You are on page 1of 7

Cekodok Pisang Gebu

Source: Che Mat Gebu/Saba


BAHAN-BAHANNYA :-)
8 biji pisang emas
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 camca besar gula peerang @
1/3 camca besar gula halus | saba ltk gula halus - mama ltk 1 sudu besar
1 cawan tepung gandum
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng
1/8 sudu baking powder | ni saba tambah - letak secubit jer
1 biji telur | ni saba tambah- letak jgk



CARA MEMBUATNYA :-)

1. Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur.
Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit. | saba masukkan sekali telur
dan baking powder
2. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air,
jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam
10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda
gunakan.
3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan.
Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama kopi atau teh...

asi Ayam Ipoh
Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

Bahan-bahan ( sekeluarga )
*BAHAN NASI*
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*(bahan*ditumbuk lumat)
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega + sedikit minyak masak
1 sudu kecil garam

*BAHAN AYAM*
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*( bahan* ditumbuk lumat)
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
2 sudu besar kicap pekat (optional)

*BAHAN SUP*
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah
garam

*BAHAN CILI*
10/15 biji cili burung - kurangkan dlm 7-8 biji jer
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam n gula secukupnya

*BAHAN KICAP*
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap pekat dan kicap cair secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
2 sudu besar sos tiram

*BAHAN TAMBAHAN*
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun, bawang goreng





Cara-cara
1. mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua
bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga
didih.
2. selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit.
selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
3. cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dan minyak masak dalam
periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di tumbuk
lumat. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila
dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian
masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
4. penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu
magkok besar. masukkan bahan * yg telah di tumbuk lumat dan semua bahan2
lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring
atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia
dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
5. cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend
hingga hancur.
6. cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas
blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di
masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
7. cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama
sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di
campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
8. selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun,
tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan
kedalam sup tadi.
(nota: kalau ikut resepi asal...nasi tu letak skit lemak ayam kat dlm dia masa nak
tumis tu..saya kadang2 kalau rajin buat..kalau malas saya tak letak pun...sup tu kalau
tak dek sengkuang elok tambahkan rempah tumis 4 sekawan tuk naikkan rasa
dia....)



KUEH KASWI GANDUM
sumber: Kak Hanieliza


Bahan Sirap [masak dan sejukkan]
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir

Bahan Kueh
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi/jagung
1 sudu kecil air kapur kueh [optional] - mama ltk
Kelapa parut (muda/putih saja)
Sedikit garam


Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz
loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.


RESEPI AGAR-AGAR GULA MELAKA
sumber : nazd cute oven

Bahan-bahan
1 peket serbuk agar-agar 10g atau 11g
1 liter air @ 4 cawan air
1 ketul gula melaka (lebih kurang 250g) - cincang
sedikit gula pasir - jika perlu
1 cawan santan pekat @ 1 kotak kecil santan Kara
1 biji telur
secubit garam
daun pandan simpul
Cara-cara
Masak air bersama gula melaka dan juga daun pandan hingga gula larut kemudian tapis.
Masak semula bersama serbuk agar-agar sehingga larut dan mendidih.
Kemudian kecilkan api, masukkan campuran santan, telur dan garam.
Kacau sentiasa sehingga menggelegak atas api sederhana dan santan berbintil2.
Tuang ke dalam loyang dan biarkan agar2 mengeras. Sejukkan dalam peti ais jika suka.

You might also like