You are on page 1of 28

PERATURAN AM

MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR


TAHUN 2014


PERATURAN 1 : PENGUASAAN
Semua pertandingan di bawah anjuran Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) mestilah mengikut
Peraturan - Peraturan Am Pertandingan yang sedang berkuatkuasa sekarang.

PERATURAN 2 : PENGELOLAAN
Semua pengelolaan pertandingan permainan MSSJ akan dikelolakan oleh MSS Negeri Johor
yang mana boleh menyerahkan kuasa pengelolaan pertandingan kepada mana-mana Majlis
Sukan Sekolah Daerah (MSSD) atau Jawatankuasa Khas yang dilantik oleh Jawatankuasa
Pengurusan Majlis Sukan Sekolah Johor.

PERATURAN 3 : UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Undang-undang permainan Antarabangsa yang dikuatkuasakan akan menjadi undang-undang
rasmi pertandingan, melainkan jika ada undang-undang khas yang menguasai pertandingan
permainan MSS Johor.

PERATURAN 4 : KELAYAKAN

4.1 Peserta

4.1 Kelayakan Am.

4.1.1. Pelajar-pelajar yang bersekolah sepenuh masa di sekolah-sekolah rendah
dan menengah serta sekolah swasta yang telah mendaftar menjadi ahli
gabungan MSSJ adalah layak menyertai pertandingan permainan MSS
Johor .

4.1.2. Pelajar yang BUKAN warganegara Malaysia digalakkan mengambil
bahagian dalam kejohanan MSSJ tetapi tidak layak mewakili MSSJ ke
peringkat MSSM.

4.1.3. Kelayakan mewakili Daerah/MSSD adalah mengikut daftar sekolah terkini
seseorang pelajar melainkan pelajar sekolah sukan dan akademi
permainan kebangsaan yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.

PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014

4.1.4. Bagi pelajar Sekolah Sukan Malaysia dan yang sedang mengikuti latihan
akademi permainan kebangsaan yang diiktiraf dibenarkan turut serta
dalam kejohanan MSSJ sebagai peserta bebas untuk melayakkan diri ke
peringkat MSSM terutama bagi permainan seperti berikut ;

4.1.4.1 Memanah

4.1.4.2 Boling Tenpin

4.1.4.3 Golf


4.2. Pelajar Sekolah Harian.
4.2.1. Pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan rasmi
Kementerian Pelajaran Malaysia tidak layak menyertai semua
pertandingan MSS Johor .

4.2.2. Pelajar Tingkatan 6 Rendah hanya menjadi pelajar Tingkatan 6 Rendah
mengikut tarikh pendaftaran rasmi yang ditetapkan oleh Bahagian
Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia dan tertakluk kepada syarat
umur 18 tahun ke bawah.

4.2.3. Pelajar-pelajar mengulang (jika ada) adalah tertakluk kepada had umur
peserta ( Peraturan 5 ).

4.3. Pelajar Sekolah Swasta/Sekolah Agensi Kerajaan yang bergabung
dengan MSS Johor
4.3.1. Sekolah swasta / Sekolah Agensi Kerajaan lain yang dibenarkan
bermaksud sekolah yang diluluskan pendaftarannya oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dan bergabung dan membayar yuran penuh kepada
MSSJ.

4.3.2. Adalah menjadi tanggungjawab setiap Pejabat Pendidikan Daerah untuk
menggalakkan sekolah-sekolah ini bergabung dengan MSSJ dengan
menulis surat hasrat bergabung kepada Pengarah Pendidikan Negeri dan
sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014

4.3.3. Murid sekolah swasta perlu menunjukkan bukti ia sedang belajar sepenuh
masa di sekolah berkenaan supaya layak bertanding dalam kejohanan
MSSD/MSSJ/MSSM.

4.3.4. Murid yang hendak menyertai kejohanan MSSJ hendaklah didaftarkan di
Institusi Pendidikan swasta yang bergabung selama 3 bulan sebelum
tarikh kejohanan dan hadir sekurang- kurangnya 75% hari persekolahan.

4.3.5. Murid-murid sekolah swasta lepasan Tingkatan Lima yang menyambung
pelajaran di Tingkatan Enam Rendah atau setara (seperti Senior Middle
Three) layak menyertai pertandingan permainan MSSD/MSSJ/MSSM
dengan syarat murid ini berdaftar untuk Tingkatan 6 dan hanya menjadi
murid Tingkatan 6 Bawah mengikut tarikh pendaftaran untuk murid
Tingkatan 6 Bawah di sekolah Kerajaan.

4.3.6. Pelajar-pelajar sekolah swasta yang sedang menunggu keputusan
peperiksaan rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak layak
menyertai kejohanan peringkat MSSD/MSSJ/MSSM.

4.3.7. Pelajar yang berdaftar dengan sekolah swasta selepas mendapat
keputusan peperiksaan rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia layak
menyertai pertandingan permainan Daerah/MSSJ/MSSM dengan syarat
pelajar ini berdaftar untuk Tingkatan 6 dan hanya menjadi pelajar
Tingkatan 6 Rendah mengikut tarikh pendaftaran untuk pelajar
Tingkatan 6 Rendah di sekolah Kerajaan.

