Professional Documents
Culture Documents
Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran
Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan
sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi
kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran
Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.
Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara
hidup. Seni halus tidak pernah difikirkan . Hanya selepas mereka bertapak kukuh
dan berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan
kretiviti artistik mereka. Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula
yang menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah
Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung
Hong Kong dan Zhen Wei Sin. Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat
pelukis yang mempamerkan hasil karyanya. Pameran seni lukis yang terawal di
singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Disusuli pula dengan
pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926.
Aktiviti-aktiviti seni yang awal di Pulau Pinang bermula apabila pengasasan Pulau
Pinang pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia timur.
Pelukis-pelukis Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang gemar melukis pemandangan
laut dan keindahan alam semulajadi pulau itu. Kemungkinan terdapat pelukis
tempatan yang membekalkan lukisan-lukisan kepada para penaung Syarikat
Peniagaan Eropah.
Perkembangan seni lukis moden boleh dikesan sehingga tanuh 1920an semasa
kumpulan penang Impressionist ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada
ekspatriat Eropah yang kebanyakannya merupakan surirumah bangsa Inggeris.
Disebabkan sikap-sikap kolonialistik pada masa itu, pelukis-pelukis tempatan Pulau
Pinang tidak dibenarkan menyertai Penang Impressionist. Dua orang pelukis
tempatan yang diterima menganggotainya ialah Puan Lim Cheng Kung dan Abullah
Ariff. Abdullah Arif diterima dalam kumpulan itu kerana perkhidmatan beliau
sebagai pendidik seni diperlukan, manakala Puan Lim pula isteri seorang jutawan
yang dapat memberi sokongan kewangan.
Tahun 1920an merupakan peringkat yang penting dalam sejarah seni lukis Pulau
Pinang. Yong Mun Seng telah datang ke Pulau Pinang dari Singapura dan
mendirikan studio seninya. Pelukis pertama yang mengadakan pameran seni lukis di
Malaysia adalah Ooi Hwa yang telah mempamerkan karya-karyanya di Pulau Pinang
pada tahun 1927. Ooi Hwa dan Lee Cheng Yong mungkin merupakan pelukis
pertama yang pergi ke luar negeri untuk mempelajari seni di Akademi Seni Halus
Shanghai. SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan pada tahun 1922. Mata
pelajaran Pendidikan Seni diajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek
Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat
bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyat ketika itu.
Akademi Seni Halus Nanyang diasaskan pada tahun 1938 oleh pengetuanya, Lim
Hak Tai. Lim Hak Tai, seorang pelukis ternama dan berwawasan
memperkembangkan kesenian dengan menubuhkan institusi yang pertama dan
paling lama di Singapura. Di antara pelukis-pelukis terkenal yang menjadi tenaga
pengajar ialah Cheong Soo pieng, Georgette Chen Li Ying, Chen Wen His dan Chen
Chong Swee. Para pelukis ini telah datang ke Singapura selepas Perang Dunia ke
Dua. Mereka dilatih di akademi-akademi Seni di Shanghai, kanton dan Amoy.
Mereka juga didedahkan kepada pengaruh modenis aliran-aliran di Paris.
Pada tahun 1936, pelukis-pelukis Cina telah berkumpul di bawah pengaruh Yong
Mun Sen, dan menubuhkan Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang. Di antara pengasas
kelab ini termasuklah Lee Cheng Yong sebagai Presiden, Yong Mun Seng sebagai
Timbalan Presiden, Quan Kuan Sin sebagai setiausaha, Tay Hooi keat sebagai
bendahari dan Kuo Ju Ping, Tan Seng Aun, Tan Gek Khean serta Wan Fee sebagai
ahli jawatan kuasa. Mereka telah mengadakan Pameran seni dan Fotografi yang
pertama. Kebanyakan karya yang dipamerkan adalah mengikut aliran Realisme
Barat dan Post Impressionism di samping beberapa lukisan berus Cina tradisional.
Pelukis-pelukis di seluruh Malaysia dan singapura telah diundang untuk menjayakan
pameran ini. Pada tahun 1937, kumpulan Penang Impressionist yang mengadakan
pameran tahunan secara tetap, telah menjemput ahli-ahli Kelab Seni Lukis Cina
pulau Pinang. Jemputan ini amat menggalakkan pelukis-pelukis tempatan memberi
sumbangan yang positif. Pameran ini merupakan pameran terakhir Penang
Impressionist sebelum dibubarkan sebelum bermulanya Perang dunia Kedua.
Kebanyakan ahlinya yang aktif telah pulang ke Eropah atau pun telah dipindahkan.
Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang telah mengadakan dua atau tiga lagi pameran di
bawah pimpinan Lim Cheng Ean (ayah P.G. Lim dan Lim Kean Siew, pengumpul
karya seni) dan seterusnya dipimpin oleh Ong Keng Seng. Ketika peperangan,
aktiviti-aktiviti pertubuhan terpaksa diberhentikan untuk sementara waktu kerana
kawalan keselamatan yang dikenakan di kawasan desa dan pantai. Akhirnya,
pertubuhan ini dibubarkan sebelum kemaraan jepun pada tahun 1941. Pada tahun
1949, persatuan seni Singapura telah ditubuhkan oleh beberapa ekspatriat seperti
Dr. Gibson-Hill yang mengetuai Raffles Museum and Library, Richard Walker yang
merupakan pengetua Seni Sekolah-sekolah Singapura, Francis Thomas iaitu guru
Sekolah St Andrews, Suri Mohgani iaitu pelukis tempatan dan Liu Kang yang juga
Presiden persatuan tersebut. Walau pun Liu Kang bukan seorang guru seni beliau
disanjung tinggi sebagai pelukis yang cekap dan penglibatan aktifnya dalam
Persatuan Pelukis Cina dan Persatuan Seni Singapura.
You might also like: