You are on page 1of 5

KERTAS KERJA CADANGAN

PERTANDINGAN SUDUT INFO KESIHATAN ANTARA KELAS


SK BANDARAN SIBU N0.3, SIBU
2014
1.0 Tajuk

Pertandingan sudut info kesihatan antara kelas SK Bandaran Sibu No.3

2.0 Pendahuluan
Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai
kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama Kelab Doktor Muda
kepada golongan yang disasarkan iaitumurid dan warga sekolah. Ia juga dapat
dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan
oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat
mengenai kesihatan.
Para murid menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah
diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar
sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang
lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.
3.0 Rasional
Program Sudut info kesihatan dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program
Minggu Sihat Doktor Muda yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan. Program ini
dilaksanakan dari 1 Julai hingga 7 Julai setiap tahun. Program Sudut info
kesihatan ini merupakan satu program kesihatan untuk semua warga sekolah
demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para murid, guru dan
seterusnya ibu bapa pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan.
4.0 Matlamat
Memastikan murid sentiasa menjaga kesihatan dari segi fizikal, mental, rohani
dan jasmani pada setiap masa dan di mana sahaja mereka berada. Mata
bercahaya lahir dari minda yang cerdas.


5.0 Objektif
i. Mewujudkan sudut info kesihatan di setiap kelas.
ii. Melahirkan murid yang berpengetahuan dan berinformasi mengenai
kesihatan
iii. Memastikan murid-murid boleh memelihara kesihatan diri dengan betul.

6.0 Penganjur
Kelab Doktor Muda

7.0 Sasaran
Semua kelas dan murid. Tiada kelas terkecuali.
8.0 Jangka masa
1 Julai 2014 sehingga 31 Julai 2014
9.0 Anggaran kos
BIL BARANG BARANG /
INVENTORI
KUANTITI HARGA
SEUNIT
HARGA
KESELURUHAN


1
Plak Hadiah

JOHAN
NAIB JOHAN
TEMPAT KETIGA




1
1
1


RM 15.00
RM 15.00
RM 15.00



RM 15.00
RM 15.00
RM 15.00


ANGGARAN KESELURUHAN

RM 45.00
10.0 Sumber kewangan
i. Kokurikulum
11.0 Sumber tenaga
i. Guru
ii. Murid
iii. Doktor Muda
12.0 Jadual pelaksanaan













13.0 Senarai Jawatankuasa & Juri Penilai
Ahli Jawatankuasa Kerja

Semua guru kelas termasuk pra sekolah dan PPKI

Panel Penilai
1) Ustazah Noriana Bt Ibrahim
2) Pn. Nur Hafezah Binti Abdullah
Ketua Juri

Puan Mary Selama ak Bakir

14.0 Syarat-syarat Pertandingan Sudut Info kesihatan
i. Pertandingan melibatkan semua kelas.
ii. Penilaian dibuat melibatkan aspek yang berikut:-
a) Kreativiti sudut yang dihasilkan (Kedudukan sudut/ hiasan/ susun
atur)
b) Maklumat yang dipamerkan.( berkaitan/tidak)
c) Sumber bahan
e. Maklum balas murid di dalam kelas (bonus)
Minggu Tarikh Aktiviti

1

4 Julai 2014
Pengumuman rasmi
pertandingan dan syarat-
syarat pertandingan serta
persiapan kelas.

2 -4



7-23 Julai 2014

Persiapan setiap kelas.

3 & 4

24 Julai 2014


Penilaian oleh Juri Khas.

4

25 Julai 2014

Pengumuman keputusan
pertandingan &
penyampaian hadiah.
-suka membaca, sentiasa menjaga sudut, kerjasama
iii. Penilaian dibuat oleh panel penilai pada 24 Julai 2014
iv. Tempat pertama = plak hadiah
Tempat kedua = plak hadiah
Tempat ketiga = plak hadiah

15.0 Contoh borang pemarkahan
Tarikh :
Kelas
kreativiti Maklumat Bonus
Hiasan

Susun atur
&
kedudukan
sudut
Pemerolehan
(kepelbagaian)
/kuantiti
bahan/sumber
Kesesuaian
mengikut tahap
murid
Sikap murid JUMLAH
15m
m m
15 m 30m 30 m 10 m 100m
1 Amanah

1 Bersih

1 Cekap

1 Dedikasi

2 Amanah

2 Bersih

2 Cekap

2 Dedikasi

3 Amanah

3 Bersih

3 Cekap

3 Dedikasi

4 Amanah

4 Bersih

4 Cekap

4 Dedikasi

5 Amanah

5 Bersih

5 Cekap

5Dedikasi

6Amanah

6 Bersih

6 Cekap

6Dedikasi

Pra seroja

Pra
Anggerik

PPKI

PPKI
Penglihatan


Nama Penilai :

Tandatangan ketua penilai : ..



16.0 PENUTUP
Diharapkan aktiviti Sudut Info Sihat ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-
aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang
baik dari semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan mengelakkan
penyakit. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan
memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.



Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

___________________ ___________
(SITI HAJAR BT RAHIM) ( MARY AK SELAMA)
Guru Penasihat Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Kelab Doktor Muda Sk Bandaran Sibu No.3
Sk Bandaran Sibu No.3

You might also like