You are on page 1of 10

1

MAI BUAT LATIHAN SAT



1. Kepercayaan saintifik guru sains dan pengaruhnya terhadap pengajaran
sains di bilik darjah: Kajian kes.

Soalan penyelidikannya apa?

Sejauh manakah kepercayaan saintifik guru sains mempengaruhi
pengajaran sains di bilik darjah?

Bagaimanakah kepercayaan saintifik guru sains mempengaruhi
pengajaran mereka?

Apakah kepercayaan saintifik yang dipegang oleh guru-guru
sains?


Kepentingan tinjauan literatur.

Menjustifikasi tentang keperluan atau kepentingan tajuk yang
dikaji tetapi tidak memainkan peranan utama dalam menentukan
permasalahan kajian

Menyokong atau memodifikasikan dapatan atau penyelidikan sedia
ada


Kelebihan menjalankan penyelidikan kualitatif.

Penyelidik lebih mendengar dan memahami pandangan peserta
dalam kajiannya

Data lebih menyeluruh, mendalam dan realistik

Soalan berbentuk terbuka memberi ruang untuk peserta
mengemukakan pendapat dengan jujur dan telus

Sesuatu fenomena dibincangkan berdasarkan sudut pandangan
peserta sendiri

Interaksi yang rapat antara penyelidik dan peserta

Kajian berperanan mengubah sesuatu keadaan dan meningkatkan
diri individu



2

Dua etika penyelidikan.

Etika 1 : Perlindungan daripada bahaya

Huraian: Peserta atau subjek dilindungi daripada bahaya sama
ada yang berbentuk fizikal, psikologi atau mental

Etika 2 : Pemeliharaan hak persendirian

Huraian: Memelihara hak peserta atau subjek seperti kerahsiaan
identiti subjek dan juga privasi subjek dan pihak lain yang terlibat

Etika 3 : Tiada paksaan

Huraian: Peserta atau subjek tidak boleh dipaksa menyertai atau
melibatkan diri dalam penyelidikan. Mereka juga boleh menarik diri
dari penyelidikan pada bila-bila masa

Etika 4 : Perkongsian hasil penyelidikan

Huraian: Penemuan atau hasil dapatan haruslah dikongsi dengan
umum, dikongsi dengan pihak lain atau dimaklumkan kepada
pihak yang terlibat

Etika 9: Jangan kurang ajaq! ....melawak je!

2. Model penyelidikan Mcniff (1988).

FASA F
Berpindah dalam arah yang
baharu



FASA A
Pemerhatian



FASA E



FASA B






FASA D



FASA C




Fasa B: Refleksi
Fasa C: Bertindak
Fasa D: Menilai
Fasa E: Ubah suai
3


Aktiviti dalam fasa A:
Mengumpulkan maklumat melalui pemerhatian. Pemerhatian
termasuklah melalui melihat, mendengar, rakaman dan sebagainya.
Aktiviti dalam fasa C:
Mengambil tindakan berasaskan formulasi yang diperoleh selepas
refleksi.
Perbezaan Mcniff (1988) dengan Stephen Kemmis (1986).
Gelung penyelidikan tindakan di dalam model Stephen Kemmis
Cuma terdiri daripada empat fasa sahaja iaitu: merancang,
tindakan, memerhati dan refleksi.

3. Mek Jah melaksanakan satu penyelidikan tindakan untuk menentukan sama ada
kaedah pembelajaran aktif dapat menarik perhatian pelajar terhadap proses
pembelajaran Sains.

Mengapa menjalankan penyelidikan tindakan?

Untuk mengubah dan menambahbaikan amalan pengajaran dan
pembelajaran yang sedia ada

Pernyataan masalah penyelidikan tindakan tersebut?

Pelajar kurang memberi perhatian semasa pengajaran dan
pembelajaran Sains

Kaedah pengumpulan data.

Temubual
Pemerhatian
Soal selidik

Jika kaedah pembelajaran aktif tidak dapat mengatasi masalah yang dihadapi.

Merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lain
sebagai tindakan alternatif dalam kitaran kedua penyelidikan
tindakan
4

Melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baru
dan menentukan sama ada tindakan tersebut dapat mengatasi
masalah pembelajaran yang sama
Berulang antara pelaksanaan tindakan dan kembali kepada
masalah yang dihadapi


Kaedah triangulasi.

Kaedah triangulasi bermaksud menggunakan kaedah
pengumpulan data pelbagai dan sumber pelbagai untuk
penyemakan-silang informasi.

Contohnya selain daripada kaedah temu bual, penyelidik
boleh menggunakan kaedah lain seperti kaedah
pemerhatian dan soal selidik (atau kaedah lain yang
sesuai).

pasai pa kaedah triangulasi penting?

Penggunaan pelbagai ukuran akan memberi keyakinan
berhubung ketekalan maklumat yang diperolehi dan
seterusnya meningkatkan kesahan data.


Cara kumpui maklumat semasa temu bual.


