You are on page 1of 14

KERTAS CADANGAN

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 1 MALAYSIA


SK BANDAR TASIK PUTERI
48000 RAWANG, SELANGOR


1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat
falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan
berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu
faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut.

Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu
dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa
memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran
yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan dan efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan, kesihatan dan
kebersihan ) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti gotong-royong perdana bersama
pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar
tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah.
Di samping itu, aktiviti akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
mereka. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan
longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta
menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan Daerah
Gombak yang akan dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan fogging atau menyembur
asap disekitar kawasan sekolah.

Adalah menjadi harapan agar murid, ibu bapa, guru serta warga SKBTP akan memperoleh
manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.
Program 3K atau Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar
Sekolah telah diadakan selama lebih 18 tahun sejak tahun 1991. Program ini telah memberi
impak yang besar terhadap pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh negara.
Sekolah-sekolah lebih ceria dan selamat malah kadar kemalangan di kawasan sekolah juga amat
berkurangan. Program ini telah mengubah budaya warga sekolah dan masyarakat setempat
kepada budaya yang lebih baik. Kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja sekolah dan
kerjasama yang diberikan oleh penduduk setempat serta kepimpinan pengetua telah
membuahkan hasil dengan meningkatnya prestasi kecemerlangan pendidikan di sekolah- sekolah
berkenaan.

Penekanan kepada perkembangan kanak-kanak adalah perlu diberikan secara menyeluruh dari
segi jasmani, mental dan juga rohani. Perkembangan yang menyeluruh dan seimbang ini akan
membantu murid-murid untuk mencapai kemajuan pada peringkat yang terbaik. Untuk
memastikan kejayaan ini bukan sahaja perlu dilihat daripada kejayaan akademik sahaja tetapi
juga dari segi kebersihan, kesihatan dan keselamatannya. Ini kerana tiada nilai sesuatu kejayaan
itu jika tiada moral yang baik. Oleh yang demikian, keseimbangan menyeluruh dari segi
Jasmani,Emosi,Rohani,Intelek dan Sosial amat diutamakan sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Negara.

Program gotong-royong yang dicadangkan ini adalah meliputi kegiatan serta aktiviti yang telah
dirancang untuk menyemai nilai murni yang tinggi melalui kesedaran kebersihan dan kesihatan
diri kerana apa yang pasti dengan adanya tahap kesihatan yang tinggi ianya akan menjamin
keharmonian seseorang dan memastikan kejayaan yang menyeluruh. Selain daripada melalui
kesedaran kesihatan, program ini juga menekankan aspek kebersihan dari segi fizikal dan
persekitaran. Untuk belajar dengan selesa maka seseorang itu sentiasa berada dalam situasi yang
bersih dan menjaga kebersihan diri atau tempat pembelajarannya supaya rasa selesa dan tenang
ketika menjalani aktiviti-aktiviti di sekolah. . Disamping itu, penekanan utama juga diberikan
kepada kesihatan diri . Untuk mendapat kesihatan yang optimum maka perlulah seseorang itu
mengamalkan cara hidup yang sihat, sama ada dari segi pemakanan ataupun aktiviti harian yang
lain.


2.0 Tujuan

Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan persekitaran sekolah .
Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk keselesaan semua pihak. Sekolah yang ceria akan
memastikan murid dapat belajar dan berada di sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan dan
mereka akan dapat menimba ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.
.
Bagi guru pula sekolah yang ceria ini akan memberikan mereka semangat untuk memberikan
ilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa juga akan merasa lebih selesa ketika berada di
sekolah atau mengikuti program yang diadakan oleh pihak sekolah yang melibatkan ibu bapa.
Mereka juga berasa bangga dan yakin untuk menempatkan anak-anak untuk menimba ilmu dan
melakukan pelbagai aktiviti dalam suasana yang selamat dan ceria.


3.0 Nama Program
GOTONG-ROYONG PERDANA 1 MALAYSIA

4.0 Tema Program
Persekitaran yang bersih dan ceria menjana suasana pembelajaran di sekolah

5.0 Matlamat Program Gotong royong Perdana 1 Malaysia.

Matlamat gotong-royong ini adalah untuk memberi pendedahan yang sebenar kepada warga
sekolah mengenai amalan keceriaan serta menyemai sifat cintakan kebersihan dan keceriaan
sekolah. Memandangkan amalan ini kurang mendapat pendedahan yang sebenar dan murid
kerap kali kurang mengambil perhatian dan mengabaikan amalan kebersihan di persekitaran
sekolah berbanding di rumah . Namun demikian sebenarnya cara amalan kebersihan ini
mempunyai ciri-ciri yang khusus dan piawaian yang sempurna. Murid kurang memahami
maksud sebenar ceria , indah , wangi , bersih , berfungsi dan selamat.

