You are on page 1of 37

SMP 4252

METODOLOGI MUZIK


PENDEKATAN CARL ORFF
&
PENDEKATAN SUZUKI

MENU UTAMA
LATAR BELAKANG
CARL ORFF
PENDEKATAN ORFF
KELEBIHAN & KELEMAHAN
PENDEKATAN SUZUKI
FALSAFAH & PRINSIP
SUZUKI
LATAR BELAKANG
DR. SHINICHI SUZUKI
FALSAFAH & PRINSIP
CARL ORFF
KELEBIHAN & KELEMAHAN
KESIMPULAN
CARL ORFF
(1895 - 1982)
Lahir pada 10 Julai 1895 di
Munich,Jerman.
Berasal dari keluarga Bavarian-
aktif dalam tentera.
Mendapat pendidikan di Munich
Academy of Music hingga 1914.
Bertugas dengan tentera pada
perang dunia pertama.
Seorang komposer German
yang memperkenalkan satu
pendekatan yang unik dalam
pendidikan muzik.
Penglibatan beliau dalam pendidikan
muzik hanya bermula pada awal tahun
1920an apabila kawan beliau
Dorothee Gunther yang merupakan
seorang penari.
Minat Orff yang mendalam dalam
tarian telah mencetuskan idea untuk
menggabungkan tarian dan muzik
untuk dijadikan sebagai asas kepada
pendidikan muzik.
Beliau kemudian menjadi Penyelia
Muzik di Gnther-Schule, sebuah
sekolah untuk tarian dan muzik.
Antara penerbitan Orff Schulkwerk
yang terkenal ialah Musik fur Kinder
yang diterjemahkan sebagai Muzik
untuk Kanak-kanak.
MENU UTAMA
FALSAFAH & PRINSIP
Orff pernah berkata "Experience first, then intellectualize"
yang bermaksud kanak-kanak harus dibenarkan untuk
mengalami dunia muzikal sebelum mereka diajar tentang
elemen-elemen muzikal dalam bentuk notasi.

Orff percaya bahawa kanak-kanak harus mengalami
pergerakan dan irama muzik sebelum mereka disuruh untuk
memahaminya secara teori.

Falsafah asas Orff adalah kepercayaan bahawa kanak-kanak
dapat mempelajari sesuatu melalui pembelajaran yang aktif
dimana imitasi dan explorasi membawa kepada keupayaan
kanak-kanak untuk mengimprovisasi dan akhirnya mampu
mambaca dan menulis notasi yang dikenali sebagai literasi
muzik.
Orff percaya bahawa irama adalah elemen muzik yang paling
penting. Irama diajar dahulu sebelum elemen-elemen muzik yang
lain.

Apabila Orff merujuk kepada elemental music, beliau merujuk
kepada muzik yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang tidak
memerlukan latihan yang khusus.

Orff percaya bahawa transisi daripada percakapan kepada aktiviti
berirama dan kemudian kepada nyanyian adalah transisi
pembelajaran yang paling natural untuk kanak-kanak.

Pendekatan Orff yang mengikut transisi ini juga digunakan setelah
seorang kanak-kanak telah memperkembangkan kemahiran untuk
bermain alat muzik.



Bermain
alat muzik
Sesi Pembelajaran
Muzik
Percakapan Pergerakan
MENU UTAMA
Pendekatan Orff
Proses pembelajaran Orff merangkumi empat
komponen utama iaitu

1. EXPLORASI (Mencari Sendiri)
2. IMITASI (Mengajuk Balik)
3. IMPROVISASI
4. LITERASI

Setiap proses ini mempunyai pendekatannya
yang tersendiri.



EKSPLORASI
Proses Eksplorasi melibatkan pergerakkan.
Ia merangkumi tiga aspek iaitu


EKSPLORASI
EKSPLORASI
BUNYI
EKSPLORASI
RUANG
EKSPLORASI
BENTUK
EKSPLORASI RUANG
Dalam explorasi ruang, kanak-kanak digalakkan
untuk menjelajahi kualiti pergerakkan dan jenis-
jenis pergerakkan, seperti pergerakkan yang
besar, kecil,ringan, licin dan sebagainya.