4.4. Murid Sekolah Sukan Malaysia (SSM) dan Sekolah Sukan Negeri (SSN)
4.4.1. Murid yang sedang belajar di SSM dan SSN dasarnya boleh mewakili
Daerah dan Negeri asal tempat ia bersekolah (sekolah terakhir) di dalam
pertandingan MSSJ/MSSM (kecuali dalam pertandingan memanah, boling
tenpin dan golf) sekiranya mendapat pelepasan daripada SSM dan SSN
tersebut.

4.4.2. Bagi pelajar SSN dibenarkan mewakili sekolah asal mereka dalam
kejohanan MSSD dengan syarat pelajar ini telah mendaftar terlebih
dahulu ke tingkatan satu di sekolah berkenaan sebelum berpindah ke
sekolah sukan negeri. (Bukti senarai nama pelajar telah didaftarkan
didalam buku daftar sekolah perlu dilampirkan)

PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014

4.4.3. Bagi peserta pertandingan memanah, boling tenpin dan golf adalah
dibenarkan mewakili sekolah asal bagi kejohanan MSSD. Walau
bagaimanapun di peringkat MSSJ penyertaan peserta ini masih tertakluk
dibawahh peraturan 4.1.4 kelayakan am.

4.4.4. Jika khidmat murid berkenaan tidak diperlukan oleh daerah/negeri
asalnya maka ia dibenarkan mewakili daerah/ negeri lain dengan syarat
MSSD/MSSN berkenaan mendapatkan kebenaran bertulis daripada
MSSD/MSSN asal pemain.

4.4.5. Pemain yang mewakili MSSD/MSSN lain tanpa mendapat kebenaran
daripada MSSD/MSSN asalnya tidak dibenarkan bertanding di Kejohanan
MSSJ/MSSM dan tindakan disiplin boleh diambil terhadap MSSD untuk
tindakan tatatertib.

4.4.6. Murid yang memasuki semula sekolah harian dari SSM dan SSN
hendaklah mewakili daerah di mana sekolah terkini murid berkenaan
sedang belajar.

4.4.7. Pelepasan murid SSM dan SSN mestilah mengikut prosedur yang telah
ditetapkan oleh Sekolah berkenaan dan Bahagian Sukan, Kementerian
Pelajaran Malaysia dan menjadi tanggungjwab pegawai MSSD mengambil
dan menghantar balik serta mengutamakan keselamatan dan kebajikan
peserta.


PERATURAN 5 : MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH ( MSSD )
5.1. MSSJ dibahagikan kepada MSSD yang berikut :

5.1.1. MSSD BATU PAHAT 5.1.7 MSSD PONTIAN
5.1.2. MSSD JOHOR BAHRU 5.1.8 MSSD SEGAMAT
5.1.3. MSSD KLUANG 5.1.9 MSSD MERSING
5.1.4. MSSD KOTA TINGGI 5.1.10 MSSD LEDANG
5.1.5. MSSD KULAIJAYA 5.1.11 MSSD PENGERANG
5.1.6. MSSD MUAR 5.1.12 MSSD PASIR GUDANG

PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014

5.2. Semua MSSD adalah layak mengambil bahagian di dalam semua jenis pertandingan
permainan anjuran MSSJ .

5.3. Tiap-tiap MSSD hanya berhak menghantar satu pasukan sahaja, mengikut kumpulan
umur, dalam sesuatu pertandingan permainan melainkan ada sesuatu ketetapan khas
dibuat.

PERATURAN 6 : HAD UMUR PESERTA
6.1. Selain daripada ketetapan had umur, pertandingan permainan MSSJ adalah seperti
berikut:

6.1.1. Sekolah Menengah
- 18 tahun dan ke bawah
- 15 tahun dan ke bawah
- 13 tahun dan ke bawah

6.1.2. Sekolah Rendah
- 12 tahun dan ke bawah
- 10 tahun dan ke bawah

6.2. MSS Johor boleh dan berhak mengadakan pertandingan diperingkat umur selain
daripada yang dinyatakan bagi tujuan pembangunan dan kejohanan bertaraf terbuka.

6.3. Semua pertandingan dalam kumpulan umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah
bertanding pada kategori sekolah rendah sahaja.

6.4. Kiraan umur adalah pada 1 hb.Januari dalam tahun pertandingan seperti pada sijil Surat
Beranak yang menunjukan pendaftaran sebelum murid itu memasuki darjah 1 sekolah
rendah.

6.5. Sesaorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu kumpulan umur
sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa yang sama kecuali sesuatu ketetapan
khas dilakukan.

PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014

6.6. Selain daripada yang disebutkan seseorang peserta tidak dibenarkan menyertai
pertandingan dalam kumpulan umur yang lebih tinggi daripada kumpulan umurnya.

6.7 Peserta sekolah menengah hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan.
Seseorang peserta yang hilang kad pengenalan mesti mempunyai surat gantian atau
apa jua dokumen yang digunapakai oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan bagi peserta
sekolah rendah hendaklah bersedia menunjukkan salinan sijil beranak yang disahkan
oleh Guru Besar dimana murid itu sedang belajar.

6.8 Semua peserta hendaklah melengkapkan Borang Pendaftaran Individu ( Borang R 01 /
M 01) secara individu berserta gambar ukuran pasport dengan menyertakan salinan kad
pengenalan / sijil kelahiran yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan
Sekolah peserta berkenaan.