Melalui aktiviti gotong royong ini , warga sekolah juga boleh ,meningkatkan rasa tanggungjawab
terhadap kebersihan di mana mereka melibatkan diri dengan aktiviti membersihkan persekitaran
sekolah tersebut. Matlamat penting program ini adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan
yang positif terhadap kebersihan dan keceriaan serta melahirkan warga sekolah yang peka
terhadap persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

Selain itu, memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa,
bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar. Ibubapa dapat bekerjasama dengan kakitangan
sekolah iaitu guru-guru dan pekerja serta wakil PIBG untuk menyediakan suasana yang lebih
ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba
ilmu baik di waktu pagi dan petang.Kawasan yang menjadi tumpuan ialah tempat rehat wakaf
dan kawasan belakang sekolah yang terbiar agar boleh memberi tempat untuk murid membaca,
berbincang dan mengulangkaji di tempat yang selesa dan ceria.

6. 0 Objektif
Objektif program ini adalah:
i. Mewujudkan kawasan tempat rehat wakaf dan taman belakang sekolah yang lebih
ceria dan harmonis. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting
bagi meningkatkan mutu pendidikan dan menjadikan iklim sekolah yang ceria,
tenang dan selesa penting untuk mencapai visi dan misi sekolah serta Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
ii. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang
bersih, indah, selamat dan ceria.

iii. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
iv. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid
ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang
berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
v. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah
disediakan
vi. Mengembeling tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan
keberkesanan aktiviti.

7. 0 Format Pelaksanaan

Manual Pelaksanaan Program
BIL PELAKSANAAN TUGAS TINDAKAN
1 Penyediaan kertas kerja program :
- Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan
persetujuan dari pihak-pihak penganjur dan pelaksanaan
program melalui mesyuarat dan bersemuka.
- Mesyuarat kali pertama.
Setiausaha
Program
2 Pelantikan AJK Program secara rasmi. Setiausaha
Program
3 Menetapkan sebuah tempat bagi pelaksanaan kerja-kerja asas
program :
Cadangan : bilik mesyuarat sekolah.
Setiausaha
Program
4 Mesyuarat AJK Program kali ke 2. Setiausaha
Program
5 Menjalankan kerja-kerja penyediaan , percetakan dan mengirim
surat menyurat , kad dan surat jemputan.
Setiausaha
Program
6 Mengirim surat dan kad jemputan menggunakan khidmat pos
laju , e-mel, mesin faksimili atau pertemuan peribadi (kepada
agensi-agensi dan individu yang terlibat )
Setiausaha
Program
7 Menyenaraikan dan menyediakan peralatan-peralatan yang perlu
digunakan untuk gotong-royong.
AJK Peralatan
8 Menyediakan hadiah dan cenderahati AJK Hadiah
9 Tempahan makanan untuk jamuan. AJK Jamuan
10 Menyediakan dewan untuk kegunaan Ucapan Perasmian dan
Pelancaran.
AJK Persiapan Tempat
11 Kerja pembersihan tempat / kawasan gotong royong. Semua AJK dan
peserta.


8.0 PENGANJUR
Program ini dianjurkan oleh unit 3K dengan kerjasama Unit Hal-Ehwal-Murid dan Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG)

9.0 CADANGAN TARIKH
26 Februari 2011 ( Sabtu )

10.0 TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri

10.1 FOKUS KAWASAN

Terdapat 2 kawasan yang menjadi fokus utama di dalam projek gotong royong ini iaitu Tempat
Rehat Wakaf dan Kawasan Belakang Sekolah. Kedua-dua kawasan ini dipilih memandangkan
banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan di kawasan ini supaya lebih ceria dan memberi
manfaat kepada murid serta warga sekolah.

i. Kawasan Rehat / Wakaf perlu diceriakan dengan :

Meletakkan pavement dari bangunan sekolah ke wakaf dan antara wakaf.
Menyediakan tong sampah kitar semula memandangkan ianya adalah tempat tumpuan
pelajar.

Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.
Memperbanyakkan tanaman hiasan
Menanam rumput

Tempat Rehat Wakaf yang ceria boleh dijadikan tempat yang menarik dan boleh menarik minat
murid untuk belajar , berbincang dan melakukan pelbagai aktiviti terutama sekali ketika
menjalankan aktiviti kokurikulum kerana sekolah ini terdapat dua sesi persekolahan. Maka amat
sesuai sekali kawasan rehat wakaf yang ceria, menarik dan selesa dijadikan salah satu tempat
untuk menjalankan aktiviti.

ii. Kawasan Belakang Sekolah perlu juga diceriakan untuk :

Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.
Memperbanyakkan tanaman hiasan
Menanam rumput
Memperbanyakkan wakaf atau tempat berehat pelajar
Meletakkan buku-buku bacaan di wakaf tersebut
Menanam pokok sebagai teduhan

Kawasan belakang sekolah yang kelihatan terbiar juga merupakan salah satu tempat di mana
aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dapat dilakukan. Kawasan tersebut boleh di ubahsuai
menjadi kawasan istirehat murid-murid ketika rehat dan juga menjadi tempat perbincangan dan
belajar semasa proses P&P dijalankan.

11.0 PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN:

Seluruh warga SK Bandar Tasik Puteri iaitu guru-guru, pekerja sekolah , murid-murid tahun 5
dan 6 , ibu bapa dan komuniti setempat iaitu ahli jawatan kuasa Perumahan Bandar Tasik
Puteri dan Majlis Perbandaran Selayang.

Sasaran : Warga sekolah, Ibu bapa serta jabatan-jabatan lain
12.0 Carta Organisasi
Organisasi pelaksanaan program Gotong-royong Perdana 1 Malaysia


JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2011

Penasihat

En Rosman bin Mansor
(Guru Besar)

Pengerusi
Pn Norazizah binti Lamijan
(Guru Penolong Kanan HEM)

Naib Pengerusi I
Pn Noriah binti Mohd Nor
(Guru Penolong Kanan Kurikulum)

Naib Pengerusi II
Pn Roshida binti Md Isa
(Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

Setiausaha
Pn. Ruzina binti amrun
(Guru Penyelaras 3K)

Bendahari
Pn. Nurita Azleena bt Husin



Ahli Jawatankuasa
Encik Tarmizi binti Salleh
Pn. Rohana binti sameon
En. Izham bin Adam
En Ahmad Fuad b. Fauzi (wakil PIBG)

En. Shahrizal b. Ahmad (wakil Kantin)
Encik Mohd Rizal bin Karim ( wakil MPS)

AJK PELAKSANA
PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 1 MALAYSIA


PENYAMBUT TETAMU PERALATAN
En Rosman bin Mansor En. Syed Akmal
Pn Norazizah binti Lamijan En. Roslan bin Salleh
PN Noriah binti Mohd Nor En. Mohamed bin Mahmud
Pn Roshida binti Md Isa En Amin bin Taufiq

CENDERAHATI DOKUMENTASI JAMUAN

Pn. Sharmilla bt Mat Pn. Hamimi bt Karim
Pn. Kamalia bt Sidik Pn. Kartina bt Husni

PENGERUSI MAJLIS BUKU PROGRAM
PN Latifah binti Zakaria Pn Zarina binti Hassan

BACAAN DOA PERSIAPAN TEMPAT
En. Mazli bin Husin Encik Anuar binti Ali

SIARANRAYA DOKUMENTASI
En. Nazim bin Nazri Pn Suraya binti Naim.
13.0 Program Tentatif

1. Semua guru, murid dan ibu bapa berkumpul di tapak perhimpunan sekolah.
2. Ucapan aluan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang.
3. Semua yang hadir dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu untuk aktiviti di Tempat
Rehat Wakaf dan juga di Belakang Sekolah.