Dalam kelas explorasi, kanak-kanak diberikan
kebebasan untuk bergerak dan guru hanya
memainkan peranan sebagai pemerhati.

EKSPLORASI BUNYI
Explorasi bunyi bermula dengan penerokaan bunyi-bunyi di
sekeliling kanak-kanak. Contohnya, bunyi kenderaan.

Kemudian explorasi bunyi berkembang kepada tahap bunyi teratur
seperti, corak irama dalam drum, bunyi kayu yang diketuk, bunyi
ketukan pada ritma yang sama dan sebagainya.

Dalam explorasi bunyi pada tahap ini, kanak-kanak digalakkan
untuk bermain dan menerokai jenis-jenis bunyi dan kualiti setiap
bunyi.

Mereka diajar untuk mengenali bunyi yang kuat atau keras, bunyi
yang lembut, bunyi kayu, bunyi logam dan bunyi detar.

Alat-alat yang digunakan tidak semestinya menggunakan alat muzik
yang khusus malah boleh menggunakan senduk dan periuk, tin
kosong dan sebagainya.

EKSPLORASI BENTUK
Explorasi bentuk berlaku secara serentak dengan explorasi ruang
and bunyi.

Dalam explorasi bentuk, pergerakkan diatur menjadi corak-corak
pergerakkan tertentu dan corak-corak ini kemudian dijadikan tarian.

Dalam explorasi bentuk, kanak-kanak diajar untuk menyusun bunyi-
bunyi ini untuk membentuk frasa-frasa. Bunyi dan pergerakkan
disatukan dalam explorasi bentuk.

Setiap bunyi mempunyi simbol yang direka oleh kanak-kanak atau
guru untuk melambangkannya. Ini adalah permulaan yang baik
untuk mengajar kanak-kanak notasi.

Sebagai contoh simbol batu boleh digunakan untuk melambangkan
bunyi yang keras dan simbol bintang boleh digunakan untuk
melambangkan bunyi yang terang.

IMITASI
Imitasi adalah proses dimana kanak-kanak belajar untuk mengimitasi
apa yang didengar atau dilihat.

Menurut Orff, kanak-kanak pada usia yang muda mula belajar
sesuatu yang baru melalui imitasi.

Maka proses ini adalah sangat penting dalam pembangunan dan
perkembangan muzikal seseorang kanak-kanak.

Guru dalam kelas Orff memainkan peranan penting sebagai Role
Model kepada murid-muridnya.

Guru harus pastikan bahawa aktiviti-aktiviti muzikal yang dibuatnya
haruslah betul kerana ia akan diikut oleh murid-muridnya.

Sebagai contoh, guru menepuk satu bar ritma dan kanak-kanak
dikehendaki untuk menepuk balik ritma yang sama.



LITERASI
Literasi adalah tahap dimana kanak-kanak diajar untuk membaca
skor muzik.

Menurut Orff, sebagaimana kanak-kanak hanya belajar untuk
membaca selepas mereka belajar untuk bercakap, mereka juga
haruslah menghayati dan mempunyai pengalaman bunyi-bunyi
muzikal dahulu sebelum mereka diajar untuk membaca skor dan
not-not muzik.

Proses membaca dan menulis notasi muzik dalam pendekatan Orff
tidak diajar secara sistematik. Setiap kelas notasi harus berlaku
mengikut kemampuan pelajar dan bukannya usia mereka.

Menurut Orff pembelajaran notasi hanya harus berlaku setelah
kanak-kanak tersebut telah melalui proses explorasi dan imitasi
selama beberapa tahun. Ini akan memberikan pelajar tersebut
pengalaman yang asas tentang bunyi, bentuk, irama dan melodi
muzik tanpa mempelajarinya secara teori.
IMPROVISASI
Improvisasi adalah matlamat utama dalam Pendekatan Orff,
kerana ia memainkan peranan yang amat penting kearah mencipta
pembangunan muzikal yang menyeluruh dalam seseorang kanak-
kanak.

Menurut Orff, improvisasi adalah kemahiran muzikal yang amat
penting kerana ia dapat memperkembangkan daya muzikal dan
kreativiti dalam seseorang murid.

Improvisasi juga menunjukkan tahap pemahaman muzikal
seseorang kanak-kanak.