PERATURAN 7 : JENIS PERMAINAN / PERINGKAT UMUR DAN
PERTANDINGAN

Bil Permainan Jantina Umur
Jenis
Pertandingan
Sistem Pertandingan
7.1 Badminton
L/P 18 Individu
Sistem kalah mati

L/P 15 Individu
L/P 12 Individu
7.2 Bola Jaring
P 18
Berpasukan
Peringkat Awal Liga dalam
kumpulan.
Pusingan kedua Suku Akhir
P 15
Berpasukan
P 12
Berpasukan
7.3
Bola
Keranjang
L/P 18
Berpasukan
Peringkat Awal Liga dalam
kumpulan.
Pusingan kedua Suku Akhir
L/P 15
Berpasukan
L/P 12
Berpasukan
PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014

7.4 Bola Tampar
L/P 18
Berpasukan
Peringkat Awal Liga dalam
kumpulan.
Pusingan kedua Suku Akhir
L/P 15
Berpasukan
L/P 12
Berpasukan
7.5 Bola Sepak
L 18
Berpasukan

Peringkat Awal Liga dalam
kumpulan.
Pusingan kedua Separuh Akhir
L 15
Berpasukan
L 12
Berpasukan
L 11
Berpasukan
7.6 Gimnastik
L/P 18
Individu &
Berpasukan

Akhir
L/P 15
Individu &
Berpasukan
L/P 12
Individu &
Berpasukan
7.7 Gimrama
P16
18
Senior
Individu &
Berpasukan


Akhir
P13
15
Junior
Individu &
Berpasukan
P12 Pre-
Junior
Individu &
Berpasukan
7.8 Hoki
L/P 18
Berpasukan
Peringkat Awal Liga dalam
kumpulan.
Pusingan kedua Separuh Akhir
L/P 15
Berpasukan
L/P 12
Berpasukan
7.9 Kriket
L 18
Berpasukan
Peringkat Awal Liga dalam
kumpulan.
Pusingan kedua Separuh Akhir
L 12
Berpasukan
7.10 Memanah L/P 18
Individu &

PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014

Berpasukan
Akhir
L/P 15
Individu &
Berpasukan
L/P 12
Individu &
Berpasukan
7.11
Olahraga
L/P 18
Individu &
Berpasukan

Balapan Saringan Separuh
akhir, Akhir

Padang - Akhir
L/P 15
Individu &
Berpasukan
L/P 13
Individu &
Berpasukan
L/P 12
Individu &
Berpasukan
L/P 10
Individu &
Berpasukan
Road-Run
L/P 18
Individu &
Berpasukan

Akhir

L/P 15
Individu &
Berpasukan
L/P 12
Individu &
Berpasukan
Merentas
Desa
L/P 18
Individu &
Berpasukan

Akhir
L/P 15
Individu &
Berpasukan
Lari Berganti-
Ganti
L/P 16
Berpasukan

Saringan Separuh akhir, Akhir

L/P 14
Berpasukan
L/P 11
Berpasukan
Berpasukan
7.12 Ping Pong
L/P 18
Individu &
Beregu
Sistem kalah mati
PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014


7.13 Ragbi
L 18
Berpasukan
Peringkat Awal Liga
dalam kumpulan.
Pusingan kedua Separuh
Akhir
L 15
Berpasukan
L 12
Berpasukan
7.14
Akuatik
L/P 18
Individu & Beregu





Saringan Akhir (Time final)






L/P 15
Individu & Beregu
L/P 13
Individu & Beregu
L/P 12
Individu & Beregu
L/P 10
Individu & Beregu
Terjun
L/P 18
Individu
L/P 15
Individu
L/P 13
Individu
7.15
Sepak
Takraw
L 18
Antara Regu &
Berpasukan
Peringkat Awal Liga
dalam kumpulan.
Pusingan kedua Suku
Akhir
L 15
Antara Regu &
Berpasukan
L 12
Antara Regu &
Berpasukan
L/P 15
Individu &
Beregu

L/P 12
Individu &
Beregu
L/P
B.Cina
18 &
12
Individu &
Beregu
PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014

7.16 Sofbol
L/P 18
Berpasukan
Peringkat Awal Liga
dalam kumpulan.
Pusingan kedua Separuh
Akhir
L/P 15
Berpasukan
L/P 12
Berpasukan
7.17 Tenis
L/P 18
Individu

Sistem kalah mati

L/P 15
Individu
L/P 12
Individu
7.18
Bola
Baling
L/P 18
Berpasukan
Peringkat Awal Liga
dalam kumpulan.
Pusingan kedua Suku
Akhir
L/P 15
Berpasukan
L/P 12
Berpasukan
7.19
Perahu
Layar
L/P 10
Individu
Saringan Akhir
L/P 12
Individu
L/P 15
Individu
7.20 Catur
L/P 18
Individu
Sistem kalah mati
L/P 15
Individu
L/P 12
Individu & Berpasukan

Bil Permainan Jantina Umur Jenis
Pertandingan
Sistem Pertandingan
7.21 Golf
L/P 18 Individu
Stroke play L/P 15
Individu
L/P 12
Individu
7.22 Skuasy
L/P 18
Individu
Sistem kalah mati
L/P 15
Individu
PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014

L/P 12
Individu
7.23
Boling
Tenpin
L/P 18
Individu
Saringan Akhir
L/P 15
Individu
L/P 12
Individu

7.24 Permainan-permainan di atas boleh ditambah atau dikurangkan dari masa ke semasa
dan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan dengan
persetujuan Jawatankuasa Pengurusan MSS Johor.

