You are on page 1of 7

TOPIK 2: KOD KLASIKAL DAN

CIPHERS
Ahmad Fahmi Bin Kharudin
Muhammad Zaim Bin Mohammad Shuhaimi
Ahmad Azril Bin Salehon
Mohamad Ayub bin Mohd Noor
Transposisi (Tranposition)
Cipher transposisi melibatkan
penyusunan semula huruf (atau kumpulan
huruf) mengikut sistem yang mudah dan
yang telah dipersetujui antara pengirim
dan penerima.
Latin Square

Latin Square
Ia terdiri daripada siri perkataan 5 huruf yang disusun
dalam segiempat, yang dijumpai pada dinding villa Rom di
Pompeii dan Cirencester.
Latin Square dibaca sebagai rotas opera rukun arepo
sator', yang secara kasarnya bermaksud 'orang yang
memberi panduan kepada pembajak untuk menuai benih '.
Segi empat Latin Square adalah simetri ianya boleh
dibaca dari kiri ke kanan, kanan ke kiri, ke atas atau ke
bawah.
Namun, terdapat mesej tersembunyi dan hanya pengirim
dan penerima yang tahu bagaimana cara membaca mesej
yang tersembunyi.
Penerima mesej bagi Latin Square adalah penganut krsitian.
Mesej yang cuba disampaikan selepas menyusun semula
huruf (transposisi)
1. 'Paternoster' diulangi dua kali, yang bermaksud 'bapa kami
2. Paternosters membentuk salib, yang mempunyai
kepentingan Kristian.
3. Yang ditinggalkan A dan O, yang mewakili yang alfa dan
omega, yang awal dan akhir, juga signifikan dengan ajaran
Kristian.
Latin Square diletakkan di sebelah rumah yang menawarkan
perlindungan kepada penganut Kristian.
Syctale

Syctale adalah alat ini yang digunakan untuk melaksanakan
cipher transposisi, yang terdiri daripada silinder kayu yang
digulung padanya jalur kertas dan di sekitarnya ditulis mesej
yang hendak disampaikan.

Setelah mesej itu ditulis, gulungan kertas itu dibuka dan
dihantar kepada penerima.

Penerima hanya boleh membacanya dengan penggunakan
silinder yang sama diameternya.

Orang-orang Yunani kuno, dan orang Sparta khususnya,
dikatakan telah menggunakan cipher ini untuk berkomunikasi
semasa kempen ketenteraan untuk peperangan.
Kelebihan:
Mesej lebih mudah diterjemah dan kesilapan
penterjemahan sangat kurang.

Kelemahan:
Jalur kertas mudah koyak

You might also like