Membuat catatan semasa temu bual dilaksanakan
Menulis nota selepas temu bual
Membuat rakaman audio atau video

Masalah yang mungkin timbul, dah tu nak buat lagu mana?

Cara kumpui
maklumat
Masalah Cara mengatasi
Membuat
catatan
semasa temu
bual
dilaksanakan

atau
Mengganggu
perjalanan temu bual
sebab masa
diperlukan untuk
mencatat
Hanya informasi penting
dicatat dan mengemaskini
nota catatan selepas
temubual.
Rakam audio digunakan
sebagai rujukan tambahan
jika perlu.
Menulis nota
selepas temu
bual

Boleh menyebabkan
informasi penting
hilang
Membuat catatan ringkas
semasa temu bual untuk
mengelakkan kehilangan
informasi penting.
5


atau
Rakam audio digunakan
sebagai rujukan tambahan
jika perlu.

Membuat
rakaman audio
atau video
Penghasilan
transkripsi dari pita
kaset atau video
amat susah
dilakukan dan
memakan masa
Mengambil nota semasa
temubual untuk membantu
mencari informasi penting
dalam rakaman.




1. Habaq mai sat tujuan utama kajian tindakan.

penambahbaikan terhadap amalan
penambahbaikan kefahaman terhadap amalan oleh pengamal
/guru
penambahbaikan terhadap situasi di mana amalan diamalkan
mengenalpasti keberkesanan sesuatu amalan oleh
pengamal/guru sesuatu bidang

Ciri utama kajian tindakan pulak, apa dia.

Amalan reflektif pada pengamal bidang /guru- galakkan guru
mereflek amalannya dan berubah ke arah kebaikan dengan
mereflek aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
telah berlaku dan tak sepatutnya berlaku agar tercapai objektif
dengan jayanya.

Penglibatan pengamal/guru dalam penyelidikan- penyelidikan
wajar dilaksanakan oleh guru yang terlibat kerana guru
tersebut yang mengetahui dan bertanggungjawab atas
penyelesaian apa saja masalah, menilai serta
mempertimbangkan tindakan seterusnya.

Lingkaran penyelidikan yang dijalankan secara berterusan-
tidak memberi penyelesaian muktamad tetapi melibatkan
lingkaran pertama dan seterusnya melalui merancang,
bertindak, memerhati, mereflek, tiada terhenti di situ sahaja,
sebaliknya akan terus dengan merancang tindakan
selanjutnya.

6

Cerita sat pasai model Stephen Kemmis (1986).

Penyelidikan adalah sejenis inkuiri berasaskan proses refleksi
kendiri

Digunakan oleh seseorang dalam situasi-situasi sosial untuk
mempertingkatkan amalan dan pemahaman bidangnya

Dijalankan dari masa ke masa melalui langkah lingkaran

Lingkaran terdiri daripada perancangan, tindakan, pemerhatian dan
refleksi

Seterusnya memasuki lingkaran ke-2 selepas refleksi apabila
terdapat perubahan dalam tindakan kemudiannya.

2. Masa tulih refleksi dalam proposal tu kena ambik kira benda apa.
Perkara Huraian
Pengenalan

Tema/masalah/isu keprihatinan yang
telah dikenal pasti melalui empat
perkara utama dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang lalu iaitu:
o Guru
o Murid
o Isi kandungan pelajaran
o Persekitaran

Refleksi pengalaman
pengajaran dan
pembelajaran lalu.

Kaitkan pengalaman pengajaran dan
pembelajaran yang telah dikenalpasti
supaya masalah menjadi lebih jelas.
Rujuk bahan yang berkaitan seperti
buku latihan, ujian, keputusan
peperiksaan, sukatan pelajaran dan
bahan-bahan yang berkaitan untuk
membantu penyelidik mengingat
kembali apa-apa yang telah
dilaksanakan/ berlaku.
Refleksi nilai
pendidikan

Dapat mengenalpasti nilai-nilai yang
dapat digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran apabila
menggunakan tindakan yang akan
7

dibuat.
Dapat menjelaskan nilai yang
digunakan pada situasi tertentu
semasa tindakan dilakukan.


Nak buat temu bual kalu, kena ada apa.
Kemahiran Huraian
Menghormati budaya
kumpulan yang dikaji
Perlu tahu budaya yang diamalkan
dalam kumpulan untuk mengelak dari
bertanya perkara yang sensetif
Menghormati orang yang
ditemubual