PERATURAN 8 : BILANGAN PESERTA DALAM PASUKAN
8.1. Tiap-tiap MSSD dibenarkan mendaftar bilangan peserta mengikut jadual di bawah bagi
satu pasukan :

Bil Permainan Jenis Pertandingan Peserta Pengadil
1 Badminton Individu & Beregu 6 1
2 Bola Jaring Berpasukan 12 1
3 Bola Keranjang Berpasukan 12 1
4 Bola Sepak Berpasukan 18 1
5 Bola Tampar Berpasukan 12 1
6 Ten Pin Boling Individu & Berpasukan 4 -
7 Gimnastik Individu/Berpasukan 6 1
8 Gimrama Individu/Berpasukan 9 1
9 Hoki Berpasukan 18 1
10 Kriket Berpasukan 15 1
11 Memanah Individu/Berpasukan 4 1
12 Merentas Desa Individu/Berpasukan 8 1
13 Olahraga Individu/Berpasukan Tertakluk kepada Daerah
PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014

14 Ping Pong Individu & Beregu 4 1

Bil Permainan
Jenis Pertandingan Peserta
Pengadil
15
Ragbi L18 Berpasukan 25 1
Ragbi L15 Berpasukan 15 1
Ragbi L12 Berpasukan 12 1
16
Akuatik Terbuka Tertakluk kepada Daerah
Terjun Terbuka 2 1
17 Sepak Takraw Regu 10 1
18 Skuasy Individu 4 1
19 Catur Individu 6 1
20 Softbol Berpasukan 15 1
21 Tenis Individu 4 1
22 Bola Baling Berpasukan 12 1
23 Perahu Layar Berpasukan/Individu Tertakluk kepada Daerah
24 Lari berganti Berpasukan 5 1
25 Golf Individu Tertakluk kepada Daerah

8.2 Pasukan-pasukan yang mengandungi peserta perempuan mesti dengan seorang
pegawai wanita.
8.3 Dalam Acara Akuatik dan Olahraga bilangan maksima pegawai adalah 20 orang bagi
satu-satu daerah ( tidak termasuk ketua kontinjen ).

PERATURAN 9 : PENDAFTARAN
9.1. Borang Pendaftaran
9.1.1. Pengelola dikehendaki memberitahu dan memaklumkan kepada semua
PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014

MSSD di Negeri Johor untuk mengambil bahagian dalam pertandingan dibawah
kelolaanya sekurang-kurangnya 4 minggu sebelum tarikh pertandingan.
Manakala MSSD hendaklah memberitahu penyertaannya 3 minggu sebelum
tarikh pertandingan.
9.1.2 Tiap pasukan hendaklah mendaftar nama pegawai yang mengandungi maklumat
seperti berikut:
1. Nama (mengikut kad Pengenalan)
2. No.Kad Pengenalan
3. Gred Jawatan
4. Nama Penuh Sekolah
5. No.Tel majikan dan No Telefon bimbit
6. No Fax majikan dan email.

9.1.3 Setiap pemain hendaklah menggunakan Borang Pendaftaran Individu yang
dinamkan Borang M01 ( sekolah Menengah) / R01 ( sekolah rendah ) yang
mengandungi 5 bahagian maklumat seperti berikut:
Bahagian 1 : Sukan, Jantina dan Kumpulan Umur
Bahagian 2 : 1. Nama ( mengikut kad Pengenalan/Surat Beranak)
2. Alamat Rumah Pemain
3. No.Kad Pengenalan/Surat Beranak
4. No Telefon Rumah
5. Tingkatan/Tahun
6. Tarikh Daftar/Daftar semula sekolah
7. No Daftar Sekolah
8. Angka Giliran Peperiksaan Am

Bahagian 3 : Akuan Kebenaran Ibubapa/Penjaga
Bahagian 4 : Akuan Pengetua/Guru Penolong Kanan
Bahagian 5 : Akuan Pengurus Pasukan dan Setiausaha Agung
Nota : Kosongkan bahagian 5 untuk pertandingan di
peringkat MSS Johor.
9.1.3 Borang R02 dan M02 hanya hendaklah dipenuhkan untuk semua acara
berpasukan.
PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014


9.1.4. Borang pendaftaran mestilah lengkap butiran dan hendaklah disampaikan
kepada Jawatankuasa Pengelola semasa taklimat pengurus pasukan atau
sebelum tarikh pertandingan dimulakan kecuali Kejohanan Olahraga dan Renang
7 hari sebelum pertandingan.

9.1.4 Jawatankuasa Pengelola berhak menolak mana-mana borang pendaftaran yang
tidak lengkap sebagaimana yang dikehendaki seperti perkara (8.1.2) .

PERATURAN 10 : TUGAS JAWATANKUASA PENGELOLA PERMAINAN SELAIN
DARIPADA KERJA TERTENTU MENGIKUT PERLEMBAGAAN
MAJLIS
10.1. Menetapkan tempat,masa,jadual pertandingan dan surat siaran kepada semua MSSD
(Rujuk 8.1)

10.2. Mendapatkan nasihat dan kelulusan daripada Pengarah Pelajaran Johor jika melibatkan
orang kenamaan samada di kalangan ahli politik dan lain-lain kenamaan di peringkat
Negeri atau Persekutuan di sesuatu majlis rasmi sempena kejohnanan yang berkaitan.

