You are on page 1of 2

REFLEKSI INDIVIDU

NAMA : MUHAMMAD FARHAN BIN ABDUL KARIM


NO K/P :911004 12 - 6207
Alhamdulillah dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya
dapat juga program yang diusahakan kali ini iaitu Karnival Permainan Tradisional
telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Mac 2013 bertempat di astaka IPG
Kampus Perlis.
Dalam program ini, saya diberikan tugas sebagai ahli biro penyiapan tempat.
Apa yang saya pelajari daripada tugasan ini ialah, untuk menyediakan sesuatu
aktiviti itu, persiapan aktiviti tersebut haruslah dirangka terlebih dahulu dengan teliti
dan seelok eloknya persiapan aktciti tersebit hendaklah diagih - agih supaya kerja
dapat dilakukan dengan lebih senang dan sempurna.
Setiap aktiviti yang dilakukan semestinya mempunyai kebaikan dan
keburukan. Kebaikan yang saya dapati dari program ini ialah saya telah menyedari
pentingnya kerjasama dalam sesebuah organisasi. Jika semua orang dapat
berkerjasama untuk mengendalikan sesuatu aktiviti atau projek, maka aktiviti akan
dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar. Selain itu juga, saya juga mendapati
bahawa cara kepimpinan seorang pemimpin memberikan pengaruh yang besar
kepada perlaksanaan aktivti. Seorang pemimpin haruslah bersikap efisien dan dapat
mengawal pergerakan setiap ahli dalam melakukan perlaksanaan. Jika seorang
pemimpin itu dapat mengawal organisasinya dengan baik, maka aktiviti atau program
yang dilakukan akan dapat berlangsung dengan lancar dan sempurna.
Namun begitu, walaupun program ini berlagsung dengan jayanya, masih lagi
terdapt sedikit kecacatan iaitu kami telah menetapkan tarikh karnival pada hari yang
tidak sesuai dan ini membuatkan sambutan yang diterima kurang meriah kerana
peserta yang tidak terlalu ramai. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk mengambil
apa yang baik untuk dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan
seterusnya membuat penambahbaikkan diatas kesilapan yang dilakukan.
Sedikit sebanyak saya merasakan program karnival permainan tradisional
yang diadakan ini memberi manfaat, ilmu dan pengajaran kepada saya. Saya
berharap apa yang saya pelajari daripda program ini akan dapat membantu untuk
memantapkan diri saya sebagai seorang guru kelak.

You might also like