You are on page 1of 8

TUGASAN 1(INDIVIDU)

Pilih satu bidang seni kreatif berikut :


Kraftangan
Huraikan secara terperinci bagaimana bidang seni kreatif ini dapat menyumbang
kepada perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak serta meningkatkan kesedaran
terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia.
Pengenalan
Seni membawa maksud sesuatu yang halus .Seni terbahagi kepada seni visual
dan seni persembahan .Seni visual untuk kanak-kanak meliputi aktiviti melukis dan
mewarna kanak-kanak ,aktiviti kraf yang mengaplikasikan teknik menggambar ,teknik
mereka corak,dan rekaan serta teknik bentuk binaan.Seni persembahan untuk kanak-
kanak pula meliputi aktiviti muzik ,pantun,sajak,drama,tarian dan pergerakan kreatif.
Kanak-kanak berupaya meluahkan perasaan masing-masing menerusi hasil
karya seni mereka.Seni untuk kanak-kanak dapat meningkatkan imaginasi dan kreativiti
kanak-kanak serta menimbulkan rasa kecantikan yang berkaitan dengan estetika dalam
seni.
Di Malaysia kepentingan perkembangan daya kreatif dalam pendidikan kanak-
kanak jelas ternyata dalam huraian kurikulum pendidikan prasekolah..Antara enam
komponen dalam buku huraian kurikulum prasekolah ,komponen kreativiti dan estetika
member focus kepada memperkembangkan sifat kreatif dan ekspresif melalui imaginasi
dan pemikiran (Kementerian Pendidikan Malaysia ,2003).
Malaysia sebagai sebuah Negara berbilang kaum yang kaya denga pelbagai
kebudayaan ,agama dan amalan.Setiap kaum mempunyai kebudayaannya yang unik
dan tersendiri .Namun dalam kepelbagaian itu Malaysia merupakan satu kesatuan yang
jitu.
Kebudayaan semestinya ditempatkan oleh Negara sebagai salah satu faktor
terpenting dalam kehidupan seharian.Kebudayaan ini juga adalah merupakan nilai

hidup yang membentuk masyarakat supaya mempunyai perkembangan daya fikidaya
cipta secara individu atau kelompok.Ia dapat memberikan penghayatan terhadap unsur
yang ada dalam masyarakat secara menyeluruh.Seni budaya sesuatu bangsa itu,tidak
boleh dilihat sebagai satu entiti yang statik.Sebaliknya ,ia merupakan sesuatu yang
dinamis ,yang sentiasa bergerak selari dengan perkembangan hidup itu sendiri.
TUGASAN 2 (INDIVIDU)
SAMBUTAN HARI GURU
PENGENALAN /MUKADIMAH
Pengurus merupakan orang yang bertanggungjawab memastikan semua kerja
dilaksanakan dengan berkesan tanpa melakukannya sendiri dengan mengawasi dan
menyelaras terhadap aktiviti aktiviti pihak lain.Seterusnya mereka meringkaskannya
bahawa para pengurus mencapai hasil kerja melalui orang lain dengan membuat
perancangan ,pengelolaan ,pengarahan,penstafan,penyelarasan ,pelaporan dan bajet.
Sambutan Hari Guru merupakan acara tahunan yang disambut oleh warga
pendidik di seluruh Negara .Pada setiap tahun tema sambutan hari guru merupakan
landasan atau perkara penting kepada seseorang pendidik.Pada tahun 2011 temanya
ialah GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.Tema dipilih
bertepatan dengan keadaan dunia perguruan semasa.Apabila sesuatu sambutan itu
diadakan pelbagai aktiviti disusun atau dirancang oleh pihak sekolah
Sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan
persembahan atau pameran yang dirancang itu beberapa perkara penting perlu saya
ambil kira.Antaranya ialah tema :Tema ialah persembahan pakaian beragam mengikut
kaum di Malaysia.
Tajuk aktiviti /Tema : Perayaan Kaum Di Malaysia.
Sebagai sebuah Negara yang bebilang kaum ,yang mengamalkan pelbagai
budaya dan agama,penduduk Malaysia hidup dalam suasana yang harmoni.Perpaduan
dan kepelbagaian inindicerminkan dalam festival-festival atau perayaan-perayaan kaum
yang didasarkan kepada amalan agama atau adat resam mewakili kaum-kaum