10.3. Jawatankuasa Pengelola Permainan boleh membentuk lain-lain Jawatankuasa Kecil
untuk menjalankan tugas-tugas Jawatankuasa tersebut.

10.4. Melantik Pegawai-pegawai pertandingan yang diperlukan.

10.5. Menyediakan alat-alat dan persediaan yang diperlukan seperti tempat
pertandingan(padang/Gelanggang),tempat penginapan,makanan dan lain-lain perkara
yang berkaitan dan memberitahu kepada semua MSSD nama dan jenis alatan sekurang-
kurang sebulan sebelum tarikh pertandingan.

10.6. Menyelesaikan perkara-perkara displin,rayuan,pemilihan dan lain-lain yang difikirkan
perlu berkaitan dengan pertandingan.

10.7. Menjemput semua MSSD dan Pengerusi Teknik permainan yang berkenaan hadir untuk
menyediakan cabutan undian pertandingan. Pengelola hendaklah memberitahu Urusetia
MSSM Negeri Johor tarikh, tempat undian dijalankan untuk mengarahkan Pengerusi
Teknik menjalankan dan menyaksikan cabutan undian Pertandingan.
PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014


10.8. Mengedarkan segala surat siaran dalam masa 4 minggu sebelum pesta/kejohanan dan
keputusan penuh dalam masa 2 minggu kepada :

10.8.1. Yang Dipertua MSSM Negeri Johor - 1 salinan
10.8.2. Setiausaha Agung MSSM Negeri Johor - 3 salinan
10.8.3. Setiausaha MSS Daerah - 3 salinan
10.8.4. Pengerusi Teknik Permainan - 1 salinan

10.9. Menghantar kepada setiausaha MSSM Negeri Johor laporan lengkap kejohanan / pesta
dalam masa 1 bulan selepas pertandingan.



PERATURAN 11 : JENIS PERTANDINGAN
Jenis Pertandingan yang akan dikelolakan oleh MSSJ adalah mengikut bentuk yang berikut :

11.1. Antara MSSD Berpasukan - Pemain-pemain boleh dipilih dari mana-mana
Sekolah dalam MSSD.

11.2 Antara MSSD berpasukan - Juara Sekolah pemain-pemain hanya (Sekolah)
dari sebuah sekolah.

11.3 Pesta atau Kejohanan Terbuka - Pemain-pemain dari mana-mana sekolah atau
MSSD.

PERATURAN 12 : SISTEM PERTANDINGAN
Sistem pertandingan dijalankan mengikut cara liga dan/atau kalah mati seperti berikut :

12.1 Cara Liga Empat Kumpulan ( A, B, C dan D )

PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014

12.1.1 Pusingan Pertama

12.1.1.1 Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka
hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D.
Pertandingan akan dijalankan secara liga.

12.1.1.2 Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam
pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan
seperti berikut :

Johan - Kumpulan A
Naib Johan - Kumpulan B
Ketiga - Kumpulan C
Keempat - Kumpulan D

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan
tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang
permainan berkenaan.
12.1.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil
bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah
dipertimbangkan kedudukannya.
12.1.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir)
12.1.2.1 Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan
masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan
dijalankan secara kalah mati.
12.1.2.2 Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :

12.1.2.2.1 Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama
Kumpulan akan didahulukan untuk ditempatkan di
Kedudukan 1,3,5 dan 7.

PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014

12.1.2.2.2 Undian bagi 2 pasukan Pemenang Kedua Kumpulan
untuk ditempatkan di Kedudukan 2 atau 4, jika
Pasukan Pemenang Pertama Kumpulannya telah
diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7.
Manakala 2 Pasukan Pemenang Kedua yang lain akan
diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau
8.

12.1.2.2.3 Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan
separuh akhir akan memasuki Perlawanan Akhir bagi
menentukan Johan dan Naib Johan, sementara
pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk
menentukan tempat ketiga dan keempat.





1
2
3
4
5
6
7
8

12.2. Cara Liga Tiga Kumpulan
12.2.1 Pusingan Pertama
PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014

12.2.1.1 Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian, maka mereka
hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C.
Pertandingan akan dijalankan secara liga.
12.2.1.2 Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam pertandingan tahun lalu
akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:
Kumpulan A - Johan tahun lalu
Kumpulan B - Naib Johan tahun lalu
Kumpulan C - Tempat Ketiga tahun lalu
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan
tersebut melalui undian.

12.2.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil
bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah
dipertimbangkan kedudukannya.

12.2.2 Pusingan Kedua
12.2.2.1 Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan ditempatkan ke
dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian.
12.2.2.2. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.
12.2.2.3. Dari 3 Johan, satu akan ditempatkan ke kumpulan X dan 2
ditempatkan ke kumpulan Y.
12.2.2.4 Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari
Johan kumpulannya.

12.2.3 Pusingan Separuh Akhir
12.2.3.1 Johan Kumpulan X akan melawan Naib Johan Kumpulan
Y dan Johan Kumpulan Y akan melawan Naib Johan Kumpulan X.
PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014

12.2.3.2 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

12.2.4 Pusingan Akhir

Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki
Perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pasukan-
pasukan yang kalah (bagi sukan tertentu sahaja) akan bermain untuk
menentukan tempat ketiga dan keempat.