Menurut Orff, proses improvisasi boleh berlaku dalam peringat
permulaan seseorang kanak-kanak diperkenalkan kepada alam
muzikal seperti bunyi, ritma dan sebagainya.

Mereka harus diajar untuk membuat corak-corak improvisasi yang
mudah untuk memperkembangkan daya imaginasi mereka.

APLIKASI PENDEKATAN ORFF
DALAM BILIK DARJAH
1. Sebutan Berirama
Sebutan berirama dalam pendekatan Orff adalah
sebutan silibel yang direka oleh kanak-kanak untuk
membantu pemahaman mereka tentang corak irama dan
nilai setiap detik.

Orff menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan
silibel yang tidak bermakna (nonsense syllabel) seperti
ka, ta, la, tri, chi dan sebagainya untuk mewakili nilai not
dalam irama.

Menurut Orff, sukukata-sukukata ini adalah sebutan
natural dalam percakapan kanak-kanak dan ia adalah
mudah bagi kanak-kanak untuk menggunakan sukukata
sebegini untuk mempelajari irama dan detik.

Menurut Orff, alat muzik yang paling utama
adalah badan dan suara.

Keseluruhan bahagian badan boleh digunakan
untuk menghasilkan bunyi dan bunyi-bunyi ini
boleh digabungkan untuk menghasilkan corak
irama.

Kanak-kanak mula belajar untuk menerokai
jenis-jenis bunyi dengan menepuk tangan,
menjerit, menyanyi, menghentam kaki dan
sebagainya.

Menurut Orff badan harus digunakan sebagai
alat muzik asas dalam perkembangan muzikal
kanak-kanak pada tahap awal pembelajaran
mereka.
2. Alat Perkusi Badan


Alat-alat perkusi seperti Glockenspiel,
Xylophone dan Drum merupakan alat
muzik yang kedua paling utama dalam
pendekatan Orff.

Dalam pendekatan ini irama biasanya
diajar melalui alat muzik perkusi dan
pergerakkan atau tarian.

Antara alat muzik yang sering
digunakan ialah Metallophone,
Glockenspiel dan Xylophone.

Alat-alat perkusi dalam pendekatan
Orff mempunyai warna ton yang
berbeza.
3. Alat Perkusi Orff
Setiap alat muzik ini
mempunyai bar-bar yang boleh
dikeluarkan (removeable).
Kebarangkalian untuk kanak-
kanak bermain not yang salah
adalah minima.
Maka untuk setiap lagu, guru
boleh mengeluarkan not-not
yang tidak terdapat dalam skel
lagu tersebut.
Kaedah ini dapat mengelakkan
kanak-kanak daripada
memainkan not yang salah.
Dapat meningkatkan motivasi
kanak-kanak untuk bermain.
VIDEO KLIP
4. Memainkan Alat Perkusi Secara
Ostinato Mengiringi Nyanyian
Ostinato adalah suatu motif, frasa melodi atau
frasa irama yang dimainkan secara berterusan.

Tujuan utama ostinato melodi ialah untuk
dimainkan bersama dengan melodi yang lain
untuk menghasilkan harmoni.

Corak ostinato ini boleh digunakan untuk
mengiringi kebanyakkan lagu mudah yang
mempunyai meter 4/4.

5. Memainkan Alat Perkusi Secara
Improvisasi
Kanak-kanak dalam kelas pendekatan Orff harus diajar untuk
mengimprovisasi dengan menggunakan alat-alat perkusi.

Dalam kelas improvisasi, kanak-kanak harus diberi kebebasan
untuk mencuba corak-corak irama dan melodi yang berlainan.

Dalam kelas-kelas yang permulaan, guru tidak seharusnya
menetapkan had atau menghalang kanak-kanak daripada mencuba
corak-corak improvisasi yang mereka suka.

Setelah murid-murid mereka diberi peluang yang secukupnya untuk
mencuba corak-corak yang berbeza, guru kemudiannya boleh
mengajar cara-cara yang betul untuk bermain improvisasi.


MENU UTAMA
Kelebihan Pendekatan Orff
Membolehkan kanak-kanak mempelajari
muzik sambil berasa seronok melalui
penglibatan yang aktif dalam aktiviti-aktiviti
muzikal.

