You are on page 1of 3

REFLEKSI

Alhamdullillah. Berjaya juga saya siapkan tugasan bagi mata pelajaran


Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu : BMM 3111 pada semester kali ini.
Sekalung penghargaan saya dedikasikan istimewa buat pensyarah yang banyak
membantu dan membimbing saya dalam menjayakan tugasan pada kali. Terima
kasih diucapkan kepada Tn Hj Ismail Bin Hasbullah atas didikan, perkongsian ilmu
dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya. Ucapan terima kasih diucapkan juga
kepada rakan-rakan unit Bahasa Melayu 3 yang saling bekerjasama dan berusaha
bersama saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang diamanahkan.


Tugasan pada kali ini banyak memberi ilmu baharu kepada saya dan
membuka mata saya dalam penguasaan makna terutamanya dalam Bahasa
Melayu. Tugasan semester ini memerlukan saya menjelaskan kandungan kajian
bidang semantik dan peristilahan Bahasa Melayu, menghuraikan maklumt yang
diperoleh dalam bentuk pengurusan grafik dan menganalisis istilah dalam artikel.

Cabaran yang paling besar dalam menjayakan tugasan ini adalah keperluan
untuk mencari artikel bagi mengkaji perolehan istilah bahasa Melayu yang terdapat
dalam artikel tersebut. Perolehan istilah mestilah berdasarkan tiga sumber iaitu
kosa kata umum bahasa Melayu, kosa kata umum bahasa serumpun dan kosa kata
bahasa asing. Saya perlu memastikan yang saya benar-benar faham akan ketiga-
tiga sumber istilah ini kemudian barulah diteruskan dengan pencarian artikel yang
tepat. Pada hemat saya, kosa kata bahasa asing lebih mudah untuk ditemui
berbanding kosa kata bahasa serumpun memandangkan tiada suatu rumus khusus
bagi mengesan asal usul perkataan daripada bahasa serumpun.

Pencarian dan analisis setiap kata dalam artikel tidak mudah kerana banyak
perkataan yang dijumpai mengelirukan dan tidak mempunyai sumber rujukan yang
khusus terutamanya bagi istilah dalam bahasa serumpun. Banyak sekali perkataan
yang diserap masuk ke dalam Bahasa Melayu dan seolah-olah sudah menjadi
bahasa jati. Oleh sebab itulah, saya mengambil masa yang lama untuk membedah
artikel yang dipilih.


Sesungguhnya pengalaman yang dikutip semasa menjayakan tugasan ini
amat bermakna dan memberi kesan yang mendalam kepada diri saya. Tugasan ini
membuatkan saya lebih mendalami tentang bidang semantik yang sememangnya
rumit, kompleks serta mengelirukan. Proses menganalisis dan menghurai memakan
masa namun memberi pengalaman berharga. Saya sedar bahawa ia merupakan
salah satu proses pembelajaran daripada tidak tahu ke tahu. Yang bulat tak akan
datang bergolek, yang pipih tak akan datang melayang sekiranya tiada usaha.
Begitulah dengan ilmu, ilmu perlu dicari dengan sebaiknya barulah kita akan
mendapat manfaatnya. Kesan daripada itu,saya mendidik diri menjadi lebih sabar
dan teliti dalam mencari maklumat dan ilmu baharu untuk kegunaan diri di masa
hadapan.

Bukan itu sahaja, saya juga dapat menguasai banyak perbendaharaan kata
yang baharu sekali gus meningkatkan kosa kata yang sedia ada dalam minda saya.
Sebagai guru bahasa Melayu,saya perlulah menguasai banyak kosa kata agar saya
mampu untuk memartabatkan Bahasa Melayu ke tingkat yang lebih tinggi.
Sesungguhnya tutur kata dan setiap pilihan diksi saya, memperlihatkan siapa diri
saya yang sebenarnya kepada mata umum. Perlu saya pegang erat dalam hati dan
jiwa, bahasa menunjukkan bangsa. Jadi sebagai guru bahasa Melayu, saya
perlulah mengamalkan bahasa yang baik agar saya dapat mendidik murid-murid
untuk menjadi lebih baik di masa hadapan.

Sekian. Terima kasih.

Yang Benar,

--------------------------
( ANUAR BIN MD YATIM )

You might also like