12.3. Cara Liga 2 kumpulan.
12.3.1 Pusingan Pertama
12.3.1.1 Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian, pasukan
hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B.
12.3.1.2. Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan
ditempatkan dalam Kumpulan A dan Naib Johan serta tempat ketiga
ditempatkan dalam kumpulan B
12.3.1.3 Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 2 kumpulan dengan
cabutan undi.
12.3.1.4 Sekiranya pasukan diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian
maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan
kedudukannya.
12.3.2 Pusingan kedua
12.3.2.1 Johan Kumpulan A akan melawan Naib Johan Kumpulan B dan Johan
Kumpulan B akan melawan Naib Johan Kumpulan A.
12.3.2.2 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

12.3.3 Pusingan Akhir
PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014

12.3.3.1 Johan Kumpulan A atau Naib Johan kumpulan B akan melawan Johan
Kumpulan B atau Naib Johan Kumpulan A untuk menentukan Johan
dan Naib Johan
12.3.3.2 Pasukan kalah didalam kedua-dua perlawanan di atas akan menentukan
tempat ketiga dan keempat.

12.4. Cara Liga Satu Kumpulan
10.4.1 Sekiranya empat hingga lima pasukan mengambil bahagian, pertandingan akan
dijalankan secara liga satu pusingan. Pasukan yang mendapat mata tertinggi
akan diisytiharkan sebagai JOHAN.

10.4.2 Sekiranya terdapat tiga atau kurang pasukan yang mengambil bahagian
pertandingan tidak akan dilangsungkan.

12.5 Jika 5 Pasukan dan kurang daripada 5 pasukan :

Sekiranya 5 atau kurang daripada 5 pasukan mengambil bahagian, pertandingan secara
liga satu pusingan akan dijalankan. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi dikira
sebagai pemenang.

PERATURAN 13 : PAKAIAN PEMAIN

13.1 Tiap-tiap pasukan dikehendaki memakai pakaian seragam, sesuai mengikut jenis
permainan dan undang-undang yang mengawal permainan tersebut.

13.2 Nombor-nombor pada jersinya hendaklah sama dengan nombor-nombor yang
didaftarkan dalam senarai pendaftaran dan mengikut undang-undang tiap-tiap
permainan.

13.3. Pemakaian kasut/boot hendaklah yang bersesuaian mengikut peraturan permainan
tertentu dan pemakaian seluar ketat (tights) tidak dibenarkan.

PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014

13.4. Jika kedua-dua pasukan memakai baju yang sama warna, pasukan yang mula-mula
tercatat dalam Jadual Pertandingan hendaklah menukar warna bajunya. Walau
bagaimanapun bagi permainan yang telah menetapkan warna khusus jersi MSSD oleh
Jawatankuasa Tekniknya, maka peraturan tersebut hendaklah dipatuhi, melainkan ada
ketetapan lain mengenainya.


PERATURAN 14 : PENANGGUHAN

14.1 Segala permohonan penangguhan sesuatu Kejohanan/Pesta yang telah ditetapkan dan
diputuskan dalam takwim hendaklah dimajukan kepada Setiausaha MSSJ tidak kurang
daripada 20 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan.

14.2 Sekiranya Pengadil Rasmi/Jawatankuasa Pengelola berpendapat bahawa keadaan cuaca
atau lain-lain sebab tidak membolehkan perlawanan dijalankan, maka perlawanan itu
boleh ditangguhkan.

14.3 Jawatankuasa Pengelola berhak menentukan tempat, tarikh dan masa untuk perlawanan
tersebut diadakan lagi.


PERATURAN 15 : MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

15.1 Pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari pertandingan setelah bersetuju dan diterima
menyertai pertandingan tersebut yang disahkan oleh MSSD.
15.2 Sebarang tindakan menarik diri oleh sesuatu pasukan atau peserta adalah dianggap
bertentangan dengan semangat kesukanan dan pasukan atau peserta itu dikehendaki
memberi penjelasan bertulis kepada Yang DI Pertua MSS Johor .
15.3 Sebarang tindakan menarik diri oleh peserta tanpa alasan yang munasabah setelah
dipilih menjalani latihan atau telah mengesahkan penyertaannya akan dikenakan
tindakan tatatertib/digantung penyertaan selama setahun daripada menyertai
PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014

pertandingan di peringkat Daerah dan Negeri pada tahun berikutnya serta patuh kepada
perkara 15.2
15.4 Sekiranya sesuatu pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada
pertandingan maka semua keputusan pertandingan yang telah dipertandingkan oleh
pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak dibenarkan memasuki sebarang
pertandingan seterusnya.

PERATURAN 16 : PENGADILAN

16.1 Hanya Pegawai-pegawai yang bertauliah, berpengalaman yang terdiri daripada Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan akan dilantik untuk bertugas sebagai Pengadil / Hakim dalam
pertandingan MSSJ .

16.2 Sekiranya MSSD yang mengelolakan pertandingan MSSJ memerlukan khidmat Pengadil /
Hakim selain daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kebenaran bertulis daripada
Urusetia MSSJ hendaklah diperolehi dan bersedia mematuhi Perintah Am Kerajaan
Malaysia dan Peraturan Am MSSJ .

16.3 Jawatankuasa Pengelola berhak melantik Ketua Pengadil dan Pengadil-Pengadil/Hakim
yang lain untuk bertugas dalam Pertandingan MSSJ .