Tidak kira taraf atau kedudukan mesti
menghormati individu yang ditemubual
supaya orang yang ditemu bual dapat
merasa dihargai
Berkeadaan biasa jangan
berlakon
Untuk menunjukkan keikhlasan
Menjalin hubungan serta
mewujudkan persekitaran
yang selesa
Agar dapat memperolehi komitmen
responden untuk melibatkan diri
Tanya soalan yang sama
dalam dalam cara yang
berbeza
Untuk mengesahkan jawapan
Membuat susulan ke atas
jawapan yang pelik atau tidak
jelas.
Untuk mendapat penjelasan jawapan
Meneruskan temu bual
dengan item seterusnya jika
responden teragak-agak
menjawab sesuatu soalan dan
kemudian kembali ke soalan
tersebut kemudian
Supaya orang yang ditemu bual tidak
merasa tertekan
Elak soalan yang berarah
Ini akan menyebabkan jawapan yang
diberi mengikut kehendak penemubual
Elak soalan yang memerlukan
jawapan ya atau tidak
orang yang ditemu bual tidak dapat
memberi pandangan sendiri
Hanya satu persoalan
dikemukakan pada satu
soalan.
Mengelak kekeliruan
Jangan mencelah ketika
orang yang ditemu bual
sedang menjawab soalan
Mengganggu idea orang yang ditemu
bual dan membuatkan mereka tidak
berminat memberi pendapat
8


3 (a) Cikgu Fatin yg duduk N9 tu telah menggunakan praujian dan pascaujian
untuk ukor prestasi budak-budak dia.
Data Praujian:
P1 = 48, P2 = 42, P3 = 72, P4 = 80, P5 = 78, P6 = 44, P7 = 66, P8 = 72,
P9 = 56, P10 = 78, P11 = 50, P12 = 54, P13 = 74, P14 = 56, P15 = 76,
P16 = 64, P17 = 68, P 18 = 82, P19 = 56, P20 = 48, P21 = 52, P22 = 62
Data Pascaujian:
P1 = 50, P2 = 44, P3 = 74, P4 = 84, P5 = 80, P6 = 48, P7 = 70, P8 = 76,
P9 = 60, P10 = 80, P11 = 56, P12 = 58, P13 = 78, P14 = 58, P15 = 78,
P16 = 68, P17 = 76, P 18 = 88, P19 = 64, P20 = 58, P21 = 62, P22 = 70
(P1 = Pelajar 1, P2 = Pelajar 2 dan seterusnya)

Ce tra ubah tengok bior jadi jadual.
Responden Penyelidikan Skor Praujian Skor Pascaujian
P1 48 50
P2 42 44
P3 72 74
P4 80 84
P5 78 80
P6 44 48
P7 66 70
P8 72 76
P9 56 60
P10 78 80
P11 50 56
P12 54 58
P13 74 78
P14 56 58
P15 76 78
P16 64 68
P17 68 76
P18 82 88
P19 56 64
P20 48 58
P21 52 62
P22 62 70



Min nya tahu dak?
9

Min praujian = 62.64
Min pascaujian = 67.27

Ate, peta minda tu dapat ke nak ningkatkan prestasi.
Ya
3 (b) Anak Pakcik Kholim yang nama Syazrin tu; dia gemor benor guna cara kualitatif:
Keberkesanan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan Komputer
dan Multimedia.....
Soal temu bual Respons
1. Apakah pendapat anda
tentang proses
pembelajaran yang
berbantukan komputer dan
multimedia?

P1: Cepat dan mudah, mudah difahami dan
diingati.
P2: Mudah, senang difahami.
P3 : Amat senang diingati, visual
memberangsangkan.
P4: Mudah, cepat, menarik, perisian amat
mudah.
P5: Mudah diingati, dihafal, data tersusun.
P6: Menyeronokkan, rasa lebih mudah fahami.
2. Adakah anda lebih
seronok belajar Sains
dengan menggunakan
komputer dan multimedia?

P1: Seronok dan menyakinkan; Pelajaran
dapat diikuti tanpa rasa bosan
P2: Ya, tak membosankan.
P3: Memang seronok, memberangsangkan.
P4: Lebih seronok, tidak mudah mengantuk.
P5: Seronok sangat, rasanya perisian lebih
cepat untuk dapat maklumat.
P6: Menyeronokkan, sebab tidak
membosankan.
(P1= Pelajar 1, P2= Pelajar 2..... )

Kategori bagi respons.
Soalan temu bual Kategori
1. Apakah pendapat
anda tentang
proses
pembelajaran
menggunakan
bantuan komputer
dan multimedia?

cepat
mudah difahami dan diingati
senang difahami
senang diingati
visual memberangsangkan
menarik
perisian amat mudah
mudah dihafal
data tersusun
menyeronokkan
10


Soalan temu bual Kategori
2. Adakah anda lebih
seronok belajar
Sains dengan
menggunakan
komputer dan
multimedia?

seronok
menyakinkan
pelajaran dapat diikuti tanpa rasa bosan
memberangsangkan
tidak mudah mengantuk
perisian lebih cepat untuk dapat
maklumat


Dah tu, rumusannya ape.
Pelajar berasa seronok dan yakin belajar dengan menggunakan
perisian komputer dan multimedia.
Kaedah ini memberangsangkan, dapat meningkatkan daya
ingatan serta pemahaman mereka terhadap matapelajaran Sains.

You might also like