan
sahabat\u00adsahabatnya untuk menebas pokok didalam kebun saya itu.
Akan tetapi, mereka tidak dapat menebangnya\u037e tetapi sebaliknya pula,
orang yang telah mencuba memotongnya telah mengalami kecederaan
pula! Ayah memberitahu saya secara senyap bahawa pokok itu tidak
dapat ditebang jika ayah saya tidak membenarkannya!

Pada satu malam, saya telah mencuba \u2018berbual\u2019 dengan pokok itu. Saya
telah memohon \u2018roh\u2019 yang menumpang didalam pokok dikebun saya itu
supaya \u2018berpindah\u2019 kedalam suatu pohon pokok yang lain dikebun saya.
Saya telah mengalas beberapa biji telur rebus dan sepinggan nasi kunyit
di kaki pokok yang baru \u2018diinapi\u2019 itu. Pada hari keesokannya pula, pokok
yang pertama itu dapat ditebang dengan jayanya oleh jiran saya! Ayah
telah menjadi sungguh heran sekali diatas peristiwa itu, kerana dia
belum \u2018memberi arahan keluar rumah\u2019 kepada pokok itu! Jadi, melalui
peristiwa inilah ayah telah menyadari yang saya juga memiliki kebolehan
rohani yang unik ini. Tidak lama kemudian, ayah telah meninggal dunia.

Selepas peristiwa pahit kematian ayah saya, saya telah keluar bekerja
sebagai seorang guru di sebuah sekolah perniagaan (komersil) bagi
menanggung sara hidup keluarga saya. Sebagai seorang anak
perempuan seorang bekas Imam masjid, saya telah menurut peraturan\u00ad
peraturan Islam secukup\u00adcukupnya apabila keluar dari rumah. Selain
daripada menutup aurat dengan bertudung, saya juga bersarung tangan
serta berstokin sepenuhnya! Di tempat kerja saya itu saya telah bersua
dengan seorang guru wanita Kristian yang tidak habis\u00adhabis bercakap
mengenai Tuhannya sahaja! Sepertimana yang kamu boleh sangkakan
dengan mudah \u00ad saya telah cuba mengelak dari berkenalan dengannya
kerana saya begitu tidak berminat sekali di dalam cerita\u00adcerita Tuhan

6

Pada saat itu juga saya memeluk penyelamatan dan penebusan yang
dianugerahkan dalam Isa al\u00adMasih. Saya menyerahkan segala
rancangan\u00adrancangan hidup saya serta masa depan saya kedalam
tangan\u00adNya. Apabila saya membaca dan mengkaji Kitab Suci Injil, saya
berasa aman damai dan kelegaan yang saya tidak pernah mengalami
sebelumnya dengan mana\u00admana Kitab Suci yang lain. Pengalamannya
seperti air hidup yang datang mencurah\u00adcurah diatas jiwa saya yang
tandus kehausan dan menghilangkan segala kehausan dan ketandusan
rohani yang sehingga saat itu begitu mengeciwakan sekali.

Selepas itu, saya telah pindah keluar dari rumah untuk mengelak
daripada situasi yang tegang dan kurang aman setelah ibu saya
mendapat tahu mengenai keadaan baru saya. Walau pun begitu,
selepas dua minggu ahli keluarga saya telah mengajak saya kembali ke
rumah untuk makan malam.

Saya pun menerima jemputan mereka dengan hati terbuka tanpa apa\u00ad
apa kesangsian atau syak wasangka. Padahal, ahli keluarga saya telah
meracuni makanan yang diberikan kepada saya. Walau bagaimanapun,
Tuhan mahakuasa akan membenarkan saya menjamah makanan itu
tetapi ia tidak membawa apa\u00adapa kesan buruk keatas saya, puji Tuhan
Mahakuasa! Akhir kata, keluarga saya telah cuba beberapa kali untuk
membunuh saya, tetapi setiap kali Tuhan mahakuasa akan
mendedahkannya kepada saya dan saya berjaya melarikan diri.

Pada hari ini, saya sungguh gembira berkhidmat dalam pelayanan
Tuhan sepenuh masa. Dia telah membuka jalan untuk saya melayanani\u00ad
Nya di negeri Malaysia, Indonesia, Filipina, New Zealand, Australia dan
juga di Singapura. Pelayanan\u00adNya yang saya melibatkan diri ialah dalam
bidang penyembuhan dan memberitakan khabar baik\u00adNya bagi mereka
yang memerlukannya. Kini saya kenal kuasa Tuhan Mahakuasa yang
hidup dan benar walhal sebelumnya saya tidak,segala puji dan

kemuliaan kepada Tuhanku dan Pembelaku yang Agung!
3

umat Kristian. (Akan tetapi sebaliknya, Tuhan telah menyentuh hati wanita Kristian ini supaya berdoa untuk saya selama sepuluh tahun tanpa pengetahuan saya!)

Dua tahun setelah saya tinggalkan kolej itu, saya telah mengidap sejenis
penyakit yang serius. Namanya dalam bahasa Inggeris:Rheumatoid
Osteo Arthritis.Penyakit ini membengkakkan sendi\u00adsendi di tulang\u00ad

temulang saya. Tulang\u00adtulang saya pula menjadi kudung dengan
perlahannya. Ia juga menyerang sel\u00adsel darah merah saya dengan
mengurangkan pengeluaran mereka, sambil memperbanyakkan sel\u00adsel
darah putih secaraabnormal. Doktor dan pakar\u00adpakar perubatan telah
memberi ramalan jangka hayat saya untuk hidup hanya selamatiga

bulan lagi!

Apabila mendengar berita buruk itu, dunia saya telah hancur berkecai!
Selama ini saya telah berikhtiar hidup sebagai hamba Allah yang taat
dan setia. Misalnya, saya tidak sekalipun meninggalkan doa\u00addoa solat
lima kali sehari selama ini, saya juga seringnya berpuasa lima puluh hari
menjelang bulan puasa, jauh lebih banyak daripada yang wajib bagi
seorang muslimah. Kali ini saya dicabar bertawakal pula bagi kesihatan
saya! Meski pun begitu, suara hati saya telah mengerakkan saya untuk
berhubung dengan wanita Nasrani yang menjadi rakan sekerja saya
dahulu! Sudah dua tahun lamanya saya tidak bersua dengannya.

Alangkah ajaib dan aneh sekali apabila saya telah menerima panggilan
telefon daripada wanita ini!! Setelah dua tahun lamanya tidak berhubung,
apatah lagi saya tidak mempunyai nombor telefonnya! Bagi saya,ini tidak
lain tidak bukan satu mukjizat Tuhan namanya! Bekas rakan sekerja
saya ini telah bertanya :\u201cApa khabar dengan kamu?\u201d Saya terus berkata
kepadanya yang saya mesti bertemu dengannya secepat mungkin. Lalu
saya dijemput kerumahnya pada saat itu juga.

Di rumah wanita Kristian yang alim ini, saya telah memberitahunya
tentang keadaan penyakit tenat yang saya hidapi itu. Air mata saya
menitis berlinang\u00adlinang semasa saya meluahkan kekeciwaan dan
perasaan putus asa saya kerana mempunyai hanya tiga bulan berhayat
di muka bumi ini, walaupun saya telah begitu bertakwa dan taat setia
kepada jalan Allah dan sunnah\u00adNya. Kawan saya telah mendengar
segala\u00adgalanya dengan sabar, sambil membuat secawan t eh untuk

saya.

Sesudah saya habis menceritakan kepada kawan saya ini saya telah
meminta untuk didoakan. Dia pun bersetuju dan telah berdoa bagi saya
seperti berikut:

of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...