Penglibatan kanak-kanak mengikut muzik
secara semulajadi dan mengikut
kemampuan dan citarasa mereka.

Pembelajaran secara penemuan dan
sampingan.

Aktiviti muzik mudah dan mengikut
kemampuan kanak-kanak.

Kanak-kanak tidak dibebankan atau
dibelenggu dengan aspek-aspek formal
dalam muzik.

Kanak-kanak diberi peluang banyak untuk mengalihkan gerak balas
psikomotor daripada gerakan fizikal kepada alat muzik secara
bebas.

Alat muzik yang direka tidak memerlukan tahap kecekapan yang
tinggi dan kemahiran muzikal yang tinggi.

Kanak-kanak mempelajari daripada yang mudah kepada sukar.-
(akt. Berperingkat dan berturutan.)

Guru- pemudah cara.

Penilaian dilakukan oleh kanak-kanak itu sendiri.

Pengabungjalinan dengan mata pelajaran lain seperti pembelajaran
bahasa atau pendidikan jasmani.

Mendorong kanak-kanak supaya menganggap pertuturan, nyanyian,
gerakan dan permainan mereka sebagai aktiviti yang sama.




Kelemahan Pendekatan Orff
Hanya sesuai untuk peringkat kanak-kanak
sahaja.

Pendekatan lebih tertumpu kepada kebudayaan
tempatan sahaja.

Fokus pendekatan kurang kepada muzik tulen.

Penggunaan kos terlalu tinggi tetapi ianya boleh
diatasi dengan menggunakan alat rekaan
sendiri.

MENU UTAMA
DR. SHINICHI SUZUKI
Dilahirkan di Nagoya,
Jepun pada 17 Oktober
1898.
Bapa beliau merupakan
seorang pembuat violin
terkemuka di Jepun malah
merupakan orang pertama
yang memiliki kilang
membuat Violin di Jepun.
Dr. Suzuki pernah menjadi
pelajar kepada Ko Ando
dan Karl Klingler.


Beliau belajar bermain violin
ketika berusia 17 tahun
setelah mendapat inspirasi
daripada rakaman album
Mischa Elman. (Schuberts
Ave Maria)
Beliau berkahwin dengan
Waltraud Prange, penyanyi
soprano pada 1928.
Dr. Suzuki meninggal dunia
pada 26 Jan 1998 di
Matsumoto.

PENCAPAIAN
Pemain violin di Imperial Conservatory.
Mengajar di Imperial School of Music dan Kunitachi Music
School di Tokyo.
Membentuk Suzuki Quartet bersama tiga orang adik-
beradik lelakinya.
Menjadi presiden di Teikoku Music School.
Menjadi pengasas dan pemimpin Tokyo String Orchestra.
Beliau juga telah menjadi pengasas kepada Saino Kyoiku
Kinkyu-kai pada 1950 dan mengajar bermain violin
menggunakan metod dan falsafah.
Merupakan pengasas pendidikan Muzik antarabangsa
Method Suzuki.
Memperkenalkan falsafah yang dikenali sebagai Talented
Education.




MENU UTAMA
FALSAFAH SUZUKI
Dr. Suzuki berpendapat bahawa
semua kanak-kanak berupaya
mempelajari muzik.

Beliau juga berkata, kebolehan
muzik bukan satu bakat semula
jadi tetapi satu kebolehan yang
boleh dikembangkan melalui
latihan atau didikan yang betul.

Beliau juga percaya bakat
seseorang kanak-kanak tidak
terhad.


PRINSIP SUZUKI
Dimulakan dari usia bayi 3 bulan.
Gerakan dalam langkah-langkah kecil bagi membina
keyakinan.
Penglibatan ibu bapa (membina keyakinan ibu bapa
perlu meluangkan masa bagi membantu P&P ini).
Mendengar rakaman dari repertoire Dr Suzuki.
Kanak-kanak mendengar dan mengajuk sebelum aspek
muzikal ditekankan.
Dapat memperkembangkan tahap kemahiran pelajar
dan dapat mewujudkan dorongan yang kuat terhadap
pelajar.
Kerjasama ditekankan bagi mengelakkan persaingan.

