You are on page 1of 2

Bumiputra di Sabah

Penduduk Sabah adalah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang dan kebudayaan
masing-masing. Penduduk aslinya atau lebih dikenali sebagai bumiputera, terdiri daripada sekurang-
kurangnya 30 kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek.
Antara berikut adalah sebahagian daripada kumpulan penduduk asli di Sabah:

1. Kadazandusun
2. Bajau
3. Melayu Brunei
4. Murut
5. Orang Sungai
6. Iranun
7. Bonggi
8. Kwijau
9. Paitan
10. Lun Bawang
11. Lundayeh
12. Kedayan
13. Suluk
14. Binadan
15. Bisaya
[1]

16. Kokos
17. Rumanau
18. Lotud
19. Minokok
20. Tidung
21. Rungus
22. Kagayan
23. Tatana
[2]

24. Tagaas
25. Ubian
26. Kimaragang
27. Bajau Laut
28. Ida'an
29. Inokang
Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Mereka
menetap di Sabah sejak abad yang lalu dan mereka merupakan kumpulan yang terbesar selepas
kaum Kadazandusun.
Manakala, terdapat juga suku kaum bukan-pribumi Sabah yang boleh menikmati faedah Bumiputera.
Ini berdasarkan Perkara 160 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mendefinisikan "Orang
Melayu" seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bertutur bahasa Melayu, menurut adat
Melayu dalam kehidupan seharian. Oleh sebab yang demikian, penduduk dari Semenanjung
Malaysia, Sarawak serta imigran dari Indonesia dan Filipina yang beragama Islam, bertutur dalam
Bahasa Melayu seharian serta telah bermastautin di Malaysia adalah dalam lingkungan takrifan ini,
lantas dapat menikmati faedah Bumiputera walaupun bukan berasal dari kalangan Pribumi Sabah.
Bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bahasa Melayu (seperti negeri lain di Malaysia), namun terdapat
bahasa-bahasa lain yang ditutur; seperti Bahasa Kadazan, Bahasa Cina (Bahasa Mandarin, Bahasa
Hakka), Tombonuo, Sungai dan lain-lain. Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan
utama, Bahasa Melayu Sabah yang digunakan oleh masyarakat Sabah terdapat sedikit perbezaan
daripada Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu Baku).

You might also like