You are on page 1of 5

REFLEKSI

NAMA PROJEK: MENGEMASKINI STOR SUKAN SEKOLAH


TARIKH: 06 OGOS 2014
MASA: 2.30 PETANG HINGGA 3.30 PETANG


Internship ialah peringkat transisi profesional yang bertujuan untuk mengaitkan
pengalaman amalan profesional pelajar dengan tugas guru permulaan. Pelajar
dikehendaki merancang, melaksana dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan
pengajaran pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah serta aktiviti rutin sekolah
yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah.
Dalam menjayakan program internship ini satu projek telah kami kenal pasti
sebagai satu aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah yang telah kami pilih ini. Projek ini
diberi nama Kemaskini Stor Sukan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ayer Tawar
yang melibatkan saya sendiri iaitu guru pelatih semester 8 dalam menghias dan
menyusun atur kembali stor sukan sekolah.
Dari aspek peralatan sukan di dalam stor ini, peralatan yang terdapat hanya pada
tahap minimum. Tidak semua peralatan yang diperlukan untuk P&P PJ ada di dalam
stor ini. Maka, sesi P&P PJ agak terganggu kerana kekurangan peralatan. Namun,
susun atur peralatan-peralatan tersebut kemas dan tersusun. Peralatan juga dilabelkan
dengan label yang betul. Oleh kerana kekurangan ruang, peralatan unit kokurikulum
seperti peralatan Kemahiran Hidup seperti alat memasak juga diletakkan sekali di
dalam stor ini.
Dari aspek stok kelengkapan sukan, saya telah cuba mendapatkan rekod pembelian
dan juga rekod lupus kira peralatan sukan daripada pihak pengurusan stor sukan,
namun kerana kekangan masa, mereka tidak berkesempatan untuk menunjukkan
rekod-rekod tersebut kepada saya. Namun, menurut mereka, setiap peralatan baru
yang dibeli dan peralatan lama yang rosak dan perlu dilupus kira, mereka akan
mencatatkannya di dalam rekod untuk tujuan audit pada setiap hujung tahun.
Stor sukan di sekolah merupakan satu bilik yang perlu di ambil perhatian oleh pihak
sekolah.Ia tidak boleh di pandang remeh oleh pihak sekolah kerana bilik ini akan
memberikan manfaat yang tersendiri kepada murid-murid. Oleh itu,stor sukan ini perlu
di buat penambahbaikan dari semasa ke semasa mengikut peredaran waktu selaras
dengan kehendak keperluan semasa. Rasional projek ini dibuat adalah untuk
mengemaskini peralatan yang ada di dalam bilik rawatan itu dari segi penjagaan
semasa. Murid-murid yang akan memasuki stor sukan ini akan mendapat manfaat
daripada cara penjagaan dan penggunaan alatan dengan betul.


















SEBELUM MENGEMASKINI STOR SUKAN



















SELEPAS MENGEMASKINI STOR SUKAN

















Tandatangan Pelajar/ Guru Pelatih Tandatangan Mentor/ Guru Besar

You might also like