4. Aktiviti aktiviti di tempat rehat wakaf :

Meletakkan pavement dari bangunan sekolah ke wakaf dan antara wakaf.
Menyediakan tong sampah kitar semula memandangkan ianya adalah tempat
tumpuan pelajar.
Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.
Memperbanyakkan tanaman hiasan
Menanam rumput

5. Aktiviti-aktiviti di belakang sekolah:

Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.
Memperbanyakkan tanaman hiasan
Menanam rumput
Memperbanyakkan wakaf atau tempat berehat pelajar
Meletakkan buku-buku bacaan di wakaf tersebut
Menanam pokok sebagai teduhan







13.1 Tentatif perjalanan aktiviti

7: 30 pagi : Semua guru , murid serta ibu bapa berkumpul di tapak perhimpunan.
8:00 pagi : Guru Besar menyampaikan ucapan aluan.
8:15 pagi : Taklimat gotong royong
: Pengagihan kumpulan
Kumpulan 1 - Kawasan Tempat Rehat Wakaf dan Persekitarannya
Kumpulan 2 Kawasan Belakang Sekolah
8: 20 pagi : Aktiviti gotong royong dimulakan.
12:30 t/hari : Jamuan
1.00 t/hari : Bersurai

14.0 Anggaran perbelanjaan
Cadangan anggaran perbelanjaan bagi menjayakan program ini telah dirancang dengan baik agar
program ini dapat diteruskan dan berjalan dengan lancar. Kebanyakkan sumber yang digunakan
untuk menjayakan aktiviti ini disumbangkan oleh ibu bapa, pihak kantin, dan MPS. Berikut
disenaraikan anggaran perbelanjaan untuk aktiviti ini :

BIL PERKARA
PERBELANJAAN

1 Perbelanjaan cetakan
1. Buku Program
2. Surat-menyurat

RM 0.50 X 10
RM 0.50 X 4

RM 5.00
RM 2.00
JUMLAH PERBELANJAAN CETAKAN
2 Peralatan:
1. Tin cat
2. Berus cat
3. Cangkul
4. Plastik Sampah
5. Tong Sampah
6. Paku

RM 25.00 X 3
RM 2.50 X 10
RM 6.00 X 5
RM 1.00 X 2
RM 50.00 X 10
RM 25.00 X 1

RM 75.00
RM 25.00
RM 30.00
RM 2.00
RM 500.00
RM 25.00
7. Gergaji
8. Kayu / papan
RM 6.00 X 20
RM 8.00 X 30
RM120.00
RM240.00
JUMLAH PERBELANJAAN PERALATAN RM 547.00
3 Jamuan makan tengah hari RM 2.00 X 100 RM 200.00
JUMLAH PERBELANJAAN JAMUAN RM 200.00
4 Hadiah dan Cenderahati RM 10.00 X 1 RM 10.00
JUMLAH PERBELANJAAN HADIAH RM 10.00
5 Lain-lain perbelanjaan RM 100.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 757.00

Tajaan:
a) Pokok-pokok bunga dan baja ditaja oleh MPS
b) Rumput ditaja oleh MPS
c) Tong Sampah Kitar Semula ditaja oleh MPS
d) Minuman ringan ditaja oleh Pengusaha kantin




15.0 Penutup

Adalah diharapkan aktiviti Gotong Royong Perdana 1 Malaysia ini akan dapat menghasilkan
satu kawasan persekitaran sekolah yang ceria, bersih, selamat serta dapat menarik minat murid
untuk datang ke sekolah. Selain itu ianya juga adalah selaras dengan hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk menjadikan sekolah sebagai pusat pengembangan ilmu kepada seluruh
masyarakat serta tempat yang dapat menjamin kesihatan murid dan seluruh warga sekolah
khasnya dan ibu bapa dan masyarakat setempat Dalam menjalankan aktiviti gotong royong
perdana muhibbah ini, dapat menggalakkan dan mengeratkan hubungan rapat dan mesra antara
masyarakat dan pihak sekolah. Ini akan dapat menarik perhatian semua pihak untuk saling
bekerjasama antara satu sama lain.
Adalah diharapkan program ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah serta semua pihak yang
terlibat dan menjadikannya sebagai amalan kepada murid-murid dalam menghadapi kehidupan
harian. Semoga segala sumbangan, kebaikan dan jasa baik ibu bapa yang sama menjayakan
program ini diberkati dan dirahmati.

Disediakan oleh:

.
( RUZINA BINTI AMRUN )
Setiausaha 3K.
SK Bandar Tasik Puteri, Rawang
Selangor




Setelah disemak bahawasanya kertas kerja ini DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN di atas
sebab-sebab berikut:


..




..

( ROSMAN BIN MANSOOR )
Guru Besar,
SK Bandar Tasik Puteri, Rawang
Selangor.

You might also like