You are on page 1of 4

MOHD SAMSUDIN BIN MOHD YAMAN

780606-03-5145

Refleksi PJM 3112

Pada 04 April 2014 yang lalu, pelajar PPG semester 6 telah berjaya
menganjurkan sebuah kejohanan sukan tradisional di peringkat IPG dengan
jayanya. Antara objektif utama sukan seperti ini dilancarkan adalah untuk
memenuhi kursus ataupun sukatan pelajaran yang telah dilengkan dalam
takwim dalam mata pelajaran Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani
Dan Sukan ( PJM 3112 ). Sukan permainan tradisional berbeza daripada
kejohanan sukan yang lain. Acara yang dipertandingkan berupa acara permainan
tradisional yang dimainkan pada zaman dahulu. Antara acara yang
dipertandingkan pada kejohanan tersebut adalah seperti permainan Congkak,
Galah Panjang, Batu Seremban dan Konda Kondi.
Sepintas lalu, pelbagai faedah yang diperolehi dengan penganjuran
kejohanan seperti ini. Antaranya ialah seperti membangkitkan kembali minat
untuk bermain permainan tradisonal serta memperkenalkan permainan
tradisional ini kepada kaum-kaum lain. Dengan aktiviti seperti ini, saya melihat
bahawa walaupun permainan seperti ini seperti ketinggalan zaman, namun tidak
memerlukan kos yang tinggi kerana bahan-bahan yang digunakan dalam
permainan seperti ini adalah bahan terbuang dan bahan yang mudah didapati di
kawasan sekitar.
Selain itu, aktiviti seperti ini membolehkan kaum-kaum lain seperti
Masyarakat Cina dan India merasai sendiri permainan ini. Dengan
pengalaman secara langsung seperti ini mungkin dapat meningkatkan rasa minat
mereka untuk bermain permainan seperti ini pada masa akan datang. Untuk
menganjurkan kejohanan seperti ini, sudah tentu memerlukan wujudnya sebuah
badan organisasi yang kukuh. Hal ini kerana dengan terbinanya badan
organisasi yang mantap, penyediaan kertas kerja bagi mendapatkan kelulusan
lebih mudah, serta atur cara majlis dapat berjanlan dengan lebih lancar. Bagi
memudahkan lagi pengurusan badan organisasi telah dilantik dan setiap unit
yang terdapat dalam PPG semester 6 telah dipertanggungjawabkan dengan satu
jawatan mewakili setiap Ahli Jawatankuasa badan perlaksana. Sebagai contoh,
kelas saya sendiri ( sains 2 ) telah dilantik untuk memegang jawatan sebagai
pengerusi kejohanan serta memegang Ahli Jawatankuasa bahagian makanan.
Namun begitu, saya melihat bahawa, perlantikan ini adalah tidak adil
berikutan masa yang diperuntukkan tidak panjang malahan terdapat kelas-kelas
lain yang hadir sewaktu perlantikan dijalankan. Hal seperti ini sebenarnya
mampu menimbulkan ketidak puas hati pihak-pihak dari kelas lain. Selain itu
kami sebenarnya bertungkus-lumus memastikan pengurusan kejohanan ini
berjaya dan berjalan lancar. Walaupun tugas telah diberikan, saya mendapati
terdapat juga kelas-kelas lain yang kurang memberi kerjasama contohnya dalam
penyediaan menyediakan barang-barang yang diperlukan dalam kejohanan
tersebut. Sikap seperti ini amat tidak digalakkan kerana akan menyusahkan
pelbagai pihak. Disebalik masalah-masalah yang timbul saya mendapati,
terdapat faedah yang lain yang dapat diaplikasikan. Sebagai contoh ialah dalam
aktiviti penyediaan tempat. Semua kelas telah turun padang membantu
menyediakan tempat kejohanan yang dijalankan. Dari sini saya melihat bahawa,
kerjasama dalam kumpulan telah dipraktikkan dengan jayanya.
Mengikut tentatif kejohanan, kejohanan akan berlangsung tepat jam 8.30
pagi dan setiap ahli perlu menghadirkan diri ke padang Institut sehari sebelum.
Dari aspek ini, saya melihat kesemua pelajar-pelajar PPG semester 6 sangat
berdisiplin berjaya menghadirkan diri dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
Ucapan syabas dan tahniah dikalungkan kepada semua pelajar kerana berjaya
menghadirkan diri dalam masa yang ditetapkan walaupun mereka sebenarnya
menghadapi kekangan masa dan tinggal jauh dari IPG Kota Bharu. Hal ini
bermaksud mereka tidak mempunyai rehat yang cukup malahan mampu
memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada aktiviti dalam kejohanan yang
dilangsungkan.
Kesungguhan mereka menjalankan tugas yang telah ditetapkan dan pada
masa yang sama menyertai aktiviti kejohanan tidak dapat disangkal lagi.
Sepanjang kejohanan berjalan, saya melihat semangat persaingan secara sihat
berlangsung apabila setiap wakil dari kelas masing-masing yang menyertai
pertandingan bermain bersunguh-sungguh tanpa mengenal erti penat lelah.
Kegembiraan dan wajah kekecewaan jelas terpancar kepada pihak yang menang
dan pihak yang tewas. Walaupun agak kebudak-budakkan, saya melihat perkara
ini adalah positif bermaksud apabila seseorang menghayati perkara yang
dilakukan, hal ini bermaksud mereka betul-betul menghadiri kejohanan bukan
sekadar untuk memenuhkan tandatangan sahaja.
Semangat seperti ini harus dipraktikkan dalam apa jua aktiviti yang akan
dilaksanakan contohnya mengajar dan sebagainya. Meskipun terdapat banyak
kelemahan dan kekurangan, akhirnya Sukan Permainan Tradisional ini berjaya
dilaksanakan hasil daripada kerjasama semua pihak. Pensyarah kami iaitu En.
Hashim bin Ismail juga banyak membantu dalam memberikan nasihat untuk
menangani sesuatu masalah. Saya merasa gembira kerana permainan yang
dipilih membuatkan permainan tradisional ini nampak menyeronokkan dan
menghiburkan. Saya adalah individu yang turut merasa gembira apabila
permainan tradisional ini berjaya dilaksanakan dan terdapat sumbangan bakti
saya yang ikhlas disana bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan markah
tugasan semata-mata. Harapan saya, semangat yang ditunjukkan rakan-rakan
sewaktu menguruskan kejohana seperti ini terus dilaksanakan dan saya
berharap pengalaman yang diperolehi sewaktu menjalankan pengurusan akan
kami sebatikan di dalam diri agar tidak menjadi guru yang tidak berfungsi
sewaktu berada di sekolah kelak.
Sejujurnya walaupun saya bukanlah mengajar Pendidikan Jasmani
sepenuh masa, saya merupakan seorang insan yang gemar bersukan, dan
aktiviti-aktiviti kesukanan seperti ini amat menarik minat saya untuk menyertai
malahan saya berasa amat berbangga dan berpuas hati sekiranya apa yang
saya minat, memberikan hasil yang baik setelah saya sendiri yang berpenat-lelah
mengusaha dan menjayakan. Akan tetapi saya amat yakin bahawa, kejayaan
seperti ini sebenarnya tidak mampu diperolehi tanpa wujudnya nilai kerjasama
yang kukuh diantara kita semua. Jika anda seorang jurulatih yang ternama,
pasukan anda belum pasti bergelar juara seandainya pemain anda tiada
semangat berpasukan.
Kekuatan
Karnival ini berjalan dengan jayanya bersandarkan kepada faktor-faktor berikut :-
Program ini dibimbing oleh pensyarah yang cukup berpengalaman
dan komited dengan tanggungjawab.
Peserta memahami tujuan program ini dan memberikan kerjasama
yang baik serta memainkan peranan masing-masing.
Program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pensyarah
dan peserta.
Program ini dapat memupuk semangat kerjasama dan setiakawan di
kalangan para peserta.
Program ini dapat memberi pengalaman yang bermakna kepada para
peserta untuk diaplikasikan dalam Pendidikan Jasmani di sekolah.
Kelemahan
Program ini telah dirancang penuh rapi dan sistematik. Walau bagaimanapun,
apabila tiba peringkat perlaksaannya pasti terdapat kelemahan dan kekurangan.
Berikut adalah beberapa kelemahan yang dapat saya nyatakan berdasarkan
pemerhatian saya.
Terdapat peserta yang mengambil sikap sambil lewa atau kurang peka
dengan taklimat yang disampaikan oleh rakan peserta.
Ahli dalam kumpulan tinggal di lokasi yang berjauhan menyebabkan ruang
perbincangan agak terbatas dan boleh menjejaskan perancangan karnival
ini.
Cadangan Penambahbaikan
Undang-undang dan peraturan yang dirangka untuk satu-satu permainan
mestilah bersifat realistik dan praktikal serta mampu dilaksanakan dengan
baik.

You might also like