berkenaan yang diraikan khusus oleh kaum-kaum tersebut.Antara kaum-kaum yang
terdapat di Malaysia ialah :Melayu,Cina,India,Iban,Kadazan,Asli,Punjabi dan lain-lain
lagi.Mereka berkongsi perayaan dengan kaum-kaum yang ada ini melalui amalan
ziarah-menziarahi atau menghadiri rumah terbuka.
Kerajaan Malaysia telah memutuskan pada tahun 2000 sebanyak enam
perayaan kaum atau agama diangkat sebagai perayaan utama. Pada setiap perayaan
tersebut diadakan Rumah Terbuka.Matlamat utama Rumah Terbuka Malaysia ialah
memupuk perpaduan di kalangan rakyat melalui perkongsian perayaan dalam suasana
aman dan damai.
Negara beraneka budaya, bahasa, agama dan makanan yang memikat hati. Penyatuan
budaya dan sosial yang berkurun lamanya di antara bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan,
Dusun, Iban dan lain-lain telah melahirkan masyarakat Malaysia berbilang kaum yang hidup
dalam harmoni. Sambutan bersama pelbagai perayaan, sambutan tradisi dan aktiviti
kebudayaan di sepanjang tahun memastikan pelancong tidak mungkin bosan di sini.

Tarikh Perayaan Keterangan

7 Feb 2012

Thaipusam Perayaan ini disambut sebagai tanda kesyukuran oleh
penganut agama Hindu, serta sebagai tanda penghormatan
kepada tuhan Muruga atau Subramaniam. Perayaan ini
paling meriah disambut di Kuala Lumpur, di mana
kenderaan berhias tuhan Muruga dibawa berarak menerusi
jalan-jalan tertentu di bandaraya sebelum berakhir di Batu
Caves, Selangor. Ribuan penganut berarak sambil memikul
Kavadi, menarik perhatian ramai pengunjung. Thaipusam
diraikan secara besar-besaran di Selangor, Pulau Pinang,
Melaka, Johor dan Perak.
Lokasi: Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Perak
Hari Wilayah Hari Wilayah disambut di Kuala Lumpur, Putrajaya dan
Labuan dengan perarakan, pertunjukan bunga api, pameran

serta persembahan kebudayaan. Kebanyakan acara dibuka
kepada orang ramai tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Lokasi: Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
23-24
Jan, 2012
Tahun Baru Cina Tahun Baru Cina menandakan hari pertama kalendar Bulan
dan perayaan ini disambut selama 15 hari. Limau Mandarin
dan putik pohon plum, yang melambangkan kemewahan
serta nasib baik, menghias rumah penduduk berbangsa
Cina, serta kompleks-kompleks membeli-belah. Tarian naga
dan tarian singa berserta paluan gendang yang
bersemangat menambahkan lagi suasana meriah perayaan
ini. Pada malam sebelum Tahun Baru, ahli keluarga
berkumpul menikmati jamuan makan malam, diikuti dengan
rumah terbuka meraikan sanak saudara dan sahabat
handai pada keesokkan harinya.

Lokasi: Seluruh Malaysia
2 Apr 2012 Good Friday Good Friday ialah hari Jumaat sebelum sambutan perayaan
Easter (perayaan Easter lazimnya jatuh pada hari Ahad)
yang disambut di Sabah dan Sarawak.

Lokasi: Sabah dan Sarawak
28 Mei 2012 Hari Wesak Pada hari Wesak, penganut Buddha memperingati
kelahiran, kesedaran dan kematian Buddha. Para penganut
mempersembahkan pemberian mereka dan menjalankan
upacara seperti mandian patung Buddha, pembacaan
mentera dan membakar colok. Upacara perlantikan sami
biasanya dilangsungkan di kuil-kuil Buddha. Pada sebelah
malam diadakan perarakan di kotaraya seperti Kuala
Lumpur, Johor Bharu, Seremban, Melaka dan Georgetown.

Lokasi: Seluruh Malaysia

30 Mei - 31
Mei, 2012
Tadau Kaamatan Pesta ini disambut setiap tahun oleh komuniti etnik terbesar
di Sabah, iaitu kaum Kadazan Dusun. Perayaan kesyukuran
ini diadakan sebagai tanda penghormatan kepada
semangat padi yang digelar Bambaazon, atas hasil tuaian
padi yang lumayan. Kemuncak perayaan ini termasuk
jamuan minuman tuak, makanan serta tarian tradisional,
pertandingan Ratu Cantik, perlumbaan kerbau dan
sebagainya!

