You are on page 1of 1

Refleksi Log

MTE 3107
Perancangan dan Pengajaran Matematik

Refleksi Minggu 6 ( 23 27 Julai 2012 )
Tang Chu Ching
Kumpulan PISMP Pemulihan Ambilan Januari 2011

Untuk kuliah pada minggu keenam, pensyarah saya telah mengajar kelas saya
mengenai teknik dan kaedah pengajaran Matematik. Pensyarah saya telah menerang
secara teliti mengenai apakah itu teknik penemuan dan penyiasatan dan juga teknik
penyoalan dan perbincangan. Saya dan rakan sekelas telah berjaya memahami
kebaikan dan penggunaan teknik-teknik tersebut dalam proses pengajaran dan
pembelajaran matematik.
Untuk tutorial bagi minggu yang keenam pula, kelas saya telah melaksanakan
pembentangan secara kumpulan dengan memilih sebuah topik matematik dan huraikan
cara menggunakan teknik penyoalan untuk menyampaikan konsep matematik.
Kumpulan saya telah memilih topik ukuran panjang tahun empat dan kumpulan saya
telah membentangkan hasil kerja kumpulan kami secara teliti kepada rakan sekelas.
Sesi tutorial tersebut telah dilaksanakan secara teratur dan semua orang telah terlibat
secara aktif sama ada sebagai pelajar atau penilai kepada pembentangan berkumpulan
itu.
Untuk ISL bagi minggu keenam ini, saya telah melayari laman sesawang untuk
mencari maklumat mengenai teknik-teknik pengajaran yang telah diajar oleh pensyarah
saya untuk menambah pengetahuan tambahan. Selain itu, saya turut berjaya memuat
turun sebuah artikel mengenai teknik penemuan untuk dibaca dan dihayati serta
dimasukkan ke dalam portfolio saya. Secara keseluruhannya, banyak ilmu pengetahuan
baharu yang saya pelajari minggu ini dan diharapkan tajuk yang akan saya pelajari
minggu depan adalah semakin mencabar dan seronok.

You might also like