You are on page 1of 4

Pendidikan Seni Visual Tahun 2 2014

Kertas ini mengandungi empat (4) soalan. Calon dikehendaki menjawab satu (1) soalan sahaja.
semua peralatan hendaklah disediakan oleh calon. Hanya kertas lukisan sahaja akan disediakan.
1. Bidang: Menggambar
Lukis dan warnakan buah kegemaran anda. Anda boleh menggunakan media yang
anda mahir seperti pensil warna, oil pastel atau cat air.
2. Bidang: Membuat Corak dan Rekaan.
Hasilkan corak yang menarik untuk menghasilkan sehelai kertas pembalut hadiah dengan
menggunakan teknik capan daripada bahagian tumbuhan seperti pelepah pisang, kacang
bendi, bawang dan sebagainya.
3. Membentuk dan Membuat Binaan
Bina topi harijadi. Hiaskan dengan menggunakan bahan-bahan lain seperti manik, bulu
ayam dan sebagainya ataupun membuat corak untuk menghasilkan sebuah topi hari jadi
yang cantik.
4. Mengenal Kraf Tradisional
Hasilkan gambar sebiji pasu tembikar dengan hiasan corak yang menarik. Warnakan
dengan warna-warna yang sesuai.







Pendidikan Seni Visual Tahun 3 2014
Kertas ini mengandungi empat (4) soalan. Calon dikehendaki menjawab satu (1) soalan sahaja.
semua peralatan hendaklah disediakan oleh calon. Hanya kertas lukisan sahaja akan disediakan.
1. Bidang: Menggambar (sila bawa alat dan bahan yang sesuai)
Lukiskan pemandangan Kampung Saya. Warnakan lukisan anda dengan menggunakan
mana-mana media yang anda mahir seperti pensel warna, oil pastel atau warna air.
2. Bidang: Membuat Corak dan Rekaan (sila bawa alat dan bahan yang sesuai)
Lukis dan hasilkan sebuah corak berulang terancang menggunakan blok capan
renyukan kertas atau media yang sesuai seperti bawang, bendi, pelepah pisang dan
sebagainya.
3. Bidang: Membentuk dan Membuat Binaan (sila bawa alat dan bahan yang sesuai)
Hasilkan topeng muka bertemakan haiwan. Hias dan warnakan topeng muka anda
dengan kreatif. Pastikan topeng muka adalah bersaizkan ukuran wajah anda.
4. Bidang: Mengenal Kraf Tradisional (sila bawa alat dan bahan yang sesuai)
Hasilkan anyaman tikar dengan kreatif dan kemas. Kelarai atau motif adalah bebas
mengikut kreativiti anda.








Pendidikan Seni Visual Tahun 5 2014
Kertas ini mengandungi empat (4) soalan. Calon dikehendaki menjawab satu (1) soalan sahaja.
semua peralatan hendaklah disediakan oleh calon. Hanya kertas lukisan sahaja akan disediakan.
1. Bidang : Menggambar, (sila bawa alat dan bahan yang sesuai)
Sempena minggu Alam Sekitar yang diadakan di sekolah anda, hasilkan sebuah
poster yang menggambarkan kecintaan terhadap alam sekitar yang bersih dan
nyaman. Tajuk poster anda ialah, CINTAI ALAM KITA.
2. Bidang : Menggambar, (sila bawa alat dan bahan yang sesuai)
Anda merupakan seorang pereka. Hasilkan sebuah beg kertas. Hiasi beg tersebut
supaya kelihatan menarik. Anda boleh gunakan pelbagai media untuk menghias beg
tersebut.
3. Bidang : Menggambar, (sila bawa alat dan bahan yang sesuai)
Anda dikehendaki menghasilkan alat perhiasan diri seperti rantai atau sebagainya.
Hasilkan alat perhiasan tersebut dengan menggunakan kreativiti anda.
4. Bidang : Menggambar, (sila bawa alat dan bahan yang sesuai)
Hari guru semakin tiba. Anda ingin menghadiahkan satu bungkusan hadiah kepada guru
anda. Hasilkan satu rekaan pembalut hadiah menggunakan teknik kolaj. Motif corak
anda adalah berupa geometri.







Pendidikan Seni Visual Tahun 6 2014
Kertas ini mengandungi empat (4) soalan. Calon dikehendaki menjawab satu (1) soalan sahaja.
semua peralatan hendaklah disediakan oleh calon. Hanya kertas lukisan sahaja akan disediakan.
1. Bidang : Menggambar, (sila bawa alat dan bahan yang sesuai)
Anda adalah seorang penyelam laut dalam. Hasilkan satu lukisan atau catan
pemandangan di dasar laut. Gambarkan suasana dan habitat kehidupan yang terdapat di
dasar lautan. Gunakan imaginasi anda dengan sebaiknya.
2. Bidang : Membuat Corak dan Rekaan, (sila bawa alat dan bahan yang sesuai)
Hari jadi rakan baik anda semakin hampir. Anda dikehendaki menghasilkan rekaan
corak pembalut hadiah hari jadi. Motif rekaan corak adalah bebas mengikut kreativiti
anda.
3. Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan, (sila bawa alat dan bahan yang sesuai)
Dengan menggunakan bahan terbuang yang sesuai hasilkan sebuah kenderaan impian
anda sama ada kenderaan darat, air atau udara.
4. Bidang : Mengenal Kraf Tradisional, (sila bawa alat dan bahan yang sesuai)
Hasilkan corak batik yang bermotifkan flora menggunakan teknik cetakan. Anda
boleh juga menggunakan kentang, lobak atau sebagainya yang telah diukir sebagai bahan
untuk mencetak.

You might also like