Lokasi : Sabah
1 Jun - 2
Jun, 2012
Gawai Dayak Gawai Dayak disambut oleh kaum Iban, Orang Ulu serta
Bidayuh di Sarawak pada awal bulan Jun bagi menandakan
penghujung musim menuai. Perayaan yang mempesonakan
ini memaparkan pelbagai upacara tradisional serta tarian
yang diadakan di rumah-rumah panjang di seluruh
Sarawak. Sanak-saudara serta para pengunjung dijamu
minuman tuak serta hidangan ayam yang dimasak di dalam
buluh, dan pelbagai masakan tradisional yang lain di rumah-
rumah terbuka di sini.

Lokasi : Sarawak
2012 Hari Keputeraan
Yang di-Pertuan
Agong
Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang
mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, Malaysia
menyambut hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong
pada setiap hari Sabtu minggu pertama bulan Jun. Hari ini
disambut dengan acara penganugerahan darjah kebesaran
kepada warganegara Malaysia yang telah banyak berjasa
kepada negara. Kemuncak sambutan termasuk Perarakan
Panji-Panji oleh anggota tentera, serta pelbagai bentuk
pameran dan pertunjukan.

Lokasi: Kuala Lumpur
31Ogos 2012 Hari Malaysia menyambut Hari Kemerdekaannya pada 31 Ogos

Kemerdekaan setiap tahun. Warganegara Malaysia menyambut perayaan
ini dengan mengibarkan bendera Malaysia di seluruh
negara. Pelbagai aktiviti diadakan di setiap negeri termasuk
perarakan dan pertunjukan bunga api. Acara kemuncak
ialah perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur, yang
dihadiri oleh Raja dan Permaisuri Agong, Perdana Menteri,
orang-orang kenamaan serta para pengunjung.

Lokasi: Seluruh Malaysia
19-20 Ogos
2012
Hari Raya Aidil
Fitri
Hari Raya Aidil Fitri menandakan tamatnya bulan puasa
(Ramadhan) dan disambut oleh penganut Islam di seluruh
dunia. Penduduk Islam di Malaysia memulakan hari ini
dengan menziarahi kubur diikuti sembahyang sunat hari
Raya dan saling bermaafan antara satu sama lain. Sanak-
saudara serta sahabat handai dijemput ke rumah terbuka di
mana mereka disajikan dengan pelbagai hidangan
tradisional yang lazat.

Lokasi: Seluruh Malaysia
5 Nov 2012 Deepavali Kejayaan kuasa baik mengalahkan kuasa jahat diraikan
oleh penganut Hindu dalam perayaan Deepavali yang juga
dikenali sebagai Perayaan Cahaya pada setiap bulan ke-7
mengikut kalendar Hindu. Di seluruh negara, upacara
sembahyang serta pembersihan dijalankan di kuil-kuil serta
tempat-tempat pemujaan penganut Hindu.

Lokasi: Seluruh Malaysia
26 Okt 2012 Hari Raya Aidil
Adha
Hari Raya Aidil Adha juga merupakan perayaan yang
disambut oleh penganut Islam pada hari ke-10 bulan
Zulhijjah. Ianya juga menandakan para jemaah haji telah
selesai menunaikan fardhu haji di Mekah, Arab Saudi.

Lokasi: Seluruh Malaysia

25 Dis 2012 Krismas Perayaan Krismas lebih meriah di kawasan tropika Malaysia
dengan penduduknya yang ramah. Pengunjung dapat
memilih pelbagai restoran, bistro, pusat membeli-belah dan
hotel yang turut menawarkan pelbagai promosi sempena
perayaan ini. Raikan sambutan Krismas anda di Malaysia!
Lokasi: Seluruh Malaysia


Tajuk aktiviti : Ciri-ciri pakaian kaum di Malaysia


Rasional aktiviti ini didakan ialah :Malaysia ialah sebuah Negara berbilang kaum
yang kaya dengan pelbagai kebudayaannya yang unik dan tersendiri.Namun dalam
kepelbagaian ini Malaysia merupakan satu kesatuan yang jitu.Kebudayaan
semestinya ditempatkan oleh Negara sebagai salah satu faktor terpenting dalam
kehidupan seharian.

You might also like