Dr. Suzuki juga percaya bahawa
seorang kanak-kanak yang
mendengar muzik yang baik semenjak
lahir dan mempelajari muzik sendiri,
kanak-kanak itu mengembangkan
kepekaan, disiplin dan juga daya
tahan dirinya.

Dr. Suzuki juga dalam falsafahnya
mengatakan mengajar muzik
bukanlah tujuan utama namun, hasrat
sebenar adalah untuk membentuk
seorang warganegara yang baik dan
manusia yang mulia.

MENU UTAMA
PENDEKATAN SUZUKI
Pendidikan berdasarkan bakat.

Fokus kepada pendidikan
muzik kepada kanak-kanak
(permainan alat muzik).

Dimulakan sejak berumur
2 atau 3 tahun.

Kanak-kanak dapat dipupuk
melalui pembelajaran muzik
bersistematik.

Sokongan terhadap keyakinan
dan penghargaan bagi
membentuk disiplin diri.



Menekankan pendengaran, peniruan dan bermain muzik
dalam kumpulan.

Kaedah mother-tongue.

Pendekatan Suzuki memberi fokus kepada sistem Imitasi
dan Pengulangan dalam pengajaran Violin.

Dalam sistem Imitasi, murid-murid akan belajar bagaimana
melihat, mendengar dan menghafal skor-skor muzik.

Manakala pengulangan (repetition) memerlukan murid-
murid memainkan semula skor-skor lagu yang telah
dipelajari pada peringkat awal agar tidak melupakan sahaja
lagu-lagu yang telah dipelajari dahulu.


MENU UTAMA
VIDEO KLIP
KELEBIHAN PENDEKATAN SUZUKI
Kanak-kanak dapat
memainkan skor lagu yang
sukar lebih daripada tahap
kecekapannya. Dengan itu,
peningkatan mereka lebih
cepat berbanding kaedah
biasa.

Mengembangkan dan
membentuk disiplin diri dan
bakat sebagai satu cara
untuk membentuk sikap.

Menanam sifat penghargaan
dalam diri kanak-kanak.

Membentuk semangat dalam muzik
(enthusiasm).

Mengalakkan guru untuk memastikan
murid-murid mendapat alat muzik yang
bersesuaian dengan size / ukuran
fizikalnya.

Komunikasi dan kerjasama antara ibu
bapa dan guru.

Inspirasi dan keseronokkan merupakan
tunjang kepada Pendekatan Suzuki.

Latihan Berkumpulan

Lebih sesuai untuk era moden
sekarang, bagi murid-murid yang
mementingkan peningkatan yang cepat
dalam pembelajaran Violin.



KELEMAHAN PENDEKATAN SUZUKI
Cara permainan muzik lebih kaku
(robotic).

Guru Muzik yang terlatih dan memenuhi
syarat Pendekatan Suzuki sahaja yang
layak mengajar. Oleh itu, Ibu bapa
terpaksa membayar yuran yang lebih
mahal untuk memperoleh khidmat yang
bermutu tinggi.

Sesetengah orang mempertikaikan
pendekatan Suzuki bahawa untuk
jangka panjang, murid mungkin
kekurangan elemen sebagai pemuzik
(musicianship).

MENU UTAMA
KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, jika kita lihat pada pendekatan Orff dan
Suzuki, kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu muzik harus
dipelajari oleh kanak-kanak dengan menggunakan kaedah yang
sama semasa mereka mempelajari bahasa ibunda mereka atau
lebih dikenali sebagai the mother tongue approach. Selain itu,
teknik imitasi juga digunakan oleh kedua-dua tokoh muzik
sebagai cara pembelajaran muzik.

Sebagai bakal pendidik muzik, kita harus bersikap kreatif dalam
hal-hal perkaedahan dengan berpandukan pendekatan Orff dan
Suzuki agar membantu murid-murid dapat mempelajari muzik
dengan lebih mudah, menyeronokkan agar dan memberi
pengalaman seperti dalam nyanyian, bermain alat muzik dan
sebagainya secara langsung.




DISEDIAKAN OLEH:

ROWENA LIM D20052024223
GAYATHRI A/P RAMAN D20052024225
NORLIZAWATI BINTI OTHMAN D20052024221
KHAIRIL ANUAR BIN HASHIM D20052024222

You might also like