16.4 Perlantikan Pegawai Teknikal/Pengadil akan berdasarkan kepada :

16.4.1 Yang bertauliah di bawah Badan Kebangsaan
16.4.2 Yang bertauliah di bawah Badan MSSM
16.4.3 Yang bertauliah di bawah Badan Negeri
16.4.4 Yang bertauliah di bawah Badan MSSM Negeri Johor
16.4.5 Berpengalaman dalam permainan itu jika (16.4.1) hingga (16.4.3) tidak didapati.

16.4 Di mana yang boleh Pengadil hendaklah terdiri daripada pasukan yang tidak terlibat
dalam satu-satu perlawanan.
16.5 Pelajar-pelajar Sekolah tidak dibenarkan mengadili dalam mana-mana pertandingan
MSSJ kecuali dinyatakan lain.
PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014


16.6 MSSJ akan menyediakan Panel Pengadil bagi satu-satu Kejohanan / Pesta jika diminta
oleh pengelola dengan memaklumkan kepada Unit Sukan 2 minggu sebelum
pertandingan dijalankan.

16.7 Setiap pasukan hendaklah mencalonkan pengadil sebagaimana yang telah ditetapkan.

16.8. Pengadil yang telah dilantik akan diberikan surat tunjuk sebab kepada majikan masing-
masing jika;
16.8.1. telah bersetuju bertugas ( tiada di sekolah ) dan tidak melaporkan diri .

16.8.2. Pengadil yang telah bertugas dan melaporkan diri tetapi meninggalkan tempat
pertandingan sebelum kejohanan berakhir tanpa memaklumkan kepada
pengelola secara lisan atau bertulis rekod .


PERATURAN 17 : BANTAHAN
17.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang Pegawai Pasukan hendaklah
diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada satu jam
selepas tamat perlawanan melainkan dinyatakan lain dalam Undang-Undang Permainan.
17.2.1. Tiap-tiap bantahan hendaklah disertakan dengan bayaran RM 200.00 (RINGGIT
MALAYSIA : DUA RATUS SAHAJA) bagi acara BERPASUKAN dan RM 300.00
(RINGGIT MALAYSIA : TIGA RATUS SAHAJA) bagi acara INDIVIDU. WANG
TERSEBUT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN JIKA DIDAPATI BANTAHAN ITU
TIDAK BERASAS.


PERATURAN 18 : LEMBAGA RAYUAN

18.1 Jawatankuasa Pengelola dikehendaki menubuhkan satu Lembaga Rayuan yang
mengandungi :

Penasihat - Yang Dipertua atau wakilnya
PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014

Pengerusi - PengerusiJ/Kuasa Pengelola Kejohanan
Setiausaha - Setiausaha J/Kuasa Pengelola (Ex-Officio)
Ahli - Pengerusi Teknik Permainan yang berkenaan.
3 orang Pengurus Pasukan / Wakil daripada pasukan MSSD yang
tidak terlibat.

18.2 Ahli-ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minima) atau 7 orang
(maksima) daripada sekurang-kurang 3 pasukan.

18.3.1. Bagi Olahraga dan Renang Juri Rayuan adalah dilantik khas oleh J/Kuasa Pengelola
terdiri daripada Pegawai Teknik bertauliah dan berpengetahuan dalam permainan
tersebut seperti bilangan di atas.


PERATURAN 19 : LEMBAGA TATATERTIB PERTANDINGAN

19.1. Semua perkara tatatertib akan diputuskan oleh sebuah lembaga tatatertib yang terdiri
daripada :

Penasihat - Yang Dipertua atau wakilnya
Pengerusi - PengerusiJ/Kuasa Pengelola Kejohanan atau wakilnya
Setiausaha - Setiausaha J/Kuasa Pengelola (Ex-Officio)
Ahli - Pengerusi Teknik Permainan MSSJ yang berkenaan.
Seorang ahli yang terdiri daripada wakil MSSD yang tidak terlibat.

PERATURAN 20 : TINDAKAN TATATERTIB / PENGANTUNGAN

20.1 Lembaga ini bertanggungjawab untuk :

PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014

20.1.1 Mengambil tindakan mengenai displin murid-murid, pegawai-pegawai dan
pegawai-pegawai Kejohanan yang berkenaan bagi semua perkara semasa
Kejohanan/Pesta dijalankan seperti berikut :

(i) Memberi amaran
(ii) Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu
(iii) Menyingkirkan daripada Keseluruhan Kejohanan / Pesta
(iv) Mengarahkan pemain dihantar pulang
(v) Menghantar laporan kepada MSS Daerah berkenaan supaya mengambil
tindakan tatatertib sejajar dengan tindakan disiplin mengikut hukuman
yang digunapakai oleh Pertubuhan Kebangsaan

20.1.2 Membuat laporan mengenai peristiwa yang telah berlaku kepada Lembaga
Tatataertib MSSJ selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat Kejohanan/Pesta dan
membuat syor dan cadangan yang sewajarnya perlu diambil.

20.2 Sesuatu pasukan pemain yang diperintah keluar padang dalam tempuh permainan oleh
kerana tindakan tatatertib,pasukan/pemain itu dikehendaki hadir untuk memberi
kenyataan dihadapan Lembaga Tatatertib apabila dipanggil. Pasukan/Pemain itu tidak
dibenarkan menyertai dalam pertandingan sehingga Lembaga Tatatertib memberi
keputusan.

20.3 Seseorang pegawai / pemain yang digantung permainannya oleh badan sukan seperti
berikut :
20.1. Sekolah
20.2. Majlis Sukan Sekolah Daerah
20.3. Majlis Sukan Daerah
20.4. Majlis MSS Johor
20.5. Majlis Sukan Sekolah Malaysia
20.6. Persatuan Permainan Daerah dan Negeri
20.7. Persatuan Permainan Kebangsaan

PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014

adalah TIDAK dibenarkan menyertai sebarang pertandingan dalam tempoh
penggantungannya.

20.4. Kes Penggantungan

20.4.1. Pasukan, Pegawai atau Pemain yang digantung oleh Sekolah, MSSD,
MSSJdan MSSM kerana pelanggaran etika pertandingan dan permainan
hendaklah dilaporkan kepada Persatuan Permainan Negeri atau Persatuan
Permainan Kebangsaan yang berkenaan.

20.5. Kes-Kes Pelanggaran Disiplin

20.5.1. Semua Pengurus, Pegawai Pasukan, Pegawai Teknik dan Pemain hendaklah
patuh kepada PERINTAH AM KERAJAAN MALAYSIA berhubung dengan
tatacara dan disiplin semasa menyertai Kejohanan MSSJ .

20.5.2. Bagi kes-kes disiplin berat yang berlaku dan melibatkan pegawai-pegawai
pasukan, pihak Pengelola Pertandingan hendaklah melaporkan kepada
Jawatankuasa Tertinggi MSSJ untuk tindakan selanjutnya.

20.5.3. Tindakan tatatertib berdasarkan Perintah Am Kerajaan Malaysia akan diambil
kepada pegawai-pegawai yang didapati sabit kesalahan.

20.5.4. Pegawai yang didapati bersalah atas tuduhan tatatertib akan dilapurkan oleh
Jawatankuasa Pengelola kepada Lembaga Tatatertib MSSJ .

PERATURAN 21 : LEMBAGA TATATERTIB MSS NEGERI JOHOR

21.1 Semua tindakan tatatertib yang diambil oleh Lembaga Tatatertib Pertandingan
hendaklah disampaikan kepada Lembaga Tatatertib MSSJuntuk tindakan selanjutnya.
21.2 Lembaga Tatatertib MSSJ mengandungi seperti berikut :
Pengerusi - Yang Dipertua MSSJ
PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014

N.Pengerusi - Timbalan Yang Dipertua MSSJ
Setiausaha - Setiausaha Agung MSSJ
Ahli - Penolong Setiausaha Agung MSSJ
Pengerusi J/Kuasa Pengelola Permainan yang berkenaan.

PERATURAN 22 : JAWATANKUASA PEMILIHAN

22.1. Jawatankuasa Pengelola dikehendaki menubuhkan satu Jawatankuasa Pemilihan :
Penasihat - Yang Dipertua atau wakilnya
Pengerusi - Pengerusi Teknik permainan berkenaan
Setiausaha - Setiausaha J/Kuasa Pengelola (Ex-Officio)
Ahli - Semua Pengurus-pengurus Pasukan atau wakilnya.

PERATURAN 23 : PENYERTAAN PELAJAR/GURU DALAM PERTANDINGAN
ATAU KEJOHANAN SUKAN ANJURAN PERSATUAN ATAU
BADAN INDUK SUKAN

23.1 Semua pelajar dan guru hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada Jabatan
Pelajaran Johor terlebih dahulu sebelum menyertai sesuatu pertandingan anjuran
Persatuan Sukan atau badan Induk SESUAI DENGAN PEKELILING Ikhtisas Bil 7/88
bertarikh 10 Mac 1988 yang masih berkuatkuasa.

23.2 Mana-mana Persatuan Sukan tidak dibenarkan membuat pemilihan daripada kejohanan
atau pertandingan anjuran MSSJ melainkan mendapatkan kebenaran bertulis terlebih
dahulu atau kerana kejohanan dibuat dengan kerjasama MSSJ .

PERATURAN 24 : TINDAKAN MAHKAMAH / KENYATAAN AKHBAR DAN
MEDIA
PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR
TAHUN 2014

24.1 Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas Jawatankuasa pengelola
Pertandingan MSSM Negeri Johor berhubung dengan kejohanan yang diadakan.

23.2 Semua perkara atau pegawai yang menyertai Kejohanan Permainan MSSM Negeri Johor
dilarang membuat sebarang kenyataan akhbar/media elektronik berhubung dengan
kejohanan kecuali Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau pihak yang
dipertanggungjawab.

PERATURAN 25 : HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang-barang atau harta
benda kepunyaan seseorang pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan dan asrama
dan sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian pada masa pertandingan dijalankan.
Walau bagaimana pun beberapa persediaan akan diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan
kemalangan itu.


PERATURAN 26 : PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Am ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan/Pesta yang berkenaan dan keputusannya adalah
muktamad.


PERATURAN 27 : PINDAAN/TAMBAHAN PERATURAN

MSS Johor berhak meminda atau menambah Peraturan Pertandingan mengikut perkembangan
semasa.


Dikemaskini pada 21 Nov 2013
Oleh Faizal sarman

You might also like